Friday, September 11, 2020

.cara aku hadapi heartbroken.

semua orang tahu yang heart broken atau putus cinta ni memang sakit. lelebih lagi kalau kene tinggal dengan orang yang kita sayang sangat-sangat, ditinggalkan tanpa notis, ditinggalkan dengan tanda tanya, ditipu dengan dia dan banyak lagi punca putus cinta. 

setelah berhari-hari aku tak tenang. harini aku pergi Klinik Kesihatan gomen. jumpa doktor. aku nak minta ubat untuk bagi aku tenang je. sebab setiap kali aku bangun pagi, hati aku tak tenang. takde orang dah wish morning sayang dekat aku. aku jadi sedih. jantung aku laju semua. aku pergi KK. nurse check BP aku. tinggi weh. 161/94 kalau tak silap. dua kali dia check. dia tanya aku stress ke. aku cakap sikit tapi aku lebih kepada sedih. aku cerita dekat dia, meleleh air mata aku. nurse suruh aku isi DASS. result dia SANGAT TERUK. semua aku tick 3. HAHAHA ! doktor bagi aku kaunseling sejam lebih. meleleh-leleh lah air mata aku kan. and aku kena repeat DASS test lagi dua minggu. 

kalau tanya macam mana aku hadapi, aku banyak nangis, asyik fikir nak mati sebab bagi aku kalau aku mati, aku takkan sakit lagi. aku takkan jumpa orang dah dan orang takkan sakitkan aku lagi. ni kali kedua aku kena sebenarnya. first time dulu dengan Farid, tahun 2016. aku solat, doa, zikir, mengaji macam biasa tapi dengan air mata kesedihan. hati aku rasa sedih sangat-sangat. satu- satu kenangan aku dengan dia keluar. muka dia, badan dia. suara dia, kelembutan tutur kata dia. layanan dia memang terbaik. ibarat puteri raja dia melayan aku. dia taip sayang pun bukan syg taw, dia taip full form, SAYANG. dia pun tak guna short form. dia memang jenis taip semua perkataan in full form. maybe sebab dia budak TESL kot kan. dua tiga minggu aku hidup macam zombie. makan tidak, keluar tidak. duduk je dalam bilik. menangis. aku pun tak bekerja. tak ambil order apa semua. aku mesej family members dia, kekawan dia, mintak cerita. tapi dua orang je reply tu pun tak membantu sangat. tak jawab soalan aku. aku cuma nak tahu bila dia bertunang. aku nak tahu berapa lama aku kena tipu . tapi tak membantu apa. aku taknak paksa orang. aku stalk , cari tahu siapa bini dia. tak jumpa a clue pun. sebab aku aku nak bagitahu hal suami dia tu . aku sakit hati. dia belum kenal aku siapa . 

benda ni memang ambil masa. cuma harini aku tak tahan sangat hidup dalam keadaan tak tenang. hati tak tenang buat aku rasa gelisah . aku decide pergi klinik terus. lepas kena kaunseling, aku rasa better sikit. aku baru ada kekuatan nak delete nombor dia, delete chat dia semua, delete gambar, video dia semua semua. 

chat dia dengan aku almost 70k dan gambar dia dekat aku almost 500 pcs. kau rasa aku berkawan ke macam tu. HAHAHA !

time kawan korang down sebab heart broken macam ni, TOLONG LAH EH JANGAN BAGI NASIHAT MACAM NI ; DOA LAH BANYAK-BANYAK SUPAYA ALLAH BAGI YANG LAGI BAIK DARI DIA, ALLAH AKAN BAGI YANG LAGI BAGUS DARI DIA, SEMOGA DAPAT JODOH YANG BAIK-BAIK. LUPAKAN JELAH DIA, MOVE ON. kau tahu kawan kau rasa apa? rasa menyampah. macam aku menyampah baca komen-komen tu. saat tu dia baru kene game dengan lelaki, kau boleh pulak suruh dia doa mintak laki lain? wadehel? time tu, dia tengah benci lelaki. kalau boleh semua lelaki dia nak letupkan biar pupus. suruh move on? kau ingat senang ke njir? kau ingat semua orang berfikir macam kau ke? kau ingat kawan kau tu kuat semangat macam kau ke? kau ingat kau dengan kawan tu hati perasaan sama ke? NEVER EVER SURUH DIA MOVE ON. DIA YANG AKAN MOVE ON SENDIRI NANTI. CUMA AMBIL MASA. kau taknak layan kawan kau tu, kau ignore je. time ni pun kalau kau ignore dia pun takkan mengadu dekat kau dah. silap-silap bff pun dia block. 

so , apa yang kau boleh buat? DM and talk to her/him. tapi kalau kau takde pengalaman sebijik macam yang dia lalui, kau diam je lah eh. sebab kau tak pernah rasa betapanya sakitnya rasa yang dia tengah lalui. setakat kau nak kepochi, korek cerita pun tak payah. kau rasa semak baca dia meroyan, kau unfriend je lah dia. masa ni dia tengah takde siapa yang dia rasa sesuai to talk to. sebab tu dia pilih social media untuk meluahkan rasa. at least dia rasa better dari dia pendam sorang-sorang, know know dah jadi mayat. 

macam aku, aku tak kerja dengan orang. tapi kawan-kawan lain kerja makan gaji. aku tak boleh sesuka hati aku pi mesej diorang mengadu apa semua . diorang ada komitmen masing-masing. sebab tu aku banyak bercerita dekat social media. aku meroyan, sedih . aku share je dulu . kejap kang aku dah okay, aku delete lah status tu. komen-komen yang aku mention dekat atas, aku tak reply. aku baca half way je. sebab ya aku memang tengah menyampah. 

mana kawan-kawan yang risau tengok aku, depa DM aku terus tanya kan aku okay ke tak. depa call aku sat, so aku cerita lah. 

dua tiga minggu aku macam orang gila. rasa nak mati. hidup tak tenteram. tapi lama-lama kau akan mula berfikiran waras. macam aku pagi tadi. aku dah tak tahan sangat hidup degan hati tak tenang. aku bangun terus pi klinik. 

healing needs process and takes time. selagi kau boleh prevent diri kau dari tak buat benda bukan-bukan, itu tanda kau kuat cuma belum masanya. kita ni manusia biasa je. ada pelbagai rasa. penat, rehat. sedih, nangis. lapar, makan. haus, minum. kalau rasa down, takpe, ambil masa tenangkan diri. dua/tiga minggu nampak macam singkat tapi setiap detik berlalu sangat perlahan. kalau boleh nak mati time tu jugak sebab rasa terlalu sakit. 

for muslim, gagahkan diri untuk solat walaupun mungkin kau dah lama tak solat kan. solat lah walaupun kau solat dengan air mata, baca surah gigil-gigil atau sedu sedan ke, solat lah sampai habis. lepas solat, zikir . aku zikir dengan tangisan kesedihan. hati aku luluh sangat. aku tanya member surah apa untuk tenangkan hati, aku memang jarang mengaji tapi boleh mengaji cuma yaaaaaa males . member cakap al waqiah. bacalah walaupun kau mengeja. it helps to calm yourself. 

setakat harini 11 september 2020, aku a bit better tapi not fully recovered. dah tiga hari aku tak nangis. takpe. take your time. ambil lah sebanyak mana masa kau nak umtuk pulihkan semangat kau yang hilang. aku juga masih mencari semangat aku yang hilang. 


kalau nak DM aku ke perlu nasihat ke teman nak bercerita ke, boleh DM aku dekat IG: farahmohdjamil



0 bantah cakap cikgu: