Meet This Blog In Facebook !

Tuesday, July 25, 2017

.Syawal 2017.

Cerita raya aku tahun ni biasa biasa je .
Aku tak beraya sangat pun sebab busy dengan orders .
Alhamdulillah , rezeki mencurah bagai ke ladang gandum sampai aku takde masa nak berfoya-foya . HAHAHA !

Macam biasa , kitorang balik raya dekat Chini 5, Pahang .
Tahun ni kitorang gerak lepas solat raya sebab Ibu masak untuk Ami yang kene kerja first day of Raya . Kah Kah Kah . Padan muka beliau .

Kitorang balik dengan dua kereta macam biasa .
Semuanya dah besar gajah , tak muek masuk satu kereta .
Kereta semua sedan and compact car je .
Tapi takpe , weols tiga beradik ada valid license D . Yang adik je belum ade lagi . Dia ade B2 je .
Tu pun nak cite ke ? HAHAHA !


Me on 1st Syawal . Sengaja aku besarkan supaya korang boleh nampak aku yang besar ni . HAHA !
Baju raya ni last minute sangat beli nya sebab aku busy gila siapkan order kuih raya .
Alhamdulillah tahun ni murah rezeki sikit .
Tayah cite ah berapa banyak . Kang orang cakap aku eksen pulak . HAHA !



Tahun ni balik beraya berlima je sebab Ami kan kono kojo .
Ini lah adik-adik ai .
Adik adik ai semua lelaki . Ai sorang je princess . Sulung pulak tu . Lupa ke ?
Kalau lupa , kau bukan follower setia blog ai . HAHAHA !

Tido semalam dekat Chini .
Esok tu kitorang gerak ke Bukit Mendi , rumah tok sedara dengan Sungai Kemahal pulak . Rumah Mak .
Every year pun route yang sama . Hehe .


Ini baju raya kedua di 2nd Syawal .
Baju ni aku beli dekat Shah Alam , kau tahu .
Sanggup je aku dari Seremban ke Shah Alam semata-mata untuk sehelai baju raya .
Mujur cantik dan selesa .
Yang penting tak buat aku nampak gemok. HAHAHA !
Shawl beli kat Uptown Ampangan di malam raya . RM 20 sehelai .



Minggu kedua Syawal , aku beraya dengan siblings Kaki Hantam pulak .
Ke Pilah ke Bahau .
Dah la datang raya hari Isnin pulak tu .
Orang lain dah kerja , kitorang dok beraya lagi . HAHAHA !
Memasing pun kerja sendiri .
Lantak kitorang lah kan nak raya bila pun .
Janji jalan tak jammed .
Hati pun senang .



Syawal minggu ketiga , sempat attend open house kekawan .
Rumah Darina dengan Kak Wani .
Terima kasih Fizi temankan Rara pergi open house .
Ehhh Fizi bukan BF aku .

Tahun ni single lagi .
Baru lepas kene tinggal masa hari birthday aku yang ke 27 pada 17 June lepas .
Hawau betul rasa kene tinggal on my birthday .

Nangis pun tak guna .
Orang dah tanak , kita cari lah lain .
Lelaki belum pupus lagi dalam dunia ni .
Sementara single , elok lah mencari yang terbaik .
Untung-untung dapat pilot .
HAHAHAHA !

Kau ingat kau artis yang pilot heran nak pandang kau ?
Jelita kee ? HAHA !

Dan , Syawal aku berakhir dengan attend open house rumah blogger di bawah .
Hairy .
Tak pernah jumpa before .
Aku dengan selamba yaya je pergi rumah dia dekat Damansara sensorang . HAHAHA !

Bapak berani nya aku ni .
Terima kasih Hairy sebab masak sesedap untuk Farah .
Ada rezeki , kita jumpa lagi .




So, itu je lah cerita Syawal aku .
Tahun ni tak banyak berjalan .
Takde pun kekawan datang rumah .
Maybe sebab semua pun dah berkahwin , berkeluarga sendiri , jadi tak sempat nak datang beraya rumah ai .
HAHA !

Takpe , ai positif je .
Hari hari yang lain , aku busy dengan orders .
Weekend lagi lah , open house nya banyak , maka orders pun bertingkek-tingkek .
Belum masuk yang order untuk hantaran .
Musin raya pun dikira musim mengawan ye . HAHA !

Alhamdulillah . Sekurang-kurang nya aku penganggur yang berduit gituu .

Dengan rezeki yang Allah bagi dapat lah aku upgrade beli oven hat besaq sikit untuk meniaga dan beli handphone hat baguih sikit untuk reply WhatsApp customers .

Tahun lepas beli Oppo tapi RAM nya 1GB je . Dah setahun pakai , dah jadi berat .
Slow je performance nya .
Tahun ni , ada rezeki lebih sikit jual kuih raya ritu , aku amik Vivo Siti Nurhaliza tu . RAM 4GB .
Puas hati laju nya .
Puas jugak nangis tengok duit seribu lebih hilang dalam sekelip mata . HAHAHA !
Takpe lah , anggap je pelaburan jangka panjang . Hehehe .

Hidup kena sentiasa positif .





Last but not least , aku buh gambaq latest aku . Just in case korang lupa muka aku cemana . HAHAHA !

Jangan kondem lukisan kening aku na . Tangan keras tapi gatai nak mekap . HAHA !




kbai <3