Monday, August 8, 2011

.ResepiBujang : puding triffle.

kak mas asyik sebut pasal triffle ni .
aku tak pernah dengar , makan apatah lagi .

semalam , aku gugel lah resepi ni .
ingatkan malam semalam nak buat tapi dah keluar dating dengan alif , terus lupa .
HAHA !
eh bukan lupa tapi buat buat lupa .

baru hari ni berkesempatan nak laksanakan hajat .
balik kerja tadi , terus singgah kat family store , beli bahan bahan .
mudahh je nak buat dia ni .
dan sedap .
aku dah makan 2 mangkuk dah .
heee ^___^




okay , bahan bahan yang diperlukan .

  • 1 bungkus swiss roll (ikut kau lahh nak perisa ape)
  • 2 sudu besar tepung kastard 
  • 1 tin susu cair (aku guna yang full krim punye, gila lemak berkrim disukai ramai triffle aku ni . HAHA !)
  • 2 sudu besar gula
  • 1 tin fruit cocktail (boleh guna nata de coco jugak)
  • 1 kotak serbuk agar agar (aku pakai serbuk agar agar NONA perisa strawberry)

cara cara nak buat pulak .

  1. potong swiss roll dan susun dalam bekas . jadikan as base lahh .
  2. siram kan jus fruit cocktail ke atas swiss roll . jus ni air yang dalam tin tu lahh ye . kau siram je . jangan sampai berendam plak .
  3. masak kastard dengan cara campurkan susu , gula dan tepung kastard . kacau sampai dia mendidih dan pekat .
  4. bila kastard dah sejuk sikit , letakkan kastard as second layer atas swiss roll tadi .
  5. lepas tu , letakkan fruit cocktail atas kastard tadi .
  6. masak agar agar pulak . ikut lahh step dekat belakang kotak tu ye .
  7. lepas agar agar masak , kau curah pulak agar agar tu as final layer .
  8. sejukkan dalam peti ais and its done !
  9. kalau nak decorate , boleh letak buah atas agar agar tadi . ikut kreativiti sendiri lahh ye ;)




aku buat kan semangkuk untuk alif , tapi dia tak jadi jumpa aku pulak .
ouhh sedih .
tapi triffle untuk dia aku dah makan .
HAHA !


okay lahh , itu aje .
selamat mencuba ;)



18 bantah cakap cikgu:

::dAuZsHaNLeY:: said...

waahh..macam sedap! boleh cuba ni..

p/s: nak kad raya dari dauz? jom singgah blog dauzshanley! =)

Anonymous said...

uish..rajinnya..
kalay da nak ekot step berlaye2 bagai..
tak la nak buat..
(malasnya bukan main)
tak suka masuk dapur!!!!

Botak said...

kalau orang lain buat aku nak try rasa., kalo ko buat, aku taknak., hahaha... :))

J.Syazwana said...

my fevret !
tapi aku suka pakai buah peach. sedap weh. huhu

oranglidi said...

alamak.. cmna nak tau sukatan dia ye? dulu ak penah wat kuah kasted, salah ltak banyak smpai pejal gila.

Cik Pipi said...

@::dAuZsHaNLeY::

sila2 ;D

Cik Pipi said...

@ECAH~

senang je ni ;D

Cik Pipi said...

@Botak

babun . tampo kang . haha .

Cik Pipi said...

@J.Syazwana

err ~ aku tak makan peach , kelat ;p

Cik Pipi said...

@oranglidi

sukatan ?
bukan ke aku dah tulis tu ?

athirah said...

hehe..second day pose sy buat, rsepi dari google gak..lepas tue chek2 kat dapur tadak t.kastard..lepas tue tibai buat resepi sndirik..hehehehe..

ijat_asni said...

sumpah nak cuba !

PUTRAROCKER said...

@::dAuZsHaNLeY::polaju kt aku satu der :D

oranglidi said...

hehe... ak trskip ygtu rupanya.
my bad.

Cik Pipi said...

@athirah

haha . takpe, kita buat dia ;)

Cik Pipi said...

@ijat_asni

dah cuba nanti , share share lahh ye ;)

Cik Pipi said...

@PUTRAROCKER

ko ckp kat aku ke dauz ?

Cik Pipi said...

@oranglidi

haha . x pe ;)