Meet This Blog In Facebook !

Tuesday, December 28, 2010

.[cerpen] Spanar Saiz 19. #4



“Kau dah kahwin?” soal Lisa pada Fahmie.
“Dah, anak dua. Kan aku pernah cakap, 6 tahun, sempat punya untuk aku kahwin,” balas Fahmie.
“Oh, bagus lah, tahniah. Tak ajak aku pun,” perlahan suara Lisa.
“Sedih lah tuh. Kau kecewa kan?” tawa Fahmie pecah.
“Bodoh, jadah aku nak kecewa. Kau ingat aku suka kat kau ke? Perasan je,”
“Mengaku je lah Adi oi, eh Lisa oi,”
“Aku cakap tak, tak lah,”
“Bodoh lah kau ni. Kalau aku dah kahwin, tak de lah aku melepak dengan kau berjam-jam kat sini. Kau gila nak kena hambat dengan bini aku? Ambik bodoh kau balik,”
“Kau dah pandai melawan sekarang eh. Mana kau belajar ni? Ini yang kau belajar kat Russia eh? Melawan cakap aku. Sejak bila?” Lisa berdiri cekak pinggang di depan Fahmie.
“Aku belajar dari kau lah,” perlahan-lahan Fahmie bangun. Bersedia untuk melarikan diri.
“Dari siapa?” soal Lisa.
“Dari kau lahh nenekkkkkkkkkkkkkk” kata Fahmie sambil berlari.
Dan Lisa mengejar dari belakang.


“Kau nak kahwin dengan aku tak?” soal Lisa.
“Orang gila je nak kahwin dengan kau dowh. Dah lah ganas. Silap hari bulan, aku koma kat hospital sebab hari-hari kene spanar saiz 19 kau tu,” jawab Fahmie.
“Wei, sikit sikit dah lah. Lebih plak. Tak nak dah lah. Aku boleh suruh mak aku cari lelaki lain la,”
“Nanti kan, sebelum kau nikah, aku nak bagi pesanan supaya bakal suami kau tu bersiap sedia hadapi malam pertama dengan kau. Kau mesti rawwrrr punya. Aku jamin tuh. Tengok tengok laki kau taubat tak nak sebilik dengan kau dah. Hahaha..” Fahmie gelak besar.
“Bodohhh punya Fahmie. Kau siap kau. Kau jangan lari. Aku dapat kau, patah riuk aku kerjakan. Menetap lah setahun kau kat hospital kau tu. Hoiiiiiiiiiii!!!!!”


“Aunty Zu datang tadi, bawak hajat,” ujar Puan Khadijah.
“Hajat apa mak?” soal Lisa.
“Eleh kau, buek buek tanyo pulak. Kau yang suruh si Fahmie tuh datang minang, tanyo laie,”
“Hah? Mana ada. Hari tu dia cakap dia tak nak kahwin dengan Lisa,” Lisa terkejut.
“Omak eh yang koba, kato Fahmie suh datang minang,Lisa dah ajak kahwin. Takkan lah omak eh nak menipu plak ha,”
“Bodoh lah dia ni,”
“Apo kau cakap ?”
“Tak do apo lah mak. Mak sotuju yolah. Anak mak ni pun bukan mudo laie, dah 27 tahun,” Lisa tersengih macam kerang busuk.
“Gata kau yo. Dah mak sotujukan tadi,”
“Yeay! Sayang mak lobih lah,”

Lisa memeluk mak nya tanda terima kasih. Tak sangka pula Fahmie berani masuk meminang. Hari tu kata tak nak.  Eleh, suka aku lah tu.


to be continue ...


3 bantah cakap cikgu:

abdul rasyid..... said...

hohoho menanti endingnyer!!

Nini said...

xsbr bca ending..! hehe

ble wat novel sda ney..

hiro said...

aishh..kene bc dr mula..heee