Meet This Blog In Facebook !

Thursday, December 25, 2014

Program Bijak Math : Set Video Lengkap Pembelajaran Math

Setiap kali aku naik LRT atau KTM, ataupun sesi gossip di ofis – confirm akan terdengar komen daripada kengkawan pasal kos sara hidup yang makin tinggi. Pastu kekadang ada yang share pasal kos tuisyen anak dorang yang makin mahal tapi keputusan masih lagi biasa-biasa. Perghhh! Memang terasa keseksaan dorang semata-mata nak make sure anak-anak dapat pendidikan yang terbaik. Pastu ada jugak yang share pasal problem-problem di bawah :
  •  Tak mampu nak bayar kos tuisyen anak-anak yang mencecah ratusan ringgit
  •  Sesi sekolah harian semata-mata tak mengcukupi untuk anak-anak jadi cemerlang
  • Pusat tuisyen yang terletak jauh dari rumah
  • Anak-anak masih lagi stuck dan ketinggalan dalam subjek Matematik
  • Mood student yang nak belajar kekadang tak tentu masa
  • Buku rujukan yang kurang menarik, mahal dan kekadang tidak membantu
  • Gangguan smartphone, tab dan internet mengganggu focus anak-anak
  • Dan pelbagai lagi masalah-masalah lain yang anda boleh fikirkan…



Tapi jangan risau! Hari nie aku telah di-approach oleh Abang Blogger London yang dah lama menyepi sejak balik Malaysia nie. Sesapa yang tak kenal pasal dia – leh refer blog dia kat sini – tapi sejak keje kat Petronas, jarang sangat dia update blog. Kalau dapat setahun sekali pun syukur. Dia ada share dengan aku pasal “Program Bijak Math” iaitu satu inisiatif baru untuk promote pendidikan Matematik kepada para pelajar Sekolah Menengah dan berkonsepkan “Virtual Math Tuition Centre”. Memang satu community project yang amat awesome, amat helpful dan memang sesuai untuk bantu para pelajar score cemerlang dalam Matematik dengan kos paling berkemampuan.


Alright. Senang cerita. Kat bawah nie adalah summary “Program Bijak Math” untuk rujukan semua :
  • Berkonsepkan “Virtual Math Tuition Centre”
  • Mengandungi 100 hingga 200 video pembelajaran Matematik untuk setiap tingkatan
  • Video boleh di download menerusi download line yang disediakan atau DVD terus ke rumah
  • Teknik dan tips untuk menguasai Matematik dengan mudah dan pantas
  • Pelbagai teknik pembelajaran Matematik dan contoh soalan SPM untuk rujukan
  • Dalam bentuk video .mp4 – boleh diletak di dalam smartphone dan tablet untuk dibawa ke mana sahaja dan ditonton pada bila-bila masa
  • Telah diguna pakai oleh para pelajar dan mendapat feedback yang menggalakkan daripada para pelajar dan ibu bapa serta para cikgu
  • After sales service yang lengkap untuk sebarang feedback, masalah teknikal dan penjelasan yang lebih mendalam daripada tenaga pengajar Program Bijak Math
  • Sebagai bahan pelengkap untuk kelas






    seharian; dan juga sebagai bahan pengganti dan pelengkap untuk kelas tuisyen tambahan
  • Hanya RM49.99 untuk setiap tingkatan (boleh pilih tingkatan yang anda mahu).
  • Jadi RM49.99 untuk 100 hingga 200 video pembelajaran; yakni hanya serendah 50 sen untuk setiap satu video


Memang terbukti dan ternyata awesome kan? Sekiranya berminat untuk tahu lebih lanjut, korang boleh refer list link di bawah sebagai bahan rujukan extra. Lagipun orang London kut yang endorsed, confirmla owsom kan? Yeehaaa!!:
  1. Whatsapp : +6019 3710 904 (Mr. Long London) atau +6011 2713 9277 (Cikgu Sofia)
  2.  E-Mail : programbijakmath@gmail.com
  3.   Facebook Fan Page : http://www.facebook.com/programbijakmath
  4. Teaser Video : http://www.youtube.com/watch?v=YCeZj5JxPno
  5. Entri Promo : http://www.longhaffiz.com/2014/12/program-bijak-math-virtual-math-tuition.html




Friday, November 28, 2014

.belajar buat cookies secara online !.

Hola !

Business yang aku buat secara part time ni specialized more on cookies .
Alhamdulillah , cookies aku dapat sambutan .

Dan , ramai jugak lah yang tanya dekat whatsapp , IG , facebook , tanya pasal kelas buat cookies .
Aku refuse sebenarnya sebab aku takde qualification cuma berbekalkan minat. HAHA !

Tapi bila fikir balik , macam cool je buat kelas .

ONLINE CLASS ni takde aku ajar secara praktikal ye .
Aku boleh guide dari jauh je .
Peralatan kat rumah aku tak lengkap macam studio .
So , sebagai alternatif , aku buat lahh online class ni .

method of communication cuma melalui whatsapp , SMS , call , email , fb .
mostly yang join online class ni connect thru whatsapp je .

aku provide full recipe and steps , guide cara cara nak buat semua , tips and so on .
lepas tu korang buat sendiri kat rumah bila free .

buat masa ni , aku cuma buat class untuk resepi cookies/biskut dan congo bars .
kalau ada yang berminat , boleh contact aku ye :)
nanti aku bagi details :)

tanya je , tanak join pun takpe .
aku tak makan orang walaupun garang dan tegas sikit .
HAHA !


*IG tu aku tak dapat nak update sebab handphone aku rosak . aku sekarang pakai bb yang boleh whatsapp je . sobs sobs . kalau nak tengok testimoni ke , produk ke , boleh lah view ye . tak private pun *

so , ini lah cookies yang ada dalam module online class buat masa ni .


*Love Cookies*


*Choc Chips Cookies*


*Nutella Pod Cookies*


*Congo Bars*


Kalau ada yang berminat , boleh terus contact aku ye .
Marilahh kita buat cookies dengan sedap dan habis sebalang dalam masa sehari !
HAHA !

kbai <3

Monday, November 24, 2014

.kita hanya merancang.

sepatutnya ,

minggu ni aku off kitchen sebab aku nak rest .
aku bukan lah nak kemana mana ke .
cuma aku nak rest .

sejak akhir akhir ni kepala aku serabut sangat wehhh .
aku yang over emo pastu taleh nak control perasaan kata Izzat .
so , semua benda pun aku fikir , sebab tu jadi serabut sangat aihh .
haihh ~

tapi itu lahh kita merancang tapi Allah yang decide .

Alhamdulillah order minggu yang sepatutnya aku off ni berderet deret masuk .
Alhamdulillah . Alhamdulillah . Alhamdulillah .

aku tak hari hari baking .
selalunya selang sehari sebab orders tak banyak sangat .
aku jual cookies je pun bukan nya jual nasi berlauk yang hari hari orang nak makan kan . 
HAHA !

tapi since jumaat lepas sampai hari ni , hari hari aku dok baking .
penat juga tapi ini lah rezeki aku buat masa ni .

tapi aku di uji sikit .
handphone yang aku buat cari rezeki , handphone yang banyak tolong aku update produk kat IG kat wechat dah rosak T____T
aku memang tak dapat nak ganti baru sebab duit yang aku ada tak sampai RM 100 pun .
ye , aku belum bekerja .

buat sementara ni aku cuma dapat whatsapp aje .
itu pun thru blackberry yang tunggu time nak shut down je .

aku mengeluh juga sebab sekarang semua pakai online je kan .
aku pun dapat customer ramai melalui instagram .
tapi bila fikir balik , Allah nak uji aku .
okay , dah stop mengeluh .

takpe , insya Allah ada rezeki kot lain tu .
nanti dapat lahh handphone baru kannn :")


okay lah , aku nak rehat jap .
baru habis baking cookies untuk pick up esok .


kbai <3


Sunday, November 23, 2014

.biskut simple tapi sedap.


cite pasal biskut je lahh kau ni Innz .
HAHA !s
sorry . hidup aku sekarang memang asyik hadap biskut je .
so , korang pun aku paksa hadap biskut jugak lahh ye .

biskut kali ni aku namakan dia LOVE COOKIES .
biskut ni terhasil secara tak sengaja .

adunan tak jadi , so aku modified resepi terus jadi biskut sedap ni .
phew ~

dan tak sangka sekarang biskut ni jadi TOP DEMAND dari customers .
ramai customer yang dah dua tiga kali repeat biskut ni .
ada yang sampai tahap teringin termimpi mimpi .

tak sangka kuat penangan LOVE COOKIES ni .
bak kata salah sorang regular customer biskut ni "memang dah jatuh cinta sangat dengan LOVE COOKIES ni"

aku cuma mampu berterima kasih dekat Allah sebab kurniakan aku rezeki ni .
Heheee .


*ini lah rupa LOVE COOKIES pojaaan ramai ituu . setiap cinta ada choc chip taw*



*aku jual dalam balang besar ni je . berat 600 gram , harga RM 34 TAK TERMASUK kos pos*



*yang ni packaging untuk pos . aku cuba kurangkan peratusan hancur biskut dengan bubuh air bubble dalam balang dan wrap sekali lagi dengan air bubble dekat luar balang sebelum masukkan dalam kotak dan balut . well , kau tahu je lahh orang poslaju buat kerja macam mana . memang cecampak je parcel ni even kau tulis fragile pun . Insya Allah selamat . dah pernah try dekat biskut yang lagi rapuh dari biskut ni dan customer cakap pecah sikit je dekat atas yang lain okay*




ada yang nak try takk ?
boleh whatsapp aku dekat nombor yang tertera ye .

pre order 3 hari sebelum pick up / postage date .
sebab biskut ni take time nak buat dia .
hehee .



kbai <3

Tuesday, November 18, 2014

.Japanese Cream Puff.


Hye !

Korang pernah makan cream puff ?
Cream puff ni dah lamaaaa dah orang buat .
Aku pun pernah buat sebelum jadikan ia produk meniaga .
Hehehee .

Sekarang aku jual cream puff ni .
Sebelum ni aku jual Cream Puff tapi lepas dapat resepi baru yang lagi sedap , iaitu Japanese Cream Puff , aku terus decide nak stick to this recipe je .
So sekarang , aku jual JAPANESE CREAM PUFF sahaja .


*Ini adalah Ordinary Cream Puff  without crunchy crumbs*

Sedap weh !
Serious .
Sebab ada crunchy crumbs atas puff.
Memang delish lahh .


*Ini pulak Japanese Cream Puff . Yang merekah rekah kat atas tu lahh crunchy crumbs . Ibu aku cakap menggerutu . HAHAHA !*

Kalau korang nak rasa , silalah google resepi dan buat .
Kalau malas , meh order je kat aku .
HAHAHA !

Tapi aku kat SEREMBAN je lahh ye .
SELF PICK up ONLY .
kuikuikui :D

Aku jual by box .
Minimum 9 pieces , RM 15 .
Filling aku buh Vanilla Custard Cream yang super sedap .
Sampai tahap mengidam termimpi mimpi punya sedap !
HAHA !



*Atas tu aku saljikan dengan Gula Aising ye bukan tepung *


*Filling Vanilla Custard Cream bukan Custard yang kenyal tu taw taw . Yang ni overbaked sikit , reject , stok masuk mulut sendiri je . Letak sebab nak tunjuk cream je . Hik hik hik*

Alhamdulillah dah beberapa box sold .
Ini antara feedback dari customer .
Ada yang dah repeat order pun untuk Japanese Cream Puff ni .
Sedap katanya .

Customer happy , aku lagi lahh happy .
Alhamdulillah . Alhamdulillah . Alhamdulillah .





Instagram : Cookies By Farah
Whatsapp / SMS : +6013-6429871




kbai <3

Tuesday, November 11, 2014

Macarons Yang Menggila

Hari jumaat ke sabtu lepas tah , aku try buat macaron .
Aku buat saiz duit syiling 50 sen je . Kecik , sekali ngap je . Nyum nyum .
First attempt jadik ! Perghh , riang gembira hati ku .

Isnin aku buat lagi , aku double kan adunan , pastu saiz aku besarkan .
Hampa . Bila bake , jadi leper , kaki dia tak keluar .
I iz kecewa T_T
Aku syak salah aku masa piping sebab aku buat bulatan macam melukis .
Padahal kene tekan kat tengah sampai dia kembang sendiri ke tepi .

Tapi aku tak putus asa .
Hari ni aku buat lagi !
Saiz dia sama cuma aku tak piping style melukis .
Aku pipe tengah pastu biar dia merebak .
Kemain tembam bila piping macam tu .

Bila bake , leper lagi .
WHYYYYYYY ?

Aku buang semuanya ! Kecewa terlampau !
Sampai bad mood sepanjang hari .

Now aku decide nak buat mini macarons je .
HAHA !
Ingat aku nak surrender ke ?
Bila bab masak ni , susah aku nak surrender .
Ce kalau bab belajar , tayah usaha pun , aku dah surrender peluk bantal .
HAHA !

Alhamdulillah. Allah kurniakan aku akal yang cepat pikap :)

Back to macaron .
Esok aku nak buat lagi .
Saiz duit syiling 5 kupang tu .

Dahlah harga telur gred A sebijik jatuh RM 41 sekarang . Sepapan RM 12 .20 . Mak ai , menggigil nak bayar haaa . Mahal oi !

Pastu hand mixer aku plak dah boleh pakai sebelah je . Dugaan betul wei .

Doakan aku berjaya membuat macarons kay !



Kbai <3
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, November 4, 2014

.Biskut Coklat Chip ala Famos Amos.


Tajuk kemain . HAHA !

Hai korang !
Lama tak update kan ?

MALAS .

Alhamdulillah , November ni adalah bulan ke 4 aku berniaga dan bulan ke 10 aku menganggur . HAHAHAHA !
Ya , saya seorang graduan yang belum bekerja .
Business apakah yang kau buat Innz ?

Aku jual biskut dan dessert .
Yang paling laris sekarang , biskut lahh .
Sebab orang boleh beli online .
So , trend kan sekarang , order - bayar - pos .
EASY .

Aku dah cite kot dalam entry sebelum sebelum ni .
Hari ni aku nak cite pasal biskut coklat chip pulak .
Ni kira product baru ni tapi dah ramai peminat .

Dah ramai repeat customers untuk kukis ni .
Terharu iols T___T

Untuk cookies lovers , this is for you !



Chocolate Chips Cookies and Red Velvet Cookies


Chocolate Chips Cookies

Apa beza Choc Chips dengan Red Velvet ? Nampak sama je . Cuma warna je lain .

First , warna , second , bahan , third , rasa .

Dalam RVC (Red Velvet Cookies) aku tak letak serbuk koko , so rasa pahit serbuk koko takde .
Kita cuma letak choc emulco .
Ada rasa coklat sikit .

Kalau jenis yang tak rasa bebetul , dia akan cakap RVC and CCC are the same .
Harga pun sama je uols , rasa je lain cikeddddddddddd .

Untuk harga , RM 15 / 200 gram (satu balang sebijik sebijon macam dalam gambar) .
Kita boleh pos , Insya Allah selamat kukis kukis anda sebab kita dah guna Air Bubble tuk wrap biskut biskut kita .

Boleh PM aku dekat FB untuk order , okay ? -> https://www.facebook.com/MisshyInnz











kbai <3

Thursday, September 18, 2014

.Nutella Pod Cookies sedap.


Assalamualaikum ...

dah dua bulan blog tak de update .
lagipun bukan ada yang masuk pun kann ?
HAHA !

aku nak kata busy sangat , tu nampak na mongak ehh .
sebab aku belum kerja .
masih bergelar penganggur terhormat dekat rumah ni .
HAHA !

cume sekarang aku running on small business .
aku jual cookies .
dari dok membosan dekat rumah , sesambil cari kerja , aku decide nak buat cookies .

aku mula jual cookies since aku amik order kuih raya rituu .
lepas tu aku break sekejap , then baru start amik order untuk cookies pulak .

kalau cakes , so far takde yang order lagi .
aku pun macam tak berani lagi lah .
kalau cupcakes , boleh lahh .
sebab deco senang .
HAHA !

aku meniaga mostly thru online which is thru instagram .
Alhamdulillah , sambutan menggalakkan :)
syukur babe !

korang boleh lah pergi tengok IG aku tuuu - CookiesByFarah




ni pulak cookies yang aku jual .
so far , sambutan alhamdulillah .
lepas lahh aku nak makan kepci .
hehee :D


*Nutella Pod Cookies (paling on demand ! TOP SELLING)*
---- RM 10 per box ----


*Congo Bars (New Product yang sangat gebu)*
---- RM 10 per box ----


*Love Cookies (Crunchy Version of Traditional Choc Chip Cookies . Serious sedap !)*
---- RM 15 per box ----


*Choc Nutella Pod Cookies (Flavoured Version of Original Pod Cookies . Sedap sangat !)*
---- RM 15 per box ---

semua box yang aku guna bersaiz sama yang macam dalam gambar Nutella Pod Cookies tuu ..

Ni aku bagi sikit testimoni dari customer .
DAN dah ada yang repeat orders !
itu yang paling berharga wehhh .








korang berminat nak order jugak tak ?
boleh terus whatsapp aku dekat nombor yang ada dekat profile IG aku tuu okay :)
senang cite follow lah terus .
kot ada promotion ke produk baru ke , korang alert sikit .
aku ni dah malas nak update belog okayy .
HAHAHA !








kbai <3



Saturday, July 12, 2014

.random post.

SELAMAT BERPUASA UOLS !

masuk bulan ni , dah 5 bulan aku menganggur .
malas nak cite reasons kenapa .
HAHA !

takde mood dah nak cari kerja buat masa sekarang .
iols nak raya happy happy dulu .
dah puas raya , baru sambung cari kerja .

bulan ramadhan ni aku amik tempahan kuih raya .
alhamdulillah , tak sangka ada juga yang nak order .
hehe .

bak kata kawan aku "aku rasa rezeki kau memang meniaga kuih lah"
terfikir jugak nak buat full time tapi aku kena cari modal dulu .
at least , biarlahh orang nampak yang degree aku tu ada guna jugak .
aku nak kerja pun nak cari modal bukak bakery sendiri .
insya Allah kalau ada rezeki .

kalau takde pun , part time baker pun bolehh .
sebab aku minat sangaaaaaaaaaatt buat kuih ni .

memasak ?
hurm , untuk makan sendiri boleh lahh ^___^

order tak banyak sangat .
total tak sampai 50 balang pun .
so , aku takde lah siang malam buat kuih .
aku buat kuih malam je .
tu pun 3 4 jam je , satu adunan .
sebab aku buat sensorang , so penat tuu lebih sikit .
tu yang mampu buat kejap je .

sekarang tinggal sikit je lagi nak siap .

hari ni aku kene period pain yang paling teruk dalam sejarah hidup aku .
tak pepenah aku melepet je atas katil , siap keluar mata lagi .
makan minum pun memang tak de selera langsung .
terguling , menonggeng , meniarap je atas katil .
over betul .
HAHA !

sakit wehhh .
lembik rasanya .

selama ni period pain aku main acah acah je .
terasa sakit juga tapi sikittt je .

niat aku amik tempahan kuih raya tahun ni sebenarnya nak buat modal cari kerja lepas raya nanti .
gaji last dengan komisyen 5 bulan lepas dah habis aku shopping kan .
sekarang kering kontang .
HAHA !

okay lahh . kalau tak berupdate sampai raya , aku wish awal awal lahh ye .
ate , aku kan pemalas .
HAHA !

bulan june tak de update langsung kotttt .
rare ni . rare .


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI .
MAAF ZAHIR BATIN kalau ada salah silap sepanjang berkawan dengan blog ni .



kbai <3





Tuesday, May 20, 2014

.kisah semalam.

semalam (isnin) aku puasa .
aku dah set alarm kat handphone pukul 5:05 pagi untuk sahur .
konon nak goreng sosej lahh . konon je .

alarm bunyi , aku dismiss .
terjaga pukul 540 pagi sebab nak shi shi .
HAHA !
keluat sudaa sahur kau .

pagi tu , mak aku tanya "kau tak bangun sahur ke kak ? len kali bangun lah , minum air pun jadi lahh , amik pahala sahur tu . handphone tu ada , set lahh jam"
aku jawab "dah tertidur"
kui kui kui :D

lepas zuhur , aku siap nak pergi post office .
nak post cookies is izzat tuu .
seminggu dah aku simpan .
tah ape tah nasib cookies tu .
dah berkulat kulapok kot .
HAHA !

sebab nye aku dah kecewa dengan post office kat centre point , aku pergi yang kat senawang .
memula nak cari poslaju senawang tapi tak jumpe .
aku masuk je kat giant senawang tu .
no giliran aku 1283 , no yang tengah attend 1235 .
dekat 50 orang sebelum aku .
pehhh .
tempat duduk semua full .
sepanjang tunggu , memang aku berdiri je .

lenguh kaki tayah cite .
menari nari aku berdiri menunggu nye .
lalalaa ~

tu je nak cite .

hari ni pun aku puasa lagi .
lagi ompek hari wehh nak ganti .
aku ingat nak straight je this week .
cuaca pun mendung mendung sejuk .
hujan pun makin kerap sekarang .
takde lahh rasa haus sangat kann .
HAHA !






kbai <3

Saturday, May 17, 2014

.Tips Jimat #1 - Inner Bawal.

semalam aku buat clearance kat bilik aku .
entah berapa kali nak buat clearance pun aku tak taw lahh .
bosan punya pasal .

aku bukak almari lepas tu nampak 3 helai tudung bawal lama yang aku dah takkan pakai .
TAKKAN okay bukan TAK NAK .
ada beza tu .

rasa nak buang tapi sayang pulak .
nak bagi kat orang , macam dah tak sempurna .
maksud aku ada bekas cucuk cucuk brooch tu , so dah tak cantik .
dari aku buang , baik aku invent jadi something usable .
lets recycle jadi INNER BAWAL !
boleh juga jadi INNER NECK !

aku survey kat internet , inner bawal RM 5 .
like seriously ?
inner bawal yang kecik tu mahal gilaaaa ?
baik kau beli tudung bawal bidang 45 terus .
sama jugak harga nya RM 5 tapi kena pandai cari kedai lahh .
HAHA !

macam aku , aku taleh pakai inner syria atau shawl .
sebab muka aku bulat dan akan bertambah bulat kalau pakai tudung yang tak berawning .
sebab tu aku pakai tudung bawal je .

berbalik pada kisah recycle tadi .
jom kita start !

gunting tudung bawal lama yang dah tanak pakai lagi tuu .
ikut size yang kau nak .
acu lahh kat kepala , panjang mana yang kau nak gunting .
kang terpendek kang , dah menangis sebab taleh undo dah , babe .

macam aku , aku gunting ngam ngam tutup leher .
sekali boleh jadi inner neck .
dua dalam satu .
bijak tak aku ?
HAHAHA !



sekarang aku dah boleh pakai dengan tudung sarung syria , shawls dan halfmoon tanpa risau muka akan bulat lagi ..
yeaaay ! *lompat bintang*

dah comel comel dengan inner bawal , boleh pakai ribbon brooch sebagai aksesori sekaligus sebagai pin tudung .
comel kann ?

okay , kau boleh beli dengan aku .
HAHA !

aku tengah buat clearance sales ni .
semua brooch ni berharga RM 1 setiap satu .
harga belum masuk postage ye .
postage RM 6 .





kalau nak borong , meh borak dengan aku kat facebook .
aku bagi harga kasih sayang kata orang .







itu je nak share .


kbai <3

Friday, May 16, 2014

.what a day.

selasa lepas aku buat rainbow cookies sikit tuk izzat .
memang niat nak pos kat dia .
aku buat cookies tu selasa petang , dah siap semua , aku pack cecantik .

esok nye (rabu) aku pergi kedai depan rumah sebab setahu aku dia ada perkhidmatan pos laju .
aku pernah pos barang kat situ .
tapi malangnya , hari aku pergi tu kakak kaunter cakap "akak boleh bagi awak borang je sebab kat sini kita dah tak buat pos laju . dah sebulan"
and i was like , whattt ?
pastu kakak tu sambung lagi "nanti awak bawak barang pergi centre point"
okayy kak .

balik rumah terus aku packing , tulis alamat semua , lepas zohor terus aku chow ke centre point .
it was my first time in my life pergi post office kat sana .
hujan lebat kat luar , nasib ada kereta .
sampai dalam centre point , aku macam patung jap .
where shud i go ?

aku main approach je tah sesape kat situ tanya mana post office .
rupanya kat tingkat 2 paling ceruk .

sampai depan post office , mata yang tak berspec ni nampak kertas putih bertulis ;

HARAP MAAF PERKHIDMATAN BERIKUT MENGALAMI GANGGUAN TALIAN
1 . INSURANS KENDERAAN2 . POS LAJU

memang aku berpaling sambil menyumpah seranah post office tu .
lelaju aku turun , marah punya pasal .
HAHA !
tapi aku positif , hari ni je kot , esok dah okay rasanya .

esoknye (khamis) , aku bangun lewat , aku mandi , masuk kain dalam mesin auto , tekan tekan pastu aku siap pakai tudung .
dalam hati , sempat aku pergi balik sementara kain siap basuh .
capai kunci motor , helmet , terus rempit ke centre point lagi .
lelaju aku bawak motor .
macam post office nak tutup lagi setengah jam .
HAHA !

aku sampai depan post office , sekali lagi aku nampak kertas putih tu .
aku malas nak tanya sebab ramai pulak orang dalam tu .
kang tak pepasal , aku kene sound setepek plakk sebab dah lekat notis kan .
kali ni , aku masuk dalam , duduk 10 saat , pastu aku blah .
again while cursing .
HAHA !

sampai rumah , aku mengadu kat ibu dalam nada marah .
bukan marah mak aku , tapi marah post office .
masuk bilik , aku campak tudung , sweather , beg semua atas katil .
dengan aku aku sekali ,aku campak ke atas katil .
marah punya pasal .

aku post kat moment wechat .
ada akak tu nasihat suh pergi post office senawang .
kemainnnnn jauhhhhhh .

aku cakap , next week je lahh aku pergi .
aku harap cookies si izzat masih elok .

hurmm .
















kbai <3

Monday, April 14, 2014

.temporary closed.

seminggu dua ni ada sorang member kat wechat aku tanya "awak suka saya tak ?"
dari hasil stalking aku dekat moment dia , dia adalah seorang engineer .
hurm , interesting kan .

ouhh well , aku memang kaki wechat .
taleh hidup sehari tanpa wechat .
HAHA !

berbalik pada ayat pertama tadi .
kali pertama dia tanya macam tu aku jawab "never crossed in my mind"
like seriously , entah macam mana dia boleh suka kat aku and when pun aku tak tahu .

start dari tu , hari hari dok tanya soalan sama .
dan aku asyik avoid .
sampai kan semalam dia tanya "awak cintakan saya tak ?"
omo omo ottoke ~

sebelum dia nak tamatkan conversation , dia anta text "saya nak belajar mencintai awak boleh tak ?"
aku tak reply .
buat buat macam dah tido .

sejak aku terima ayat "can't you forget me and find other ?" dari orang yang betul aku fall in love with , hati aku macam tertutup .
seriously .
kalau selalunya aku boleh overcome , but not this time .
sumpah aku takde hati kat mana mana lelaki dah .

aku ni jenis cepat suka kat orang .
pantang lahh nampak yang aku berkenan , terus crush .
HAHA !

buat masa sekarang , memang takde hati nak suka lelaki lagi .
...............













kbai <3

Tuesday, April 8, 2014

.interview with s.

Hola !

aku nak buat kiraan interview yang aku dah pergi so far .
lets start !

first interview aku dekat KL .
masa tu aku masih OJT dengan TM lagi .
position mamagement trainee sales dekat company training kat damansara .
first interview wasn't a success sebab aku pun rasa aku tak put full effort kat situ .
HAHA !
sebab tanak kerja tuu .

second interview dekat Nilai 3 .
masa ni aku dah balik seremban dah ,
enjoying my holiday .
HAHA !
position marketing executive dekat fmcg company .
first interview passed !
pastu ada pre requisite untuk ke second interview .
kena buat market research and marketing plan daa .
sumpah , jujur aku cakap , aku tak pernah buat marketing plan .
err maybe pernah but aku langsung tak ingat .
HAHA !
lepas aku submit kerja yang diminta tu , diam lamaaa .
aku assume dah gagal lettew .
aku pun pasrah =.='
tetibe pagi tadi , pukul 839 pagi , aku syak orang baru masuk kerja , orang comapny tu called .
mintak aku datang interview dengan owner of the company pukul 3 petang hari yang sama .
i was like what ?
didnt prepare anything kot .
dengan aku baru bukak mata lepas solat subuh tadi .
aku tanya kat mana , dia cakap tah S ape tah group .
pastu dia ckp nt dia SMS alamat .
aku terus ckp tak boleh sebab today tade transport .
sebab aku syak bukan dekat Nilai 3 , tempat yang sama aku first interview hari tu .
kalau kat Nilai 3 , boleh datang lahh jugak .
kete ibu memang ada .
tapi tengok no yang dia called 03 , aku syak itu PA Dato' from office KL .
and my mom's car tade kemampuan nak ke KL .
ritu kat Seremban pun buat hal ,mati engine tetibe .
cuak aku .
nasib baik dia cakap nanti dia arrange date lain .
ada chance lagi la .
hehe .

third interview dekat Seremban .
aku jumpa vacancy ni kat mudah.my .
position dia tulis kat situ Marketing Coordinator and the company named advertising .
aku assume macam syok lahh kan .
HAHA !
pergi lah interview .
first interview passed , suh datang the next day for orientation .
so , aku pun datang lahh esok nya tu .
seharian kene observe cara diorang bekerja .
and i don't like it .
HAHA !
i got the job but i rejected it .
wahaha !

forth interview is upcoming . this thursday .
position management trainee - sales at a bank .
well , aku tak minat sangat nak kerja dengan bank .
tak tahu lah kenapa walaupun gaji memang asyuk .
well ~ keje bank , the salary is quite good okay .
semalam HR dia call , suruh datang interview on this thursday dekat HQ office somewhere in KL .
after almost 2 months i left KL , i'll back again .
memang rezeki aku kat KL ke cemana ?
hurm ~

punya lahh benci aku kat KL tu tapi situ jugak yang aku selalu pergi .
nasib baik rumah dekat .
HAHA !



okay , itu aje cerita .
till then .




kbai <3


Saturday, March 29, 2014

.rindu tak ?.


hello !

lama tak menaip . sebulan sekali je sekarang aku update .
eh tak , bulan lepas ada 2 entry .
HAHA !
tah ape masalah perempuan ni tah .
padahal bukan bz pun .

sekarang aku dah dok menganggur dekat rumah .
ade jugak pergi interview sana sini tapi takde rezeki .
ada yang dapat tapi cara kerja dia , aku tak bape nak berkenan .
tak pe lahh , ade rezeki adalahh nanti tu .
hehe :)

bosan ?
ofkos bosan !
pepagi aku dengan ibu je tinggal kat rumah .
tak tido , aku tengok running man sampai lebam .
nak keluar pun , sekarang cuaca panas gila .
even bawak kete pun , mata pinar pinar .
bek lahh aku dok rumah je .

ritu ibu ada bawak balik anak kucing .
aku happy gila sebab bosan bosan boleh aku main main dengan dia .
tapi dia dok rumah aku 2 hari je , lepas tu dia keluar tak balik balik .

dua hari lepas ada friendlist aku kat wechat update moment gambar kucing .
(nampak sangat aku suka cari kawan melalui people nearby . HAHA !)
sebijik macam kucing aku yang hilang tu .
aku pun belek belek gambar kucing aku , memang sah kucing aku !
aku tanya budak tu , dia tak jawab pulak .
tahu lahh tu dia buat salah sebab amik kucing aku .
hurm ..

aku cakap kat ibu , ibu kata biarlahh dia kat rumah orang tu . orang sebelah rumah ni dah pasang pagar dah . katanya ada kucing masuk .
heeee ~ benci betul aku dengan jiran baru aku ni .
sebab dia , ibu tak bagi aku adopt any cats anymore :"(
sebab bakal bini dia takut dengan kucing .
so what ?
aku yang jiran kau ni , taleh bela kucing sebab kau ?

aku pun kembali bosan bosan bosan T___T

few days ago ada orang comment kat entry tanya pasal sabun muka yang aku pakai tu .
ingat tak ?
kalau tak ingat , pergi refer entry ni .

aku buat 3 minggu je review pastu aku tak buat dah . now ,dah setahun lebih kot aku pakai sabun tu .
meh nak update sikit .

sabun ni memang merawat jerawat kat muka aku dengan berkesan .
tak tipu .
dari muka aku penuh jerawat sampai semua orang pun tegur cakap teruk gila muka aku sampai licin takde jerawat .
sekarang aku tengok , orang yang dulu asyik tegur aku plak yang muka penuh jerawat .
mungkin betul kata orang , kalau tegur jerawat orang , muka kau yang akan naik jerawat .

tapi sebenarnya aku dah stop pakai sabun tu .
hehe :D
aku tuka sabun collagen biasa . yang murah dari sabun tu .
sabun baru ni aku perasan tak merawat jerawat cuma dia prevent jerawat dari muncul . yeah !

kulit muka aku tak flawless okay tapi puas hati lahh  .
aku dah ada keyakinan diri bila nak keluar attau attend interview .
tapi kene pakai mekap jugak lahh .
HAHA !

masa memula aku tuka sabun tu , kulit muka aku pedih gila .
aku cuak lahh kan , pahal pedih babeng ni .
masa tu muka aku tade jerawat dah .
cuma sun burn je .

so , aku decided stop pakai pape kat muka for two weeks .
sebab aku ada terbaca kat internet , cakap , kalau nak bertukar product , kene rehatkan muka dalam 2 minggu .
nasib baik lepas tu dah okay .
so , sekarang aku pakai je sabun collagen tu .
tapi krim siang malam semua aku tak pakai .
sebab krim krim tu buat muka aku jadi panas .
macam aku pakai safi balqis dedulu .
hoi , tak sanggup .


ini lahh muka aku sekarang . sorry , gedik banyak . HAHA ! ni masa tengah tunggu member siap nak pergi karok . sabtu lepas kot rasa nya .


ajet ajet homeyy . padahal hampeh . gegar plak tu , blur plak tu . HAHA ! aku perasan lately , pipi aku macam berlekuk sikit bila aku senyum gatal macam ni . sejak bila tah . cuma yang aku tahu , dagu aku memang berlekuk dari dulu lagi . nak nampak lekuk kat dagu , time muka aku tak senyum tak ape . yang kat pipi tu , curious sikit . hurmm ..


dan ini Cik Pipi a.k.a Misshy Innz yang masih belum kurus seperti zaman muda mudi nya .

hari tu adik aku yang kecik tu cakap dia beli seluar jeans baru size 30 .
lepas tu aku cakap lahh , masa aku form 5 , seluar aku size 24 .
pastu dia cakap , kau bukan kurus , kau tu keding .
okay fine .

ehhh .. sorry semua gambar gelap dan tak berkualiti .
penganggur belum ada duit nak beli handphone baru .
cuma pakai bb yang dah 2 tahun bersama saya .


habis pasal muka .
dah tak tahu nak cite pasal ape dah .
HAHA !

hurm , sebenarnya aku ada masalah dengan lelaki .
tapi malas ahh nak cite .



kbai <3









Tuesday, February 11, 2014

.masalah kulit muka kering dan mengelupas.

Hi !

hari ni nk share satu lagi produk yang aku guna yang diyakini berkesan ke atas diriku .
dari dulu lagi kulit muka aku memang kering .
dan aku ni jenis pemalas ya rabbi nak pakai pelembap .
leceh oi .

aku dah lama tak pakai pelembap , toner segala mak nenek tu .
tapi keadaan kulit kering ni buat aku rimas .
nampak mengelupas pastu bedak tak sekata bagai .
adoi laa ~



ekceli aku beli cream ni sebab untuk kaki .
kaki aku kering ya rabbi .
dah lahh iols ni gelap , bila kering lagi lahh nampak macam kaki aci aci dah haa .
maluuu T___T

aku pun google , cari info , cari produk .
dan aku jumpa review pasal rosken ni .
pakai malam ni , esok tak pakai tapi kaki tak kering sepanjang hari .
haaaa daebak kan ?

kalau ikut instruction , dinasihatkan pakai setiap kali after shower .
tapi kalau aku pakai after shower pagi , memang tak selesa lahh cite dia .
sebab cream ni berminyak and licin .
kalau aku pakai time malam pun , memang aku dah tak turun katil dahh .
geli lahh kaki bila pijak lantai .
HAHA !

cream ni boleh pakai satu badan .
sebab tu aku pakai kat muka sekali .
aku ingat tak jadi lembut taw .
tapi sekarang bukan setakat lembut , tapi lembik .
HAHA !

aku selalu jugak picit picit pipi sendiri yang tembam ni , memang lembik macam aku picit belon rasanya .
syurga nyaaa rasa .
HAHA !



ni gambar latest aku .
takde edit pakai camera 360 macam selalu ehh .
sebab ni gambar dari hp blackberry yang takde apps ituu .
original gituww .
HAHA !

gelap ehh , sorry aku memang gelap tambah pulak dengan camera cap ayam .
HAHA !



so far , aku sangat puas hati dengan kulit muka aku sekarang ,
better dari setahun dua yang lepas even pipi menggebu dengan cemerlang nya !

tapi takde lahh licin macam muka artis artis tuu .
aku bukan retis , so parut parut jerawat tuu still ada .
tapi tinggal sikit sikit je .







nanti aku share apa produk aku pakai sampai muka jadi elok macam ni .








kbai <3



Monday, February 10, 2014

.hilangkan sunburn sebab mandi pantai.

Hi !

last year , pehh cite last year baru nak story .
gila kau ni innz .
HAHA !

last year , aku pergi gathering kat PD .
aku dah cite ke belum ehh ?
lupaaa =.='

aku ni kan memang pantang nampak pantai .
panas ke redup ke , kalau dah air laut depan mata , memang aku terjah je .
al kisah gathering tu dari pagi sampai petang .
ada anak anak sedara jugak .

tengah tengah panas , dok ajak aku mandi .
okay , sekarang kau nak salahkan anak sedara kau pulak ye innz ?
HAHA !

petang tu dah naik , habis mandi bersihkan diri bagai . 
aku belek lahh muka aku kat cermin .
hamikkk , berbelang macam lintasan zebra .

kemain aku berusaha menyekatakan warna kulit muka , x sampai 10 jam , panas pantai berjaya menjahamkan kulit muka aku .
sun burn paling teruk pernah aku kena .
dengan pedih sebab terbakar lagi , merah merah macam udang kene panggang .
pheww ~
derita .

isnin tu , aku terus google cara nak hilangkan sun burn .
and aku jumpa satu produk ni .

tadaaaa ~



pakai seminggu berturut dengan istiqamah sebab nak recover cepat .
memang berbaloi .
elok kulit muka aku .

sejuk je bila apply kat muka .
sebab dia gel .
seminggu tu memang aku tak apply any make up , memang disaster muka aku time tu .
confident level pun out .
huhu T___T

sekarang pun aku pakai lagi .
tapi waktu nak tidur je .
sebab esok tu bila bangun , alahaii lembut nyee muka aku .
masa cuci muka pun , rasa syok jee .

pagi aku tak pakai sebab aku pakai moisturiser lain .
yang ni pun produk best jugak .
nanti aku share di lain entry .

untuk sesape yang kene sun burn sebab malas nak pakai pape before terjun laut pastu menyesal kulit pedih sebab terbakar , boleh lahh cari aloe vera gel ni dekat watson .
murah je .
yang aku beli ni botol paling kecik .
dalam RM 6 lebih kalau tak silap .
ntah . aku pun dah lupa .


tu je nak share .



kbai <3

Friday, January 24, 2014

.my day my day.

hola holi cikebum cikebum .

last update blog bile ?
err 19 december 2013 .

omg omg omg !!!
its has been a month since my last update .
rindu ?
nayy ~
HAHA !

dalam sebulan macam macam jadi uols .
nanti iols cerita .
kalau iols ada masa and RAJIN .
HAHA !

semalam seharian aku keluar .
dari pukul 930 pagi sampai lah pukul 4 petang .
aku memang suke berjalan jalan ni .
takde mengadap komputer sangat .
bosan ya rabbi kalau dok tenung PC je .

pukul 930 pagi , gerak ke Midvalley sebab nak tengok competitor .
wakaka .
pastu gerak ke The Mines nak tengok LME .
lepas tu pergi Hospital Serdang nak tengok anak kak anim yang admitted kat ICU sebab jatuh motor .
lepas tu having lunch dekat Cyberjaya .
weols makan nasi arab .
kemain sedap dan super kenyang .
sampai tersandar aku
HAHA !

jauh weols berjalan .
HAHA !


okay , itu je cerita semalam .
aku mungkin akan update blog lagi petang karang .
sebab rini mungkin tak keluar ofis .
hehe .





kbai <3