Meet This Blog In Facebook !

Friday, December 10, 2010

.MyRecipe : Kek Coklat Simple.

sumpah kek ini simple dan sedap .
resepi ni ibu yang bagi .
dia amik kat kawan dia .
aku tukang buat jeh .
hehe xD
ingat aku reti nak buat kek dengan resepi sendiri ?
kang kek tah ke mana , resepi tah ke mana .

gambar tade .
harap maklong .
aku kan pengunna broadband celcom yang dah di limit bandwith nya .
huh .
Bahan - bahan :

1 cawan gula halus (aku guna gula biasa pastu blend)
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
2 cawan tepung gandum
1 cawan air didih (tayah nak didih/gelegak sangat , asal panas sudahh)
1/2 cawan serbuk koko
1/2 camca teh soda bikarbonat
2 biji telur ayam (bukan telur badak okayy)

Cara - Cara :

1. Ayak tepung dan soda bikarbonat . (tak reti , tanya mak kau)
2. Bancuh serbuk koko dengan air panas tadi . (tak reti , meh nak gigit tangan)
3. Pukul (bukan belasah) telur dengan gula sampai kembang semangkuk .
4. Masukkan tepung yang dah di ayak tadi sikit sikit dalam mangkuk yang berisi telur + gula yang dah kembang tadi , kacau sebati .
5. Masukkan minyak masak , kacau sebati .
6. Masukkan susu pekat , kacau sebati .
7. Masukkan bancuhan koko , kacau sebati .
8. Tuang dalam loyang yang di sapu majerin , pastu kukus .
9. Tunggu sejam .

dahhh ~
tu jehh .
boleh start men masak masak sekarang .
heh . penat pulakk .
hujan 30 saat , pastu panas tetibe .
baru nak rasa sejuk sejuk .


okayy ~
suke takk ?
tekan LIKE pastu g share dengan kawan kawan kau .
HAHA !
babai .

6 bantah cakap cikgu:

Nini said...

bez, nk try gak.. hehe

Fariq said...

tertanya2,,
cawan tu guna yang kecik or besar,
cawan kan banyak jenis,,??
yang camca lak, camca kecik ke camca besar??

Leya said...

macam best je..hehe =)

I n n z said...

@Nini

nanti dah buat , share ye ;)

I n n z said...

@Fariq

tak kisah nak pakai cawan ape , janji pakai cawan yang sama untuk semua bahan .

camca teh is camca kecik ;)

I n n z said...

@Leya


best aleya oii ;D