Tuesday, May 31, 2011

.trend #1 : DSLR.

orang ada DSLR kau pun sibuk nak ada DSLR jugak .
orang gantung DSLR kat leher kau pun sibuk nak gantung DSLR kat leher .

TAPI .

orang lain yang ada DSLR tuh tak loser macam kau .
orang lain yang gantung DSLR kat leher tuh tak loser macam kau .

SEBAB .

kau , nak ada DSLR sebab nak menayang . konon kau pun mampu nak beli camera harga ribu ribu ringgit malaysia . tapi duit mak bapak .
kau , gantung dekat leher tapi tak reti pakai . asyik guna auto mode . heh . baik pakai camera handphone je macam tu .

ORANG LAIN .

ada DSLR sebab dia minat , nak cari duit , reti guna .

TAPI KAU .

sekadar nak show off depan member . bila member cakap "untung lahh mak bapak belikan kau DSLR" . kau mula kembang sebesen padahal ape pun tak boleh kau tuh .








meluat tengok bebudak sekarang yang pergi Times Square dengan bawak DSLR gantung dekat leher tapi sekadar buat perhiasan .
apa kau ingat tali DSLR tuh rantai berbuah kan camera ?
DAMN !



terasa ? kau lahh tuh .



Monday, May 30, 2011

.minah up to date VS minah out dated.

pakai tudung = kolot , kampung .
jadi , dosa tuh bandar dan moden sangat lahh ?

warna rambut = up to date .
jadi , pahala tuh out dated lahh ?

pakai baju tak cukup kain , koyak sana sini , rambut warna warni , mekap tebal 8 inci , kuku warna merah .
kau ingat kau cantik sangat lahh ?
boyfriend handsome , kaya .
kau ingat kau hebat sangat lahh ?


Gadis : awek kau ni baju tak pernah cukup kain kann ? orang macam ni kau nak buat isteri ?
Jejaka : siapa kata aku nak buat isteri ? aku waras lagi okay . dia ni setakat buat main boleh lahh . mintak apa semua dapat . senang sangat . bukan taste aku . nak buat isteri , mintak maaf . dosa aku pun tak tertanggung , nak tanggung dosa dia . ape hal ?







anda pakai tudung dan pakaian anda cukup kain ?
jangan risau kalau sekarang anda masih belum berpunya .
sebab anda adalah CALON MENANTU PILIHAN .



tak suka ?
something wrong somewhere .



Sunday, May 29, 2011

.may our friendship will be blessed by Allah ♥ .






"Don't walk in front of me, I may not follow.
Don't walk behind me, I may not lead.
Walk beside me and be my friend."









mood : saya gelap , saya OK dan saya tak annoying macam awak . HAHAHA !

Friday, May 27, 2011

.saya seorang anak sulung dan anak perempuan tunggal.

sebab saya perempuan dan tak tahu mekanikal , saya tak layak dapat kereta atau pun motor best .
sebab kalau kereta/motor rosak , saya akan hantar bengkel .
keluar duit = membazir .

sebab saya perempuan dan anak sulung , saya kene berkorban untuk adik adik .
adik saya dapat 12ZR , tapi saya cuma dapat kriss .
itupun dulu motor adik .

sebab saya perempuan , anak sulung dan tak tahu mekanikal , saya sedih .
sebab adik saya dapat 12ZR dan kereta iswara ayah .
saya ?
hanya dapat juraian air mata .



















*nangis*

.welcoming our new baby into my family.

"I'm coming home, I'm coming home , Tell the world that I'm coming home"

again , as usual , I'm home .
hee ~ me loike !

tujuan aku balik minggu ni :

attend kenduri rumah hafiz. kakak dia kahwin . dan big boss telah mengeluarkan perintah tanpa bantahan yang memerlukan aku hadir . since aku tak de pape , jadi , jom lahh attend . kang aku kahwin , dia tak datang , kecik hati aku . dah lahh kawan tak ramai .

adik exam math hari ni . jadi nya semalam suppose aku ajar dia . tapi aku TERLUPA . dia pun tak ingatkan aku . jadi , tepat pukul 8 malam , macam biasa , aku terus chow . pergi melepak dengan member . aktiviti mingguan lahh katakan .

kereta baru dah sampai . hee ~ ini esaited lebih . kat fb, semua status aku ada FL , bukan Fatin Liyana tapi SAGA FL . its blue in color . bernombor pendaftaran NCN *** . cantik kan NCN ? bangga ouh drive kereta plate number N . semangat negeri betul . HAHA ! 

ni ada 2 keping gambar bukan berukuran passport .
sebab aku gelojoh nak post entry ni , jadi gambar di ambil guna hp kamera 3.2 MP sajorkk .
camera dalam bilik ibu .
koser aku nak ketuk pintu , mintak kamera .
maaf kalau kurang jelas / memuaskan .


* berwarna biru gelap tapi dalam brochure tulis blue rock *


*kereta ayah BUKAN kereta aku*


aku dah test drive kereta ni .
best !
satu seremban aku pusing dengan member aku malam tadi .
yang paling penting , AKU DAH TAK FOBIA BAWAK KERETA PANJANG DAN BESAR .
HAHA !
lawak okay aku ni .
kalau dulu , kereta selain kereta kancil , aku memang TAKKAN drive .
takut T___T


tapi , FL dah ade , kene ah berani .
ye dak ?








sekian .
say HELLO to our new baby =)

Tuesday, May 24, 2011

.untuk fashionista.

Kepada fashionista ,

Saya menulis entry ini untuk anda .
Harap anda baca dan berubah .
Saya tahu anda sangat cantik , bijak bergaya , lincah ber posing tapi boleh tak kalau sebelum photoshoot , anda pastikan segala yang anda pakai , dalam keadaan sempurna ?
Sempurna selari dengan kehendak syariat Islam ?
Okay , saya tak nak cakap pasal legging , sebab kalau cakap pun , anda akan buat pekak dan hidup dengan prinsip "suka hati aku lah, aku yang pakai bukan kau" .
Baju anda ketat , itu hak anda , anda jawab lah sendiri dengan Allah esok .

Mata saya sakit bila tertengok gambar anda yang cantik tapi cacat .
Anda pakai tudung tapi nampak rambut kat side burn lah , kat dahi lah .
Lepas tu sekarang , tudung ikut fesyen .
Kalau tak ikut , anda dikira ketinggalan zaman .
Eh , kemon lahh , kemon .
Pakai tudung apa , kalau nampak leher terang terangan ?
Tahu lah leher awak putih gebu tapi apa motif pakai tudung tapi nampak leher ?
Nak bagi sign suruh vampire bite awak ?

Saya harap awak baca dan berubah .
Bukan fashionista sahaja , ia melibatkan semua , saya , kamu , dia dan awak .



Sekian .
XOXO .

.hoyeahh hoyeahhh !

saya ada berita gumbiraaa ~
gumbira buat saya bukan buat anda .
HAHA !

setelah dua minggu , saya mengabaikan tanggungjawab terhadap Nabil .
tanpa memberi sebarang nafkah zahir mahupun batin .
kini , Nabil kembali ceria .
eh bukan Nabil tapi saya .
thee ^____^

my other half dah sehat sejahtera =)
walaupun tahap kelajuan melenjan tak power macam mula mula kami kahwin .
tapi at least , he's still working properly and rawrr ~

terima kasih doktor !

Monday, May 23, 2011

.kerja hotel tak boleh pakai tudung ?.

kalau tengok sekarang , ramai yang dah bertudung .
tapi aku rasa ini semua pengaruh fesyen .
setuju tak ?

aku nak tanya , kalau kerja kat hotel memang TAK BOLEH pakai tudung ke ?
sebab ada hamba Allah , dulu dia pakai tudung , tapi sejak kerja kat hotel , dia dah free hair .
TOTALLY free hair .
dah tak nampak lagi dia pakai tudung .
pergi kenduri ke , hang out dengan kawan ke , memang dah pakai tudung lagi .
rrambut pun dah cantik .
rebonding lagi .

first of all , wajib lah aku istighfar panjang dengan 'penghijrahan' dia ni .
sangat terkejut okay .

orang akhir zaman ni lah nak perbaiki diri , dia lagi terkeluar landasan .
aku tak tahu kenapa .
tapi one thing for sure , after kerja dekat hotel , tudung dia dah terlupa nak pakai .






jangan cakap sahaja yang kau tu dah besar tapi hakikatnya tak tahu beza baik atau buruk .
dek kerana terlalu obses dengan fesyen , hukum Allah kau tolak tepi .
konon nak pakai tudung ala hana tajima tapi leher nampak .

hana tajima tuh kurus , baju dia loose .
kau ? 
badan besar , breast besar , baju ketat , pakai legging , ada hati nak ikut hana tajima lagi ?



pakai tudung sebab fesyen ?
ubah lah niat kau .
bukan lawa pun . 
jadi bahan umpatan ada lahhhhhh ~~~




sekian .
untuk diri sendiri dan saudara Islam yang lain .





Saturday, May 21, 2011

.cerita si anak dara.

entry bawah ni tak de komen .
tipu lahh kalau aku kata aku tak kisah tapi nak buat macam mana .

hari ni belajar dengan ibu masak nasi ayam .
ibu suruh basuh ayam .
aku baru basuh 3 ketul , ibu dah habis 8 ketul .
nampak tak betapa teliti lambat nya aku basuh ayam .
adeyhh ~

senang je kot masak nasi ayam ni .
walaupun banyak lauk , macam sup , ayam goreng , kuah , tapi setengah jam dah siap .
tapi dengan bantuan ibu lah .
kalau aku masak sorang , sejam rasanya .
aku kan teliti slow .

overall , nasi ayam aku menjadi dan sedap sangat .
rasa nak tambah 5 kali tapi perut sudah full .

selalu nya yang esaited cerita pasal pengalaman memasak ni anak dara yang baru belajar masak .
sebab cooking is fun yaww !

aku fed up ah bila aku cakap aku reti memasak (not too expert), they will look down on me .
"kau reti masak ke ?"
especially the boys .
i'm learning okay .
sabar lah der .
lama lama nanti sedap lah masakan aku .
HAHA !

even aku tak reti masak banyak dishes as my mom did tapi aku tak de lah se malas mereka yang bila nak makan hanya tahu pergi cari kedai dan menternak lemak .

walaupun zaman dah moden , bibik ada segala tapi kalau perempuan tak tahu masak , tak pernah masuk dapur ,siang ikan pun tak tahu , malu weyhh .

cantik lah kau macam bidadari sekalipun , kalau tak tahu masak , kau still LOSER .




lalalaaa ~
jahat betul mulut kau innz .
heh.

.are you hoping for return ?.

"aku belanja kau"


"kali ni aku belanja , lain kali kau pulak belanja okay"

dua perbualan yang berbeza .
makna berbeza .


A : kalau you belanja orang , u harap for return tak ?
B : tak . 

adik aku pernah cerita pasal kawan dia .

"bodoh kawan aku tuh . semalam dia kata belanja , tapi hari ni dia mintak balik duit dia. bangang betul weyh . dah kata belanja , bukan pinjam. tak paham ke makna BELANJA?"

selalu nya kalau orang kata dia belanja , normally they didn't hope for any return from us .
tapi kalau ada orang jenis tak ikhlas dan berharap we will "belanja" them back, dia akan tuntut balik their "belanja" from us .
sounds annoying kan ?

B : kalau ada duit lebih , tak kisah pun belanja kawan .

yes ! exactly .
kalau ada duit lebih , boleh lah belanja .
tapi bukan bila kau sesak , dah tak de duit , kau mintak balik belanja kau hari tu .
this is so not right .




sila fahami konsep BELANJA dengan betul .
bukan BERBELANJA .





jenis macam ni , elakkan diri .
if he/she said that "aku belanja" , please , insist to pay , refuse to be paid .
or else , kau tunggu lah dia mintak balik belanja .
so , prepare your wallet with dollars .


aku dah serik .
annoying pun ada .



ouh , hell yah , aku pernah kena .
that's why I'm writing it here .
HAHA !

Friday, May 20, 2011

.he's someone's.

yes !
aku kat seremban lagi .
jangan kau tanya .
aku rasa , short sem , setiap khamis , aku akan balik .
cepat atau lambat , itu depends pada keupayaan aku untuk bangun pagi .
HAHA !

pagi tadi , aku bangun pukul 10 tapi aku gerak dari uia pukul 12 sebab aku basuh baju, kemas barang , mandi ,gosok baju , dan macam macam hal lagi .

pukul 2:45 petang , aku sampai seremban .
perut memang mintak penerajang di isi .
sebelum bas berhenti , aku dah berkira kira nak kunyah spicy chicken mc deluxe dengan fries mcd dengan cool blog .
tapi bila fikir balik , makan nasi kat rumah yang free lagi menarik , aku cancel .
beli cool blog je .

"oreo chocolate dengan pearl satu"

tanpa ragu ragu dan pantas aku order .
nampak beno kebulur cool blog .
HAHA !

time aku order tuh , abang handsome ada kat situ .
tapi tak buat kerja .
dia berdiri je kat counter .
pakai baju biasa .

maybe melawat kawan kawan sekerja dia .
aku tengok ade seorang lagi pekerja (perempuan) pakai baju biasa .
tak pakai uniform cool blog uh .
ala , yang warna hitam tu .
macam lah korang tahu ;D

sementara tunggu cool blog aku siap , aku jenjeling lah kat abang handsome tuh.
and guess what ?

aku nampak dia sandang handbag perempuan !
aku dah "ouh mannnnn"



aku pandang pekerja yang pakai baju biasa tuh .

kau rasa aku fikir ape ?



























"they are couple, work at the same place together. I'm frustrated !"


















berlalu dari kiosk sambil sedut oreo vanilla blog tanpa rasa .
frust punya pasal .

Thursday, May 19, 2011

."cepat sikit ye".

semalam keluar dinner dengan dena dan piji .
time kitorang keluar dari uia , hujan tak lebat sangat .
sampai dekat area wangsa maju , tu dia , jalan dah macam kolam lepas tuh hujan lebat .
nak drive pun susah .
eh , dena nak drive pun susah .

plan kitorang macam ni .
pergi wangsa maju sebab aku ingat kat wangsa walk ade cool blog .
rupanya salah info daa .
kat jusco wangsa maju der .
patut lah tak jumpa .
lepas tuh , takkan nak keluar balik .
dah lah hujan lebat gila .

kami terus ke ayam penyet AP+ dalam wangsa walk jeh .

servis tak memberangsangkan .
dena dah lambai lambai paper order tapi still tade yang datang ambik .
dah sampai tahap rasa nak bukak payung , nak attention punya pasal .
HAHA !
dah lah hujan , lapar okayy .

tak lama tu , ada sorang sampai .
dia kata "sorry , tak perasan"
lepas tuh dena cakap before dia blah lepas amik order "cepat sikit ye"
pelayan tuh sempat lagi nak gurau gurau .
bukan garu garu .
"cepat sikit je ?"

food dah sampai .
ayam dia tak lembut macam kat ayam penyet sri gombak .
mungkin sebab dena kata cepat sikit , jadi , ayam tak well smashed .

aku dengan piji order chocolate ice blended .
okay , the ice is not well blended too maybe sebab dena cakap cepat sikit .
jadi everything pun dia buat dengan kadar cepat .
HAHA !

lawak okay .

kau tahu , cool blog tuh pun ice blended kan tapi aku boleh tahan lagi .
5 6 sedut baru brain freeze .

tapi semalam , sekali sedut , dah brain freeze .
banyak pulak tuh .
berbaloi lah harga dia mahal tapi sumpah penat nak habiskan .

aku dah tak boleh sedut .
dah makan pakai sudu .
piji jeh yang kental lagi sedut ice blended tu .
aku tengok dia cool tapi ................................
aku rasa otak dia dah sejuk gila babeng .
sakit dada lagi .
HAHA !

at last , tak habis pun .

otw ke kereta , aku ternampak one lady ni .
dagu dia berplaster .
aku baru nak tanya "eh , kenapa ni?"
bajet peramah lahh kann .
sekali , kau tahu siapa ?

ZIELA BAKARIN bhaiii ~
dengan short pants dia .
dah lah hujan , orang semua sejuk , dia boleh dengan short pants .
terbaikkk (gaya boboi boy)





okay , itu je cerita semalam .
















sup torpedo .
kau tahu ?
heeeee xD


Wednesday, May 18, 2011

.bebel sahaja.

rindu aku tak ?
okay , fine . tak .
tak pe, tak kecik hati pun .
serius , tak kecik hati langsung .

sebab aku pun hilang mood dekat blog dua tiga hari ni .
baru sehari tak update tapi dah kata dua tiga hari .
melampau betul hiperbola kau innz .

malam tadi , dena nak bagi main internet thru Iphone dia dah .
tapi aku yang tade idea nak update ape .
sebab semalam , seharian aku kat bilik je .
nak keluar tapi nabil tak sihat .
terus hilang mood nak keluar =.='

ayah dah 2 kali tanya "dah check motor ke belum ?"
aku bagi alasan klise "takde masa "
padahal , banyak jeh masa free .
aku jeh yang segan nak pergi bengkel sorang sorang sebab kang memang aku sorang perempuan kat situ .
segan okayy .
cukup lahh sekali aku pergi ritu .

walaupun orang tak kisah tapi aku segan sendiri .
lepas tuh , duduk jeh melongo pandang kiri kanan atas bawah .
doing nothing .
aku benci situasi tu .

sekarang , aku biar jeh nabil uh .
pandang pun tak .
sakit hati punya pasal .
aku rela semput turun naik tangga dari nak tahan segan pergi bengkel .
bodoh kan ?

tadi aku fikir , nak bawak je nabil balik rumah .
biar dekat rumah .
ada yang tahu nak jaga dia .
short sem tak yah pakai motor .

ye , salah aku .
salah aku sebab tuh nabil tak sehat .
tapi aku ni rasa loser nak mampos sebab tak de knowledge langsung tentang motor .
arghhhhhh ~~~~
seteres !

nak pergi bengkel segan .
ape nak buat ?
grr ~








dah lah membebel ni .
kang buat panas hati jeh .
terima kasih blog .

Monday, May 16, 2011

.perasaan bila kena dump.

di dump .

mostly orang yang kena dump dengan couple dia , akan rasa tertekan .
mana tak nya , kau dah sayang separuh mati dekat dia .
tetiba kene dump .
tambah pulak , alasan yang dia bagi macam gampang .
sebagai contoh "saya dah tak de feeling dekat awak"
syial tak syial lahh kan alasan ni .
kalau yang kene tuh perempuan , peratusan dia rasa tak nak hidup lagi ,adalah tinggi .
kena ingat , perempuan ni memang emosional .

dia takkan ngaku yang dia dah jatuh cinta dengan orang lain .
jadi , muncul lah alasan alasan yang macam hell itu .

second , yang aku rasa memang tak boleh di terima oleh semua orang .
tetiba , couple kau hilang !
hilang bukan kena culik tapi dia yang diam seribu bahasa , tak text , tak call .
tiba tiba diam .
ini lagi gampang aku rasa .

at least , yang first uh , dia ada bagi alasan even alasan kau macam shilake .
ini , terus diam .
memang menyampah !

dah dua kali aku kena benda ni =.='

kesan dia ?
mostly on physical appearance .

ada orang kurus before couple sebab hati kosong , gemok semasa couple sebab hati senang , bak kata orang , bahagia , dan kembali kurus sebab makan hati . makan hati disini bukan bermaksud lauk hati masak kicap yang ibu masak untuk lunch tu taw .

ada jugak , orang yang kurus before couple , gemok semasa couple , dan makin gemok lepas clash . sebab ? dia stress, jadi cara untuk release stress adalah dengan makan coklat banyak banyak / sepuas hati . semakin deras aliran air mata yang keluar , semakin cepat kunyahan makanan berlaku . ini hipotesis untuk eksperimen hari ni . full mark oi !

ade jugak yang pesen layan sangat perasaan .
sampai dera diri sendiri .
ini selalu terjadi dekat perempuan yang terlalu sayang kan bf dia , tak pun kau dah bagi virginity kat bf kau , tup tup bf kau angkat kaki .
gila tak gila lahh kan .
kau percaya lelaki tuh , sekali dia cakap bye bye .

girls , sila jaga sehabis baik kehormatan diri anda .
untuk yang dah TERbagi atau sengaja bagi uh , jangan buat lagi lahh gilaa .

kalau lelaki aku tak taw lahh .
sebab AKU BUKAN LELAKI . (kene capslock sikit perkataan ni)

tapi ada kawan aku , kene dump dengan gf dia  , terus kurus .
bagus , ini positif .
HAHA !

kalau pesen budak sekolah yang clash , akan muncul status macam ni kat facebook .
jarang budak sekolah layan twitter .

"babix arh kaw niewh . seronok kan game kan akoe . tak selamart arh hidup kaw lepas niewh. akoe sumpah !"

aku nak menaip pun tak reti .

aku ?
sehari boleh lah untuk berduka lara .
esok tuh , aku dah melompat lompat dah .
positif lahh sangat .

sebab tuh aku tak kurus kurus even dah kene dump 2 kali .
HAHA !

tapi kadang kadang time teringat uh , memang emo ah .
dari tak PMS , tetiba PMS .
jadi , blog adalah mangsa aku meluahkan rasa .
macam entry dekat bawah ni .
HAHA !

yang pasti , aku tak pernah lagi buat benda bodoh macam kelar tangan , minum clorox dan lain lain .
aku masih waras .









pening pale ahh fikir pasal duit .
hadoii ~

.untuk dia.




"banyak nya barang mekap dia . nanti birthday awak , dah tahu dah nak hadiahkan apa . saya bagi banyak banyak taw"





tinggal kenangan .
tak mungkin berlaku .
entah kenapa akhir akhir ni asyik teringat kat cumi ciki .

okay , kami tak pernah declare .
cuma .. teman tapi mesra .

sebelum tu , kami kawan .
tak pernah jumpa .
kenal melalui phone je .

dulu , dia tak kan jawab kalau aku call .
never once !
malu katanya .

tapi lepas jumpa , call aku tak pernah tak berjawab .
dari situ , kami mula mesra .

pertemuan pertama di TS .
aku nampak dia dalam butik Giordano .

beberapa kali jumpa .

sampai lah satu masa .
mungkin bukan jodoh kami sebagai kekasih .

aku yang terlalu mengharap .
aku yang mudah cair .

dia dah block aku dari fb dia .
erti kata lain , aku tak boleh tengok profile dia kalau fb aku on .

jadi , aku dengan bijak nya , guna fb adik atau ayah aku untuk tengok fb dia .
desperate ?

tidak .
aku cuma rindu .
salah kah rindu kan dia ?

aku tak kacau dia .
cuma lihat dari jauh .


aku rindukan nasihat nya tika aku down .
aku rindukan sikap prihatin nya tika aku demam .









p/s : ade yang fikir "banyak betul lelaki budak innz ni" . kalau ada , sila mengaku . HAHA ! aku memang asyik couple clash . asyik tak jadi jeh . rasa macam loser gila =.='

Sunday, May 15, 2011

.experience is the best teacher !.

  • dah ade shoutbox balik 
  • dah enable anonymous 

okay , aku rasa , aku dah tak goyang dengan haters .
sebab haters make me famous .

and YES !
they did it , dude =)

tanpa mereka , takkan ade keyword diari budak malas dan misshy innz digugel .

thanks a lot .

dan sekarang , aku bagi kebebasan untuk kau bersuara dekat blog aku kembali .
welcome back ! =)







no worrie .
aku akan bersikap lebih matang .



eceh , sembang tak nak jatuh .
HAHA !







p/s : lately entry aku merepek jeh . maaf , tiada isi . sekadar menaip di kala waktu senggang ;D

Saturday, May 14, 2011

.hello semua.



MR. A DIARI BUDAK MALAS ?
memula aku tengok keyword, puas lah aku fikir ,siapa MR. A ni .

okay , dah dapat .
rupanya azhar .
alolo ~
siapa lahh yang cari ni .

jangan kata azhar pulak yang cari eh .
azhar tak tahu pasal blog aku ni .

hebat gak penangan zack ni eh .
sampai rumah dia pun orang tahu kat mana .
naseb baik tade siapa lagi cari  misshy innz tmn .............

eh , rahsia .
HAHA !









okay , babai .
saje gedik nak update =)

Thursday, May 12, 2011

.selamat pagi cinta #5.

konfiden jeh aku tulis tajuk uh #5 .
HAHA !
dah bape kali dah aku guna tajuk yang sama .
sebab memandai tulis #5 .

aku bangun awal rini .
lepas tuh tak tido balik pulak tu .
kenapa bangun awal ?

eh sebelum tuh .
SELAMAT PAGIIII , CIKGU .
eh silap .
SELAMAT PAGI SEMUA =)
*dibaca dengan nada riang dan gembira disertai dengan senyuman selebar mungkin*
tanda aku ceria pagi ni =)

okay , kenapa kau bangun awal innz ?
okay , bajet ade yang menanya soalan cepuk mas ni lahh kan .
takpe, bajet je . HAHA !

aku bangun awal sebab kejut dena .
dia kena pergi kerja .
sebab dia tengah practical .
dekat KLCC sajork ;D

yup, dena tido bilik aku malam tadi =)

malam tadi , kami ke KFC .
aku dinner ciken cop .
hurm ~ gravy cendawan dia shedapppp ~
tapi tak kenyang sebab ayam dia tecik sangat ;(
okay , bukan tecik sangat , tapi tecik gak lahh ;D

balik dari KFC , dena mintak aku drive sebab dia sudaaa melantuk .
aku yang dah lama tak bawak kereta beliau , macam blur .

"eh , cene nak bukak lock ni ?" sambil tengok button tapi tak tahu mana satu nak tekan .
"tekan atas pun boleh , bawah pun boleh ""ouh , L pulak aku ni""haha , nampak sangat dah lama tak drive kereta aku kan ?"

drive swift totally different dari drive local cars like iswara, kancil, wira, satria .
sebab seat swift tinggi .
local cars yang aku selalu drive , seat dia rendah .
okay , tu je different dia .
HAHA !






okay lah .
nak sambung tido sat .
kang pukul berapa berapa , nak balik rumah .
yeay !
seremban , i'm back .

"budak ni, balik lagi. wat sesak seremban jeh" ujar seremban di dalam hati .


















*hugs*

Wednesday, May 11, 2011

.lelaki mata sepet yang comel.

tengah jalan jalan balik dari kelas, aku terlihat sebuah scooter ego merah bernombor pendaftaran J .
okay , skema pulak .
HAHA !

scooter tu buat aku teringat kat AZHAR .
nama dia AZHAR bin err .
dah tak ingat =.='
simple je nama dia .
orang dia kurus, putih , Chinese look, mata sepet .
ouhh mata tuh aset dia sebenarnya .
err bukan aset tapi daya penarik pada aku .
hehe ;D

aku pernah cerita pasal AZHAR dalam blog ni .
mesti kau ingat kan ?

time aku taip entry ni , aku tengah senyum .
sebab suka .
gila kan ?
sikit lahh .

baru aku sedar , aku memang suka usha jejaka bermata sepet .
tapi kurus lahh .
yang sepet , berisi , out of my list .
;D

FARIEZ , bapak dia cina muslim .sah sah lah dia bermata sepet .

B pun mata sepet .tapi dia asek cakap mata dia besar .

abang sedara aku tade unsur cina tapi mata dia sepet .ikut mak dia yang sebijik rupa nenek aku . tapi nenek aku bukan cina lah . maybe keturunan tuh ada tapi aku tahu . hee ~ 

adik angkat aku , cina betul . lagi lah sepet .
thee ^_^




kalau kau sepet , aku suka yang kurus dan sepet .
macam aku cakap tadi .


kalau yang muka melayu , aku suka yang taf , tinggi .
yang kurus , tak suka sebab tak menarik .




ai nak kawen dengan AZHAR lah , eh bukan , nak kawen dengan jejaka chinese look lahh ;D
tolong carikan satu .
can ? ;p

Tuesday, May 10, 2011

.HOT ! kontroversi !.


*gambar agak terkeluar landasan*


siapa punya kerja ni ?
mengaku cepat .



*****cerita lain*****


malam tadi , eh bukan malam . awal pagi .
dalam pukul 256 pagi .
b call .
nasib aku belum tido .
baru jeh landing atas katil lepas tuiter dengan jijoi .

ntah macam mana .
mulut aku jenis tak reti berlapik , telah berterus terang dan buat b marah .
okay . serius punya marah .

even dia cakap dia tak marah dan tak pernah marah tapi aku tahu dia marah .
sebab dia dah cakap kau aku dengan aku .
erk .

awal pagi tadi memang susah nak tido .
susah nak tido bukan tak tido .
tido tu wajib .

aku tersedar pukul 8 pagi .
b mesej .
still cakap aku kau .

aku try sambung tido sebab tak cukup tido kan .
tapi tak boleh .
hati tak tenteram .

aku cadang nak turun lunch tapi tak jadi .
lepas mandi , terus hilang selera .
makan roti tapi rasa nak muntah .
ini petanda ape pulak ni ?




ape yang cuba aku sampai kan ni ?
ouh , before ramai yang salah faham .
b bukan bf aku eh .
b cuma panggilan je .






1 st class aku start pukul 530 petang kang .
time orang lepak tido, aku di kelas .
grr ~

lupa plak aku .
cube usha blog ni --> kat sini der .
terkejut ?

.german kat mana ?.

adik aku belajar kat GMI .
kau tahu tak GMI uh ape ?
GMI uh German Malaysia Institute .
ala, yang kat bangi tuhh ~

sekarang kan cuaca begitu panas .
sampaikan kau rasa nak bogel jeh .
kan kan kan ?
ce jangan nafikan .
HAHA !

pada suatu petang , aku dan adik aku berborak borak berkenaan isu cuaca di Malaysia .

Alip : huii ~ sekarang ni memang musim panas . kat German pun panas sekarang . suhu dia .... (aku tak ingat berapa dia cakap) .
Aku : German ? German mana ? German betul ke German tipu ?
Alip : German betul lahh . haihh ~ German kat Bangi tuh nak buat hape . itu dah memang panaas ..
Aku : HAHAHA ...


malaysia pun ada German meyh .
jijoi juga belajar kat France , Bangi .
theeee ;D

Sunday, May 8, 2011

.sejuk nya hari ni .

aku sampai uia pukul 12 lebih macam tuh .
tengah hari nyah .
time matahari tegak 90 darjah atas kepala .

lepas kemas barang sikit , aku dah berpeluh , aku peluk bantal , terus lelap .
ada laa dalam 3 jam camtu aku tido .
yang bestnya , tido BERSELIMUT .
sejuk okayy .

seyes . aku tak tipu .
kau ada ?
nak nak yang duduk seremban tu .
sebulan aku cuti , setiap kali tido petang , CONFIRM bangun uh berpeluh .
macam baru lepas jogging kau tahu .
padahal tido kot .

semalam aku goreng nasi , pukul 8 malam , peluh meleleh kat pipi .
mencabar betul masak nasi goreng itu .
ibarat goreng nasi sambil berlari .
panas panas .

jangan puasa nanti pun panas ceni sudah lahh .
dah lah puasa nanti memang dok kat rumah je .

tapi dah lega balik uia .
sebab sejuk .
duduk pulak dekat mahallah atas bukit .
lagi lahh heaven weyhh .
jeles ?
HAHA !



itu je yang aku boleh bangga pun .
tadi ayah bagi khabar buruk .
"motor tu , tayar depan dia dah longgar . bearing tu ....... bawak sini sini je lah , jangan bawak keluar , kang jadi pape kang "

aku dah agak dah .
cuma malas nak cakap jeh .
sebab tuh , ritu aku nak sangat bawak motor balik .

aku tak kisah kalau pergi kelas jalan kaki .
tapi aku nak pergi wangsa walk.
yat kata dah ada cool blog kat sana .
lepas tuh , nak pergi terminal gombak lagi .
wuu ~ tanak naik bas .
tunggu bas lama T___T








jom bersedih .
eh , ape jom plak ?

takpe la , tumpang sedih lah sekali eh .
hehe xD

Saturday, May 7, 2011

.cuti hampir habis.

esok kena balik uia .
walaupun kelas start hari selasa tapi kene balik hari ahad sebab nanti kena saman kalau tak daftar mahallah ;)

sebulan aku cuti kat rumah .
sesi menggemokkan badan berjalan lancar .
sampai B pun cakap "asal makin gemok"
see ~ aku berjaya !
cepat ucapkan tahniah .
HAHA !

short sem aku ni sampai bulan 7 je .
lepas tuh cuti sampai 21 september .
aku tengok kalendar , 21 september tuh penghujung syawal kot .
perghh ~ raya sakan lahh aku .
HAHA !

aku rasa cuti 2 bulan nanti , kalau dapat , nak suruh ayah mintakkan part time kat nestle .
kalau dapat lahh .
kalau tak, aku dok umah , habeh kan kuih raya jeh .
HAHA ! lagi =.='

cuti sebulan , tak de pape aku buat melainkan perabih duit , makan banyak , tido banyak, bangun dan tido lewat , g dating dengan scandal scandal .
hurm tu je lahh .
enjoy gak life cenggini kan ?
jeles tak ?

sebulan cuti , tak boleh buat duit langsung dengan nuffnang .
cene nak bayar domain ni ?
eh , did you type DOMAIN, innz ?
lalalalaa ~

okay okay .
nak tengok tivi pulak.
babai ;)

Friday, May 6, 2011

.10 Things I Can't Live Without.

hurm hurm hurm ..
macam banyak je sepuluh ni .
aku sendiri tak tahu ape .
hehe xD

takpe, buat je lah .
^__^

10 Things I Can't Live Without

  1. family .
  2. rumah . aku tak reti nak duduk merempat kat tepi jalan . 
  3. kereta/motor . aku yang poyo ni tak suka naik bas . hehe ;D tade kereta , motor pun okay . ape guna ada lesen kalau tak guna ? ye dak ?
  4. purse . even tade duit tapi ada i/c yang membuktikan aku warganegara malaysia . abang sedara aku pernah terlupa bawak wallet , lepas tu dia cakap "adoii ~ jadi indon kejap aku rini"
  5. pakaian . okay , kalau tak de baju , kau nak suh aku pakai daun ? HAHA !
  6. makanan . ouh gosh ~ i'm a food lover . kalau tak de, boleh sawan aku  =.='
  7. duit . err ~ ni boleh buat aku pening kepala . kalau short duit, aku rasa macam hell . sebab kat KL aku tade sedara mara kalau nak tumpang makan bila duit tade . HAHA !
  8. internet . uh ~ ni memang susah nak nafikan . boleh gila lah kalau dua hari tak dapat internet . sehari aku boleh tahan lagi .
  9. lappy dan handphone . aku tade lah addict sangat dengan hp sebab aku boleh survive tapi zaman sekarang hp itu keperluan . so kene lah ada . even aku tak guna sangat tapi untuk orang call aku . hehe ;D
  10. kawan . walaupun tak ramai tapi at least , mesti ada sorang buat teman suka dan duka  =)



cukup pun 10 !
penat nak fikir taw ;D


#motif gambar ? HAHA ! gambar edit je nyahh . best pulak aku maen photoshop ni . theee ^__^ baru ku tahu cene model model boleh jadi cantik dalam gambar . 



done with mine. how bout yours ?

.rokok bau sirih.

kenal kan B .
aku panggil dia B .
jadi , aku bahasakan dia B .

malam tadi , lepas mandi, aku call B .
ajak jumpa .
sebab dah lama tak jumpa dia .
hari tu dia text ajak jumpa , aku yang malas .
plus , dia kata pukul 9 lebih kene pergi kerja .
aku tak suka ah jumpa rushing rushing ni .
jadi , prefer not .

kira jumpa ni , aku qada' janji lah .
suppose dia kena kerja pukul 10 malam , tapi dia boleh kata "malas ah nak pergi kerja. lagipun malam ni kerja dengan orang yang B tak suka"
aku pun , okay . jom pergi jalan jalan , tengok seremban .
HAHA !

B ni selalu bau fresh taw. 
bau air sebab baru lepas mandi .
aku tahu sangat dia baru lepas mandi .
tapi tadi , bau rokok plus bau air plus bau sirih .
yes ! aku bau sirih .

"asal bau sirih ni B ?"
"sirih mana pulak ?"
"rokok B perasa sirih ke ?"
"gila apa, rokok rasa sirih ?"
"serius , ada bau sirih"

aku terus drive pergi McD since both of us pun tak dinner lagi .
drive thru sajorkk .
lepas dapat makanan , B bukak paper bag McD .

"ada bau sirih lagi tak ? hahaa"
"hahah. gila, habis lah kete aku bau McD "

lepas tuh , bau sirih uh dah tade sebab dah bercampur dengan bau McD agaknya .
HAHA !





B gunting rambut .
lain gila rupa .

"kalau B rambut panjang , orang kata macam penyamun , bila gunting rambut , orang tanya asal gunting rambut. ee tak faham lahh"





B mata sepet , you sentiasa comel .
HAHAHA !







Thursday, May 5, 2011

.blogger pernah jumpa #3.

FATIN LIYANA

ouh goshh ~
siapa tak kenal FL ?
bukan saga FL tuh okay .

actually , we went to the same school tapi .
aku tak kenal dia ni .
aku kan baru masuk sekolah tu time form 4 .

budak kelas aku asyik sebut sebut nama FL .
"ko tak kenal ke Fatin Liyana ? paling cantik dekat sekolah"


aku macam .. "eyh hello , aku baru masuk kot sekolah ni , celah mana aku kenal dia "
one day lepas perhimpunan , semua naik kelas .
aku terserempak dengan FL kat tangga .

and aku macam .. "oh , ini lah Fatin Liyana"
time tuh dia pakai spec , bawak buku .
ate , baru lepas perhimpunan kot .

lepas tuh tak jumpa dah .
sebab dia tukar sekolah .

aku dah lama tahu pasal blog fatin .
time aku follow blog dia , follower blog aku lagi banyak dari dia .
hehe xD

tapi tah macam mana dia boom kan .
so sekarang , followers blog dia berlipat kali ganda banyak dari aku .
HAHA !

last year , bulan puasa , kitorang jumpa .
bukak puasa bersama .

aku tak sedar langsung dia datang .
dia ni sempoi gila, seingat aku dia tak bagi salam pun .
terus terjah je .

time tu , aku ngah menyuap nasi .
tiba tiba dia datang terjah dengan menyebut "sombong nye sombong nye"
aku terkejut lahh .
terus benti makan , salam salam , peluk cium sume .
okay , peluk cium aku tipu .

aku rasa tak payah aku ulang balik cite yang sama .
ni ha entry ritu .
kau baca je kat sini .
sama je cerita .
HAHA !

okay dah .
aku sebenarnya ada masalah ni .
otak aku serabut .
jadi, terpaksa lepaskan kat blog .
maaf lah kalau kat dashboard kau asyik blog aku jeh naik .
nanti aku dah okay , sehari sekali je aku mengentry =)


tata ~ take care ols ;D

.10 Wishes.

dah join ? 
belum ? nak join ?
check out the list here =)

10 Wishes 

  1. Graduated from IIUM in Bachelor of Business Administration with Honours .
  2. Ada perniagaan sendiri . to be specific , aku nak ada own bakery house .
  3. Ada duit banyak . kira macam , tak yah fikir pasal duit . sebab duit dah segunung. HAHA !
  4. Kesihatan yang baik supaya dapat buat macam macam benda .
  5. Dapat balas jasa parents & adik adik . okay , even adik adik ni macam hampeh tapi still diorang ada jasa dengan aku .
  6. Dapat mengerjakan haji & umrah . Insya allah ;)
  7. Disenangi orang sekeliling .
  8. Kereta best .
  9. Rumah besar .
  10. Kahwin ! Kahwin ! Dapat baby seramai 2 orang JE . hehe ;)


okay dah . banyak lagi tapi tu je yang aku boleh fikir sekarang .

done with mine. how bout yours ?





.HMC PHLOW !!.

siapa tengok showdown mesti tahu siapa HMC PHLOW ni .
last year punya showdown , diorang masuk gak tapi sampai top 4 je .
tapi .. last year punya showdown aku tak layan sangat .
err maybe sebab aku bukan duduk dekat rumah .

this year pun dapat tgk 4 episod je kot .
sebab cuti sebulan .
lepas ni tak layan dah aku rasa .
hurm .

tiba tiba aku jatuh cinta dengan HMC PHLOW.
err to be specific , one of the group members .
who makes me screaming in front of the TV when they're performing .
guess who ?


FARUQQQQQ !!~

aku tengok budak ni macam comel jeh .
bak kata adik aku "Faruq ni botak pun handsome"
okay . Love it !

aku gugel ah pasal Faruq ni and guess what ?
dia dah berpunya .
*tears drop*

okay , perasan sungguh kau innz .
macam lah Faruq uh kawan tapi mesra kau kan .
HAHA !

pape pun , they are good !
memang performance diorang malam tadi tip top .
tapi Elecoldxhot pun best gak .

tapi , aku nak HMC PHLOW gak menang .
do the best yaw ! =)


gambar , malas gugel .
lalalalalaaa ~

Wednesday, May 4, 2011

.3 tahun kemudian.

tadi gambar 3 tahun lepas.
yang ni pulak 3 tahun kemudian .
yakni sekarang .
aku baru snap tadi .
ngee ~


. versi pipi kurus yang dibuat buat .



. versi pipi tembam bila senyum .





comel ?
terima kasih .
HAHAHA !

perasan je kau ni innz .
orang nak muntah , kau tak taw ;D


.pipi ku yang kurus.

malam tadi aku baca balik entry lelama .
okay , aku rindu time dulu .
gile suci entry aku dulu der .
memang macam diari lah .
=)

miss my old time !



.10 things you want to say to one person.

okay ! its time to break the rules .
err rules are meant to be break kann ?
HAHA !

well ~ instead of ONE person, I want to make it to TWO persons.
because they came in package =)
without both of them, I won't be here .

can make a guess ?

YES ! Both of my parents .
kan berdua tu, ibu dan ayah ;)

okay, let's start ! =)

10 Things You Want To Say To Two Person
  1. terima kasih sebab sudi lahirkan akak kat dunia ni
  2. . Ibu pernah cerita , kalau baby gugur, itu makna nya baby tuh tak sedia nak hidup dekat dunia tapi akak nak hidup kat dunia ni and ibu dan ayah make my wish came true =)
  3. terima kasih sebab jaga akak dengan baik
  4. . even ibu ayah pernah pukul akak masa akak kecik tapi ibu ayah tak pernah abaikan kebajikan akak dan adik adik. akak tahu ibu ayah sayang kami sebab tuh kami kena pukul. =)
  5. terima kasih sebab tak tinggalkan akak kat kaki lima , dalam tong sampah ataupun tepi masjid .
  6. terima kasih sebab sediakan keperluan akak serba cukup
  7. . walaupun rumah tak besar , kereta tak mahal , tapi segala keperluan akak ibu ayah tetap penuhi =)
  8. terima kasih atas kasih sayang yang diberikan selama ini
  9. . masa kecik kecik dulu , bila ayah ibu pukul akak, akak mesti ingat yang ibu ayah tak sayang akak . sorry ^___^ tapi sebenarnya itu lah tanda ibu bapa sayangkan anak anak nya , mahu kami membesar dan jadi insan berguna .
  10. terima kasih sebab tak pernah abaikan akak
  11. even akak dah habis sekolah . akak tengok orang lain, lepas habis sekolah, their parents semua dah lepas tangan. cari hala tuju masing masing . tapi akak tak senasib dengan mereka, because i still have ibu ayah yang masih ambil berat pasal kami . ibu call kalau akak balik lambat , ibu text kalau akak dah lama tak balik rumah . 





okay , banyak lagi sebenarnya tapi aku dah tak boleh fikir sebab air mata dah drop .
HAHA !
sensitif dowhh bab bab parents ni .
again, i'm breaking the rules .
sorrry ^___^



done with mine, how bout yours ?


Tuesday, May 3, 2011

.tiba tiba aku macam ...

ehhhh takde mood .
mood tiba tiba tak de .
erti kata lain mood tu hilang .
entah kenapa .
HAHA !

cuba kau cari , entah entah mood aku sesat sampai ke rumah kau  .

okay , merepek .

takde mood tapi up entry jugak .

kata diari , kene lah tulis semua .
apa yang aku rasa, lalui .
ye dak ?






tiba tiba rasa macam dipinggirkan .
tiba tiba rasa macam tak wujud .

mesti dah tak de siapa yang perasan aku ni blogger kan ?
HAHA !

well ~ aku tak de nilai , tak setaraf dengan blogger lain .
well ~ aku dah tak boleh join gathering .


ouh kejap .
gathering tu apa ?






okay, ini sebab mood aku hilang .
see ~ dah emo .










#kthxbai

Monday, May 2, 2011

.rasa macam nak buat giveaway lahh .

sape nak join ?
kalau komen kat entry ni sampai 100 komen sebelum aku up entry yang lain yang tah tak tahu pukul berapa , aku buat .
hehe ;D

tak mustahil kann .
follower blog ni 10 kali ganda dari 100 ni kot.
lalalaa ~


nak  ke tak ? ;D

.perempuan dan cemburu ; ibarat darah daging.

yang pasti aku bukan kaki cemburu .
lantak kau lahh nak buat apa .
lagipun , aku belum rasa jodoh aku dah sampai .

nampak tak ayat kecewa kat situ .
perasan tak relationship status aku kat fb dah tade .

HAHAHAHAHA !

jom gelak lagi .










izuddin , anta nampak bahagia .
tunang , kahwin , jangan lupa ajak aku .
kau lupa , siap sedia lahh kau .
HAHA ! lagi =.='


.10 things I hate.

err cene nak mula karangan ni ?
blur ahh =.='

okay okay , jom start .
siapa yang belum join , still boleh join lagi .
sampai 10 tahun akan datang pun still boleh join lagi nyahh . 
jangan risau ;)
klik sini untuk tahu senarai sepuluh perkara yang di inspirasikan oleh sherah the gojes ;)

10 THINGS I HATE

  • aku tak suka orang mengungkit atau bercerita hal lalu. prinsip hidup aku , "what had past , is past" . even kau mengungkit hal dah lepas, doesn't changed anything . lebih lebih lagi kalau bab bergaduh . mulut uh, laju jehh nak ungkit itu ini . #demyu

  • orang guna/ambil barang aku tanpa kebenaran . woii ~ pantang ni woi . even kau adik adik aku pun ,kalau nak pakai barang aku , sila mintak okay .

  • lelaki yang asyik call aku dan bercakap pasal sex . #demyu . mentang mentang aku cakap aku open minded, dah hari hari pulak kau call aku , lepas tuh cakap hal ni . agak agak lah weyh . ini benda private gilaaaa . grr ~

  • tak hormat orang bawah . mentang mentang kau kaya , berkedudukan , kau senang senang nak gunakan kuasa kau lenyek orang bawah . apahal ? kau tuh besar sangat ke ?

  • aku tak suka ular . ia menggelikan . boleh pulak one day uh , si arif bawak aku melepak dengan ular sawa . gilaaaa ~ tak senang duduk aku . geli geleman weyhh .

  • rumah kotor , berpasir , tak kemas . ni kepantangan aku . rasa macam nak amik penyapu , tolong sapukan rumah tuh . tapi rasa macam menyindir tuan rumah pulak, jadi, tahan je lahh . hahaha xD

  • lepas buat sepah, tak reti nak kemas . grr ~ selalu adik adik aku lah. memasak tahu , lepas kenyang , dapur sepah tinggai lagu tu jahh . lempang kang tahu lahh . garang tak aku ? HAHA !

  • orang menjerit tak tentu hala . even dekat public pun tak reti nak jaga manner . terpekik , menjerit dekat public . kau tak malu , tapi aku malu . fine .

  • walaupun aku seorang yang tak cantik dan simple tapi tak bermakna aku selekeh . aku tak suka kalau orang yang keluar dengan aku , gaya nya macam buruh kasar . selekeh , baju kotor, seluar koyak rabak , rambut tak kemas . okay , kau cerewet innz . huu ~

  • last , aku tak suka menunggu . kalau ada pape hal , bagi tahu . ini tak, buat aku terpacak tunggu lelama pastu cancel . watde ?? urghh ~ ibu cakap , kita kene punctual . jangan jadi melayu sangat . janji melayu . faham ?



sherah, kau buat aku emo dalam entry ni .
salah kau .
HAHA !

okay done with mine. how bout yours ?

.tak sangka aku rupanya kurang berat badan.

baca tajuk . mesti kau tak percaya kann ?
betul lahh weyhh .

ni aku serta kan bukti kalau tak percaya lagi .
.
.
.
.
.
.
.



taraf pertumbuhan C kot .

kalau refer kat chart bawah ni , C = kurang berat badan .


kan, aku tak tipu .

tapi ini cerita , 14 tahun lepas .
HAHAHAHA !
masa aku darjah satu .

semalam aku belek belek fail sekolah lama aku .
aku jumpa buku rekod kesihatan .

15 kg pada umur 7 tahun ?
C untuk taraf pertumbuhan .
keding nye aku .
kecik nya aku =.='


kat bawah ni pulak masa aku darjah 6 .
tak sampai 30 kg pun .
ringan bebeno ye kau innz .



bhai ~ masa darjah 6 , aku pakai spec okay ,
gila nerd ini anak .
bila besar , perangai macam lelaki .
patut ler ramai tak percaya aku pernah kene buli =.='





SEKARANG ?!

kau jangan tanya .
aku bagi tangan belakang kang .
HAHA !

masih lagi "slim" .

Sunday, May 1, 2011

.kentut kat mana ?.

Ami : kau kenapa tak habiskan kuih ni ? mentang mentang lah tinggal satu .
Aku : ...................... (diam)
Ami : macam cakap dengan spenda basah .
Aku : kau tahu ke macam mana cakap dengan spenda basah ?
Ami : macam cakap dengan kau lah . dah lah pakai spenda semalam .
Aku : kau yang tak mandi , pakai spenda semalam .
Ami : dah lah kencing dalam spenda .
Aku : kau uh berak dalam spenda .
Ami : mana ada, aku kentut je dalam spenda .
Aku : ada pulak orang kentut bukak spenda kannn, boooooodoh .....







aku tergelak sepanjang entry ini di taip .

.10 things I love.

10 THINGS I LOVE

okay, dia kata things kan , manusia bukan benda kann ?
HAHA !
Let's get the party start !
party lahh sangat ;D


  1. my queen size bed
  2. . Yes! I love to sleep and I always miss my bed when I'm away . bak kata pepatah "mimpi emas di katil orang, mimpi batu di katil sendiri, lebih baik katil sendiri"
  3. kasut tumit tinggi
  4. . even aku dah tak boleh pakai heels tapi aku tetap simpan kasut kasut itu . kadang kadang bila datang gedik , aku pakai jugak even lepas tuh kaki aku saket macam nak patah . pehduhlik ape aku . HAHA !
  5. camera
  6. . aku suka amek gambar bukan bergambar . dan sekarang, sebarang majlis yang dianjurkan oleh family , aku secara otomatik dilantik sebagai photographer walaupun aku sendiri terkial kial nak pakai DSLR tapi bila bagi, terus pandai . 
  7. PC & internet
  8. . ada pc, tapi tade internet , pc itu tak bermakna. same goes to internet without pc, internet is useless even though its useful . HAHA ! aku tak suke surf internet thru phone. tak puas .
  9. barang kemas .
  10. semua yang aku pakai sekarang pemberian ibu dan ayah. kata ibu rantai yang aku pakai ayah beli sebab aku lulus PTS , subang dan cincin , hadiah hari raya , gelang tangan , hadiah dari ibu hasil main duit kutu. hehe ;D semua tuh adik adik aku tade taw.
  11. bantal garfield a.k.a bantal busuk
  12. . HAHA ! kau ingat bebudak kecik je ada bantal busuk. wuu ~ tidur ku tak lena tanpa gapield okay . seyes aku tak malu bawak gapield g uia dan aku tak kan basuh gapield. satgi bau dia hilang , tukar jadi bantal wangi pulak ;D
  13. novel
  14. . yang ni aku sayang sangat . aku memang tak bagi orang pinjam . yang ni aku kedekut cikit sebab ada sejarah hitam.  sorry , my novels is not for borrowing ;D
  15. bluevy a.k.a lappy.
  16. ini pemberian ayah . gila kau tak sayang . walaupun kau mini dan tak syok tgk movie tapi kau banyak berjasa. yang penting , aku dapat kau secara percuma ;D
  17. handphone.
  18. walaupun aku asyik abaikan kau , tak bermakna aku tak sayang kau . nak nak pulak , aku beli kau guna duit sendiri tanpa sponsor dari duet ayah walau sesen . walaupun kau tak canggih macam BB atau Iphone tapi aku sayang kau . kau tak yah nak rasa sedih sangat okayy . muahh cikit ;D
  19. last but not least ... jeng jeng jeng .. foods and drinks. aiyoo, mana tak kembang kalau aku adalah pencinta makanan . HAHA ! especially COOL BLOG. weee ~ habis semua orang aku hasut supaya mengayakan penjual cool blog ni . btw, abang jual cool blog kat tesco seremban, HANDSOME !







done with mine. how bout yours ?
^__^

.sugar flour , cinta si bunga tembam.

orang gemok selalu kena hina kan .
secara jujur nya aku tak berapa berkenan dengan orang berbadan besar ni .
sebab diorang kuat berpeluh dan badan diorang berbau .
aku tak tahu lah diorang memang tak dapat bau badan sendiri atau sengaja buat buat tak heran .

sejak aku chubby ni , aku sentiasa pastikan badan aku tak berpeluh .
kalau berpeluh pun , aku takkan dekat dengan orang .
malu dengan bau badan sendiri .
dan kalau nak jalan jauh waktu panas , aku akan bawak deodorant dan perfume .
kalau keluar malam je aku jarang bawak deo dengan perfume sebab malam sejuk .
chances untuk aku berpeluh kuat , kurang .

kalau aku tak suka bau peluh orang , jadi aku akan pastikan orang pun tak bau peluh aku .
so euww ~

okayy.. aku bukan nak cakap pasal peluh .
aku nak cakap pasal cerita aku tengok tadi .

cerita ni sangat klise dan ending dia pun orang dah boleh expect .
by time , Bunga tu pergi restoran jumpa Ismail yang konon konon nak buat macam Ismail nak propose dia , aku tahu yang Bunga akan kene tipu .
see ~ penonton dah boleh predict .
pengarah ~ we need new story ..

tapi enjoy lahh sebab Bunga tuh comel .
Dottie kann tu ? ;)
pandai dia berlakon ;D

aku suka part dia bukak own cake house tu .
sebab aku pun nak bukak kedai kek one day , insya allah .
aku dah ada future planning .
dan aku dah bagitahu semua orang .
kalau ada rezeki , aku tak nak kerja makan gaji selamanya .
aku nak bukak bisnes sendiri .
bila aku cakap aku nak bukak kedai kek , ada je yang macam tak setuju .
diorang perli "hah ? nak bukak kedai kek ?"
kedai kek tuh low class sangat ke ?
even royal family pun NEED A CAKE okayy .
low class jugak ke ?

okay , kau jangan lah down kan aku .
at least aku cari rezeki halal .
bukan buat kerja haram .
kalau kau rasa dengan kedai kek , aku tak boleh kaya , itu hak kau .
kalau kau rasa dengan kerja makan gaji , kau boleh hidup senang , go on .
tapi aku punya cita cita sendiri .
dalam Al-Quran pun pernah cakap "perniagaan akan buat kita kaya" .
err ~ nampak macam materialistik .
eh babe , siapa tak nak kaya der ?
kalau kau buat perniagaan berlandaskan agama , rezeki kau berkat der .
hidup dunia akhirat , insya allah selamat .

aku tak suka nak terlibat dengan bisnes yang koporat ni .
sebab aku tak pernah tengok lagi perniagaan yang 'suci '.
mungkin ada tapi aku yang tak nampak ;)

kau tengok iklan TM CUPCAKE GLAM ?
wuu ~ aku suka .
jadi berniaga online , terus ada restoran sendiri .
itu tak mustahil ;)

haa kau tengok , aku dah kelaut lagi T__T
ape kene tah dengan aku hari ni =.='