Monday, February 28, 2011

.dem yu ! (pinjam trademark orang).

aku ade benda nak update sebenarnya .
sebab tuh , tajuk macam siot sikit .

tapi bila dapat mesej tadi, terus tak jadi .
hik hik .

jadi , tade lah update untuk hari ni .
alaaaa, ade orang kesah ke ?
HAHA !

tak pelah .
update dalam hati jeh .
okayy , nak merayau rayau cari entry panas .
boleh buat gelak gelak, penawar duka .
kan  kan kan ?

.bukan senang.

bukan senang nak lupakan seseorang yang kau kenal rapat .
eh kenapa nak lupakan ?
sebab TERPAKSA .
keadaan yang memaksa .
kene redha T__T


even kau dah delete dia dari facebook , kau still nak stalk fb dia.
ye . aku juga masih buat macam tuh .
sebab aku belum boleh lupakan dia sepenuhnya .

even kau dah delete nombor phone dia , kau masih simpan mesej mesej dia dalam folder .
secara tak langsung , ada balik nombor dia kann ?






tak pe lahh awak .
kalau ye ,saya ada buat salah dengan awak , saya mintak maaf .
halalkan makan minum saya sepanjang tempoh saya bersama awak tempoh hari .
maafkan saya dunia dan akhirat .












berbahagia lah .
memang itu selayaknya awak dapat .

saya pinta , tolong jangan sesali perkenalan itu .
sebab itu lebih menyakitkan dari apa yang telah awak lakukan sekarang .















ayuh , kembali ke sekolah !
senyumlah selagi mampu , Nur Farahin .
jangan kau padamkan cahaya kegembiraan itu =)

Sunday, February 27, 2011

.cuba teka aku jumpa siapa ?.

rumah family aku kat sikamat .
kau tahu siapa ada kat sikamat ni ?



ehh, mesti lah ada aku .
HAHA !

okayy okayy .
kat sikamat ni , bermastautin nya beberapa orang yang terkenal .
antaranya , zack dan kembar aidil dan zaquan .
bukannya kembar izuddin dan izwan ye .
diorang kat jajahan negeri lain .

setiap kali adik adik balik dari solat jumaat , aku mesti tanya soklan ceni ;

"kau ade jumpe aidil ke zaquan kat masjid ?"

aku bukan lah fanatik sangat dengan dorang tapi saje jeh nak cari topik berbual .
*ayat cover*

tapi kelmarin , aku lupa nak tanya kat adik aku .
tup tup , malam tadi , adik aku tanya aku pulak .

Ami : kau tahu siapa aku jumpa dekat masjid semalam ?
Aku : zack zukhairi ?
Ami : siapa tuh ?
Aku : ko tak kenal ke ? dia pernah datang rumah lerw ngok .
Ami : tah , tak kenal pun . cane nk jumpa .
Aku : kembar ?
Ami : bukan .
Aku : beh tu ?
Ami : aku jumpa PAK IMAM . (start gelak)
Aku : sengal . HAHAHAHA ! (sumpah pecah gelak aku)
Ami : yelah dowhh , selama aku sembayang kat masjid tuh, tak pernah sekali pun aku jumpa pak imam. jadi semalam aku dah jumpa , teruja aku dowhh .
Aku : (gelak sampai pukul pukul bantal dan tilam)











pak imam pun ramai peminat youuu .
hehe ;)

Saturday, February 26, 2011

.blog merepek ?.

eh eh eh .
aku rasa aku sangat kelewatan .
aku baru jeh tengok 1tube pe jadah tu kann .
ala, ai mana nak amek port hal cenggini .
tak minat uolz .
sumpah ai nyampah dengan vlog vlog ni .
*statement jujur kauu*

tau tak semalam dengan hari ni , ramai yang cakap pasal vlog , jeles jeles, gaduh gaduh .
choyy ~ korang yang gaduh gaduh ni , dah lah lelaki , buat malu je doshh ~
bukan kah lelaki tak amek port sangat bab bab terasa hati ni .

aku bukak lah laman web 1tube tuh .
banyak vlog .
wahh ~ 1tube ni tempat vlog collection ke hape ?

aku tertarik nak tengok satu vlog ni .
yang dalam vlog ni , budak nya aku kenal .
tapi dia tak kenal aku .
aku kan tak pemes macam dia .
dia ni satu uni dengan aku dulu .
sekarang dia dah quit , masuk kolej ape tah .

blog merepek ?
wahh ~ ai terasa nyahh .
blog ai pun merepek semedang .
tak pernah ada info .
kau pernah baca info dekat blog aku ni ?

tapi , bagi aku , lantak le kan nak merepek ke hape ke .
kau suka  , kau baca , kau like , kau komen .
kau tak suka , tak yah teruskan baca , close tab terus .
cakap cakap belakang sudahh .
apa kata orang , simpan sendiri .
tak yah nak attack kat formspring ke , kat komen ke, kat fb ke .
tak yah nak sakitkan hati orang , tak yah nak downkan orang .
tak baikk uolz .














okay bebeh . gotta go .
nak pergi bercinta .
tata ~

.tips atasi gaduh antara kekasih.

geli jehh tajukk .
ni patut si izuddin / naqib yang buat .
tapi tah nape , aku pulak yang taip .
HAHA !
gurau der ;p

lelaki ni ego .
memang susah nak mintak maaf .
seboleh nak letak salah kat perempuan .
seboleh nak suruh perempuan jugak cakap "I'm sorry, my bad"
jangan nafi .
aku dah banyak kali jumpa .

cara paling bagus nak bagi korang baik balik adalah dengan menonton wayang cerita komedi .
movie komedi ni akan buat korang gelak bersama .
kan ketawa penghilang segala masalah (ikut fatwa aku. HAHA !)
keluar jeh dari panggung tuh nanti , mesti korang akan okayyy punya .
seyes .
aku dah try . memang menjadi .

nampak sangat aku pernah bergaduh dengan boyfriend .
KAH KAH KAH !

kalau korang ingat , dengan makan / minum favvy food / drink korang , boleh buat korang okayy , you are so wrong .
doesn't make any sense .
ini pun aku dah cuba jugak .
jadi lagi teruk ade lahh .

tak bercakap , tak berpandang , tak berkata , tak bergelak dan macam macam tak ber lagi .
tetibe jadi fokus gila dengan makanan .
makan ikut cakap mak "jangan bercakap time makan, jangan bercakap time mulut penuh"

jadi , kesimpulannya , kalau nak gaduh , pasti kan timing sesuai .
makna kata , time kau gaduh tuh , time tu , ade comedy movie tengah di tayangkan di panggung wayang .
jadi, malam ni gaduh , esok keluar pergi tengok movie tuh .

ye ye , kadang kadang ada yang gaduh , tak nak jumpa langsung .
"I tak nak kawan you 20 jam."
take it easy .
disebabkan lelaki ego memang tinggi , perempuan make a move .
(selalu memang perempuan yang kene mengalah . haih ~ T___T)
book ticket !
tak pun , check movie pukul berapa .
konon konon macam ajak tengok movie jeh .
tapi tengok lah lepas tuh , kang melencong ke bowling lah, dinner lah , karok lahh .
kan dah okayy tuh ;)

try lahh woi .
HAHA !
(paksa paksa orang pulak )

Friday, February 25, 2011

.my new name.

kalau nama SARAH , omputih sebut SERRA .
jadi , nama FARAH , omputih sebut FERRA lahh kan ?









okayy , panggil aku FERRA mulai sekarang .
















ke kau ada rasa nak lempang aku ?
HAHA !

.aku si bantal garfield.

nama ku gapield .
usia ku tak dapat dikenal pasti .
mungkin 10 tahun atau kurang .
yang pasti aku tak bersekolah .
sebab cikgu besar kata , aku tak de sijil kelahiran , jadi , aku tak boleh bersekolah .
sayang , kecewa T____T
aku pun nak juga rasa di buli di sekolah , lihat perempuan sekolah pakai skirt , tengok cikgu pakai kebaya ketat kain terbelah .

aku berasal dari kelantan .
to be specific (aku bolehh speaking london yaww) , pasar besar siti khadijah .
pada tahun 2004 , satu keluarga telah membeli aku dan rakan rakan dari seorang abang ensem .
sampai hati abang ensem memperdagangkan aku .
baru ku tahu , rupa rupanya abang ni bapak ayam .
terang terangan menjual aku di pasar .
heh. dasar orang ensem .
benci kau abang .

aku dibawa pulang ke seremban .
hati ku berbunga kembang .
aku menjadi pilihan anak gadis tunggal keluarga itu .
aweks bhai . kau ado ?
aku menjeling berlagak dekat rakan rakan yang lain .
sebab semua dapat kat tuan yang sama spesis .
korang memang gayyy !
selama nyaa korang gayy .
HAHAHA !

kau boleh bayangkan tak betapa panas dan terbakar nya hati kapas rakan rakan ku bila setiap malam , aku didakap semasa tidur .
ouhhh ~ masyukk .
mereka cuma mampu memandang aku dari jauh .
nak bergerak tak dapat .
kan mereka juga bantal seperti aku .
gila hape , bantal bergerak sendiri ?

kini , sudah hampir 7 tahun , aku bersama anak gadis itu .
masih setia , cuma aku telah kehilangan hidung pink .
dan badan ku mula kepam kepam macem sikit .
nama nya anak gadis , tapi lasak kemain .
habis aku digomol sepuas hati .
tapi tak pe , aku sukaaa .

dan harapan aku untuk tahun tahun mendatang .
agar aku dapat bersama anak gadis selama yang boleh .
kalau boleh sampai dia melalui malam pertama bersama suaminya .
dan aku berniat nak jadi penghalang antara mereka .
ngehahaha ~

tapi tah tah , silap ari bulan .
aku dilempar ke bawah katil .
ouhh noooo ~
me dun loike .

tapi tak pe .
bak kata anak gadis "semakin kepam, semakin sayang"



sekian , sedikit sebanyak mengenai diri ku .
aku si bantal garfield .

.print screen, crop and upload !.





kau tengok pemes tak pemes lah aku kan .
sampai orang reramai gugel benda yang sama .
"INNZ BLOGGER POYO"


sikit hari lagi .
gua dah pemes .
jangan harap gua nak layan lu orang semua lagi .
KAH KAH KAH !
segala komen momen, meset meset, tweet tweet, formspring, email, tak akan di layan.
kan style orang pemes gitu .
bwekk ;D



























sedih sebenarnya .
takpe .
korang kan ada ;)

Thursday, February 24, 2011

.nak jumpa blogger famous ? apa barang ?.

ape ni innz ?
asik cakap pasal blogger jehh .
borink lahh kau .
kamon lah der .

HAHAH !
bace je lahh , tak nak sudah ;p

aku tak faham lahh nape ada orang obses sangat dengan blogger famous ni .
tolong lahh .
dorang pun manusia biasa kot .
sama macam kau .
tak lebih , tak kurang .

kamon lahh .
kalau kau budak sekolah , aku boleh lah terima .
ini dah boleh jadi mak bapak orang tapi still perangai macam ni .
*kau matang sangat ke innz ?*

buat entri kipas kipas blogger .
aku tak paham T_________T
dapat ape weyhh ?
HAHA !

ye ye , blog kau, ikut kau lah nak tulis ape kan .
same lah dengan aku .
blog aku, ikut aku lah nak taip ape .
kah kah kah !

lepas tuh kan , bila kau dah ampu ampu blogger famous tuh .
mesti dia rasa dia pemes , lepas tuh mula lah besar kepala walaupun kepala tuh dah cukup besar .
lalalaaa ~

bagi aku, tiada yang boleh lawan rasa terharu bila Nokia X3 aku berbunyi dan tertera nama IBU di skrin .
lepas tuh ibu cakap ceni ;

"kak, kau tak nak balik rumah ke ? ibu rindu dengan kau ni. dah lama kau tak balik "

perghhh ~ kalau lah itu terjadi , time tuh jugak aku rempit balik seremban .
tapi so far , tade lagi lahh .
kau ingat ibu lomentik ke ?
hehe ;)
tak pernah lagi aku dengar .
kalau aku dengar , mesti aku pengsan 3 saat .
HAHAHA !

masa aku matrix dulu , tak kisah lah masa kat Pj ke Nilai ke , every week aku balik taw .
lagi teruk , aku balik , ayah jemput .
hik hik .
sila bayangkan , setiap hari jumaat , ayah datang lepas kerja dari seremban ke PJ semata mata nak ambik aku .
hik hik ;D

pernah sekali , 2 minggu berturut aku tak balik .
tiba tiba ibu call , kata dah sampai kat bawah .
kat court basketball ke hape dekat dengan padang kat matrix PJ tuh .
aku punya terkejut, tak yah cakap lah .
unexpected doshh .

aku dah rasa nak nangis dah .
baru 2 minggu tak balik , satu family datang .
HAHA !
kau hado ?
terharu ? tak yah cakap .
sah sah aku terharu .
family aku bukan senang nak buat buat mende lomentik gini .

tapi sekarang , aku kat gombak , tak balik sebulan pun, tade yang kisah .
heh .
kene survive sendiri .
maybe ibu aku rasa aku dah cukup besar untuk jaga diri kat sini .
hehe ;)
(padahal, banyak laie kojo ghumah den nak buek dari datang nengok kau . HAHA !)





















saya sayang ibu ayah saya .
hehe ;)







entry tah pape tah kau ni innz ;p

Wednesday, February 23, 2011

.untuk KIPAS KIPAS blogger famous.

"Just because they are famous/celebrities, doesn't mean  they are right'"


quoted from #twitter @englishmalay











cuba bukak MATA HATI tuh luas luas , jangan nak SETUJU sangat eh .
grr .

.nyamuk jahat.

sejak aku balik uia hari ahad ritu , tidur malamku tak seenak dahulu .
damn apa nyamuk hari hari gigit badan gua .
haram betul lahhh .

seyes shit .
saket lahh sial .
dah lah gatal .
kalau satu tape , ini 8 bites doshh .
pastu , lagi tak boleh blah , sekor je pun .

nak mampos kan dia, aku tak larat .
sebab aku kan mengantuk , nak pukul pun tade daya .
hishh ~
dem3 .

lepas tuh , wajib lah gua tak boleh nak tido kann .
asek tejaga jeh .
lagi syok , bila bangun , tengok badan nak calar balar , melecet bagai sebab gua garu garu .
kuku gua memang gua simpan panjang .
hik hik hik ;p

ce lu bayangkannnnn ...........


okayy dah .
tak yah bayang ,
kang lain jadi nya .
grr ~







rasa nak pasang kelambu jeh macam time kecik kecik dulu .
grr ~

.panas ke sejuk ?.

pagi ni macam kucar kacir sikit hidup .
HAHA !

kelas fiqh .
sir dengan kejam nya buat lucky draw group mana kene present, tak ikut order .
kira luck lahh kann .
sekali , dia amik assignment kitorang .
sebut nama group members .
adushh ~
jadinya, group aku lahh kene present kann ?
tapi tak dapat present sebab slide tak de dengan kitorang .
HAHA !
malu shial .
dah pergi depan , tapi tak jadi .
lalaalalalaa ~~

kelas UNGS .
setengah jam tunggu tapi sir tak appear .
tunggu lagi ?
angkat kaki lahh der .
balik awal .
HAHA !

pagi tadi , aku bangun awal sikit sebab ingat nak buat breakfast .
selama ni , aku skip jehh .
tetibe rini rasa nak ber breakfast .
tapi tak sempat , sebab aku dah TERBUKAK facebook .
haram betul lahh .
paham paham lahh , kalau dah bukak facebook tuh , susah nak berenti .
padahal bukan ada bende pun .
HAHAH !

sempat buat milo jehh .
aku suka milo panas .
rasa energetic bila minum .
kan tagline milo "minum milo, anda jadi sihat dan kuat !"
sila baca dengan irama sekali .

tapi tak habis minum , sebab aku dah lewat ke kelas ;p
bila balik lunch , tengok milo tak habis, rasa rugi pulak .
walaupun aku tak pernah bayar sesen pun untuk milo ni .
(kan ayah sponsor ;p)
pastu , aku rasa nak buang .
nak minum balik ?
memang tak lahh .
dah sejuk kot .
tak sukeeeeeee xD


kalau air tu , suppose to be a hot drink , aku akan minum time masih panas .
kalau air tu, meant to be a cold drink , aku akan minum time masih ada ice , bile ice dah tade , air pun jadi tak sedap .
kannn ?

Tuesday, February 22, 2011

.err ni kira rasuah ke ?.

22 Februari 2011

CAST YOUR VOTE !!

hari mengundi la der .
pilih SRC .

ni kali kedua aku vote .
last year , hari jumaat kalau tak salah aku.
dah lah jumaat tak de kelas, kene bangun bersiap semata mata nak vote .
heh. sumpah gua malas nak mam.

tahun ni dia buat masa hari sekolah .
jadi , lepas habis kelas, boleh terus pergi vote .

a day before voting day .
aku teman dena pergi basuh kereta .
borak borak lah pasal voting day ni .

"kau tau calon calon ni sibuk berkempen , lepas tuh, bagi bagi barang kan. F (pangkal nama sebenar) dapat brooch. ada calon bagi kat dia. ko kenal Dr.R (pangkal nama sebenar)? dia cakap tak perlu bagi barang pe sume. tu kan consider as bribe gak kan. bagi something , suh orang vote dia"

aku macam okayyy .
never thought it before .

bila fikir fikir balik, macam iye pun ada .
kau fikir macam mana ?

same je kann kes dia dengan a company give an amount to somebody in order to get a tender .
tak bribe nama nya tu ?

hukum rasuah tuh haram ye kawan kawan .
(ahh kau , macam orang tak tahu jeh)

"whatever is forbidden to give , it also forbidden to take"













renung renung kan dan selamat beramal .
hehe ;)

Monday, February 21, 2011

.six reasons why i love to go back home.

sebab utama aku suka balik rumah , aku tak suka duduk asrama .
bagi aku asrama ni boring .
tak function sebab aku takde kawan .
okayy , ade kawan , cuma aku yang malas nak pergi berpoya poya .
berjalan kat KL penat gila compared to seremban .
kat seremban , kau boleh bernafas lagi doshh .

sebab kedua , kat rumah , aku ade teman nak bergaduh .
ouhh well aku suka gila bertekak dengan adik adik aku .
aku suka gila bercakap dengan adik adik aku .
walaupun itu sebenarnya buat aku tak matang sebab kawan dengan budak kecik , tapi aku suka .
itu buat aku rapat dengan adik adik aku .
orang kata , selalu nya kalau perempuan rapat dengan siblings perempuan .
lelaki dengan lelaki .
tapi disebabkan aku jeh perempuan , dan tak de pilihan , aku kene jugak kawan dengan diorang .
kan kan kan ?
okayy ape .
tak de lahh aku ni jadi lembik walaupun kadang kadang cengeng ;D
bak kata ibu "akmal , sejak ade akak dia kat rumah, bising jeh mulut dia sepanjang hari. naik lemas dengar suara dia jeh. cube kalau tak de akak dia, diam jehh"
see ~ besar tak pengaruh aku ?
HAHA !

sebab ketiga , kat rumah , aku ada kawan kawan rapat .
macam syuk .
hehe ;)
agak agak bosan , boleh roger roger diorang .
kadang kadang tuh , kalau nak lepak lepak ramai ramai , aku paksa jeh bebudak ni balik .
HAHAA !
paling cikai pun, pergi habiskan waktu dan minyak kereta/motor kat lake garden .
bukan buat mende pun =.='

sebab keempat , kat rumah , aku tak jadi lemau macam kat sini .
sebab bila kat uia , kalau cuti , aku suka bangun tengah hari .
sampai pening kepala .
sebab terlebih tido .
lepas tuh , selalu nye , lepas mandi , aku akan tido lagi .
sehari boleh kata 4 kali aku tido bangun jehh .
kalau kat rumah , bangun tengah hari gak tapi lepas tuh aku tak tido dah .
banyak benda boleh buat .
yang paling best , boleh dengar suara ibu jerit "bangun kak, dah tengah hari dah ni"
itu tanda nya , ibu masih ada di rumah .
cuba kalau dah tak dengar lagi suara ibu jerit suruh bangun .
tak ke banjir jeh nanti T____T

sebab kelima , aku boleh memasak !
aku sangat suka memasak walaupun aku tahu tak berapa sedap , tapi aku suka lahh .
practice makes perfect kannn ?

sebab keenam , rumah aku dekat dengan uia.
HAHAHA !
siapa suruh belajar jauh jauh , kan dah tak boleh balik selalu .
lalalala ~~






promo link untuk yang berminat jadi model macam akak ni ;)
contest nak jadi model

Sunday, February 20, 2011

.AMARAN : jangan usik barang aku.

nasib lahh siapa suruh aku jadi blogger .
huh .
memang aku cerita semua benda yang jadi kat dalam blog .
terasa ?
heran apa aku .
dah penat jaga hati orang .
sampai hati sendiri bengkak dengan parah .

aku pantang lahh kalau orang usik barang aku tanpa kebenaran .
dah lah tak de kebenaran , lepas tuh , suka suka kau nak ubah ubah barang barang aku .
ape cer ?
lempang nakk ?

apa kau rasa , bila bilik kau diceroboh masuk masa ketiadaan kau ?
aku rasa nak menyepak orang weyhh .
sepak pakai kaki kay .

tahu kan aku panas baran ?
grr ~

masuk ni dah dua kali kene .
aku masuk compartment aku , tengok dah berubah .
tak sama macam time aku tinggalkan sebelum balik rumah .
dem !

aku tahu , ada orang GUNA compartment aku masa aku tade kat sini .
nak guna , bagitahu dulu bolehh takk ?
mentang mentang aku diam , tak bising bising .
grr ~












bertambah panas bila barang barang aku berubah tempat .
eyhh hello , do respect others' privacy bolehh takk ?




eyh , geram betul lahh .
hish.

.

.moody. hurmmmm.

aku beria nak gunting rambut sebab aku tengok gambar lama aku time rambut pendek dulu, comel jeh .
lagipun , aku rimas berambut panjang .

aku masih ke kedai yang sama .
masih mak cik yang sama guntingkan rambut aku .
aku cakap nak style yang sama .

tapi ............


tak menjadi .
terlalu pendek .


adik aku dah bising bising kata tak cantik .
wuuu ~





sedih lahh gini .
nak alter , tak bolehh T___T











cepat panjang eh ;(

Saturday, February 19, 2011

.BSN ampangan terbakar ??.


online live dari McD Senawang dengan syuk lagi .
hehe ;D

memang. memang weekend ni bukan untuk buat assignment .
memang untuk berpoya poya semata .
HAHA !

bila lepak ramai ramai , aku tengok, yang perempuan hilang segan silu .
gelak kuat kuat macam tempat tuh , dia jeh yang ada .
tahu kah dia bahawa ramai lagi mata yang memandang kerana hilai tawa dia yang memukau itu ?
adehhh ~
aku pulak yang rasa malu =.='

btw , weyhhhh ~ aku dah gunting rambut .
yeay !
dah tak yah kesah nak rimas rimas lagi ke .
tak kesah nak berconditioner beriya ke .
hehehe ;D

aku baru tahu yang bangunan BSN kat ampangan terbakar .
memula aku tak caya bila syuk cakap .
lepas dah tengok sendiri , baru aku macam "okayyyy ini sangat teruk"

sumpah ia terbakar dengan teruk .
seluruh BSN terbakar T___T
tah kenapa .
aku tak tahu .
syuk pun tak taw .

bila aku tanya, syuk jawab gini .

"aku dengan amid yang bakar tuh . hari tuh, aku nak keluarkan RM10, dia tak bagi . amid pulak nak masukkan sejuta , pun dia tak bagi . aku dengan amid pun bakar lahh"







ingat aku nak percaya ?
kah kah kah .










best jugak dating petang petang ceni kan ?
HAHAHAHA !

.budak ni kannnnn.

ibu cakap kannnn .
kalau mak dia suri rumah sepenuh masa, anak dia mesti tak nak kat orang .
maksud nya , budak tuh nak mak bapak dia jeh .
kalau mak bapak dia hilang dari depan mata , budak tuh akan meraung sepuas hati .
haaa ~

aku baru taw .
sebab ritu aku cakap kat ibu yang anak sedara aku punya anak @ cucu sedara aku , menangis bila mama dia bangun .
aku memang menyampah okayy dengar budak kecik melalak .
adeshh ~
nak pukul , anak orang .

redha je lahh tadah telinga .
T___T


*sekarang ni pun , anak jiran aku tengah melalak sebab mak dia tinggalkan dia kat luar rumah. seteress aku dengar*


aku memang tak suka budak kecik .
mana lah tahu , nanti ada anak sendiri , sayang terlebih pulak ke kann .
HAHA !

lepas tuh kann , ibu cakap "korang 4 beradik pun dulu kekecik sama macam anak ida tuh . mana nak dekat orang . bangun sikit, melalak . aku semayang pun korang nangis ."


















okayyy .
balqis (cucu sedara aku) ni ikut perangai aku ke ?
HAHAHA !

.meet my BOYFRIEND eh BESTFRIEND.

minggu ni aku balik , semua kawan kawan tak balik pulakk .
jadi nya , tinggal aku dengan syukri jehh .

since aku dengan syuk jeh ada dekat seremban .
jom lah berdating .
HAHA !

nak taw takk ?
syuk kann baru beli kereta baru .
myvi lagi yaww .
tadi baru lah berkesempatan naik kereta baru .
hehe ;D

syuk boleh cakap "aku ingat nak naik motor jeh tadi , tapi ada orang nak rasa kereta baru , bawak lahh kereta ."
cess cess .
memang aku nak naik kereta baru kau pun .

mana destinasi dating kita ?
TESCO jeh .
HAHA !
beli cool blog jeh ;)

kali ni aku try oreo chocolate pulak .
bagi aku , yang vanilla much better dari chocolate .
choc ni pahit sikit , ke aku dah muak dengan choc ?
hehe ;D



ini lah syuk .
never say no for snapping his pictures .
hehe ;D

"syuk, cepat berdiri kat sana, aku tangkap gambar kau, nak masuk dalam blog"



dan ni pula, si comel dengan kereta baru syuk .
hehehe ;D
cool blog wajib di tangan .
HAHA !






dah macam duta cool blog dah aku ni =.='

Friday, February 18, 2011

.tolong jangan buat aku perasan pleaseeeee.

hari ni aku ada masa sikit nak blogwalk blog korang . heheee ;D
sorry lahh ye lama tak blogwalk .

lappy ai kan tecik .
limited space .

wifi uia kan L .
jadi tak syok nak blogwalk .

kat rumah , PC skrin besar , internet yang stabil walaupun kenkadang dia bangang .
tapi okayy jeh nak browse blog .
hehe ;D

okayy fine.
banyak pulak alasan kau budak malas oi .
HAHA !

budak malas = trademark aku .
kah kah kah .

nape aku cakap camtu ?
sebab ramai yang search blog aku , gugel BUDAK MALAS .



plink !
sampai kat blog aku .

ce tengok blog ni dan blog ni .

dorang letak blog aku dalam blog list .
yang hazril tuh . letak link aku sebaris dengan blog hanis zalikha .
kembang doshh montot aku .
bangga kejap .

okay okay , gua jakun .
terharu bhaii ;)
sementara ada kesempatan ni , ape kata , gua cakap terima kasih dengan lu orang yang letak link blog gua sebaris dengan blogger blogger yang dikenali .
huk huk huk ;D

gua ni cikai cikai jeh der .
segan pulak .
nak suruh remove tapi hati cakap jangan .
terima kasih kerana menghargai .

walaupun blog gua tade gambar gambar muka gua yang cantik mantik .
tade gambar gua pakai baju up to date (sebab gua budak kampung) .
tade entry entry lawak tahap gelak guling guling atas lantai .
tapi lu orang link jugak blog gua .
huuuuu nak nangis jap T___T

lu orang kalau terserempak dengan gua dekat TS tengah beli cool blog , jangan segan segan nak tegur .
mana tahu, kot kot gua belanja lu cool blog secawan ke kann ?
HAHA !



PESANAN UNTUK LU ORANG : KALAU LU BACA ENTRY GUA , ADA RASA MACAM DAH BERUBAH , DAH SOMBONG SOMBONG, BANGGA DIRI , BERLAGAK, LUPA DARATAN, TOLONG LAH TEGUR GUA .










jom makan .
lapo dah ni ;)


.INGAT ! tak boleh kawan dengan orang famous okayy.

hola !
selamat malam ;)

aku sekarang updated live via PC rumah aku dekat sikamat, seremban .
heh. macam aku ade rumah kat tempat lain pulak kann ?
nak cakap , yang aku , BALIK RUMAH .
HAHA !

malam semalam , aku lepak dengan hamzah dan muhayat ,
yeay ! aku dah jumpa hamzah yang tinggi =)
kau hado ?
KAH KAH KAH !

minggu lepas , aku jarang online sebab internet kat bilik aku slow gile vavi .
kau tengok blog aku sudahh .
sehari se entry jeh .
dulu , 3 4 entry sehari kannn ?

disebabkan tak boleh nak melayari internet dengan best , aku ketinggalan beberapa gosip di dunia blog .
ngaa ~
gila tak up to date lahh kau innz .

jadi , di kesempatan lepak dengan hamzah dan muhayat semalam , aku try catch up balik gosip gosip ni .
rugi lahh acit sebab tak join .
tak sangka , budak dua orang ni sekepala dengan aku .
eh bukan . sependapat dengan aku .
hehehe ;D

ouhhhhhhhhhhhhhhhh
sekarang , baru lah aku tahu ade muka yang bertalam talam depan mata aku .
ish ish ish .
gila tak sangka =.='
(geleng geleng kepala)

orang yang bertalam talam ni memang pandai berlakon .
kalau ade anugerah pelakon blogger terbaik , aku nak vote dia banyak banyak kali .
hik hik hik ;D

ade orang cakap kat aku "kau ingat kau tak berfesyen, kau baik ?"

eh eh eh , sape cakap aku tak berfesyen ?
kau ingat aku pakai baju karung guni ke der ?
lawak lah kau ni .
kau dari planet mana weyhh ?
HAHA !

at least , aku tade lah pakai JACKET KETAT YANG SAMA BERULANG KALI sampai nak terkeluar segala muscle di lengan .
macam dah tade baju lain pulak kann ?
JACKET KETAT gak jadi pilihan .
HAHAHA !

meh cite pasal cool blog pulak .
hari ni aku try flavour baru .
oreo vanilla .
awww ~ sedapppp weyhh .
kau kene try !
harga dia RM 4.10 jekkk .




*oreo vanilla blog*


*signifikasi gambar ?*

epal ni masam weyhh .
masa aku kupas kulit dia , BUSUK hati pulakkkk .
harap RUPA JE CANTIK, tapi BUSUK hati .
jangan terpedaya dengan epal yang macam ni okayy .
careful masa memilih ;)
theee ^___^

Thursday, February 17, 2011

.iklan sikit sikit.

gua bangun lambat hari ni .
masuk kelas pun lambat .
maluuu T____T

petang ni lepas kelas nak balik seremban .
yippi ~
orang seremban , meet you there !












hamzah pesan , tak boleh kawan dengan orang pemes .
abeh dia tuh , tak pemes ke ?
HAHAHA !













chow ! ;)

Wednesday, February 16, 2011

.panas sikit di hari yang panas terik.

elehhhh , dekat pusat matrikulasi tuh , boleh lahh kau cakap , tade sape tak suka kau .
semua suka kau .
sebab kau kan SENIOR kat sana .
jadi , junior junior respect .
kau kan tersangkut kat pusat matrikulasi tuh .
HAHAHA !

ce masuk main campus , tengok .
aku jamin 257 % yang senior senior kau kat main campus ni tak suka kau .
termasuk aku , dia , dia, dan ramai lagi dia .
KAH KAH KAH !


eh , aku SENIOR kau eh .
lalalaalaaa ~

boo ~
semua yang backing kau tuh , buta hati .
tah pape .








kthxbai .
HAHAHAHAAHAHA !

.Sini Ada Hantu Cool Blog.

hola !
selamat tengah hari .

permulaan hari yang kurang baik .
jari kaki aku bengkak sebab malam tadi tah cene , aku tersepak kaki katil besi .
kene kuku .
saket nak mam weyhhh !
bangun pagi , dah bengkak , susah nak berjalan .
kang kot jumpa aku , tengok aku jalan dengkot dengkot , tak yah nak tanya kenapa eh .
HAHA !

semalam , aku pergi tengok movie dengan arif kat ts .
tajuk sini ada hantu .
aku tengok sinopsis dalam internet , dia kata , cite ni genre horror and thriller .
so aku bajet , seram lah .
dah lama aku tak tengok cite seram sejak kekecewaan terhadap cerita khurafat ritu .
tapi KELAKAR weyhhh !
seram cikit jeh, kelakar banyak .

  • hantu pokok pisang
  • hantu asrama (cite ni lawak banyak)
  • hantu nombor ekor
  • hantu uncle bawak lari lori (ni seram sikit)

pergi tengok kalau tak caya .

yang tak boleh bla , aku lahh .
orang dok seram part hantu , aku boleh bantai gelak besar .
aku ni tak de deria hantu ke ?
HAHAHA !

kalau pergi ts , tak beli cool blog , itu gila okayy untuk orang yang hantu cool blog macam aku ni .
kali ni tade pics cool blog sebab tak sempat nak snap , arif punya passion fruit blog , jatuh ke lantai .
kesian dia .
aku nak belanja , tak mau .
tapi ibu belanja , nak pulak .
kecik hati ai . T____T

aku dah berjaya pengaruh ramai orang untuk minum cool blog .
sampai ibu pun suka !
yeay ! ;)

Tuesday, February 15, 2011

.mimpi ngeri lagi.

hola !
selamat hari selasa ;)
salam maulidur rasul ;)

hurm.. nak cite pasal mimpi lagi .
mimpi kali ni lagi ngeri .
lagi ngeri dari mimpi yang ayah jual mesin basuh tuh .
HAHA !
ingat ?
tak ingat sudahh ;D

aku mimpi , ayah jual motor aku dan motor adik aku .
lepas tuh , ayah belikan aku motor EX5 yang baru , kaler biru .
ayah belikan adik aku motor lagenda yang baru gak , kaler hijau hitam rasanya .
pehh ~ makin jatuh pangkat doshh ~

kali ni aku tak nangis tapi aku merungut .
nape aku dapat EX5 tapi adik aku dapat lagenda ?
INI TIDAK ADIL !

yang lagik pelik , aku baru jeh angkat (kuat tak aku ?) motor tuh , terus hantar pergi bengkel suh servis .
gile dosshhh ~
motor baru dah hantar pergi kedai .
gilak ke hape ?
HAHAH !


okay okayy .
lepas tuh, aku dah tak nak mimpi lagi .
aku bangun jeh sebab handphone dah memekak memekak tanda mesej masuk berkali kali .
pagi pagi dah busy busy .
tak suka lahh ai nyahhh
HAHAHA !

.blogger gaduh lagi ? HAHAHA !.

hola !
selamat pagi .
time aku type entry ni , sudah jam 311 AM .

aku dah lama tak bukak blog .
okayy tipu sikit .
aku bukak hari hari tapi tengok tengok gitu jeh .
kadang kadang ta habis load , aku dah close.
kalau ada komen , aku approve .
kalau tak de , aku tengok je lah ape yang patut di tengok .

rasa macam setahun tak update entry .
padahal baru 2 3 hari jeh .
HAHA !

main reason tak update, aku memang blank .
tak tahu nak cerita apa .

asik asik cite pasal apa yang aku buat jeh .
borink kot .
HAHA !

aku pun tak de lah nak pergi jalan jalan blog orang .
aku busy lately .
uiii~ mid term exam dah habis tapi assignment belum habis okayy .
lek lu der .

aku bukak stats kat draft .
400++ pageviews .

aku tak update pape tapi banyak pageviews .
lepas tuh , yang masuk blog aku blogger blogger pemes .
followers bertambah dengan laju .
lagi tambah kehairanan aku .
aku tak puas hati .

disebabkan internet aku macam siput ngah berlari .
aku call izuddin .
aku tahu internet umah dia laju .
mintak dia tolong tengokkan apa yang sedang berlaku .


tapi last last , aku discover sendiri .
aku bukak twitter .
sebab aku tahu , twitter memang tempat untuk MENGUMPAT .
HAHAHA !
kau boleh dapat news dengan cepat .
tak caya ? try lah sendiri .

okayy .
aku dah tahu dari mana pageviews tuh jadi banyak .
lalalalaaaa ~
semua direct link .
susah nak detect .
tapi dengan bantuan twitter , aku dapat gak tahu .
siapa siapa tade twitter , bek create account .
kalau tak , korang miss hot news .
HAHAHA ! *nak gelak jehh*










rasa nak pergi cari cool blog lahh .
anyone nak ikut ?
^___^









treat me as one of your friends not a blogger .
i'm just an ordinary girl ;)

Saturday, February 12, 2011

.dia buat lagi.

kau pernah tak bercakap dengan motor/ kereta korang ?
aku,  hari hari weyhh .
tapi aku rasa bukan aku sorang sebab semalam arif pun cakap dengan motor dia bila handle tiba tiba lock .
sebab switch ignition dia rosak .
dem dem !

"aku tak cakap pun nak jual kau"

tadi Nabil buat hal lagi .
arif kata minyak hitam kurang .
okayy . aku angguk jeh .
sebab aku memang tak tahu pape .
agak LOSER di situ .
kau tahu bawak tapi tak tahu pape .
aku rasa macam dem sangat weyhh .
ade tak kelas repair motor ?
aku nak register .
len kali tak yah aku nyusahkan orang T___T

maaf lah dekat SEMUA yang aku halo halo tadi .
aku blank .
aku call jeh sesapa yang aku rasa berpotensi boleh tolong aku .
sampai ada orang tuh terkejut sebab aku call dia .
HAHAA !

"kenapa kau call aku ni ?"

aku bajet , mesti muka kau berubah sebab tengok nama aku naik kat skrin hp kau kan ?
sambil hati kau tertanya tanya dan berkira nak angkat ke tak panggilan aku .
kah kah kah !
maaf doshh ;D

aku gelabah sebab yang turut stuck dengan aku , kak adrina .
aku tak kisah kalau aku sorang sorang .
ni masalah nya ada anak orang .
serba salah aku der .
huuu ~
maaf kak ;(

"Nabil sayang , kau jeles eh sebab aku dengan 125ZR sejak kebelakangan ni ? lek ah der , kau tetap di hati weyhh. jangan meragam lagi bolehh ? aku sayang kau doshh "





















kena bercakap dengan Nabil sebab nak pujuk dia .
kang dia merajuk , patah kaki aku der .
HAHA !




budak uia pakai leggings !
oh em ji .
geli jehh aku tengok .
mana guard yang suka menyamannn ?
sila ambil tindakan !

Friday, February 11, 2011

.N/A = Not Available.

hola !
selamat hari jumaat .

dah weekend dah .
yeay ! ;)

esok sampai ahad , aku tak de kat uia .
aku ade kat bangi .
jadi , sila sila lah jangan cari aku .
plishhh .
HAHA !
*bajet kau hot. lempang sejibik*

dan maaf juga kepada acit dan naqib .
sebab dah menghampakan korang .
lain week okayy ? ;)
jangan risau , cool blog , nanti aku belanja sorang satu .
kalau nak dua , beli sendirik .
HAHA !






untuk sesiapa yang ada resdung macam aku atau yang allergic dengan seafood macam aku .
ini ada pesanan untuk korang dari kawan kawan aku .
"kau makan jeh sotong ke udang tuh . tak de nya kau garu garu hidung keluar sotong ke udang dari hidung tuh"
adeshhh ~

Thursday, February 10, 2011

.happy one month sayang.

you , thanks for the one month being by my side .
i'm happy and its no doubt ;)

tapi , sorry for what happened tonight .

I penat , sayang , hari ini .
kelas pagi pukul 830 pagi tuh , I tak pergi pun sebab malam tadi I tido lambat .
I memang tak boleh bangun . ngantuk sangat ;(
you tau kan I study sampai lewat malam .
pukul 1000 pagi , I ada exam .

lepas exam , i rushing print assignment pulak .
sebab petang tuh , nak submit .
a night before , kan I ada group discussion .
habis pukul 1130 malam .
dah lah I tak study pape lagi untuk exam pagi tuh .

pukul 8 malam , I ada kelas parenting .
sampai pukul 1000 malam .
I tak sempat nak dinner pun , sayang .
I balik dari kelas, cafe pun dah tutup .
tenaga I memang tak de nak bergurau dengan you .
I'm sorry .
you datang uia semata mata nak jumpa I tapi I layan you ada ada jeh .
I penat sayang.
maaf sangat ;(

thanks for the ride .
jalan jalan pusing uia dengan 125zr you yang baru sehat .
I'm happy seeing you smile sayang ;)
keep it be with you always okay .

I mintak maaf sebab this week I busy sikit .
you pulak dua tiga hari ni touching touching semacam .
I pun hairan .
maaf , tak dapat pujuk ;(
my bad ;(









HAPPY ONE MONTH SAYANG .
thanks and sorry for everything .

Wednesday, February 9, 2011

.kan dah kata, kalau namanya scholarship , memang lahh lambat .

Puan : hello .
Cik : err hello , puan J ke ?
Puan : ye .
Cik : saya cik F , nak tanya pasal scholarship .
Puan : oh , kita akan hantar cheque ke universiti awak hari jumaat ni .
Cik : err , kenapa sem ni lambat eh ?
Puan : erm . sem ni memang lambat sikit .
Cik : oh , okay , terima kasih .













15 Februari 2011 .
sempat ke tak ?








tetiba aku suka dengan subject membaca ni .
sebab senang nak goreng time exam .
HAHA !

Tuesday, February 8, 2011

.ini masalah besar !.

lappy aku mini der .
skrin dia techix jehh .
satu jengkal pun tak sampai .
jadi space memang limited ahh .

kadang kadang bila masuk certain blogs , aku tak boleh eh menghadapi kesukaran nak baca entry sebab blog tuh pasang floating ads .
huu T___T

contoh macam blog ni ;
(jangan kecik hati naa)









susah kah nak bace entry ?
hurmm ...

jangan cakap ceni ;
"sapa suh kau beli lappy kecik ?"

ni ayah yang belikan .
dia yang belanja .
aku tak tahu pape pun .
tetibe jeh dia bawak balik lappy kecik ni .
ni pun dah kira bersyukur dia nak belikan .



hitam tuh , lappy adik aku .
15" punya .
dia beli pakai duet sendiri .
eh elaun mara .
tape lahh .
dia ada elaun .
sebulan RM600 ehh ?
tah, tak sure .







motif entry ?
ntahh .

.entry tak berkomen ?.

hola !
selamat pagi ;)

beberapa entry aku sebelum ni kurang komen .
kenapa ?
salah siapa ?
HAHA !

tak pe tak pe .
aku cool .
walaupun tak de komen , pageviews tetap ratus ratus .
makna nya ada orang masuk jenguk blog aku ni .
takkan aku pulak nak masuk ratus ratus kali kat blog sendiri kan ?
koser ai der .
HAHA !

thanks lahh sudi baca walaupun tak komen .
^___^



kira adil lahh kan .
aku tak pergi blog kau , kau tak datang blog aku .
kah kah kah !

aku dah start busy ni .
minggu ni macam haram sikit .
hidup akan kucar kacir .
lalalaa ~



babai .
pergi kelas dulu ;D

Monday, February 7, 2011

.opss, terlanggar divider.

lepas dinner dengan arif semalam , kitorang plan nak pusing pusing kat KLCC .
arif suh aku drive kereta .
aku tak nak .

okay , dia drive .
lepas khatam area KLCC , aku ajak pergi pusing area Wangsa Walk pulak .
before sampai kat Wangsa Walk , tetibe dia cakap "chuk , bawak kereta chuk"
berenti kat side , lepas tuh dia keluar .

nak tak nak aku kene drive lahh kann ?
aku bukan tak boleh drive kereta cuma tak mahir .

kau tahu , aku selalu jeh fail gear satu ?
grr ~
saya benci bawak kereta manual .
HAHA !
tetibe .

mati enjin tuh , perkara biasa .
kau tahu tak , wangsa maju tuh berbukit bukit ?
lagi lahh hangin jehh aku kann .
orang hon hon bagai .
aku rasa nak campak jeh batu bata kat cermin kereta yang hon tuh .
stupid .
tak boleh sabar eh ?
lempang kangggg .
haaa ...

arif bukan kejam .
dia cuma nak aku mahir drive manual car .
cube kalau emergency ?
tade kereta auto , ade manual jeh .
takkan nak jalan kaki pulak kann ?
HAHAH !

kat rumah , iswara ayah manual , kancil ibu auto .
soon , ayah nak tuka kereta .
maybe dia nak jual iswara dan beli saga BLM auto .
haa ~
bak kata adik aku "lahh , kalau ayah jual kereta ni , tak boleh lahh nak asah skill"
betul gak tuh .
kita kene mahir bawak dua dua jenis kereta . (ke ade 8 jenis kereta ?)
untuk kesenangan masa depan gak .
lalalaa ~


semalam , aku langgar divider kat shell .
HAHA !
cuak gak ah .
tapi aku tak tahu lah apa khabar kereta tuh rini .
arif tak cakap pape pun .
cuma semalam , lepas kejadian dia cakap "yes ! tambah lagi sagat"
hehehe ;D


sape suh aku bawak kereta .
HAHA !
tade tade . bukan salah you .
salah i yang tak careful .
*beli jiwa arif . HAHA !*





















kat KL, pakai manual ?
sakit der .
semalam pun arif ada cakap "ni yang buat rasa nak beli kereta auto jeh ni" masa jammed kat KLCC .
hehe ;D

.hari pertama ke sekolah.

hola !
selamat petang ;)

rini semua dah masuk sekolahh kann ?
ke masih cuti lagi ?
HAHA !

first of all , untuk cikgu zami .
selamat kembali ke sekolah .
tapi kali ni balik sekolah, jadi cikgu .
hehe ;)

tak sempat nak jumpa zami ritu last week . ;D

hari ni semua kelas aku pergi .
walaupun mengantuk ya amat .
huh . mengong jeh .
ade ke patut aku tido pukul 4 pagi padahal dari pukul 2 dah lalok dahh .
adeshh ~
masih tak biasa dengan katil kat uia .
wakakaka xD

eh , duit korang tinggal berapa juta ?
aku ni ha dah masuk minggu ke sembilan agak nya, tapi duit tak masuk masuk lagi .
sampai ibu tanya "kak, sem ni memang tak dapat biasiswa ke?"
sedihhh T___T
jangan lahh tak dapat .
huu ~

yuran tak bayar lagi ni .
kat portal dah keluar notice .
kene bayar before 15 Februari 2011 .



 *blank  , makna nya yuran belum berbayar dan duit pun tak masuk lagi ;(*

aku dah email dah orang yang incharge scholar ni .
tapi tade respon .
2 kali ouh aku email .
aku nak call , tade nombor .
sebab dia dah tukar person incharged ;(

dah lahh .
kalau tade , merayu melutut lahh kat ayah mintak bayarkan yuran dulu .
wuu ;(
nangis T___T
adik aku dah kaya kot .
siap tuka sport rim 125ZR original lagi .
kau hengat murah rim 125 yang ori ?
ratus gak bhaii .

okayy lah , untuk ngelak dari terus bersedih .
aku tuka wallpaper lappy ke gambar budak kecik ni .
seb bek kau comel Qis .
HAHA !



kau tak comel pun , mak long sayang der .
HAHA ! sebab kau suka bercakap . ;)

.dah tiba masanya.

hola !
selamat pagi ;)

dah kat uia dah ni .
huu ~ rindu katil dan tv ;(

aku sampai dalam pukul 1130 pagi kot .
ayah hantar .
semalam kata kat facebook , gerak pukul 9 tapi 944 aku baru bangun .
wakaka ;D

kul 10 , gerak balik KL .
sampai jeh uia , letak beg , terus keluar dating dengan arif .
sebab dia pun dah tunggu aku kat bawah .
hehe ;D

kitorang pergi TS lahh weyhh .
mana lagi .
cool blog harus diutamakan .
ingat nak tengok movie tapi tade cerita best .

eh eh aku terserempak dengan dila dan zaza kat ts .
hehe xD
masa tuh , aku baru jeh campak cawan cool blog kat dalam tong sampah .

dila cakap "aku tahu kau mesti datang sini sebab kau cari cool blog kann ?"
HAHAHAHA !
tade tujuan lagi kalau aku ke ts tuh ;p


jalan jalan, makan makan dengan arif .
kul 1130 malam, dia hantar aku balik .
wee ~
setengah hari gak lahh spent dengan dia ;)











esok sekolah , jangan buat buat lupa pulak yep ;)

Saturday, February 5, 2011

.yeay ! aku berjaya jadi tunangan orang akhirnya.

hola !
selamat malam .

pagi pagi lagi , ibu dah ketuk pintu bilik .
"kak, jom balik pahang , kau drive"
aku just ermmm .
ngantuk der ;D

aku sampai sane pukul 1130 pagi .
tu pun sebab benti jap kat petronas durian tipus .
makan angin, usha usha pakwe .
HAHA !


aku balik pahang sebab kazen aku bertunang .
ouhh , pahang kat felda sungai kemahal .
aku lahir kat sini der ;p

kami pihak lelaki .
kazen aku ni cikgu .
lepasan upsi , sains sukan .
dok kat sri gombak .
tapi tak pernah lagi jumpa kat sana .
abang abang dia salu jeh tanya kat aku soklan klise ;
"kau ade jumpe banchik tak kat sana ain ?"

aku dengan banchik tade lah rapat sangat tapi kalau berborak tuh , okayy lahh ;)
boleh masuk lahh ;D

aku tengok dia macam baru lepas eksiden .
luka luka kat kaki .
jalan dengkot dengkot ;p
aku tanya lahh ;

"kau kenapa ni banchik ? teruk jeh aku tengok ."
"eksiden ."
"haih ~ macam mana lah kau bawak ni ."
"ritu merisik , kaki aku bengkak "
"ni bertunang , luka luka pulak . sok kahwin cene ?"
"sok kahwin , orang angkat aku ."

lawak lahh banchik aku ni ;)

hantaran tadi 9 balas 11 .
kitorang kan pihak lelaki , asyukk lah weyhh .
sebab dapat hantaran lebih .
aku suka gila bila time kekah hantaran .
kek , kapkek, coklat, potpouri , gegula, buah .
semua aku rembat .
HAHA !

bertunang dengan orang sekampung .
cikgu tadika .
comel jeh aku tengok ;)

masa dah balik dari rumah tunang dia tuh , aku hulur lah tangan nak salam banchik .
"tahniah weyhh"
sengih jeh dia ;D
pastu dia jerit "HAHA ! akhirnya aku berjaya menjadi tunangan orang"

banchik ada cerita tadi .
"aku mana kenal perempuan tuh . masa pergi merisik , aku tak kenal langsung . mak lah yang tolong carikan ."
pastu aku soal siasat .
"kau tak pernah jumpa dia ke before ?"
"tak. dating pun tak . padahal dia dok kat subang jaya jeh kot"
"hebat lahh kau . kira tadi , first time lah kau jumpa ?"
"aah ."


banchik pergi tadi , relax jeh pakai jeans dengan tshirt .
naik motor jeh pergi .
tak macam razi .
grand yaww .
kacak berbaju melayu lagi .
hehe ;)

gambar bertunang tadi ada dalam camera .
malas aku nak upload .
sebab kompom berejam nak tunggu .






selamat bertunang banchik dan razi !
kahwin jangan buat buat lupa kat aku .
HAHA !

Friday, February 4, 2011

.aku boleh berlakon dan menyanyi.

hola !
selamat petang =)

hari dah jumaat .
assignment dah siap ?
BELUMMMMM !!

yeay ! standard bak kata muhayat ;D
bawak jeh balik kerja kerja tuh tapi dok terperap dalam beg sekolah =.='
wuu ~ tade mood nak buat kerja .
what ?
balik uia awal ?
huu ~ memang tak lahh weyhh .
aku nak nikmati udara seremban untuk dibuat stok 2 3 minggu mendatang ,
*ntah ntah hujung minggu dah balik lagi*

malam tadi mimpi kan kenalan aku .
aku tak cakap kawan sebab kitorang tak macam kawan .
setakat kenal kenal macam tuh jeh .

aku nama kan dia S .

suasana macam kat sekolah , pakai baju sekolah , kelas kat sekolah .
tapi sebenarnya dia kenalan aku kat uia .
heh . pelik pelik .

aku nampak dia , aku lambai lahh .
pastu dia lambai balik sekali pakej dengan senyum .
awww suwittt ~
*muka dia memang suwit*

aku : hye S eh Haji S sebab baru balik dari haji kann ? hehe .
S senyum .
aku : beruntung eh muda muda dah pergi haji .
S : rezeki .
aku : eh, tak nak masuk kelas lahh . (aku pun tak tahu nape aku cakap ceni)
S : eh , jangan lah . jom masuk kelas . saya suka tengok awak acting and singing .
aku tersipu sipu malu kene puji .




apakah aku berbakat dalam bidang seni ?
KAH KAH KAH !
lawakkkkk !!!

Thursday, February 3, 2011

.i hate planning.

hola !
selamat malam ;)

siang hari lepas zohor , aku keluar dengan kazen tersayang .
pergi nilai .
hehe xD

buat ape ?
saje jalan jalan , makan makan , membazir minyak kereta , asah skill memandu .
HAHA !
bestt ;D

yang penting .
rini dapat cool blog lagi .
muahaha !

okayy . back to the topic .
i hate planning .
sebab selalu nya bila plan, selalu tak jadi .
last minute cancellation.
warghh ~ seteres mak , nyahhh .

kau bayangkan kalau kau dah booked hari tuh semata mata untuk plan yang dah dirancang .
kau tolak segala mak nenek jemputan semata mata kau dah berjanji dengan orang .
alih alih , cancel !
kau tak seteres tuhh ?

urghh .
sebab tuh , kalau nak buat pape , aku buat on the spot .
aku tak kisah kalau kene gerak solo , janji jalan .
dari plan plan tapi cancel .
harammm .

macam today .
kazen aku mintak tolong hantar pergi terminal jeh .
alih alih , aku ikut sekali .
wakaka xD










jari ai dah oren oren yaw .
jumpa pokok inai kat nilai tadi .
tanpa segan silu , terus mematahkan dahan, masuk dalam plastik .
rasa macam nak kahwin jeh esok .
HAHA !


kawen on the spot pun okay gak kan ?
kah kah kah !

.kawan saya cantik !.



*darina, farah, farhana*


sewaktu menonton EPL (Engineering Premier League) dekat padang Mahallah Ali .

kamikah yang kamu skodeng , wahai adikku Muhayat Ajwad ?
hehe xD










perfecto !
kawan kawan saya cool ;)

.[makan] nasi arab, damsyik dan cool blog.

hola !
selamat malam =)


malam ni , dinner kami sedap .
makan nasi arab kat damsyik .
huu ~

damsyik kat ne ?
untuk penduduk seremban, damsyik ni dekat paroi .
dekat taman bougenvilla .
dekat dengan villa isfarina
.
takkan villa isfarina pun tak tahu kot ?

tak yah dok semban lah kau.
HAHA !

dari pusat dakwah islamiah , kau terus jeh sampai taman perumahan belah kiri .
damsyik ni , tepi jalan je ;D

murah jeh dosh ~
makan berlima , RM46 jeh campur air ;)

nasi arab dengan ayam = RM38
air , shai ais , 1 jug = RM8 .

shai ais ni air teh o ais campur pudina ;)


*nasi arab dengan ayam*

lepas kita berarabian , aku pujuk pujuk ibu pergi beli cool blog kat tesco .
weee ~
beria ria doshh .
sebab dah lama x dapat kan .
HAHA !

ibu tanya mende cool blog tuh .
aku cakap lah ice blended .
mula ibu cam tak nak pergi jeh .
tak lama pastu ibu cakap "jom lah bang lip"
bang lip =  abang alip = adik aku = driver .
HAHA !

aku , oreo blog .
ibu dengan ami , chocolate blog .
adik , yogurt strawberry blog .
alip , coffee mocha blog .

*oreo cool blog*

ayah tak ikut .
kami berlima je ;)












aku amek flyers cool blog tadi .
ade lah senarai kedai kedai dia .
wangsa walk , giant batu caves , jusco wangsa maju , tade pun ;(
paling dekat times square .
huu ~ sedihh .
kat seremban senang jeh nak dapat cool blog .

Wednesday, February 2, 2011

.heh, aku ingat dah hilang dah.

yeay !
post entry lagi  ~

bosan pulak hari ni .
nak tido , tak menarik pulak .
sebab panas .
kalau hujan , sejuk sejuk macam kelmarin , oraite gak layan tido .

esok raya weyhh !
yeay yeay !
dah beli baju raya ?
HAHA !
raya waklu innz ;D

blog blog blog .
aku nak cakap pasal blog .

sejak ada beberapa blogger yang reveal income yang dorang dapat dari blog .
kau perasan tak ?
blogger makin ramai ?
dulu tak macam ni pun .
sekarang , ada certain blogger , followers boleh cecah berpuluh puluh ribu .
fuhh ~

ramai tak ramai lahh kan blogger sekarang ni .
aku bukak magazine , cite sal blog .
aku bukak paper , cite sal blog .
even dok dalam bilik pun cite sal blog .

blog ni dah macam facebook .
everyone must have at least one !
agree ?

ramai blogger sekarang buat blog sebab duit .
hadoi ~
kalau dah niat camtu , memang tak dapat lah kau rasa nikmat sebenar berblog .
kamon , bukak sikit mata tuh der .

sejak buang shout box , blog aku bebas dari ayat "follow u, follow me back"
eh ada , kadang kadang kat komen .
tapi tak layan pun .
sorry ^___^








berblog lah dengan ikhlas ;D
kunci kejayaan ;D









eh , cerita lari dari tajuk eh ?
HAHA !
tajuk tuh sebenarnya cite lain .
cite pasal nombor telefon seseorang yang aku dah terhilangkan nombor dia tapi lepas tuh jumpa pulak dekat sehelai kertas dalam purse .
hadoi ~
bertuah ke bencana ?
HAHA !

.perempuan dan handphone.

hola !
selamat tengah hari  ;)

ada yang rindu ?
okayy fine .
tade kan .
merajuk ahh .
tanak type entry ;(

KAH KAH KAH !
sekeh ko kang innz ;D

aku selalu tengok , perempuan selalu pegang handphone kat tangan .
ramai .
nape eh ?

pergi kelas handphone kat tangan .
balik kelas handphone kat tangan .
masuk jamban handphone kat tangan .
nak makan handphone kat tangan .
pendek kata , semua aktiviti mesti ade handphone kat tangan .
nape ye ?

lelaki tade pun macam tuh .
nape ? nape ? nape ?
sape leyh bagitahu ?
















esok raya !
yeya ! ;D