Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Tuesday, January 13, 2015

.Resepi : Crispy Pocket Bread.


Hola !

ni gara gara terliur tengok dekat IG .
nampak delish je gambar dia .
rasa nak kunyah kunyah handphone . HAHA !

dengan semangat kerajinan yang jarang jarang ada , aku pun buat jugak lahh Crispy Pocket Bread ni .
cume filling dia aku create sendiri ikut tekak aku .
kalau korang nak ikut , silakan , if not , aku tak marah .
ikut lah tekak korang ye .
aku bagi guide je .

aku bagi resepi crispy bread dulu ye .
filling tu boleh ubah .
lantok korang ler nak buh filling apa .

RESEPI CRISPY POCKET BREAD

Bahan :
roti putih
telur untuk sapu
breadcrumbs (tanak pun takpe tapi takde lah rasa crispy crispy ye)

Cara :
1) gelek roti putih tadi menjadi leper .
2) isikan filling dan cheese cheddar/mozarella (kalau mahu) di tengah roti .
3) sapukan telur si tepi tepi roti untuk memudahkan ia melekat bila ditekan dengan garfu .
4) tekan tepi roti guna garfu .
5) salut dengan telur pastu salut dengan breadcrumbs .
6) goreng dalam minyak sederhana .




Filling 1 : Chicken with Cabbage and Mozarella Cheese

Bahan :
Ayam rebus (dicarik)
Kobis
Bawang besar
serbuk lada hitam . garam dan perasa

Cara :
Tumis bawang besar .
Masukkan ayam rebus yang dicarik . goreng sekejap .
Masukkan kobis .
Perasakan dengan serbuk lada hitam , gula , garam , ajinomoto (jika perlu)
Siap !



Filling 2 : Creamy Chicken with Cheddar Slices Cheese

Bahan :
Ayam kisar
Mixed vege
Mushroom cream (aku guna yang campbell dalam tin tu)
Bawang besar cincang
Sedikit air
Garam, gula , ajinomoto , serbuk lada hitam

Cara:
Goreng daging ayam kisar dengan minyak sedikit sampai kering airnya . Ketepikan .
Tumis bawang besar .
Masukkan mixed vege .
Masukkan ayam kisar tadi .
Masukkan mushroom cream . Kalau pekat likat , masukkan sedikit air .
Perasakan dengan gula , garam , ajinomoto , dan serbuk lada hitam .
Siap !


Selamat mencuba ! senang dan sedap . insya Allah .




kbai <3

Saturday, September 29, 2012

.resepi : vanilla chocolate chips cupcake.

lama tak update blog kan ?
lagi lama tak share resepi dengan uols .
hik hik ;D

rini i nak share resepi kapkek yang paling senang tahap gaban .
sebab yesterday , ada orang tanya i "tak jual kapkek lagi ke ? baru nak beli"
heee i cepuk jugak budak yang bertanya ni kang .

i dah lama tak jual kapkek .
i tade masa + kat hostel mana boleh masak uols .
nazak laaa kalau nak tunggu balik rumah baru nak pulun buat semua kann .

insya allah kalau ada rezeki , i sambung lahh balik bisnes kapkek i ni kelak .
aicehh , gune perkataan kelak .
tak tahan .
HAHA !

resepi asal takde chocolate chip, i saje gedik tambah .
sebab geram tengok chocolate chip dalam peti ais tu banyak lebih .
nak makan gitu sajee memang tak laa .
pahit oi .

so , i decide nak campak je dalam adunan kapkek vanila i ni ha .
puas hati i .
hehehe ;D

Bahan :


  • 175 gram marjerin (i pakai buttercup . kalau buat kek , nak sedap sila pakai buttercup)
  • 175 gram gula kastor
  • 175 g tepung naik sendiri (senang uols pakai tepung ni je , kompom gebu dan sedap !)
  • 3 biji telur (belasah je lahh gred apa pun . i men pakai je telur yg ada dalam peti ais tu ha)
  • 80 gram chocolate chip
  • 1 camca teh perasa vanilla
  • 1 camca teh baking powder


Cara :

  • satukan semua bahan . ye , semua bahan kat atas ni , uols masuk je ke dalam mangkuk .
  • pakai mixer , uols mix sikit . cukup sekadar well blended je . agak agak butter uols dah sebati semua , okay lettew .
  • masukkan dalam papercup .
  • bakar selama 20 minit pada suhu 180 darjah celcius . (kalau nak buat kek besar, bakar selama 45 minit)
  • dah siap tu , cube uols rasa . kalau tak sedap , tak taw nak cakap pe . dah pakai buttercup + tepung naik sendiri . itu lah rahsia kek uols sedap .

macam i , i curah ganache chocolate + chocolate rice as topping .
bancuhan ni uols akan dapat dalam 30 bijik kapkek .
okay lettew kan ;D

i hadiahkan gambar untuk uols buat cuci mata .
kalau baca entri tanpa gambar kan bosan .
tapi gambar tak cantik la .
pakai camera hp je .
huk huk ;D


*bahan bahan nya*


*tengah mandi sauna dalam oven*


*freshly from oven*


*dah decorate sikit . sedap kemain kapkek ni*

selamat mencuba




kbai <3






Friday, April 22, 2011

.chocolate cream puff | cream puff coklat.

first entri untuk hari ni .
cakap pasal makanan pulak .
sekali sekala tukar genre , apa salah nya kann ?
hehe ;)

kelmarin kan aku buat kek coklat tapi tak jadi .
huu T___T
bukan tak jadi ape, kek nya tak naik kembang .
sebab pakai kukus kot .
jadi, ade coklat ganache lebih .
banyak gak lahh .

masa aku tengah lipat kain tadi , ibu suruh aku buat donat lepas tu mandikan donat dengan coklat .
tapi aku cakap " akak nak buat cream puff lahh "

okay , since cream puff aku jadi , meh nak share resepi .


Cream Puff Coklat


Bahan - bahan :

Cream Puff


  • 200 gram tepung naik sendiri
  • 120 gram mentega
  • 300 ml air
  • 6 biji telur

Coklat

  • Coklat masakan
  • Susu pekat (ikut suka nak coklat pekat mana , tapi jangan banyak sangat , nanti manis doshh)
  • Mentega (ikut lah nak bape banyak , just nak bagi dia tak terlalu pekat dan berkilat)


Cara - cara :

  • Panaskan oven dengan suhu 200 darjah celcius selama 20 minit .
  • Masukkan mentega dan air , pastu didihkan .
  • Dah didih , masukkan tepung , kacau sampai tepung sebati dan tak melekat kat periuk .
  • Tutup api .
  • Masukkan telur satu persatu dan kacau sampai adunan licin dan berkilat (tapi aku nye tak berkilat pun, sekadar cair sikit dan tak macam doh donut)
  • Sapukan loyang dengan mentega .
  • Masukkan adunan dalam piping bag , guna nozzle berbentuk bintang dan tekan sambil buat bulatan kecil ke atas loyang .


  • Masak selama 25 minit sampai permukaan puff kecoklatan .
  • Sementara tunggu puff masak , boleh masak coklat .
  • Masukkan coklat dan susu pekat serta mentega, masak guna kaedah double boiler .
  • Bila puff dah masak , biarkan sejuk sekejap , potong puff tapi jangan sampai terbelah dua dan isi coklat .
  • Lepas tuh , suruh satu family rasa cream puff kau sambil paksa diorang cakap sedap , jadi berbaloi lah penat kau memasak . HAHAHAHA !



*hasil nya tade lah cantik macam chef buat tapi aku harap kau tempting lahh tengok cream puff aku ni ;p*






selamat mencuba !
tak susah pun ;)

Friday, December 10, 2010

.MyRecipe : Kek Coklat Simple.

sumpah kek ini simple dan sedap .
resepi ni ibu yang bagi .
dia amik kat kawan dia .
aku tukang buat jeh .
hehe xD
ingat aku reti nak buat kek dengan resepi sendiri ?
kang kek tah ke mana , resepi tah ke mana .

gambar tade .
harap maklong .
aku kan pengunna broadband celcom yang dah di limit bandwith nya .
huh .
Bahan - bahan :

1 cawan gula halus (aku guna gula biasa pastu blend)
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
2 cawan tepung gandum
1 cawan air didih (tayah nak didih/gelegak sangat , asal panas sudahh)
1/2 cawan serbuk koko
1/2 camca teh soda bikarbonat
2 biji telur ayam (bukan telur badak okayy)

Cara - Cara :

1. Ayak tepung dan soda bikarbonat . (tak reti , tanya mak kau)
2. Bancuh serbuk koko dengan air panas tadi . (tak reti , meh nak gigit tangan)
3. Pukul (bukan belasah) telur dengan gula sampai kembang semangkuk .
4. Masukkan tepung yang dah di ayak tadi sikit sikit dalam mangkuk yang berisi telur + gula yang dah kembang tadi , kacau sebati .
5. Masukkan minyak masak , kacau sebati .
6. Masukkan susu pekat , kacau sebati .
7. Masukkan bancuhan koko , kacau sebati .
8. Tuang dalam loyang yang di sapu majerin , pastu kukus .
9. Tunggu sejam .

dahhh ~
tu jehh .
boleh start men masak masak sekarang .
heh . penat pulakk .
hujan 30 saat , pastu panas tetibe .
baru nak rasa sejuk sejuk .


okayy ~
suke takk ?
tekan LIKE pastu g share dengan kawan kawan kau .
HAHA !
babai .