Saturday, September 29, 2012

.resepi : vanilla chocolate chips cupcake.

lama tak update blog kan ?
lagi lama tak share resepi dengan uols .
hik hik ;D

rini i nak share resepi kapkek yang paling senang tahap gaban .
sebab yesterday , ada orang tanya i "tak jual kapkek lagi ke ? baru nak beli"
heee i cepuk jugak budak yang bertanya ni kang .

i dah lama tak jual kapkek .
i tade masa + kat hostel mana boleh masak uols .
nazak laaa kalau nak tunggu balik rumah baru nak pulun buat semua kann .

insya allah kalau ada rezeki , i sambung lahh balik bisnes kapkek i ni kelak .
aicehh , gune perkataan kelak .
tak tahan .
HAHA !

resepi asal takde chocolate chip, i saje gedik tambah .
sebab geram tengok chocolate chip dalam peti ais tu banyak lebih .
nak makan gitu sajee memang tak laa .
pahit oi .

so , i decide nak campak je dalam adunan kapkek vanila i ni ha .
puas hati i .
hehehe ;D

Bahan :


  • 175 gram marjerin (i pakai buttercup . kalau buat kek , nak sedap sila pakai buttercup)
  • 175 gram gula kastor
  • 175 g tepung naik sendiri (senang uols pakai tepung ni je , kompom gebu dan sedap !)
  • 3 biji telur (belasah je lahh gred apa pun . i men pakai je telur yg ada dalam peti ais tu ha)
  • 80 gram chocolate chip
  • 1 camca teh perasa vanilla
  • 1 camca teh baking powder


Cara :

  • satukan semua bahan . ye , semua bahan kat atas ni , uols masuk je ke dalam mangkuk .
  • pakai mixer , uols mix sikit . cukup sekadar well blended je . agak agak butter uols dah sebati semua , okay lettew .
  • masukkan dalam papercup .
  • bakar selama 20 minit pada suhu 180 darjah celcius . (kalau nak buat kek besar, bakar selama 45 minit)
  • dah siap tu , cube uols rasa . kalau tak sedap , tak taw nak cakap pe . dah pakai buttercup + tepung naik sendiri . itu lah rahsia kek uols sedap .

macam i , i curah ganache chocolate + chocolate rice as topping .
bancuhan ni uols akan dapat dalam 30 bijik kapkek .
okay lettew kan ;D

i hadiahkan gambar untuk uols buat cuci mata .
kalau baca entri tanpa gambar kan bosan .
tapi gambar tak cantik la .
pakai camera hp je .
huk huk ;D


*bahan bahan nya*


*tengah mandi sauna dalam oven*


*freshly from oven*


*dah decorate sikit . sedap kemain kapkek ni*

selamat mencuba




kbai <3






4 bantah cakap cikgu:

Anonymous said...

Salam kak, kalau pakai tepung gandum biasa boleh tak?

Cik Pipi said...

boleh tapi kene tambah dengan baking powder , kalau tak dia tak naik nanti ;)

Anonymous said...

still kena pakai baking powder even dah pakai tepung naik sendiri?

Anonymous said...

no need la, sbb dlm tu dh ada baoing powder dah. :)