Monday, December 31, 2012

.transfer.

Me : baby batuk ?
Him : bukan stakat batuk . Demam dah ni .
Me : haaa ? Kata baby strong .
Him : strong la ni . Dah lama tak demam .
Me : patut laa kite tak flu rini . Rupanya baby dah amik .

Seriously , kelmarin before aku jumpe dia , aku diserang flu and blocking nose . Petang sikit , badan aku panas macam nak demam .

Rasa bersalah pulak bila dia yang kene virus aku :(
Tadi ajak dia gi tengok fireworks sempena new year eve tapi dia cakap dia kene gi perak . Tapi masa tu aku tak taw lagi dia ni demam . Ni dah taw , double risau pulak aku . Sebab aku , dia yang sakit .

Sorry baby , didn't mean it :(
Take care okay .




Kbai <3


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, December 30, 2012

.him.

Aku : kite pakai eyeliner rini .
Dia : kenapa pakai ?
Aku : saje . Nak nampak cantik depan awak .
Dia : tak payah la pakai pape lain kali . Cantik dah tu .
Aku : alaaaaa :(



Lelaki ni tak taw ke yang kite ni berusaha nak cantik depan dia ? Hurm :(



Kbai <3



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, November 30, 2012

.jangan nak claim gambar tu awak punya sangatlah.

sekarang kan musim awek awek urban gila durian crepe .
aku sebagai seorang yang suka memasak , aku google lah resepi durian crepe ni .
tersampai lahh dekat blog seseorang ini .
tanpa ragu ragu , aku masuk lahh baca resepi dia .
siap tunjuk cara cara buat . bagus .

tapi sampai kat bawah entry , aku rasa pelik dengan satu gambar ni .
even aku kini bermata empat , tapi aku rasa kalau pakai spek aku memang akan nampak dengan jelas lagi nyata .
dan sebagai seorang yang biasa memasak , aku tahu tekstur "lempeng" @ kulit durian crepe yang dia masak itu .

bukan lahh aku nak dengki sebab dia boleh buat durian crepe "gebu" .
tapi aku rasa dia telah melanggar etika seorang blogger dengan tidak meletakkan sebarang kredit sumber asal gambar malah MELETAKKAN TRADEMARK SENDIRI PADA GAMBAR TERSEBUT .
wahh ~ begitu skema ayat aku .
HAHA !

bukankah dia dikenali sebagai BLOGGER FAMOUS yang menjadi idola kepada ramai blogger ?
perfect , comel , baik , tak sombong , peramah .
tapi , adakah dengan tiket yang diberi oleh bloggers lain membolehkan dia bertindak sedemikian ?
aku rasa tak .
ETHICS is ETHICS .


*gambar asal dari blog dia tapi bukan blog aaron aziz even ada muka dia*

tanpa menulis sebarang kredit kepada GOOGLE, sebab aku yakin 100% dia gugel gambar ni . bukti ?
sat lagi aku bagitahu mana original source gambar ni .
siap tulis lagi "gebunya durian crepe aku.kehkehkeh" .
tidak kah ayat itu mengambarkan durian crepe di dalam gambar tersebut kepunyaan dia ?

yang buat aku pelik sebab kalau kau tengok dari gambar kat atas , kulit durian crepe dia tak secantik ini .
warna tak sekuning dan tak sehalus seperti dalam gambar curi  tu .
kalau korang tak caya cakap aku , boleh refer kat blog dia .
in case dia dah edit / delete entry atau any pictures , meh aku bagi print screen .
HAHA !

disebabkan  rasa ingin tahu , aku gugel source gambar tu .
dan ini resultnya .



korang pun boleh cuba google kalau tak percaya kan aku .
manalahh aku kot kau nak kata aku photoshop plak gambar ni kan .
sebab aku tahu guna photoshop .
HAHA !
please , try for urself .
tak tahu cene ?
GOOGLE lahh !
HAHA !


aku klik first link yang pasal restaurant dragon one .
dan gambar kat bawah ni yang aku dapat .
sama kann dengan gambar dekat entry dia ?


2 years ago beb .
dia ingat google ni bodoh gak eh .
tak boleh detect .
HAHA !

yang tak boleh bla , dia boleh letak trademark dia kat gambar curi ni , pastu claim ini durian crepe gebu dia , pastu tak letak any kredit , paling cikai pun letak lahh "source: google" .
susah ka ? ka keyboard hang rosak ?

dia curi gambar orang boleh .
orang amik gambar dia HEBOH satu dunia blog .
akai ada ka dak tu ?

adik adik newbie , jangan ikut perangai dia ni okay .
kita cume blogger cikai , tak terkenal , tak banyak duit dpt dr buat sponsored entry .
jangan dok buat perangai tak letak kredit .
satgi orang buat claim , hang jugak yang susah .
ingat mak bapak ye .
*tetibe*

kalau buat esaimen pun , banyak kali lecturer cakap "letak references , buat citation sebab source yang awak dapat tu bukan idea awak"

paham ?



kbai <3

Friday, November 23, 2012

.saya yang perasan comel.


minggu ni aku tak balik sebab suppose pagi tadi aku ada kelas ganti IBF tai last minute postpone .
wuarghhh . nak nangis T_____T

tapi takpe la, gua redha je .
huhu .
at least , boleh aku basuh baju yang sumpah banyak . stok seminggu punya oi .
dan bilik aku dah jadi laundry shop sebab tak boleh sidai kat luar sebab hujan .

lepas discussion , kitorang g lunch kat sri gombak .
ahhh sumpah lauk pauk dia sedap .
location ?
sri ayu tomyam , sri gombak .

aku dah lama tak makan choc moist cake and memang mencari !
lepas lunch , singgah petronas taman melati , sebab nak cari choc moist cake and isi minyak .
nasib baik ada , senyum lebar aku .
hehe ;D


*ini lah kek cekelat nyaa , kaya dengan coklat yang tak terlalu manis . maaf comot sebab masa dalam kete , kek ini tergolek sebab aku yang mendrift di selekoh . HAHA ! ai bawak kete laju, uols dan scary . hehe ;D*


*gambar sebelum pergi kelas tadi . atok cakap comel . hik hik ;D dan aku rasa nak senyum lelebar bila tengok gambar ni . tak pernah rasa happy macam ni . kulit dah cerah sikit dan nampak bersih walaupun tak sebersih mana . HAHA ! tembam sebab kuat makan sekarang . hari hari makan ayam . HAHA ! tapi comel kann ? sila cakap comel - paksaan . HAHA !*


*mengidam ais krim pulak . salu aku beli icy grape tapi icy grape sejuk sangat . so decide beli tropicana *



jadi , aku adalah di uia . esok boleh tido lelama *pujuk hati sebab tak dapat balik*





kbai <3



Saturday, November 10, 2012

.Testimoni : Sabun Glutathione Collagen (2).


dah tiga minggu aku pakai sabun Glutathione Collagen ni .
boleh refer entry lepas untuk first testimonials .

before , aku memang suffer from jerawat teruk and kulit kering .
not a good combination .
since kulit kering is very disturbing me , i have to apply more bio-oil before going to class .
(i used bio-oil as moisturizer until today)
sebab nak bagi kulit muka moisture enough before apply bedak .
kalau tak kang bedak berkepuk kat muka .

tapi since aku guna sabun ni , alhamdulillah , masalah kulit kering dah kurang .
bila pegang muka rasa moist and lembab .
licin macam aku cakap before .
ritu ada jerawat kekecik naik dekat area bawah mata .
malam tu aku wash muka pakai sabun ni , after 2 days , its gone !

masa nak period ritu , ada jerawat naik sebijik kat hidung .
merah hidung aku sebab jerawat baru nak naik .
aku pakai je sabun ni macam biasa .
and guess what , hilang dah jerawat tu .
HAHA !

i is super happy !




*time ni tembam + jerawat teruk*
adik aku lagi sengal .
dia cakap kat adik adik dia yang lain ceni ;
"kau , kalau nak tahu arah mata angin , kau tengok muka akak . jerawat dia ada kat utara, selatan , timur , barat. semua arah ada. HAHAHA !"
kuaja kan adik aku . grrr .

kalau kau penah tgk gambar macam ni before kat mana mana , kulit bersih bagai .
tu tipu , sebab aku dah photoshop semua .
HAHA !
thanks to photoshop ;D

tapi since my lappy format ritu and my bro didnt install back photoshop , aku dah tak boleh nak buang jerawat kat muka  T______T
memang sume gambar published is unedited .
weee ^___^




*ni muka minggu lepas , without anything applied on my face . secalit bedak pun tade . boleh nampak kan difference dengan gambar atas . dah tade jerawat timbul timbul kat muka . tinggal parut jerawat je . sebab tangan ai memang gatal nak micit micit jerawat . HAHA !*



*ni muka fresh baru pakai bedak , blusher semua . sebab nak kua tengok wayang . putih sebab bedak + cahaya matahari okayy . kulit aku natural hitam manis takkan dapat putih macam tu de. HAHA !*


*muka syok sendiri . HAHA !*


*after few hours . muka aku memang tak lekat sebarang mekap/bedak . memang akan tahan setengah jam or less than that . after that , dah hitam berminyak balik muka . tapi lepas guna sabun ni , muka aku okay je even dah berjam jam pun . sape tak happy oi ! ;)*


kalau balik raya , mesti sedara mara aku tegur , muka aku jerawat naik teruk gila . syor pakai sendayu tinggi , makan vitamin ni , pakai kunyit pe semua laa .
disebabkan aku tahu aku ni takde duit nak beli set sendayu tinggi yang mahal , tak suke makan ubat , takde stok kunyit dekat hostel , jadi bila jumpa sabun ni , aku rasa this is for me .
aku just basuh muka pakai sabun je .
dan tak sangka , sabun ni sesuai dengan kulit muka aku .

ouh btw , ada jugak yang komen kata dia pakai sabun ni tapi tak jadi pape .
as usual , kulit semua orang berbeza , mungkin kulit kita tak sesuai dengan sabun ni that's why nothing happen .
aku bukan percaya dengan sabun ni .
tapi kita berusaha .
kang ada pulak cakap aku percaya sabun ni boleh elokkan muka , jatuh hukum memacam kat aku .

aku tulis testimonials ni tanpa bayaran hatta dapat sabun percuma sekalipun .
aku tulis sebab aku puas hati dengan produk ni ;)


kbai <3




Tuesday, November 6, 2012

. cari ribbon brooch cute ?.

dulu aku sesenyap je buat mende ni .
yang tahu family dengan sedara mara aku je .

tapi sejak aku publish dekat facebook ritu , bebudak uia ramai dah taw .
nampak muka aku , mintak brooch .


korang yang berminat nak beli ribbon brooch boleh order dekat sini ye .
aku akan update selalu , insya Allah ;D

kalau nak order untuk sebarang kenduri , boleh contact aku ye ;D



.thanks for always.

BFF for short 





Thanks for always be there when I'm in need
Thanks for always supporting me in no matter what happen
Thanks for always care about me
Thanks for always remember me
Thanks for everything 
I'm so grateful of having you as my friend 
Never regret even once 



All the best in your future , babe ;)





tak boleh nak habiskan taip . sebak sebab she's going to finish her study soon .

Sunday, November 4, 2012

.mintak tolong.

siapa yang masih belajar dan bekerja part time atau punya part time business , tolong bagi aku email korang .
nak mintak tolong jawab survey untuk subjek english .
mintak tolong kat budak u sendiri , tade respon pun .
sedihhh T____T




Saturday, November 3, 2012

.same atau ada kelainan ?.



perjalanan cerita adalah dari atas ke bawah .
gambar no 2 dari atas tu scary jugak ehh tembam muka aku .
HAHA !

2011 -> June 2012 -> August 2012 (ramadhan) -> first day syawal -> October 2012

badan aku ni kalau makan banyak , memang laju naik nye .
kalau tak makan pun senang nak turun sebenarnya .
tapi sebab aku iz kuat makan , memang susah nak turun .






kbai <3




Friday, November 2, 2012

.Testimoni : Sabun Glutathione Collagen (1).


aku kan kulit gelap .
pastu tambah pulak dengan masalah jerawat yang tak pernah nak benti membiak , ia sangat stress !

aku pun tak sure how come aku jumpa sabun ni .
beberapa hari gak la aku dok usha kat internet pasal sabun ni .
aku tengok testimonials , aku google kot kot ada yang ckp negative pasal sabun ni ke .
dah puas hati baru aku decide nak beli .

TAPI !
bukan aku yang bayar .
aku ejas baikk punya kat shaez .

"u nak tak belikan i sabun untuk muka ?"

tanpa godaan dia terus setuju .
beberapa hari after that , dia g bank in duit .
HAHA !




*ini sabun nya , aku gugel je ni*

4 5 hari pertama pakai , kulit muka terasa pedih pastu tegang semacam kat bahagian pipi .
pedih lain macam .
aku positif je cakap , sabun ni ada acid sikit (acid kojic) , pastu aku pulak suka picit kopek jerawat sampai luka , so bila kene sabun tu rasa pedih .
pedih yang like after aku basuh muka kene tuam muka dengan ais untuk reduce rasa pedih kat muka tu .
boleh bayang tak cene pedihnya ?
hehe ;D

today , dah 10 hari aku pakai and mula puas hati .
sebab jerawat lama dah kecut .
tade lagi bukit bukit kat muka bila pegang .
kulit muka dah rasa lembut sebab ritu kulit muka aku mengelupas .

tapi sekarang ada lah sebiji jerawat baru kat hidung itupun sebab tetanda nak period ;p
normal lettew orang perempuan .

so far bekas jerawat belum nak berapa hilang mungkin take time .
tak kisahlah .
yang penting , jerawat dah kecut .
i iz super happy !
HAHA !



*dalam bilik*


*putih sebab cahaya matahari , HAHAHA !*

both are gambar isnin lepas .
aku cuma pakai bedak sikit je .
bekas jerawat still nampak lagi kan ?

kwn aku cakap gambar second tu macam cikgu cikgu dah .

pipi tu kesan makan kek yang mengandungi baking powder yang banyak .
sebab tu pipi pun naik gebu bulat macam tu .
HAHAHA !


kabi <3




Thursday, November 1, 2012

.jangan lahh macam ni lagi.


hye awak semua ;)
apa khabar ?
tetibe rasa rindu nak menulis dan terus teringat bahawa aku punya belog .
HAHA !

this week sangat hectic .
penat dia lain macam .
exam berderet deret macam orang orang kat kl sentral .

isnin ritu , ibu call kata ada orang nak order brooch untuk kenduri .
dia nak bagi orang yang tolong time kenduri tu pakai .
and dia nak seratus biji .

aku tak sempat nak fikir terus setuju .
bila dah setuju kene lah buat kan .
kelam kabut lahh aku g beli barang barang nak buat .
nasib baik ada yana yang sudi nak pinjam kan kereta beliau padaku .
nabil aku tersadai ha .
malas nak bawak p bengkel .
hehe ;D

hari selasa baru beli barang , malam tu baru start buat .
dan semalam , yakni rabu , seharian tak tido dok siapkan brooch ni sebab khamis aku nak pos kat ibu .
orang tu nak brooch hari jumaat .
since this week aku tak balik rumah .

kawan aku tanya "kau ceria je eh fara even tak tido malam tadi"
aku tak taw nak jawab apa .
aku sempat tido 4 jam je . dari kul 640 pagi sampai 1030 pagi .






before this aku ada post jugak pasal handmade brooch aku jual ni .
tapi tak selalu sangat .
sebab aku tahu , aku lack of time .
aku amik order bila ada yang bertanya .
sbb brooch aku tak banyak yang ready stock and usually aku amik order then baru buat .


kalau ada masa nanti aku nak buat blogshop .
senang orang nak refer .
buat sementara ni , nak order boleh tapi make sure order 2 minggu sebelum tarikh nak ehh .


kbai <3 

Wednesday, October 24, 2012

.bebel sikit ha.


aku sedang dalam tempoh cuti mid sem .
apa yang aku buat sepanjang hari ?

menonton running man .
ye ye agak ketinggalan tapi who's care ?
HAHA !
*dasar tanak ngalah*

mule mule suke je tgk joong ki sebab dia paling comel dalam tu kan ?
tapi sebenarnya hati terpaut dekat kang gary yang super naive .
dia mudah cair kalau ji hyo dekat dekat dengan dia .
comel sangat gary tu .

tapi paling kesian dekat gwang soo .
selalu kene perlekeh sebab dia paling tinggal jauh , dia paling lurus bendul .
kekadang kesian jugak dekat suk jin .
situasi dia sama macam gwang soo .

haroro pun comel .
sebab dia macam perempuan .
penakut .
HAHA !

ibu dah bising sebab 24 jam asyik ngadap tv .
dulu kitorang adik beradik berebut pc sekarang dok reramai ngadap tv plak .
salah siapa beli tv ada usb port ?
HAHA !

kalau dulu setiap ahad , tunggu je jjcm dengan melodi tapi last sunday , setiap jam tengok running man .
sedar sedar dah maghrib .
semayang tu ibu yang ingatkan waktu .
subhanAllah T_______T

aku ?
semua keje dah kene abai .
esok kene submit literature review ni tapi apa pun tak buat lagi .
eh , print article je dah .
HAHA !

aku lupa jumaat ni raya .
tah macam mana boleh teringat tah .
tadi aku tanya ibu nak masak apa .
ibu kata nak buat nasi arab .
alaaaaa tak sedap T____T

ibu baru belajar masak nasi arab .
tu yang esaited nak masak tu .
tapi aku tak suke .

nasib baik ibu cakap pagi tu makan rendang nasi impit etc .
dan malam tu makan bihun sup .
yum yum .
tayah makan nasi arab pun takpe .





baideway , tahniah untuk kekawan batch spm 2006 yang telah tamat pengajian dan berjaya konvo .
mine ?
tahun depan , insya Allah .
doa doa semua berjalan seperti yang di rancang .




kbai <3




Monday, October 15, 2012

.close the gate.

Zaman bila main blog oi ? Zaman kegemilangan blogger dah turun . Orang sekarang dok main twitter je . Ehh , belum follow aku ? Nah twithandle @innzninety .Gi cari cecepat .


Rasa nak lempang kan ?

Sorry baby blog , memang sengaja abaikan kau . Sebab dah tade interest kat kau . Baideway , birthday kau 18/9 ritu pun aku tak sambut kan ? Dah 5 tahun dah . Tahun depan aku daftar kan kau kat tadika KEMAS . Jangan risau . Nanti kau akan jumpe kawan baru . Jadi tade lahh kau keseorangan lagi .

HAHA ! Dah gila dak innz ni cakap dengan blog .



Kbai <3
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, September 30, 2012

.achievement.

ni lah keje aku dari kelmarin .
menjahit manik di baju .
seronok pulak buat benda ni .
hehe ;)






kbai <3




Saturday, September 29, 2012

.resepi : vanilla chocolate chips cupcake.

lama tak update blog kan ?
lagi lama tak share resepi dengan uols .
hik hik ;D

rini i nak share resepi kapkek yang paling senang tahap gaban .
sebab yesterday , ada orang tanya i "tak jual kapkek lagi ke ? baru nak beli"
heee i cepuk jugak budak yang bertanya ni kang .

i dah lama tak jual kapkek .
i tade masa + kat hostel mana boleh masak uols .
nazak laaa kalau nak tunggu balik rumah baru nak pulun buat semua kann .

insya allah kalau ada rezeki , i sambung lahh balik bisnes kapkek i ni kelak .
aicehh , gune perkataan kelak .
tak tahan .
HAHA !

resepi asal takde chocolate chip, i saje gedik tambah .
sebab geram tengok chocolate chip dalam peti ais tu banyak lebih .
nak makan gitu sajee memang tak laa .
pahit oi .

so , i decide nak campak je dalam adunan kapkek vanila i ni ha .
puas hati i .
hehehe ;D

Bahan :


  • 175 gram marjerin (i pakai buttercup . kalau buat kek , nak sedap sila pakai buttercup)
  • 175 gram gula kastor
  • 175 g tepung naik sendiri (senang uols pakai tepung ni je , kompom gebu dan sedap !)
  • 3 biji telur (belasah je lahh gred apa pun . i men pakai je telur yg ada dalam peti ais tu ha)
  • 80 gram chocolate chip
  • 1 camca teh perasa vanilla
  • 1 camca teh baking powder


Cara :

  • satukan semua bahan . ye , semua bahan kat atas ni , uols masuk je ke dalam mangkuk .
  • pakai mixer , uols mix sikit . cukup sekadar well blended je . agak agak butter uols dah sebati semua , okay lettew .
  • masukkan dalam papercup .
  • bakar selama 20 minit pada suhu 180 darjah celcius . (kalau nak buat kek besar, bakar selama 45 minit)
  • dah siap tu , cube uols rasa . kalau tak sedap , tak taw nak cakap pe . dah pakai buttercup + tepung naik sendiri . itu lah rahsia kek uols sedap .

macam i , i curah ganache chocolate + chocolate rice as topping .
bancuhan ni uols akan dapat dalam 30 bijik kapkek .
okay lettew kan ;D

i hadiahkan gambar untuk uols buat cuci mata .
kalau baca entri tanpa gambar kan bosan .
tapi gambar tak cantik la .
pakai camera hp je .
huk huk ;D


*bahan bahan nya*


*tengah mandi sauna dalam oven*


*freshly from oven*


*dah decorate sikit . sedap kemain kapkek ni*

selamat mencuba




kbai <3






Friday, September 21, 2012

.this is surprise.

hye hye .
salam jumaat .
minggu ni sangat menakutkan bagi aku .
even report practical dah siap tapi entah laaa , selagi belum kua result , aku rasa takut manjang .

disebabkan nak balik rumah rini , aku decide nak pakai jeans terus sebab after anta report , aku terus chow balik seremban .
ye , memang plan macam tu laaa .

TAPI
hati aku kuat mengatakan "jangan pakai jeans pergi kuliyyah"
jadi , aku decide nak pakai jubah anta report then balik bilik tukar baju pastu baru chow ke seremban .
nasib aku baik sebab ikut kata hati .
dalam lift aku terserempak dengan ketua disiplin pelajar .
perghh , dalam hati "kalau pakai jeans tadi , memang dah dapat surat saman dalam lif jugak !"

lepas hantar report , aku balik bilik tukar baju semua , siap siap nak lunch dengan darina , pastu mintak tolong dia hantarkan aku ke lrt gombak .
sebelum kua bilik , aku teringin sangat nak pakai wedges .
tapi tak jadi sarung .
keluar bilik , aku masukkan kaki dalam covered shoes .
jalan sikit , aku patah balik .
entah kenapa rasa nak tukar pakai selipar .

tahu apa makna sebalik aku tukar pakai selipar ?

aku terpaksa berjalan kaki dari pudu sentral ke jalan hang tuah !
i was lucky again .
cuba bayangkan kalau aku terus pakai wedges / covered kasut itu ?
mahu melecet kaki .

sebelum aku gerak balik , ameerul asyik bbm tanya bila aku gerak balik semban bagai .
aku curious lah kann .
aku tanya , dia jawab saje je tanya .
ee bengang plak aku .
HAHA !

aku buat merajuk sikit baru nak cakap yang dia nak jumpa aku .
kesian kat dia tunggu lama .
sebab KL jammed gila !
tambah hujan lagi .
semorang pun nak bawak macam siput .
grrr

sampai je terminal , terus nampak dia .
heeee ;D
aku ajak dia duduk kejap sebab aku macam penat + pening sebab dok atas bas .

tetibe dia ajak aku tawaf terminal plak .
kitorang pun jalan lahh .
aku ni dok sebok bercakap .
yelahh mulut aku kan macam machine .
HAHA !

tanpa diduga tah dari mana .
yang aku memang tak perasan langsung .
dia tarik keluar bunga ros merah .

aku dah terkejut gila .
menjerit macam apa .
unexpected .
woahhhh ~~

aku perasan abang abang kat situ macam pandang aku sebab tetibe je aku menjerit kat bus station tu .
HAHA !
maluuu tapi buat donno je laaa ;D

first time ever okayy orang bagi aku bunga .
haruslah aku teruja kann .
selama ni dok jeles je sebab tengok orang lain dapat bunga , tak sangka aku pun akan dapat .
HAHA !

balik tu , aku cari ibu dulu sebab nak show off bunga aku dapat .
ibu boleh cakap "kau pergi johor kan ?"
ibu maksudkan aku pergi jumpa sharul kat johor then sharul bagi aku bunga tu .
hai , bertuah lahh anak ibu ni kalau sharul yang bagi bu .

aku cakap lahh , ameerul yang bagi handphone hari tu yang bagi bunga ni .
ibu senyum senyum jeles .
keh keh keh ;D

aku ni tak boleh nak benti senyum dah .
HAHA ;)
sukaaaaa sangat !
habis semua orang aku bagitaw yang aku dapat bunga .

kah kah kah .

cite gebang , gambaq takdak , sat gi hang kata aku tipu kat hang plak .
tapi gambaq tak bape nak cun la .
sebab pakai camera phone ajoo .
theee ^____^


*kantoi dengan ibu sebab amik bekas bunga dia . hehe ;p*


*muka penat baru turun bas*


mekasih ye awak ;)


kbai <3






Tuesday, September 11, 2012

.new year.

Hye !

I've done with my practical training and now I'm in new semester .
4th year student .
Alhamdulillah , I never thought that I can be gone this far .
As many things happen to me , I still manage to deal with it .

Okay , enough with the english .
Tahu kau dah balik univiersiti , innz .
HAHA !

First and second day kat sini super menguji iman .

Dah sampai KL baru teringat yang box buku yang mengandungi bahan bahan untuk report practical aku tertinggal !
Menggigilnya badan Tuhan je tahu .
Even rumah aku dekat tapi tak sedekat untuk aku patah balik and amik .
Last last aku suh je ibu pos sebab lecturer nak tengok by this week .

Sampai uia , bilik yang aku reserved kene let go sebab dia kata aku tak masuk short sem .
Elok ² aku dapat bilik depan , terus kene dok blok belakang .
Hujung mahallah .
Grrr .

Second day .

Aku kene add EAW manually sebab section closed .
Punya lahh ramai yang nak add manual .
Beratur dari kul 10 until 1 still tak boleh masuk .
End up datang after kul 2 , setengah jam pastu baru dapat masuk .
Bukan buat ape pun .
Serah borang , dia tengok which section kita nak , and dah .
Kemain lama kitorang tunggu , tapi itu je ?
Heh .

Khamis ni aku balik rumah lagi .
Banyakkkk open house menanti .
Okay tipu .
Satu je , ahad ni .
HAHA !



Kbai <3





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, August 31, 2012

.hari cuti yang bosan.


hye semua .
selamat hari merdeka .

rini aku cuti tapi bosan sebab tak ke mana .
dok jaga rumah .
memasing sudah hilang .
hurmm .

bangun kul 12 X_X
lepas makan semua , dok main dengan ribbon .
addicted pulak dengan ribbon sejak intern ni .
setiap kali nak pakai , baru buat .
HAHA !


jumaat depan my last day for internship .
dah 11 minggu jadi assistant sales clerk kat company tu .
boleh kata hari hari aku merungut bukan sebab kak ana marah aku .
tapi sebab sikap orang lain .
haih ~

kak ana super baik .
tak pernah marah aku .
alhamdulillah , aku diletakkan bawah mereka yang baik baik ^___^

memula dulu dok counting days sebab seyes aku rasa tak boleh nak tahan dok situ .
aku tak boleh kene marah sebenarnya .
budak manja lahh katakan .
HAHA !
tapi bila dah masuk final week , sebak pun ada .
aku ni dah lahh cengeng .
senang ketawa dan senang jugak menangis .
heee ;D

masa aku masuk ritu , kira antara yang terdekat , aku je pakai bb .
itu pun sebab ameerul bagi .
kalau tak , aku still pakai x3 .

sebelum puasa ritu , aku berjaya pengaruh kak ana untuk beli bb sama macam yang aku pakai iaitu curve 9300 .
well , my effort was success .
HAHA !

naik cuti after raya , aku tengok manager aku pulak pakai bb .
aikk .
dia beli curve 9320 .

dan semalam , to be exact, malam tadi , hafis , budak praktikal bawah aku whatsapp aku .
dia dah beli curve 9320 .
patut lah balik semalam , aku nampak dia terus ke town .
HAHA !

cite dia , suma dah pakai bb .
HAHA !



k penat dah taip .
bai <3




Tuesday, August 28, 2012

.Eid Mubarak 2012.

salam eid mubarak semua .
macam mana puasa ritu ?
aku sebagai gadis normal wajiblah tak puasa penuh .
HAHA !

sehari sebelum raya , aku masih bekerja ,
dan aku sebenarnya dah sangat sangat takde mood .
sebab kuih raya aku belum siap padahal esok orang nak raya .
grr .

cite dia , aku sambung buat kuih raya pada hari raya ke 5 .
nasib baik sempat .

tahun ni aku tak pergi beraya sangat .
sebab hari jumaat sabtu lepas aku dah masuk keje .
kejap gilaaa cuti .
ahad , memang aku tak nak pergi mana mana sebab isnin tu keje , jadi aku malas bergerak ,
nanti tak cukup rest .
*alasan*

cuma sempat pergi beraya rumah kekawan sekolah menengah je .
lepas tu beraya rumah kak ana .
rumah sedara mara tu wajib lahh pergi , ye dak ?

k dah tak taw nak cite ape .
nak upload gambar je .



*first ever family potrait. aku je puteri dalam family. hehe .*

ada cerita kenapa baju aku tak sama dengan yang lain .
memang kitorang set tema tahun ni .
first time set tema sebab memang niat nak bergambar satu family .
tapi last minute dapat tahu , baju aku tu salah buat .
aku tak nak la pakai .
nasib aku tegerak nak bawak baju ni .
ni baju raya jugak tapi aku dah pakai sebelum raya .
kira tak esaited sangat lahh raya pertama aku .
*sad*


*pagi raya*

baju ni baju kurung pahang .
dek kerana nak nampak slim sebab konon dah kurus , aku tarik baju tu kebelakang .
sebab tu nampak slim .
HAHA !




*part of my big family*




itu aje cerita raya tahun ni .



kbai <3

Sunday, August 12, 2012

.mood raya kelaut.


Bila gaining weight , benda pertama yang aku concern much is my tummy .
Aku taw buncit tapi aku akan make sure people won't see my buncit tummy .
Sebab tu aku pakai baju yang longgar longgar .
Biar lah orang kata itu baju pinjam sekalipun as long as aku boleh hide my tummy , itu dah cukup untuk aku .

Cite pasal raya , aku masih belum beli tudung .
Baju raya aku tahun ni 3 pasang .
Baju kurung biasa 1 , baju kurung pahang 1 , jubah 1 .

Baju kurung biasa tu takde dekat aku , ada dekat makcik aku sbb dia yang jahitkan baju tu , so aku tak taw apa warna kain baju kurung tu even dia ada bagi cebisan kain .
Tapi dia bagi cebisan baju bukan kain .
Jadi , aku memang tak taw warna and nak match dengan tudung kaler ape .

Baju kurung pahang tu kaler oren , tade hal .

Jubah tu warna hitam hijau pun tade hal .

Kasut , aku pakai wedges and flat vincci yang aku baru beli .
Elok lagi , jadi tak yah beli baru .
Ibu pun dah bising rak kat umah penuh dengan kasut aku je .
Pakai nye idak .
HAHA !

Handbag belum beli sbb bajet dah habis .
Tengah mengharap belas ihsan boyfriend untuk bagi duit shopping raya .
Itu pun kalau dapat .
HAHA !
Kalau tak , ada sesape rela hati nak sponsor aku handbag raya ?
Kesian kat aku , tak pernah ada handbag .
Sling bag je .
Huhuhu .

kbai <3




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, August 11, 2012

.one step closer.

Me : eh awak ada fesbuk ?
Him : hah ?
Me : awak ada fesbuk ?
Him : ada . *senyum*
Me : kite nak add boleh ?

Dia baru nak bukak mulut nak cakap , ada orang panggil nama aku .
Kecewa sebab tak dapat fesbuk dia .
HAHAHA !
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, August 3, 2012

.excident lagi.


malam tadi adik aku jatuh motor .
mamat tu baru elok je bahu dia .

aku keluar iftar malam tadi , balik dalam kul 10 .
jalan jalan kat bazar senawang sekali .
aku balik je , adik dengan alip tanya soalan yang sama .
"esok kau nak pergi keje naik apa kak ? ami excident dengan motor kau "

tak lama lepas tu , adik ajak aku pergi amik ami dekat spital .
luka luka je budak tu .

motor aku tayar depan meletop .
dah meletop , mesti lah budak tu lost control .
"bukan salah amirul kak , mende nak jadi" - kata kawan ami .

dapat mc sehari je .
ngok betul spital besar ni .
mementang rini jumaat pastu sabtu ahad .

tak boleh puasa adik aku tu .
HAHA !
lepas balik rumah , dia cakap dengan aku .
"kak , nanti kau kan tak puasa kan . nanti nak ganti ajak aku taw . kita ganti sesame "


okay , so kelakar .
HAHA !




keadaan nabil saya .
kuat jugak nabil ni .
dah dekat 5 kali kot excident .





Wednesday, July 25, 2012

.kad raya batch 1 ready !.




Aku dah beli kad raya untuk korang .
Cepat cepat bagi alamat kat comment box .
Nanti aku pos sekali semua .
Tak kisah lah kau blogger junior ke , newbie ke , retis ke .
Kalau nak , just drop me your home address .
Nak pm kat fb pun boleh .




Kbai <3


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, July 22, 2012

.kad raya.

Ye ye aku tahu .
Last year , aku berniat yang sama tapi tak kesampaian dek kekangan masa .

Tahun ni aku berniat yang sama lagi .
Aku nak hantar kad raya kat kekawan blogger yang follow blog DBM ni .

Jadi sesape yang sudi nak terima kad raya dari , boleh lah tinggalkan alamat kat ruangan komen .


Salam ramadhan dari misshy innz :)



Kbai <3
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, July 14, 2012

.report #6.

Keje untuk hari ini .





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, July 13, 2012

.report #5.


Kalau dah ada yang free depan mata , kenapa nak ambil yang berbayar .
Alhamdulillah , kenyang makan makanan kat showroom .
Seronok jugak launching ni ek .
HAHA !

semalam aku dok pandang orang makan sebab aku puasa .
Hari ni revenge balik .
Tah bape ketul popia aku makan tadi .
Makan mihun goreng lagi .




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, July 12, 2012

.report #4.


Receptionist desk .
Can I help u sir ?
What car did you to test drive ?


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

.asah bakat terpendam.

Ibu suruh buat kek hari tu sempena anniversary ibu ayah yang ke 23 .
Sangat puas hati sebab kek naik dengan gebu .
Rahsia nya ?
Gunalah tepung kek .
HAHA !


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

.report #3.

Photographer pun boleh .
Nak launching new civic .





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, July 11, 2012

.report #2.

Ini lahh keje aku hari ni .
Pepagi ngadap laptop .
Bila petang main dengan belon .


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, July 10, 2012

.kalau ada masa.















kau bagi aku buffered sampai 2 ni nak suh aku update blog kan ?
haaa, aku updated la ni .






susah nak online kat office .
ada cctv dan ................




kbai <3

Thursday, June 21, 2012

.report #1.

Masuk hari ni dah 3 hari aku jadi practical student .
Memang tade goyang kaki punya .
Kakitangan office ni memang tak ramai .
Department pun tak banyak .
Nak nak pulak aku masuk time orang busy nak wat clearance for the month .
Tu yang tade goyang kaki tu .

So far , okay la .
Cuma lesu dia , ta yah cite ahh .
Macam orang keje buruh padahal dok dalam office aircond . HAHA !

Balik keje kul 6 tu aku rasa nak baring , terus tidur .
Tapi bile fikir dah lepas asar , terus cancel .





Penat aihh taip entry pakai bb.


Kbai <3




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, June 18, 2012

.lagi cerita pasal beri hitam.

Sharul yang dah pandai nak menganjing aku .
Sabar je laaa .
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, June 14, 2012

.menggantikan yang lama.

tadi pergi tuntut hadiah ulang tahun ke 22 dari ayah .
tapi bukan tuntut kat ayah tapi tuntut kat kedai .
hehehe .

jeng jeng jeng .


bukan tudung . bukan baju milo .
tapi spek .
HAHA !


hadiah lahh sangat , padahal kau tu yang rabun .



ouhh rabun rabun .
okay , geged je lebih .
rabun jauh sikit , silau sikit .
aku memang pernah pakai spek masa darjah 5 .
masa tu umur baru 10 tahun , dah kene pakai spek .
sadis T____T



kbai <3

Wednesday, June 13, 2012

Percubaan

Orang batak beri hitam memang cenggini . Esaited nak cube semua benda . Maafkan lahh diri ku ini . Hahaha .






Kbai <3
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, June 12, 2012

.bakal 22.


hari ni berapa hari bulan ?
12 Jun .
hari ni birthday kawan aku , Khairul .
Happy Birthday Khairul .
yang ke 24 tak silap aku .
heee ~

lagi 5 hari birthday aku pulak .
ketahui lahh anda bahawa ramai kawan aku birthday diorang bulan Jun .
aku pun tak tahu kenapa .
aku memilih kawan kot ?
nak yang bulan jun je kann .
HAHA !

hari jumaat yang lepas , malam tu aku jumpa Ameerul .
disebabkan dia sangat esaited , sehari sebelum tu , yakni hari khamis , dia dah terbagitau aku apa hadiah birthday aku tahun ni .
okayy ~
me is super duper happy !

jadinya , kitorang jumpa jumaat malam tu , terus dia bagi hadiah .
ouhh , awal lebih seminggu .
heee ~

siapa ada fb aku tahu lahh hadiah apa aku dapat .
yang ada twitter pun sama ;D
aku kan kepochi .
haaa *TDDMKA*

jadi ini lahh hadiah nyaaa ;D


beri hitam itu beserta topup berserta cloud 9 (aku dah makan tadi).
patung koala tu kawan aku bagi masa dia pergi Australia .



mahu tak happy ?
dapat BB oi !
bak kata kawan aku "tercapai jugak impian kau"
esh ~ malu saya .




dan kekawan aku mula berkata ;

untung laa dah pakai BB
untung laa ramai peminat
untung laa dapat hadiah BB




aku pun tak mintak , ini dikatakan rezeki Allah ;)


aku ada gak niat nak pakai BB before raya .
ingat nak beli pakai duit elaun praktikal nanti .
tapiiiii , dah ada orang bagi .
saya tadah je lahh kann .
HAHA !

abang sedara aku bengang jee .
sebab aku pakai BB dulu dari dia .
HAHAHAHA !

tunggu 14 June plak .
hadiah hari jadi dari ayah ;)




save the date please : 17 June 2012




kbai <3

Friday, June 8, 2012

.end of sem 2 2011/2012.

7 June 2012 .
last payper (gaya Johan) aku adalah Money and Banking .
disebabkan aku tak suke subject ni , aku keluar awal masa exam pagi tadi .
suppose the exam end at 12 PM , aku keluar pukul 1130 AM .
stress sebab tak dapat jawab ;'(

hari ni aku bawak handphone pergi exam .
kenapa tah .
selalu aku biar je kat bilik , cas .

keluar dewan , aku tengok ada 2 mesej .
satu dari ayah .
"Ayah dah sampai" - 1106 AM

hamagadddd ~
aku suruh datang esok tapi dia datang hari ni pulak kann .

memang kelam kabut lahh cite dia lepas exam tadi .
cepat cepat aku balik bilik .
nasib baikkkk aku datang dengan motor tadi , kalau jalan kaki , mahu berlari pecut aku dengan baju kurung kat uia tu haa .
HAHA !

aku tak suka orang tunggu aku , sebab rasa bersalah sangat .

aku baru kemas baju kurung je yang lelain memang tak kemas ape weyhh .
kau bayangkan betapa kelam kabutnya aku kemas barang .
memula ingat nak bawak balik semua barang tapi end up , memang ada barang ke stor .
huhu =.='

aku nak bawak balik semua barang sebab aku takde kat uia short sem ni .
aku praktikal kat seremban jee .

aku rasa turun 3 kg kot sebab ulang alik hantar barang kat kereta .
blok aku tak nak paling belakang pulak kann ?
ayah aku plak park kat parking space yang depan tu haaa .
memang menapak aku .

eh selama ni merangkak ke ?
okay , tak kelakar innz, tak kelakar .
kau takde bakat join super spontan next season =.='

aku amik masa 1 jam setengah nak settle semua .
3 4 kali aku ulang alik amik barang ke kereta sorang sorang .
dah rasa macam badang pulak angkat beg beg yang berat .
kau tahu je lahh bebarang perempuan ni banyak macam mana kann ?
phewww ~
dengan tak makan apa sejak bangun tido .
aku rasa , air pun tak sempat minum .
innz memang supergirl !

ayah aku gerak dulu bawak motor .
aku follow dengan kereta .
tapi end up , aku sampai setengah jam awal dari ayah aku .
hew hew hew .

maybe ayah ade stop isi minyak ke , makan ke kat mana mana .
tak tahu lahh aku .
sebab aku memang straight balik je .

even kalau bawak motor pun , aku memang tak reti nak menyinggah .
aim aku terus ke rumah except kalau ada emergency macam minyak nak kene isi ke , hujan ke , etc .
sebab tu aku boleh sampai sejam je dari uia ke seremban .
dengan Nabil , si Kriss 110 keluaran tahun 2003 .

heibat tak Nabil saya ?
*angkat angkat kening*

kalau bawak kereta sejam lebih sikit .
maybe dalam 10 minit lebih sebab aku dah tak berani nak bawak lelaju sejak kene speed trap hari tu .
ciss .
aku stay relax kat lane dua .
tapi kekadang tu rasa menyirap gak lahh kalau ada kereta yang sedap plak makan angin kat highway .
aku masuk lane tiga , pecut sambil buat lambaian ratu kat kereta yang aku potong tu .
HAHAHA !

lambek na !

aku bertolak dari uia pukul 1:05 petang mungkin dan aku sampai rumah dengan selamatnya pukul 2 petang ++ .

dengan laparnya kann .
nasib baik lahh ayah ada belikan roti dengan 100 plus .
boleh lahh aku buat kekunyah time tunggu turn nak amik tiket kat Tol Sungai Besi .
tahu tahu je aku suka 100 plus .
hehehe ;D

ayah lah hero akak .
eh tetibe plakk kann ?

adik aku , ami , senyum lebar bila Nabil sampai rumah .

"aku dah tahan weyh isi minyak 125 . hari hari plak nak kene isi , kalau aku pakai motor kau , jimat gilaa"
"kan ? aku tu kekadang 2 minggu tak isi , sampai bengang plak , bila minyak nak habis ni . hahaha"

over taw aku ;D

tadi masa dinner dia cerita ;

"semalam aku keluar tak bawak motor , kawan aku tanya , mana kriss kau ? aku jawab je , esok kriss aku sampai , tetiba betul plak kriss sampai hari ni "

what a coincidence .






okay , dah panjang taip , ikutkan nak taip lagi ni , tapi dah lahh .
over plak kau .
karangan exam BM hari tu pun tak panjang macam ni taw .
HAHA !



baideway , AKU DAH DAPAT LESEN AKU BALIK .

okay , innz sangat over .
HAHA !
sebab 4 minggu hidup tanpa lesen .
kau mampu ?
memang penunggang motorsikal haram lahh aku kat KL sepanjang 4 minggu lepas .
hew hew hew ;D




save this date please : 17 JUNE 2012




kbai <3

Tuesday, June 5, 2012

.orang takdo kojo.

hari ni aku merilek jee .
exam aku hari khamis , pukul 9 .
last payperrrr ~

aku dok ngadap lappy je keje rini .
kalau lappy boleh bercakap , mesti dia cakap "kau pergi tido lahh , muak aku ngadap muka kau je sepanjang hari"
HAHA !

aku dok tengok tengok blog orang yang nak kawen .
rajin diorang buat DIY barang barang kawen .




dan aku dah esaited .



bila aku dapat start buat DIY thing ni untuk majlis aku pulak ?
tangan iolz dah gatal nak main dengan riben ni ;D












ouh , day dreaming , innz .
HAHA !










entry merepek gilaaaaaaaaaaaa .



kbai <3



Monday, June 4, 2012

.dugaan kata ibu.

sekarang panas kann ?
dulu , aku kat uia ni selalu tido , mesti berselimut .
hatta waktu siang pun .

tapi sekarang ni , selimut aku tendang ke bawah .
kalau boleh nak tido tak pakai pape .
HAHA !

disebabkan cuaca yang panas sekarang , tekak aku tetibe saket .
hari hari meroyan kat fb cakap saket tekak . orang pun naik menyampah .
aku syak memang sebab kurang minum air masak .
aku dah jarang minum air manis (diet punya pasal) tapi memang sikit lahh minum air .
aku sedar tu .
bukan apa , aku ni kalau minum banyak banyak , mula lahh setiap 15 minit nak ke toilet .
mana larat der .
nak nak pulak kalau time tido , terasa nak kencing .
aiyooo ~ maleh nak bangun tapi kene jugak lah kann .

bila dah saket tekak , mulalahh asyik teguk air masak je kann .
haaaa baru kau tahu .
dan dan larat pulak kann nak pergi toilet setiap 15 minit .
HAHA !
terpaksa lahh .

tadi lepas maghrib aku ingat nak tido jap , kul 10 bangun .
itu pun setiap setengah jam , aku bangun sebab nak kencing .
sabar je lahh ;D

esok aku ada paper .
second last paper , komunikasi perniagaan .
aku gap 3 hari before paper esok .
memang hari hari sepanjang gap tu , aku bangun lepas zohor .
pehh pehhh .
pengsan oi .
HAHA !

jadi maknanya aku skip breakfast dan lunch .
lagipun tekak gua saket , nak telan nasi + ayam goreng , aku rasa mahu menjerit aku time makan tu .
over kau ni , innz .
HAHA !

petang dalam kul 530 camtu , baru aku turun cafe , beli dinner .
salu aku beli yong tau foo tak pun bubur .
itu je yang boleh aku telan sekarang ni .
tapi salu makan mesti tak habis , perut aku mengecik sekarang ni , rasanya .

okay , kau jangan lahh percaya , memang petang tu aku makan tak habis walaupun aku tak telan pape sejak pagi .
tapi selalu pukul 10/11 malam , aku akan keluar pegi cari makanan kat kiosk plak .
HAHA !

lapar gile weiii ~




kbai <3

Sunday, June 3, 2012

.mak , nak kawen.


Lelaki
Jejaka : mak , abang nak kawen .
Mak Jejaka : dah ada duit ke ?

Perempuan
Gadis : mak , akak nak kawen .
Mak Gadis : dah ada calon ke ?





kbai <3


Saturday, June 2, 2012

.my school's life.

tetiba nak cerita pasal jaman sekolah kann .
HAHA !

nak cerita pasal lan tadi , tapi bila pk balik , yang tu ada dosa kalau cerita , kita tukar cerita lain .
mari bercerita pasal kenangan .
yee , Innz memang suka cerita hal suwit muwit masa dedulu .
hehehee ;D

before that , HAPPY BIRTHDAY MY HANDSOME LITTLE BOY , QAYYUM .
mak long love youuuuu <3 <3
birthday dia kelmarin (31/5)

masa sekolah dulu , aku adalah kurus .
ehem .
aku suka share share makanan dengan kekawan .
motif ?

kalau time rehat , beli aiskrim kat koop , mesti ada yang nak share sama .
selalunya dak apis .
alalaaa sweetnye makan share share ni ;)
rindu plak ;D

pernah jugak aku dengan farah paw shidi suh belikan kitorang coklat cadbury .
dulu duit belanja ibu bagi RM2 je uolz .
mana cukup duit nak beli ketberi .
tu yang paw orang tu .
hehehee ;D

apis cerita masa form 4 , aku sombong gila .
pandang dia pun tak nak .
nak geng dengan akmal , kireen jee .
dia , sikit pun aku tak pandang .
HAHA !

lepas bebudak ni semua kua pergi teknik ,baru terhegeh hegeh nak kawan dengan dia .
heeee ;D

"budak mana ni ? dulu dia kelas mana ? ouhh , budak baru , eh apasal no i/c dia 90 ? ouhh budak lompat , adik rupanyaa"

lama dahh tak jumpa diorang .
rindu ni .
sem ni aku pun jarang balik .
bebudak ni plak hari hari lahh IM aku kat fb tanya "mana kau?"
naik bosan aku , jawab soalan yang sama hari hari.
HAHA !
what ever it is , aku rasa happy sebab ada jugak yang ingat kat aku .
HAHAHAHA !








kbai <3

Thursday, May 31, 2012

.dah pandai sekarang ye.

*lagu I like it like that kedengaran*

Ahmad calling

Aku : haluuuu
Amad : hello , kat mana ?
Aku : uia . kenapa ?
Amad : alaaa , ingat kat seremban .
Aku : kenapa ? nak ajak tengok Men In Black ke ? Hahaha ..
Amad : amboi , dah pandai sekarang ye , dulu aku ajak , manjang tolak , sekarang , dia yang offer diri eh .
Aku : hahaha . kann , aku dah pandai sekarang ni bang .
Amad : ye laa ye laa .


amad ni memang suka tengok wayang .
sejak sejak dah kerja ni , boleh kata every month ajak aku tengok wayang .
memula aku follow je sebab dia yang bayo .
tapi lelama aku naik malas sebab aku bukan kaki wayang pun .
HAHA !

tu yang dia kata aku asyik tolak je .
tapi memang iye pun .

masa bulan 1 beria cakap dengan dia , "nanti bulan 4 belanja tengok Titanic 3D eh"
last last aku pergi tengok dengan shara .
HAHA !
kesian kau bang ;D


rasa macam dah bertahun plak tak tengok wayang dengan dia .
nanti cuti , aku nak ajak dia tengok wayang laaa .
lagipun dah lama duit dia saving dari belanja aku .
kah kah kah .











kbai <3






.SE vs NF #1.

Handphone .

NF : belikan i hp baru .
SE : hp ? tunggu i banyak duit .
NF : ;'(
SE : kenapa ?
NF : tadi hp i jatuh , button button jadi keras, sakit jari i tekan tekan ;'(

Makan

SE : dah makan ayam penyet da .
NF : sedap ?
SE : boleh la , dah lapar , makan je .
NF : u tu semua pun u telan .
SE : senang lah u nanti , masak je pape , i mesti makan .
NF : i goreng katak lah nanti .
SE : eee agak agak lahh sayang ni , goreng katak pulak .
NF : kata semua makan . hahaha .
SE : takde laaa sampai i nak makan katak goreng .








kbai <3

Wednesday, May 30, 2012

.cerita exam saya.

ada lagi 2 paper sebelum semester 2 2011/2012 ni berakhir .
tinggal Komunikasi Perniagaan dan Money and Banking .

lepas tu cuti 10 hari , terus practical .
mak ai .
nangis lahhh kau Nur Farahin tak cukup cuti .

tapi tak pe , practical dekat seremban je .
dekat dengan orang orang yang saya sayang .








kbai <3

Friday, May 25, 2012

.trauma , fear , split personality, mangsa buli.


aku rasa aku macam alami split personality lahh .
hurm .

setelah aku renung dan kaji balik sejarah silam , aku dapati masalah aku tak berkawan dengan orang ni bermula selepas insiden buli masa form 4 .
demyu !

effect sampai sekarang .

I is sangat peramah suatu ketika dahulu .
aku ramai lagi kawan dekat PZ compared to Redza .
yes .

masa menengah rendah , yakni masa sekolah kat PZ , aku kawan dengan semua orang .
yang dari kelas lain pun aku kawan jugak .
sampaikan masa form 3 dah berani usha abang form 5 .
boyfriend orang pun aku bantai tegur masa join diorang dating .
heibat tak aku ?
seyes , dulu aku memang takde hal nak berkawan .
tapi sekarang memang tak lahh aku nak tegur/usha orang .
HAHA !

orang selalu kata muka aku masam je .
aah , itu memang aku akui .
hehehe ;D

sejak dari kene buli , aku hidup dalam ketakutan .
setiap hari aku pergi sekolah dalam ketakutan .
kalau boleh , tak nak pergi sekolah langsung .
setiap kali aku nampak budak yang buli aku dulu , aku rasa trauma sangat .
takut teramat sebab aku tahu masa tu dia masih benci kan .


*flashback*

lepas rehat , masa sesi orientasi form 4.
kerusi tempat aku nak duduk di tarik orang , akibatnya aku terjatuh ke bawah .
aku mula bersuara lantang "what's wrong with you, girl ?"
budak perempuan tu ajuk cakap aku .
dan start dari situ dia mula tak puas hati dengan aku .
sebab aku budak baru lepas tu dah berani nak sound dia .

sejak kejadian tu , aku memang tak berani nak tegur orang sesuke hati .
aku mula berkawan dengan blog , facebook , dengan orang orang yang aku tak payah jumpa dulu .
HAHA !
sound veryyyy pathethic .

kadang kadang kalau aku ikut member pergi lepak dengan kekawan dia , aku akan diam jeeee .
memang jarangggg sangat sangat aku nak masuk campur .
sebab aku tak kenal dan topik yang di bincang takde hal dengan aku .
aku malas nak amik port.
kang salah cakap , naya je .

memang lahh orang cakap "kitorang cool je lahhh , boleh masuk dengan kau"
tapi tak bagi aku .
aku tak pernah jumpa kau , aku tak kenal kau , aku tak pernah tahu pasal kau , and its a big NO for me to join u guys .
i'm sorry .

jadi , tak yah hairan lahh kalau aku selalu shopping sorang sorang , makan sorang sorang , pergi kelas sorang sorang , buat itu ini sensorang .
aku selesa macam tu .
tak libatkan orang lain sebab aku TAKUT NAK BERKAWAN sekarang .


style aku cari kawan sekarang senang .
borak borak kat facebook , meet up , dan kau akan tahu the other side of me yang kau takkan expect itu aku .
hehehehehh ;D
misteri kann aku ?







HAHA !


k nak tido . bye ;)




Thursday, May 24, 2012

.sedap ?.


semalam tengah aku jalan turun tangga sambil beria bercerita , tak semena mena aku jatuh .
jatuh kat tangga okayy .
terus peluk tiang .

esh , tak pepasal je jatuh .

aku memang macam ni .
kaki ni tak kuat .
tu yang aku cakap pakai flat pun boleh jatuh , ini kan pulak pakai heels .
aku selalu je jatuh time tak de orang .
spot feveret mesti lah tangga .

hari tu , aku bangun pagi , ingat nak g cuci muka , langkah je keluar pintu , pap ! jatuh lagi .
sister yang kebetulan lalu muka dah cuak .
tetibe je aku jatuh .
HAHA !

dan sekarang kaki adalah sakit sebab luka sikit sebab semalam jatuh kene sisi anak tangga .


macam budak baru belajar bertatih lahh kau jalan jatuh bagai .
HAHA !




Tuesday, May 22, 2012

.selasa yang hujan.

semalam aku cakap kat dena , pagi ni mintak tolong dia temankan aku pergi check mata .
alih alih kul 1130 pagi baru celik .
HAHA !
pagi lahh sangat kann .

result dia , rabun jauh 50 , silau 25 .
okay tak teruk sangat pun tapi rasa nak buat spec jugak ,
hehehe ;D

balik uia pergi jumpa sir .
ingat nak amik test pastu tengok CAM .
tapi CAM belum kua , jadi kami berborak borak ajee .

satu yang menarik perhatian aku .

"batch awak yang amik spm berapa ramai ? ratus ratus ribu tau . tapi berapa orang yang dapat masuk matrix ? only top 25 je . yang lain ? pergi ke alternatif lain , diploma , swasta , teknikal . kemahiran "

aku dah kembang kembang da .
bangga menyelubungi diri .
acane aku boleh sesat dalam golongan top 25 ni pun aku heran gak .
tapi aku percaya lahh , ini memang rezeki Allah untuk aku .
Alhamdulillah ;)

lepas tu sir cakap pasal budak kelas lain , dapat full mark mid term dia .

"awak kenal zaim ?"
"dia tu pandai sir"
"abih , awak tak pandai ke ? kalau tak pandai , awak takde kat sini"

amik kau , kene sebijik .
HAHAHA !

tadi aku baru check CAM multimedia .
ni badan aku tengah terkejut ni .
sebab assignment aku 0/20 .
pehhhhhhhhhhhhhhhh~ how come .
aku hantar kot .
tak pernah lagi aku tak hantar esaimen .

tak down tapi terkejut .
tapi aku memang dah expect sebenarnya .
ternyata kerisauan aku tu betul .
hurm .
ada miscommunication sikit .
esok nak kene pergi jumpa madam lahh nampaknyaaaa .
















kbai <3



Friday, May 18, 2012

.sejarah mungkin berulang ?.

malam tadi , aku pergi McD naik motor .
okay , pemegang lesen agung ni keluar pergi McD .
masa aku keluar dari main gate uia , aku dah nampak kereta peronda polis dari arah international school .
cuak dia tak yah cakap .
aku act cool je macam tak bersalah .
sampaikan traffic light yang selalu aku langgar lampu merah tu pun aku berhenti .
takut sebab takde lesen punya pasal .
HAHA !

ni kalau ibu ayah tahu , mahu kene luku kepala aku balik nanti .

lately ni aku rasa bila aku keluar malam , pandangan aku macam samar samar je .
bercahaya silau .

okay , untuk pengetahuan , aku memang ada rabun silau masa sekolah rendah .
ni semua gara gara cikgu math aku yang sajes kat ibu suh check mata aku sebab markah math aku teruk gila .
suppose tak patut langsung markah math aku jatuh sebab aku budak lompat .
and budak lompat suppose to be excellent in maths .

tapi rabun silau aku masa tu sikit sangat tapi buat jugak spek .
aku pakai sampai form 2 ke form 3 tah tak ingat tapi yang pasti lepas tu spek hilang dan aku tak pakai spek dah .
it was like a punishment for me sebab hilangkan spek tu .
no replacement .
kata ibu T_____T

since tu aku tak pakai spek dah .
hehe .
silau kenkadang tu ada especially drive malam lahh kan .

tapi kebelakangan ni aku rasa macam dah teruk plak .
mungkin sebab aku hari hari ngadap lappy je .
leka main fb even nothing interesting .
lepas tu baca blog orang lelama .
heeeeee ^___^

tadi aku tengah baca blog .
lama gak lahh , aku rasa my sight sangat sangat terganggu .
my screen nampak sangat bercahaya even dah reduce brightness .
okay , i know this is bad .

habiskan final exam dulu , balik seremban nanti aku check balik .
last year aku pergi , orang tu cakap ada silau tapi sikit jadi dia cakap tak yah buat spek .









adakah sejarah lama akan berulang ?
*selongkar purse tengok kot kot ada gambar lama time pakai spek*
















kbai <3



Thursday, May 17, 2012

.sok sek sok sek cik innz.

kalau di tanya , siapa idola aku ?
dalam diam , aku sangat mengagumi ayah aku , Encik Mohamad Jamil .

Pendidikan 
ayah aku sekolah sampai darjah 6 je .
kau bayangkan pendidikan apa yang ayah aku ada setakat darjah 6 pada tahun 1976 ?
dulu ayah aku tak pandai langsung english .
suprisingly , ayah aku kekadang kene attend workshop , aku ada lah jugak skodeng skodeng notes dia , dia tulis dalam english .
aku senyum je ;)

percaya tak , masa aku duduk kat paroi , rumah yang kitorang tinggal , ayah yang bina .
electricity , air , semua dia buat sendiri .
tak pernah aku tengok ayah aku tak tahu nak fixed something .
except for major things like kereta hancur ke .

adik aku , aliff , sebiji macam ayah aku .
baideway , ayah aku technician .
keje dia maintain/fixed machine kat kilang .

Agama
ayah aku asal dari kedah .
tok wan aku orang alim gak laa .
family belah ayah aku semua baik baik .
yang perempuan semua pakai tudung .
alhamdulillah .

masa aku kecik , aku belajar baca muqaddam dengan ayah .
setiap malam , lepas maghrib , ayah ajar aku ngaji .
tapi seyes garang gilaaa .
aku mengaji sambil air mata tik tik tik atas muqaddam .
punya scary kalau mengaji dengan ayah .

habis muqaddam , naik quran , aku ngaji dengan ustazah dekat kampung aku .
aku pun dah tak sanggup nak mengaji dengan ayah lagi .
HAHA !

Rupa Paras 
orang kata muka aku ikut ayah .
kulit aku hitam manis macam ayah .
aku tengok muka ayah aku tak pernah berubah .
maintain je gitu .

masa aku form 4 , kawan aku datang rumah , kebetulan masa kitorang nak keluar , ayah aku balik keje .
kawan aku tolong bukak kan pagar sebab aku tengah nak keluarkan motor .

Kawan : abang kau eh tu ?
Aku : hah ? aku mana ada abang weh , ayah aku lah .
Kawan : muka macam abang kau je .

either ko nak cakap muka aku iras ayah aku or kau nak kata ayah aku nampak muda .

HAHA !




kalau boleh , aku nak suami macam ayah aku .
serba boleh .
ayah aku boleh masak dan dia suka mencuba masakan .
kadang kadang dia masak dinner untuk kitorang .
kitorang telan je , dah lapo .
HAHA !






apasal air mata aku menitik ni ?
ayah marah ke aku tulis pasal dia kat blog ?
HAHA !



kbai <3


.boleh berlagak tapi ....

last week adik aku up cerita beberapa tahun yang lepas .
cerita pasal anak jiran aku bergaduh dengan budak mana tah sebab budak mana tah tu tak puas hati dengan anak jiran aku sebab budak mana tah tu kata anak jiran aku ni berlagak gila .
kalau tengok biasa biasa pun tak de lah berlagak sangat .
sebab kitorang pun tak bertegur sapa sebab dah besar besar kan .
segan .
HAHA !

jiran aku ni kaya .
anak dia 3 orang je , semua lelaki dan dah habis sekolah .
setiap sorang anak dia dapat kereta sorang sebuah .
rezeki dia kan .

rentetan dari kejadian gaduh tak puas hati tu , ibu aku cakap ceni ;

"yang budak mana tah tu pun satu hal , nak gaduh dengan _______ pasal dia berlagak kenapa tah . budak tu berlagak at least dia ada something , mak bapak dia kaya , kau ada apa ? memang pada lah kalau dia nak berlagak sebab dia bukan berlagak kosong . buat nya mak bapak dia saman kau sebab ganggu ketenteraman keluarga dia , tak ke naya ?"

kan ?
boleh nak berlagak tapi berpada pada dan kau mesti ada SOMETHING untuk di berlagak kan .
HAHA ! ayat apakah ini ?

jangan nak over sangat berlagak tu eh , nanti orang baling kasut kat muka kau .
HAHA !

berlagak dengan manusia , ada ampun nya lagi .
tapi berlagak dengan Allah ?
tiada maaf bagimu .
hehehe ;D





berlagak dengan sombong is two different things yah .












kbai <3