malam tadi kamu dan kawan baikmu bertengkar.
kamu membuat keputusan tak mahu bercakap dengannya keesokkan harinya.
dia senyum kepadamu.
sebaliknya kamu mengetap gigimu kepadanya.
dia menceritakan perkara yang baik tentang kamu kepada kawan-kawannya yang lain.
kamu pula menyebarkan khabar angin mengenainya.
dia cuba mendekatimu dan menegurmu.
tapi kamu tolaknye ketepi.
baginya kamu seorang kawan yang terbaik.
kamu pula rasa dia seorang kawan yang paling teruk pernah kamu jumpa.
dia pun menulis nota kepadamu dan menceritakan semula kenangan manis yang pernah kamu dan dia berkongsi bersama.
kamu pula menulis saat buruk yang kamu ingat sepanjang bersamanya.
jauh di sudut hatimu kamu mengasihaninya.
tapi di hatimu sudah penuh dengan kebencian.
keesokkan harinya kamu jumpa satu nota daripadanya :
DEAR ________________
SAYA CUBA MEMBERITAHU KAMU SEMALAM TAPI KAMU TAK BERI PELUANG UNTUK SAYA BERCAKAP.
SAYA CUBA BERITAHU KAMU BERITA GEMBITA TAPI KAMU TAKUT UNTUK MENDENGARNYA.
SAYA CUBA UNTUK SENYUM KEPADAMU TAPI KAMU SAMBUT SENYUMAN SAYA DENGAN KEBENCIAN.
SEKARANG NI KEADAAN SAYA SANGAT TERUK DAN MAKIN TERUK.
SAYA MINTA MAAF SBB HARI INI SAYA TAK DAPAT JUMPA KAMU LAGI.
SAYA TULIS SURAT SEMASA SAYA DI HOSPITAL.
SAYA SUDAH KESUNTUKAN MASA.
SAYA MINTA MAAF SEBAB TERPAKSA BERITAHU KAMU SEKARANG.
SAYA MINTA MAAF ATAS PERGADUHAN KITA, KAMU MEMANG SEORANG KAWAN YANG HEBAT.
SAYA JANJI SAYA AKAN SENTIASA MEMERHATIKAN KAMU.
SALAM KASIH SAYANG,
___________________
kamu pun berlari ke hospital untuk meminta maaf padanya.
tapi hanya ibunya sahaja yang ada di situ.
ibunya menekap muka dengan kedua belah tanganya.
dan dia pun menangis.
dia melutut dan berdoa supaya tuhan mengembalikan anaknya.
kamu sudah terlambat.
kamu berharap dapat beritahu kawanmu yang kamu minta maaf dan ucapkan selamat tinggal.
4 years ago
0 bantah cakap cikgu:
Post a Comment