Meet This Blog In Facebook !

Tuesday, August 17, 2010

.kenangan ramadhan #9.

aku tak berharap nak kembali lagi dengan dia.
kenangan itu ada , ingatan itu wujud, sayang itu masih, cuma hati untuk dia sudah tiada.
cukup lah kenangan terindah yang dihadiahkan padaku selama aku kenal dia .
ouh, bagi aku indah walaupun pahit .
tak semestinya kenangan itu manis belaka .
perlu ada pahit untuk kita merasa erti kehidupan sebenar.

jangan pernah bermimpi untuk hidup laksana puteri dan putera kayangan dalam dongengan dulu kala.
jangan pernah berhajat cinta kau dan dia akan seteguh cinta uda dan dara .
jangan pernah terfikir yang cinta kau dan dia akan sentiasa selamanya seperti telaga air zam-zam yang tidak pernah berhenti mengalir.

sudah masanya aku belajar untuk terima kenyataan yang dia bukan untukku .
3 tahun aku hidup dibayangi dia .
tidak pernah jemu .

terima kasih mama sebab kenalkan adik dengan dia .
terima kasih S sebab kau, aku taw keadaan dia sekarang .
terima kasih roomates yang tak pernah jemu memujuk di kala aku kesedihan .

kenangan ramadhan yang bermakna .
terima kasih awak ;)



walau aku tidak kau cintai
tidak kau sayangi
tidak kau hargai
dan tidak kau peduli

tapi ketahui lah
bahawa kau pernah ku cintai
pernah ku sayangi
pernah ku hargai
dan pernah ku peduli

kerna kau
aku tahu apa itu cinta
apa itu perit
apa itu luka
dan apa itu sengsara

dan ketahui lah
kerna kau yang ku cinta
aku sanggup menghadapi perit
membiarkan hati ku luka
meski aku sengsara .

ini kali terakhir aku mencoretkan kenangan aku dan kau .
takkan ada lagi lepas ini .
aku janji.
minta maaf atas segala salah silapku .
moga kau dan aku menemui kebahagiaan sejati ;)


kenangan aku dan dia berakhir di sini .
biarkan memori ini berlalu .
aku perlu terus melangkah ke hadapan .
meninggalkan apa yang di belakang.
yang lepas, biarkan lepas.

5 bantah cakap cikgu:

Ery Farieha said...

habes da?
kate 10?
heeee

puan farah said...

sabar yea dik..mungkin dia bukan terbaik untuk kamoo..tapi apepun,dia tetap 'kenangan' walaupun 'kenyataan' yg bersama kita..past is past..simpan 'kenangan' tu sebagai memori terindah kita..akak pernah rasa..dah,stop..nak nanges dah ni..

ferra said...

ish mcm penah blaku kat saya juga. 1st love saye juga knal mase bulan ramadhan. n my current boyfee oso kenal mase bulan ramadhan :)

I n n z said...

@Ery Farieha

kes kukurangan kenangan .
payah plak nak recall balik .
adehh ~

I n n z said...

@puan farah

yup ;)
sy sdg belajar menerima hakikat ;)
eh eh jgn ngs xD