Tuesday, December 28, 2010

.[cerpen] Spanar Saiz 19. #5


Hari bahagia yang di tunggu tiba. Sebentar lagi, Lisa dan Fahmie akan di ijab kabulkan berwali ayah Lisa sendiri. Lisa dan Fahmie memakai sepersalinan putih bersih di hari pernikahan mereka. Cantik! Fahmie hampir tersadung pintu rumah tatkala melangkah masuk ke dalam. Nervous ke terpegun tengok Lisa?

“Ekau dah sedio nak jadi menantu den ni Mie?” tanya Encik Khairi, ayah Lisa.
“Sedio yah,” jawab Fahmie confident.
“Oi, bolum jadi ayah kau do,” tegur Encik Khairi “Kojap laie baru buleh panggil den ayah,”
“Saso plak ha. Sorry pak cik,” Fahmie menggaru-garu kepala nya yang tak gatal.

Ijab dan kabul dimulakan. Dengan sekali lafaz, Fahmie kini sah menjadi suami Elisa Adira. Fahmie menarik nafas lega. Dia sempat menjeling ke arah Lisa sambil menunjukkan tanda bagus. Lisa tersenyum gembira.

“Sekarang baru buleh panggil den ayah,” kata Encik Khairi kepada menantunya.
“Ya yah. Boleh saya cium Lisa yah?” soal Fahmie.
“Apo?”
“Boleh saya salam Lisa yah?” Fahmie membetulkan ayatnya tadi.
Encik Khairi tersenyum. “Boleh”

Lisa dah menghulurkan tangan terlebih dahulu sambil tersengih-sengih. Tak sabar betul Lisa ni. Gelojoh. Upacara membatalkan air sembahyang berjalan lancar. Majlis bersurai pada jam 11 malam. Esok akan berlangsung majlis persandingan di rumah Lisa.

“Sayang, kejap eh. Abang ada hadiah untuk awak, tapi kat kereta. Kejap tau, abang pergi ambil,” kata Fahmie pada Lisa.
“Okay. Elok-elok tau,” pesan Lisa.
“Depan rumah je pun. Tak de pape lah”

Tidak lama selepas Fahmie keluar dari rumah, kedengaran bunyi dentuman kuat dan geseran tayar kesan dari brek kecemasan. Seisi rumah keluar dengan segera. Fahmie terbaring di atas jalan dengan lumuran darah membasahi baju melayunya.

“ABANG !!!!!”

Lisa berlari mendapatkan Fahmie. Kepala Fahmie dipangku. Darah terus mengalir. Lisa menangis. Ayah segera menelefon pihak ambulans. Fahmie harus segera di bawa ke hospital. Lisa tidak berhenti boerdoa agar suaminya selamat. 



to be continue ...