Meet This Blog In Facebook !

Tuesday, December 28, 2010

.[cerpen] Spanar Saiz 19. #6


Fahmie koma selama seminggu. Dia mengalami pendarahan yang teruk. Lisa setia menanti di sisi suaminya.

“Lisa….” Fahmie bersuara.
Lisa terjaga dari tidurnya.
“Abang. Abang dah sedar? Lisa panggil doktor ye,”
“Tak payah, abang kan doktor,” Fahmie tersenyum.
Lisa turut tersenyum. Air mata mengalir perlahan di pipi.
“Kenapa menangis ni sayang? Abang tak de pukul pun, ”
Lisa mencubit lengan Fahmie.
“Sakit lah sayang. Tak sayang abang dah ke? Tau lah dah berbalut-balut macam mumia. Tak nak…..”
Lisa meletakkan jarinya di bibir Fahmie tanda minta Fahmie diam. Banyak cakap pulak.
“Lisa sayang abang,”
“Apa?”
“Lisa sayang abang,”
Fahmie mencuit hidung isterinya manja.

Hari ini, Fahmi dah boleh discharge. Seluruh ahli keluarga datang menjemput Fahmie. Dah macam anak raja pulak.

“Mama bersyukur sangat anak mama dah sihat. Setiap malam mama doa tak henti henti. Anak mama dah lah sorang,” ujar Puan Zubaidah, mama Fahmie.
“Anak mama mana boleh mati lagi. Fahmie belum sempat nak raawwwrr dengan Lisa lagi. Kan sayang?” kata Fahmie sambil tergelak besar. Semua yang ada turut tergelak. Merah padam muka Lisa dibuatnya. Ciss! Nak kena ni.
“Nampak ni?” soal Lisa sambil mengeluarkan spanar size 19 dari handbag nya.
“Wohh! Ada lagi benda ni?” Fahmie terkejut dan hampir-hampir terjatuh dari katil.  “Sayang, balik ni, we have to sell it. Abang dah tak sanggup hidup di bayangi spanar saiz 19 ni. Dari dulu kot. Ngeri je,”
“Tau takut ye,” kata Lisa sambil mengangkat kening ala Kak Ziana Zain.

Sekali lagi mereka semua tergelak. Lucu betul Fahmie dengan Lisa ni.
--- Habehh --



0 bantah cakap cikgu: