Showing posts with label mimpi tak logik. Show all posts
Showing posts with label mimpi tak logik. Show all posts

Thursday, June 23, 2011

.memimpi sesiang tetadi.

aku mimpi pasal family besar belah ayah .
family belah ayah semua baik .
maksud aku background agama kuat .

yang perempuan , so far aku tengok tak de yang free hair .
yang berani free hair sampai habis sekolah , adalah aku .
yang lain , aku rasa sebaik sahaja mereka bertukar menjadi seorang gadis baligh , terus kena pakai tudung . hehe ;)

aku mimpi pergi vacation kat rumah sape tah .
yang pasti rumah one of my family members yang sangat kaya raya .
ada rumah besar 2 bijik .
lepas tuh ada rumah atas pokok yang selesa .
dan menghadap pantai besar .
macam dalam cite full house tapi beza nya rumah besar ada 2 .
sumpah cantikkk sangat view nye ;)

sebelah rumah je dah boleh main air laut .
kalau tsunami tuh , memang gahai dah .
HAHA !

ada scene sepupu aku bawak pergi main air laut a few step je dari rumah .
perghh ~ aku punya teruja tengok air laut , tak yah cakap .
melompat lompat weyh .
HAHAHA !
air dia jernih gilaaa ~
tah laut mana tah tu .

pastu ada scene kitorang ramai ramai lepak kat rumah atas pokok uh .
budak kecik siap boleh main kejar kejar , nyorok nyorok , dan aku rasa aku pun join sekali .
perghh ~ syok !

kat situ ada ramai baby ;)
ntah anak sesape tah .
tapi sumpah family members aku ramai .

lepas tu , ade lah satu family ni sampai lambat .
ayah dia pakai kopiah tapi anak dia free hair, kaler rambut pastu pakai short je , baju sexy .
heh .
aku dengan sepupu aku dah ternganga je tengok .
ape kes ?
jadi , mulalah sesi mengumpat .

"kenapa dia pakai macam tu ? dia gila ke hape?"

padahal benda tu normal tapi bila dia datang macam tu and join family kitorang , kami rasa macam ekkk .

tapi mimpi tak lama .
aku terjaga sebab bunyi bising .
as usual .
heheh ;)






tapi macam best je vacation dekat laut .
nak usul cadangan lah raya ni ;)
tapi kat pahang ada laut ape ?

Thursday, March 24, 2011

.wuwu sedih lahh gini.

aku terjaga kul 544 pagi.
dah dua hari berturut dah ni .
haih ~

semua gara gara bakteria .
grr ~

sedia maklum , aku dengan dia memang sedang di ambang konflik .
kami dah lost connection even dekat .
sedih T___T

entah macam mana tido malam tadi , aku bermimpikan dia .
terlalu rindu agak nya .

dimulakan dengan kami berbaik semula .
macam tiada apa yang berlaku .
berbual seperti biasa .
bersembang tentang handphone yang baru dibeli oleh masing masing .
sampai lah aku bertanyakan satu soalan "kau bila nak kawen ?"
dengan confident nya dia jawab "esok"
tapi memang serious , esok tuh dia kawen .

ouh mann .
apakah ini ?

esok nya lepas solat zuhur kot .
aku sendiri saksikan , dia berbaju melayu kuning, siap di depan tok kadi .
handsome .
dan cuba teka , apa peranan aku dalam majlis dia ?

aku tukang bawak hantaran kek , bertulis HAPPY BIRTHDAY .
tak ke pelik tuh ?

kau andaikan je lahh , majlis akad nikah dia sama dengan birthday wife dia .
dan dia akad nikah pada hari khamis .
siang .



















tah nape aku rasa sedih .
mungkin hilang kawan .
and yeahh ~ aku memang rindu kau .

Thursday, March 3, 2011

.nape aku mimpi kembar dia pulak nii ?.

petang tadi sementara tunggu pukul 5 sebab nak pre reg subject .
aku bantai tido .
nak nak pulak cuaca kat uia ni sejukkk .
lagi lahh mantop untuk aku tidur kann ?

aku mimpi pelik lagi .
HAHA !

suasana sekolah .
tapi ...

aku keluar kelas , nak balik .
tapi rasa nya belum waktu balik lagi .
sekolah tuh mengamalkan sistem macam kat unibersiti .
kalau kelas habis awal , boleh balik terus .

aku pun melangkah lah keluar kelas .
tiba tiba aku ditahan sorang cikgu perempuan .
ce teka muka cikgu tuh macam siapa ?

der , muka dia macam isteri PM kita tuhh .
alaaa , mak mah tuhh .

dia duduk dekat koridor kelas sambil tadah tangan dekat aku .
bukan bukan .
dia bukan mintak sedekah tapi mintak matric card aku .
haaa kan aku dah kata sekolah ni pelik .
siap ade matric card lagi .

lepas tuh , aku pun selongkar beg , cari matric card .
ce teka matric card tuh bentuk cene  ?
BULAT der .
matric card gua berbentuk bulat .
kau hado ?

aku hulur lah kat dia .
dia belek belek , pusing 360 darjah kad matric aku .
lepas tuh ........
tiba tiba jehh, matric card tuh boleh bertukar jadi spek bulat !
dia pun pakai spec tuh =.='
part ni memang aku tak boleh terima .
ade ke matric card bertukar jadi spec ?











okayy .
gua nak chow .
ade grup diskusi dekat hafsa .
sape nak teman gua makan jap ag ?
roger gua kayy .
HAHA !

Tuesday, February 15, 2011

.mimpi ngeri lagi.

hola !
selamat hari selasa ;)
salam maulidur rasul ;)

hurm.. nak cite pasal mimpi lagi .
mimpi kali ni lagi ngeri .
lagi ngeri dari mimpi yang ayah jual mesin basuh tuh .
HAHA !
ingat ?
tak ingat sudahh ;D

aku mimpi , ayah jual motor aku dan motor adik aku .
lepas tuh , ayah belikan aku motor EX5 yang baru , kaler biru .
ayah belikan adik aku motor lagenda yang baru gak , kaler hijau hitam rasanya .
pehh ~ makin jatuh pangkat doshh ~

kali ni aku tak nangis tapi aku merungut .
nape aku dapat EX5 tapi adik aku dapat lagenda ?
INI TIDAK ADIL !

yang lagik pelik , aku baru jeh angkat (kuat tak aku ?) motor tuh , terus hantar pergi bengkel suh servis .
gile dosshhh ~
motor baru dah hantar pergi kedai .
gilak ke hape ?
HAHAH !


okay okayy .
lepas tuh, aku dah tak nak mimpi lagi .
aku bangun jeh sebab handphone dah memekak memekak tanda mesej masuk berkali kali .
pagi pagi dah busy busy .
tak suka lahh ai nyahhh
HAHAHA !

Friday, December 24, 2010

.mimpi tak logik #3.

malam tadi aku mimpi .
mimpi yang macam biasa - ntah pape - yang tak boleh buat petanda .

mula mula aku mimpi zack .
adehh ~
nape mesti dia ?
nape tak awal ashaari ?
nape tak awal ashaari ?
*hentak hentak kaki*

aku mimpi zack kahwin .
tapi dia tak inform kat orang lain .
eh eh bukan dia kawen kat siam .
tak tak tak .
dia kawin kat malaysia cuma dia tak hebahkan perkahwinan dia kat peminat peminat dia .
dalam mimpi tuh , aku nampak dia tengah bersanding .
memakai persalinan biru putih .
aku tengok dari jauh jehh .
orang tak ajak kannnn T___T
tapi that gurl tak pakai tudung .
gf zack pakai tudung kan ?
jeng jeng jeng .
siapakah gerangan wanita itu ?
hehehe ;D
kak itah , jangan risau , mimpi farah ni tak boleh pakai ;D

lepas tuh , tetiba beralih tempat dalam rumah tah sesape .
tapi aku claim tuh rumah aku .
HAHA ! bolehhh ?

kejadian kat ruang tamu .
ada sorang mamat yang dikenali di alam mimpi tapi tak dikenali di alam nyata .
dia ajak aku join MLM dia .
pastu dia keluarkan semua bukti cheque yang dia dah dapat kat aku .
BANYAK !
berpuluh puluh riban .
tapi ntah nape aku cakap macam ni " banyak tapi nape kau asek tade duet jeh ? tak kaya pun aku tengok "
dia terus terdiam .
haaaa ~ ini petanda , MLM tak boleh dipercayai .
HAHA !

lepas tuh , lepas tuh , nak hujan .
tibe tibe mak aku jerit suruh angkat kain di jemuran .
"aini , angkat kain di jemuran , hujannn dah turunnn"
lebih kurang gitu lahh mak aku jerit .
HAHA ! okay , aku tipu . mak aku tak old skool macam tuh .
koman koman dia cakap ceni "dah nak hujan kat luar tuh kak , reti reti angkat kain"
melalut plakk =.='

kau tahu apa yang best angkat kain dalam mimpi aku ni ?
mak aku sidai kain dekat seberang jalan besar .
bapak jauh !
by time aku sampai kat ampaian , hujan lebat turun .
by time aku sampai kat rumah , kain dah basah lenjun .
=.='

macam ni lah keadaan jarak rumah aku dengan ampaian .
siap sempat aku tengok ada bas excident lagi .
pelik pelik =.='

lepas tuh , aku dah malas nak sambung mimpi merepek ni .
aku terus bukak mata , mengeliat ala ala gimnas sikit .
tengok hp , tekan button off call .

1 New Message .

slide up hp .
1 New Message
Ayah~H

pitih doh anto 3 xatuih

paham takk ?
aku paham .
ayah aku suke jehh anta mesej eja stail gini .
pengaruh encik mizi lahh ni eh .
hehe ;D

jadi ?
ahad ni ke midvalley yuk !
yeay !


itu campur dengan duit beli buku teks lahh .
duet aku RM50 jehh ;D