Meet This Blog In Facebook !

Tuesday, March 27, 2018

.rawat breakout dengan produk drugstores.


Hi !
Aku nak cerita pasal pengalaman aku rawat breakout sebab pakai local products . Tapi aku tak pakai satu set. Aku pakai sabun je sebab bangsa pemalas kan . Kalau boleh nak senang hidup je . HAHA !

Jerawat tu memang musuh kulit muka kan . Rasa nak marah je kalau dia attack muka . Kalau perempuan nak period lagi lahh , jerawat naik macam kene tembak .

Since aku stop pakai sabun buatan founder segera , aku terus jadi pelanggan setia drugstores . Aku start membaca pasal produk-produk drugstores yang boleh merawat masalah kulit muka .

Aku mula dengan Cetaphil sebagai pencuci muka . Kulit muka aku jenis sensitive dan dehydrated (minum air kosong kurang) . Sensitif ni jenis kulit yang senang gatal-gatal, bengkak. Kalau tak cuci bebetul , merasa lah uols bengkak , jerawat attack .Aku juga seorang yang suka make up (read : using foundation yang boleh clog pores). Clog pores tu jadah pulakkk. Clog pores adalah pori tersumbat dengan kotoran such as chemicals from foundation etc. So kene cuci bebetul bersih . Ada orang kata kene buat double cleansing or oil cleansing tapi aku kan bangsa pemalas . Aku guna step paling mudah . HAHA !

Selalu aku cuci bebetul ni time nak tidur sebab time tidur, kita rehat . Time tu jugak lah , kulit nak bernafas dengan tenang .

First of all, bersihkan muka dengan Micellar Cleansing Water. Aku guna botol pink Garnier . Helokkkk . Even ko tak apply pape dekat muka sebelum tu , tapi bersihkan je pakai Micellar Water ni . Ko akan tengok , memang ada kekotoran. Lepas tu , kau buat-buat lah terkujat . HAHA ! Nak separuh habis aku guna . Tegar tak tegar lah aku pakai natang ni . Ni botol besar taw . Botol kedua aku . HAHA !


Second , aku akan cuci muka dengan Cetaphil Gentle Cleanser . Aku tak berani nak tuka cleanser lain sebab untuk aku , ini paling helok . Jerawat dah tak naik menggila. Kesan dia slowly but surely . Aku dah pakai berapa botol besar dah woi . Nangis haku bayo natang mahal namatey ni tapi nasib lah elok rawat muka aku . Cuma nya dia tak moist , kau kene pakai moisturiser jugak . Ni kang aku cite lain . Sembang je ada moist moist dalam Cetaphil ni tapi nan hado . Kering kontang kulit muka aku .


Third, aku scrub dengan Iced Tomato Scrub pada hari-hari yang aku rajin . HAHA ! Tapi jarang lah aku skip melainkan aku berada di luar kawasan . Macam tidur rumah orang ke . Hasil dia helokk. Kulit muka jadi halus dan mencerahkan kulit juga . Ni aku cakap sebab jadi sendiri dekat muka aku ye . Bukan aku tiru testimoni orang lain. Apa kelas . Choi ! Nak buat dia senang . Tomato + air sikit , kau blend halus . Letakkan dalam ice cube tray , bekukan . Nak pakai , amik seketui , sapu seluruh muka . 10 minit dah kering , bilas dengan air .



Forth, lap muka kering dengan kain bersih , jangan pakai tuala mandi bacin kau tu . Yang kau buat lap tiak , perut , bontot ko tu lahh . Aku apply Rose Gold Water ni pulak . Best nye lahai . Ni kawan aku yang suggest sebab masa tu aku tak de pakai moisturiser apa , so kulit aku kering mengelupas. Especially area mulut . Geram aku . Aku tak suka moisturiser cream sebab berminyak . Yang ni water based . Dia serap dekat muka terus . Nyamannn . Wangi pulak tu . Yang ni pun boleh tahan mahal . Botol besar ni normal price dia RM 70 aku rasa . Ni aku beli masa sales .


Lastly , aku apply moisturiser Physiogel ni . Dia jenis cream dan berminyak . Baca balik perenggan atas . Aku tak suke jenis cream tapi yang ni memang best . HAHAHA ! Sebab tak panas bila pakai . Dulu aku pakai pelembap Safi , muka terasa ditadah depan api . Natang ni aku jumpa review dekat Twitter kata kalau untuk kulit kusam yang nak glowing , try pakai ni . Ehhh jatuh cinta terus walaupun berminyak yang boleh bawak bincang tapi bangun pagi , kau rasa muka kau moist dan mulus . Takde dah masalah kulit kering mengelupas . Aku beli dekat Guardian . Harga RM 45+ . Mahal jugak . HAHA !



Lepas tu tidur . Muka ni kan asset . So , kena lah melabur sikit untuk kecantikkan . Biar duit tak banyak , janji cantik/handsome . Gituww . Tapi orang sekarang , biar muka pecah janji kau drive Honda . Jilake betui . HAHA !

Korang stop lahh guna local product dari instant founder tak bertauliah ni. Semua nya tproduk timbang kilo je . Diorang tu sah-sah kulit dah cantik . Kau beli produk cikai dia tu , duit korang tu dia buat pergi facial dekat international spa , cucuk vitamin semua semata nak nampak ploles . bukan sebab dia pakai produk dia dowhh . Celik lahh mata sikit . Sebelum kau bunuh diri sebab breakout . HAHA !

And sebagai bangsa pemalas , aku pakai benda ni semua time nak tidur je . HAHAHAHAHA ! Bangun pagi mana ada aku buat kecuali cuci muka dengan Cetaphil sebab sekali dengan mandi. Melainkan aku nak keluar/pakai mekap , tepek lah sikit sikit . Aku kan kerja dari rumah je mana ada keluar sangat pun . Kalau ade pun , aku pergi kedai je , itu pun malas nak pakai pape . Keluar rumah dengan muka togel .

Orang suruh pakai sunblock sebab nanti jeragat cepat naik. Aku pakai tapi seminggu sekali je . HAHA ! Pemalas , gini lahhh .












2 bantah cakap cikgu:

oranglidi said...

Banyak produkk. Haha. Ko jual ka

Cik Pipi said...

@oranglidi

woi , lama tak nampak . ingat dah tak jumpe jalan ke blog . hahah