Thursday, June 30, 2011

.kau penyebab aku jadi macam ni !.

badan aku start mengembang bak bunga mawar sejak masuk gombak .
masa kat matrix , aku maintain lagi .
meh aku senaraikan faktor faktor yang mungkin antara penyebab aku mengembang bagai johan .

fast food .
sejak dok gombak , ada transport sendiri , ade duit banyak , kaki aku rajin nak melangkah pergi fast food .
kat nilai , mana ada transport .
duit pun tak banyak , ada biasiswa tapi sikit okay .
ada fast food tapi jarang pergi sebab duit tak banyak kann .
paling komen , sekeping duit merah mesti ade ;D

cuaca .
ini menurut kak ad lah . tapi ada logiknya .
*dia berpeluang tengok aku time kurus oi . HAHA !*
kat seremban dengan nilai , panas oi .
memang nak tido petang tuh , kompom berpeluh ah .
ce kat gombak ni ha , tido petang pun berselubung , mano poloh nak kua ?
pas tu , lopeh makan , bantai kroohhh kroohh , memang padan sangat lah .
in addition , eceh cakap omputih plak , pergi kelas, nek motor , lagi lahh .
HAHA !

makanan .
ibu kalau masak , serba serbi kurang .
santan tak pekat , minyak tak banyak.
memang sihat sangat .
lepas tuh , kalau agak agak tak suka dengan apa ibu masak , aku tak makan .
lapar ?
masak lah sendiri .tak pun makan lah pape yang ada .
tapi bila dok jauh dari rumah , makan kat cafe serba serbi lebih .
santan cukup pekat , minyak bergenang , ayam goreng terbaik punya sedap .
nak nak aku pulak tak makan ikan kat cafe .
sebab tak kena dengan tekak .
ikan keli , eyh hello , aku tak makan okay .

kurang bergerak .
ini sangat obvious .
kalau dok rumah , satu hari 100 kali tawaf rumah .
ke dapur lah , tengok tivi lah , keluar sidai kain ke , siram bunga ke .
petang petang keluar rumah , pergi tawaf sikamat pulak .
ce duduk hostel ni ha , nak keluar kene pakai proper .
tu yang malas nak tuka baju , jadi end up , terperuk dalam bilik .
jadi pasif =.='












entah macam mana tah nak diet .
susah lahh  ~
even tak makan , tido mesti berlebih sebab nak cover lapar punya pasal .
mana boleh macam tu .
grr ~

Wednesday, June 29, 2011

.ketenangan yang di cari.

aku kadang kadang heran tengok kawan kawan yang happy je manjang .
macam tak de masalah langsung .
ketawa .
pergh ~ jealous .
sebab aku sekarang memang susah nak ketawa .

sebab sedang mengalami masalah jiwa kacau kan .
HAHA !

dulu kecik kecik , aku lah permaisuri ketawa sebab aku memang suka gelak .
happy go lucky kata orang .
kecik kecik , mana fikir apa .
paling berat pun , ibu ayah marah bila pekse kau teruk .
itu pun masuk telinga kanan , kua telinga kiri .
dah puas nangis , hilang sakit kena pukul , pergi keluar main guli .
bila makin besar , terasa masalah kene handle sendiri , terus goyang .
tu yang selalu bad mood lahh , jiwa kacau bagai .
sebab tak boleh nak urus masalah sendiri .
HAHA !

aku admit lah , solat aku jarang nak cukup .
lagi lagi subuh .
bukan takde orang kejut .
aku yang layankan sangat mengantuk .
bila tak solat , tak de lah Quran atau Yassin itu aku sentuh .
bukan tak tahu buat , tapi saje MALAS .
duniawi lagi seronok sebab time happy kann ?

bila susah , baru reti nak solat , baca quran , pe sume .
aku lah tu .
haih ~ not good .

tak de apa/siapa yang boleh ubat penyakit berkaitan hati (kecuali sakit hati yang melibatkan doktor lahh) melainkan Dia dan kitabnya .
sumpah weyh , kau solat , lepas solat baca quran ke yassin ke , insya allah , hati kau tenang .
percaya lahh .
itu je ubat dia .
bukan pergi clubbing, main perempuan, menyundal, minum arak dan sebagainya .
itu semua penambah masalah bukan penyelesai masalah .

aku terbaca artikel kat one of surah yassin kat rumah yang menyatakan "barangsiapa membaca yassin pada pagi hari , Allah akan mempermudahkan urusannya dari pagi sampai petang dan barangsiapa yang membaca yassin pada waktu malam, Allah akan mempermudahkan urusannya sepanjang malam" .
lebih kurang macam tu lahh .

kawan kawan aku yang kaki clubbing, suka enjoy ni en .
bila tanya aku "aku susah hati ah, ape nak buat eh ?"
kau tahu aku jawab ape ?
"kau pergi lah enjoy ke, keluar dgn member ke, release sikit tension kau uh"
aku memang tak berani nak cakap "kau pergi lah solat ke baca quran ke"
sebab aku tahu , diorang akan "elehhh, kau tu buat ke ?"
see ~ aku nak buat cene ?
bukan tak nak cakap, kang aku kene balik .
aku ni tak boleh lah orang lawan cakap aku .
sentap der . hati tisu kan .
sebab aku tak melawan cakap orang , so aku expect orang pun janganlah melawan cakap aku .


haha . dah ceramah dah aku bagi ni .
sorry lahh .
banyak benda nak cakap .
peringatan untuk diri sendiri jugak .
sampai bila nak hidup macam ni ?
kita tak tahu bila Allah nak tarik nyawa kita .
kang tak sempat bertaubat , time tu nak nyesal, dah tak boleh dah .
ye dak ?









peace yaww ;)



.stalker ?.

blog aku sekarang tade dah kene kacau dengan stalker .
tapi sekarang aku pulak jadi stalker . HAHA !

tapi aku tak jadi anon yang memaki hamun orang eh .
aku baca je blog dia .
lepas tu "ooooooo"
kalau perlu gelak , aku gelak .
kalau tak , aku diam je lah .

kau nak tahu tak blog siapa yang aku stalk ?
yang pasti bukan blog femes .
dan yang lagi pasti bukan blog si buah itu .
HAHAH !

aku stalk blog adik kawan aku .
HAHA !
aku suka baca bila adik dia uh mention nama kawan aku dalam blog dia .
sedikit sebanyak aku tahu lah aktiviti dia , dia ni macam mana .
kan adik beradik lebih kenal adik beradiknya sendiri .
thee ^___^

aku tak sure lah budak tu tahu ke tak .
tapi aku rasa macam tahu je .
sebab aku pernah cerita kat kawan aku tu yg aku baca blog adik dia .
HAHA ! lagi =.='

sekarang blog aku ni okay je .
tade orang kacau dah .
mesti dah penat kan ?
padan muka kauuuu ~
ni makan ehh .


okay lah nak study dalam mimpi .
esok aku exam .
first paper , INTERNET APPLICATION .
ala yang kene buat website tu , sampai sekarang tak sesiap lagi .
heh .

notes dah bersepah atas katil ni tapi study baru 2 chapter .
pemalas sungguh ini anak .
okay okay . baii ~









jiwa aku dah okay sikit lah . post kat bawah ni video karok bie .
tapi takdo yang paham .
heh . susah na ko wordless ni nak paham ?
ahh dulik ah , ado den kesah ?

.maafkan aku,

seminggu berlalu .
ternyata aku masih belum tenang .
setiap hari ku dibayangi b .





susah .
payah .
perit .
derita .



tenanglah wahai hati ;')

Tuesday, June 28, 2011

.dah puas dah.

aku dah berapa tahun ?
yea ~ 21 tahun .
tapi aku dah puas dah enjoy .
what ?
tak percaya ? HAHA !

okay , aku tipu .
tapi sepanjang 21 tahun hidup , aku belum pernah lagi masuk any club , drink any alcohol except the medications dan smoking .
dan aku rasa ini pencapaian yang membanggakan untuk diri aku .
kalau ikutkan aku yang outgoing person suatu ketika dahulu , memang orang akan ingat aku dah biasa clubbing pe sume .
kalau tak , takkan ada yang tanya "kau tak pernah clubbing ?"
tapi , alhamdulillah , Allah pelihara aku dari semua itu .
thee ^___^

culture shock ?
of course ada .
aku ada sejarah hitam okay .
bagi aku hitam lah , bagi orang lain , itu maybe sejarah kelabu lagi .
HAHAH !

sebab tu aku benci KL ni .
dok KL buat aku kenal dunia 'liar' .
kata hidup sendiri tanpa ibu ayah .
boleh kemana sahaja tanpa larangan dari ibu ayah .
ikut suka nak keluar dan balik jam berapa .
ibu ayah tak tahu .
seronok bukan ?

mujur lahh aku masih punya kesedaran .
aku rasa aku bodoh sangat weyh bila ingat balik apa aku buat yang lepas lepas .
memang tak nak ingat tapi ada je yang tukang ingatkan .

dan aku mula benci dengan seseorang .
dia yang aku lihat boleh jaga aku tapi sebenarnya serangga perosak .
dia lah yang bertanggungjawab buat aku kenal dunia liar ni .
huh . menyesal sangat aku kenal dia .

bukan lah aku nak cakap aku ni baik sangat .
kan aku dah cakap aku pernah buat jahat jugak .
apa jahat yang aku pernah buat , kau jangan lah tanya .
ni makan eh kang *tunjuk penampar*
HAHA !

most of the guys yang aku kenal tak reti nak respect aku as a muslim girl .
dan aku pulak jenis tak reti nak melawan .
adoidoidoi ~
aku rasa diorang ni macam tak support langsung untuk aku berubah .
diorang still assume aku macam aku yang dulu .
yang free hair , yang outgoing , yang boleh buat itu buat ini .
susah kan kalau orang tak supportive ni .
hurm ~

bila aku cakap tak suka , kata aku poyo lah , dulu kau pun macam ni jugak , tak yah nak bajet islamic lah , kau ingat kau baik sangat lah .
adoi ~
cene tuh gak eh ?
pastu mula lah nak tarik muka , tak nak kawan , tak tegur pe sume .
tak pepasal dah dapat dosa sebab putus kawan .







susah kan nak cari kawan yang boleh bimbing kita ke jalan yang diredhai Allah ?

Monday, June 27, 2011

.nak ni , nak ni .






nak tutti fruitti .
tapi takde bajet untuk ini .
wuu T___T

mana sugarboyfriend sayaaa?



HAHA !

.selipar ajee, tu yang mampu.

selendang lilit lilit , baju dress pink , seluar jeans , tapi sampai tang kaki , selipar je ko sarung nyahh ?

HAHA !
aku lettew .
aku bukan takde kasut high heels ke , wedges ke , banyak okay kasut aku kat rumah tu , kat sini pun ada 2 pasang , tapi sekarang aku lagi selesa pakai selipar je .

ade je yang tegur "tukar lah selipar tuh farah , kasut tade ke?"
dengan yakin aku jawab "tak kenan, sakit kaki , tak selesa"

every week aku balik KL-Seremban , naik bas, train segala kemudahan kat KL ni , takkan nak pakai heels.
gila ke ape ?
okay , aku je yang fikir gila  .

aku tak sanggup lahh nak cederakan kaki sendiri semata mata nak bergaya , kena dengan pakaian .
eyh hello , pergi jalan lahh .
kalau bergaya lebih tapi poket kau kosong , boleh pergi masuk longkang .
HAHA !

bukan aku tak mampu okay , tapi ini adalah faktor keselesaan .
tak yah nak poyo dengan aku , kau keluar pakai heels RM90 tapi balik rumah , kau dah tempang .
aku ?
even selipar , boleh berlari keliling padang .
kau hado ?
HAHAHAAH !









sempoi tapi kemas .
bukan bergaya tapi hamjad .
ada faham ?

Sunday, June 26, 2011

.Times Square menjadi saksi.

tajuk macam mintak pelempang je kan .
jiwang kemain .
menyampah makk noks .
HAHA !

setelah beberapa bulan tidak menjejak kan kaki ke Times Square (TS) , tadi before balik uia , aku singgah sana jap .
singgah sebab ada makna okay .
kau ingat aku ni rajen bebeno nak pergi sana tade sebab ?
HAHA !

ape ?cool blog ?
ouhh tidak .
kat wangsa maju pun dah ade sekarang .
buat ape pergi jejauh .
ye dak , yat ?
thee ^___^

ade date dengan Iqbal .
since both of us dah ada kat KL , mari lah kita berjumpa sambil mengepow beliau .
HAHA !

mamat paling tinggi pernah aku jumpa .
memang kena mendongak kalau nak bercakap .
aku ni , bahu dia pun tak sampai .
heh . kau abnormal iqbal . ;p

perkara pertama yang WAJIB bagi seorang gadis bernama NUR FARAHIN ini buat sejurus tiba di TS , adalah beli cool blog .
kitorang beli flavor yang sama .
oreo vanilla .
my feverettt ~

dah habis cool blogging , kita pergi makan pulak .
ni memang bebetul mengopakkan Iqbal .
jom ke secret recipe makan lasagna .
lama dah aku tak makan mende ni .
nak kata mengidam, tak sangat tapi sebab dah lama tak makan kan .
balik balik McD , KFC.
bosan =.='

"asyik fastfood je , jom lah kita cuba sesuatu yang baru " - dialog iklan ribena .

ni aku punya .
chicken lasagna .


yang ni Iqbal punya .
spaghetti beef meatball ke hape tah nama nya .
tapi lebih kurang macam tu lah .



aku yang suggest suh amik yang lain dari aku .
so nanti , boleh kita rasa merasa .
bijak tak aku ?
HAHAHA !

"apsal meatball dia macam cekodok ?"
"tahu takpe"

meski pun wajah mu seperti cucur pisang , tapi nasib baik sedap .
kan Iqbal kan ?

kata Iqbal "ni kira hadiah birthday lah ye"
dan aku pun "yeayyy ~"
seronotnyeee ;D

lepas makan , jalan jalan dalam TS sekali dua , pastu pergi cool blog balik .
Iqbal mahu tapau .
dia nak amek yang sama tapi aku suggest amek flavor lain .
oreo peppermint .
bagi aku sedap jugak .
tapi tak tahu lah dia .




thank you Iqbal and nice meeting you .
hope to see you again .
boleh lepak lepak pulak kat tempat lain ;)









any birthday present coming soon ?
mimpi lahh kau wahai Nur Farahin ;D





last week in KL.
can't wait to be in Seremban .
KL damn tired !
serabut bhaii ~

.kalau suka cakap suka, jangan sentap bila dah terlepas.

Gadis : awak , kita nak keluar pergi makan dengan member . lepas makan kita jumpa nak ?
Jejaka : member boy eh ?
Gadis : aah .
Jejaka : pergi makan dulu .
Gadis : nak jumpa tak ?
Jejaka : pergi je makan dulu .


sejam kemudian

Gadis : kita dah balik ni . nak jumpa tak ?

Jejaka tak reply .
Gadis mendail nombor telefon Jejaka .
panggilan di jawab .

Gadis : eh , awak kat luar ?
Jejaka : aah , tengah makan ni .
Gadis : ouh , okay . takpelahh . tak jadi lah ni jumpa eh ?
Jejaka : tak dapat lahh .

sejam kemudian , Gadis text Jejaka .
tak berbalas .
Gadis call .
tak berjawab .

dan Gadis mula beranggapan yang Jejaka cemburu sebab Gadis kata dia keluar makan dengan kawan lelaki nya .

hehe ;)








Jejaka  , kalau dah suka kat Gadis , confront je okay .
jangan biar lama lama , takut nanti Gadis jatuh hati pada yang lain .









borang kosong di sini .
siapa nak isi ?
hamjad.

Friday, June 24, 2011

.seremban seremban ;).

yeahh ~!
seremban lagi .
setiap hujung minggu adalah seremban weekend.
HAHA !

dengan keadaan jiwa yang masih tak berapa nak stabil .
aku rasa adalah lebih afdhal aku balik dari duduk kat uia , termenung , nangis, berguling guling dan sebagainya .
nanti lagi parah .

at least , balik rumah , ada gak member ajak bergaduh , berbual , berjalan , berpoya poya *jeling fizie* .
takde lah bosan kann .
walaupun isnin ada PRESENTATION, QUIZ,TEST II .

untuk awak , awak , awak , awak , dan awak .
*you know who you are*
terima kasih sebab sentiasa support saya dalam apa jua keadaan .
baik jatuh mahupun bangun , you always there for me .
appreciate it much .
you are my best friends ever !














kawan sejati adalah kawan yang sentiasa ada masa kita senang ataupun susah .




Thursday, June 23, 2011

.tukar plan.

aku ni kecoh .
kalau ada orang stalk aku , mesti tahu sangat aku tengah buat apa , aku kenapa , makan ape , kat mana .
kau stalk je facebook aku , kompom semua kau tahu . heee ~

sebetulnya minggu ni aku plan tak nak balik .
sebab exam next week dan ahad tuh dah boleh balik rumah terus .
cuti 2 bulan .
lagipun isnin ni ada quiz, presentation dengan test .
jadi , aku fikir (konon) boleh lahh study ke siapkan website ke if tak balik .

jadi nya hari ni aku bangun pukul 2 petang .
HAHA !

tetiba dapat mesej dari amid .

"hari sabtu , kita akan makan kfc pukul 9 malam. sila reply ok jika sudi dan tak reply untuk tak sudi"

aku reply ;

"alaa, aku tak balik lah minggu ni , tak dapat join"

amid reply ;

"maka, rugi lah kau . haha"

pastu dia anta mesej lagi .

"makluman. hanya 4 orang sahaja yang di ajak iaitu syuk, sab, aida dan farahin. jangan bagitahu orang lain. kayap aku nanti. hehe"

lepas tuh , aku macam WHATTTT ??

"bongok. makan free la ni. dem ah . gua nak bhai ."

amid reply ;

"aku nak belanja kawan kawan aku"








seremban, i'll be there tomorrow.
kau relax je der .



duit aku boleh plak ngam ngam je nak balik seremban kan .
fuhh ~
diet ah rini .
demi KFC .

bukan jakun tapi sebab amid BELANJA weyhh .
bukan senang nak dapat ni .
jangan lepaskan peluang .
HAHA !

.memimpi sesiang tetadi.

aku mimpi pasal family besar belah ayah .
family belah ayah semua baik .
maksud aku background agama kuat .

yang perempuan , so far aku tengok tak de yang free hair .
yang berani free hair sampai habis sekolah , adalah aku .
yang lain , aku rasa sebaik sahaja mereka bertukar menjadi seorang gadis baligh , terus kena pakai tudung . hehe ;)

aku mimpi pergi vacation kat rumah sape tah .
yang pasti rumah one of my family members yang sangat kaya raya .
ada rumah besar 2 bijik .
lepas tuh ada rumah atas pokok yang selesa .
dan menghadap pantai besar .
macam dalam cite full house tapi beza nya rumah besar ada 2 .
sumpah cantikkk sangat view nye ;)

sebelah rumah je dah boleh main air laut .
kalau tsunami tuh , memang gahai dah .
HAHA !

ada scene sepupu aku bawak pergi main air laut a few step je dari rumah .
perghh ~ aku punya teruja tengok air laut , tak yah cakap .
melompat lompat weyh .
HAHAHA !
air dia jernih gilaaa ~
tah laut mana tah tu .

pastu ada scene kitorang ramai ramai lepak kat rumah atas pokok uh .
budak kecik siap boleh main kejar kejar , nyorok nyorok , dan aku rasa aku pun join sekali .
perghh ~ syok !

kat situ ada ramai baby ;)
ntah anak sesape tah .
tapi sumpah family members aku ramai .

lepas tu , ade lah satu family ni sampai lambat .
ayah dia pakai kopiah tapi anak dia free hair, kaler rambut pastu pakai short je , baju sexy .
heh .
aku dengan sepupu aku dah ternganga je tengok .
ape kes ?
jadi , mulalah sesi mengumpat .

"kenapa dia pakai macam tu ? dia gila ke hape?"

padahal benda tu normal tapi bila dia datang macam tu and join family kitorang , kami rasa macam ekkk .

tapi mimpi tak lama .
aku terjaga sebab bunyi bising .
as usual .
heheh ;)






tapi macam best je vacation dekat laut .
nak usul cadangan lah raya ni ;)
tapi kat pahang ada laut ape ?

Wednesday, June 22, 2011

.siapa ituu?.

eh eh siapa kat shoutbox tu .
untuk awak . kita tak marah .
kita ngah jiwa kacau .
maaf ye ;)

ade yang tegur  "asal sedih sangat entry kau weyh?"

currently aku tengah ada personal conflict .
kau relax jee .

dua tiga hari ni aku mungkin post entry sedih sedih .
take time .
tapi itu sikit je .
kau tak tengok dalam tumblr aku lagi .
huhu ~


okay , bai .
thx for ur concern ;)

.semua sebab perasaan yang dinamakan cinta.

semua salah kau .
sebab kau aku jadi macam ni .
sebab kau aku jadi tak tentu arah .
memang salah kau .

cinta boleh buat orang hidup .
cinta boleh buat orang mati .

cinta boleh buat orang bahagia .
cinta boleh buat orang derita .

aku belum mati tapi sedang derita .
aku masih hidup tapi tak bahagia .

sampai bila ?
aku penat lahh layan kau .
sumpah penat .












tapi kau adalah kurniaan Illahi yang terindah untuk hamba-Nya .
aku je yang tahu guna .
aku yang bodoh .





.end.

aku berhenti berharap.
terima kasih . ;')


Tuesday, June 21, 2011

.salah sebenarnya tu.

‎"bila lelaki ada masalah , give him time to solve it TAPI kalau perempuan ada masalah , please be with her side, she needs you" ♥

sumber : facebook .


orang perempuan ni , tahap kerisauan dia melebihi segalanya .
bila lelaki ada masalah , tak kira lah siapa lelaki itu , err i mean , either his boyfriend, friend or siblings , perempuan pasti nak bersama lelaki tu .
serious .
they will keep asking the boy , what's wrong with you ? are you okay ? you can share your pain with me , bla bla bla .
tapi sebenarnya mereka tak sedar yang kerisauan mereka tu hanya membangkitkan rasa rimas pada lelaki .
merka tak sedar sebenarnya kehadiran mereka itu hanya buat lelaki rasa nak memaki dia .
ye kan wahai kaum adam ?

sebaiknya , jika lelaki itu sedang dalam kesusahan , perempuan jangan kacau .
tapi itu lah , perempuan takkan reti nak duduk diam bila hal ini berlaku .
mereka sangat prihatin .
bila call tak angkat , mesej tak ber reply , perempuan akan jadi panas punggung .
buat kerja semua tak jadi .
risaukan si lelaki .

itu lah perempuan .

berbeza situasi dengan perempuan , bila mana mereka di dalam kesulitan , teman SANGAT diperlukan .
regardless , either boys/girls .
but i think they prefer the boys to comfort them .
perempuan kan mahu dibelai, di manja .
gila hape dibelai dan dimanja oleh kaum sejenis ?
kang kena cop lesbian pulak .
kan ?

walaupun perempuan kata leave me alone , jangan percaya , even dia marah marah ,be by her side .
time ni dia tengah ego .
tapi kena ingat , ego perempuan tak kemana .
she needs you .

trust me .

aku rasa perempuan dan lelaki tahu perkara basic tapi sebagai manusia yang memang di ciptakan Tuhan sedemikian rupa , perkara seperti ini sering terjadi .
maksud aku , perempuan risaukan lelaki , lelaki biarkan perempuan .

kesimpulan yang dapat aku buat , perempuan jangan anggap lelaki itu macam perempuan , dan lelaki jangan anggap perempuan itu macam lelaki .
faham tak maksud aku ?
kau jangan nak loyar buruk eh .
HAHA !








aku ?
perkara ni dah biasa terjadi .
bila benda ni berlaku , mula lahh aku nak sedekah lappy dengan handphone .
sebab aku rasa dengan adanya lappy dan handphone , buat aku asyik teringat kat dia .
heh . dasar hati fragile .

Monday, June 20, 2011

.terus menunggu.

serabut .
tak tenteram .
hati tak tenang .
kucar kacir .
tak de mood .

itu aku sekarang .

kau seakan menjauh dari aku .
aku call seharian , kau tak angkat .
aku tahu handphone kau sebelah kau .
sebab aku kenal kau yang memang tak pernah berenggang dengan handphone .
aku tahu sangat .

tapi mungkin bila kau tengok nama aku yang naik kat skrin , kau silence .
ya , aku pun selalu buat macam tuh tapi dekat orang yang aku tak suka .
jadi , maknanya kau buat macam tu , kau dah tak suka kat aku kan ?

maaf kalau aku buat andaian sendiri tapi hati aku kuat berkata begitu .
tapi kau , bila aku tanya , kau sayang aku tak .
kau jawab sayang .
kau buat hati aku berbunga bunga tapi tak lama .
sekejap .
3 jam kemudian layu sebab tiada percikan air untuk buat ia terus mekar .

kau ibarat bagi harapan palsu kat aku .
apa motif kau ?
balas dendam ?
jangan jadikan aku mangsa , jika hati kau sakit dengan perangai si dia .

apa salahnya kau terus terang dengan mengatakan yang kau memang tak de hati dekat aku .
tak pernah sayang aku .
dan minta aku berhenti berharap .
tak susah kan ?

aku boleh terima walaupun perit .
tapi bukan dengan cara kau mengelak dan terus berdiam diri .
come on , aku juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan .

aku dah cuba ambil perkara ini positif tapi nyata payah .
kau yang aku buru .
heh . bodoh kan aku ?
bangang kan aku ?
buta hati agaknya aku ni .
eh , bukan agaknya tapi memang .
HAHA ! mari , gelakkan aku .


orang yang melihat pasti akan berkata "sabar , masih muda. nanti kau akan jumpa yang sebenar"
ye , aku masih menanti tapi di mata aku hanya nampak kau .
entah kenapa .
aku buta .
ye , semakin buta .

sakit tahu hati aku kau buat begini .
aku berharap yang perasaan ini akan segera hilang .
aku mahu hidup kembali ceria .


jika ya , kau sayang aku , katakan .
jika tidak , lupakan , abaikan aku .
itu saja pesan aku .

















*mood swing. maaf*

.pujuk diri sendiri.

kalau ikutkan , dulu , aku tak pandai langsung nak kawal baran aku .
aku memang garang .
asyik nak menjerit je kat orang .
hati panas je .
aku pun tak tahu nape .
pantang salah sikit , memang terdiam lah orang tu aku marah .

tapi sekarang , dah okay dahh .

walaupun aku garang tapi hati aku sensitif bhai .
mujur lah aku ni jenis cepat sejuk dan tak ambil hal sangat .
kalau orang marah aku , aku diam , lepas tu , dah okay dah .
aku ni jenis tak reti melawan .
sebab ibu ayah ajar , kalau melawan cakap , biadap .
jadi , kalau kena bahan ke marah ke , aku diam je .
walaupun hati aku sakit .
especially time kena bahan lah .

ada lah seorang hamba Allah ni , dia suka merendahkan aku .
walaupun dia sendiri tak besar mana .
kalau ikut akademik , aku memang menang besar lah .
tapi sebab mulut dia kuat hentam orang , dia boleh buat aku macam sampah .
aku banyak kecik hati dengan dia tapi disebabkan aku ni jenis tak melawan , skema kata orang .
aku simpan je .
sampai sekarang , aku diam je .
dia bahan aku , aku tadah je .
aku tak pernah cerita kat sesape .
sebab aku rasa takde sape faham aku .
silap hari bulan , aku cerita , aku yang kena balik .
double sakit hati ye dak ?
wuuu T___T

sepanjang aku hidup , kenal ramai lelaki , tiada seorang pun yang pandai pujuk aku time aku merajuk .
hoh .
kau faham je lah , hati tisu seorang perempuan .
even jijoi kata aku ni lelaki tapi hati aku tetap perempuan okay .
memang tisu habis .
tapi itu lah , setiap kali merajuk , aku sendiri yang pujuk .
heh .
independent kan ?
HAHA !

ouh , aku memang seorang yang independent .
mungkin sebab aku anak sulung ?
yang pasti , aku tak lembik .
tak dapat buat something , nangis, give up .
HAHA !

baideway , nak tanya something .
pernah tak korang alami situasi macam ni .
kau suka budak tuh , tapi budak tu tak suka kau .
kau tak suka budak tuh , tapi budak tuh suka kau .
pernah ?








nak tido jap .
kelas kul 530 kang .
zzz .





.january versus june.

dah betulkan ;)
baru tahu yang kat mozilla tak jadi kan .
HAHA !
ini lah akibat dari copy and paste bebulat .
malas noks .


JANUARI
  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
  • Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
  • Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
  • Pandai mengambil hati orang lain.
  • Pendiam kecuali telah dirangsang.
  • Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
  • Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
  • Cukup sayang pada kanak-kanak.
  • Suka duduk di rumah.
  • Setia pada segala-galanya.
  • Perlu belajar kemahiran bersosial.
  • Sifat cemburu yang sangat tinggi


JUN
  • Berfikiran jauh & berwawasan.
  • Mudah ditawan kerana sikap baik.
  • Berperangai lemah lembut.
  • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
  • Idea yang terlalu banyak di kepala.
  • Bersikap sensitif.
  • Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
  • Bersikap suka menangguh-nangguh.
  • Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
  • Cepat marah & cepat sejuk.
  • Suka bercakap & berdebat.
  • Suka buat lawak & bergurau.
  • Otaknya cerdas berangan-angan.
  • Mudah berkawan & pandai berkawan.
  • Seorang yang sangat tertib.
  • Pandai mempamerkan sikap.
  • Mudah kecil hati.
  • Mudah kena selsema.
  • Suka berkemas.
  • Cepat rasa bosan.
  • Sikap terlalu memilih & cerewet.
  • Kurang mempamerkan perasaan.
  • Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
  • Suka pada barang yang berjenama.
  • Mudah menjadi eksekutif.
  • Kedegilan yang tidak terkawal.
  • Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.


95 % dari bulan jun, adalah aku .
hehe ;D
yang highlight tuh tu yang paling menyerlah lahh ;D

adik aku jatuh motor kelmarin .
tulang bahu patah .
kepala dia berdarah .
menggigil aku tengok semalam .
tapi semalam dah boleh bahan aku .
heh .

Saturday, June 18, 2011

.sok sek sok sek.

kalau aku yang selalu main coding ni mengeluh buat website guna HTML , apatah lagi mereka yang zero knowledge pasal coding ?
kesian korang .
takpe , chaiyok !

dah 2 hari aku work on website design ni .
dan baru siap HOMEPAGE .
diulangi BARU SIAP HOME PAGE .
gilaa .
ada lagi 3 page untuk di siapkan sebelum rabu .

kalau nasib tak baik , hari rabu kitorang present .
kalau nasib baik , hari isnin baru present ,
hehe ;D

eh , aku nak make over blog tapi malas .
ade tak sesape yang nak volunteer ?
hee ~

volunteer = free of charge okayy .
alaa , kira hadiah birthday lahh .











hari ni handphone sunyi sepi .
*bunyi cengkerik*
tolong mesej aku haa .
HAHA !

okay okay , bai ;)


Friday, June 17, 2011

.happy birthday innz !.

*disebabkan tade orang nak buat entry untuk aku , aku buat untuk diri sendiri lahh ye*



Happy 21st Birthday, my dear Nur Farahin
semoga semua impian akan terlaksana dan berjaya dalam hidup .
tak lupa juga , boleh menjadi kebanggaan ibu dan ayah di mata orang .
hehe ;)

thanks ibu ayah yang sanggup besarkan akak selama 21 tahun .
kalau tak sanggup , mesti aku takde kat sini kann ?






okay , aku dah siap bagi ucapan .
thanks tuk semua yang wish .
ada yang excited wish sampai 3 kali .
hehe ;)

Tuesday, June 14, 2011

.suara dia best lahh.

"nak g karaoke lahh"
"suara b sedap ke ?"
"yelahh suara b tak sedap"


bila bercakap dengan aku suara dia biasa je .
tak de lahh pulak aku cair meleleh leleh ke kan .

tapi semalam , dia online .
dan dia post video dia tengah karok .
tu mesti dekat kenduri yang dia pergi last 2 weeks .
aku tengok lahh .

mula mula macam malas tapi bila dah tengok , aku dok ulang berkali kali malam tadi .
macam apa je .
aku tak cakap kat dia yang aku dok ulang ulang dengar dia nyanyi .
kalau tak nanti , mesti dia suka .
jadi , sebab aku kedengki , aku tak nak cakap .
HAHA !

cuma aku text dia bila habis tengok untuk kali pertama .

"bestnya suara dia nyanyi"
"skodeng wall eh"
"b en salu kata kita busybody"

lepas tu dia tak balas .
aku call pun waiting je .
lantak lahh .

aku bangun pagi , call dia pun , tak berangkat .
tah pergi mana budak kecik tu .
ouh , b ni adik adik aku tahu .
HAHAH !















b nyanyi lagu madah berhelah okay ~
ziana zain versi lelaki ;p

Monday, June 13, 2011

.memasing dah berlagak.

last weekend , masa aku dekat rumah , aku pergi jalan ke PD , aku nampak sekumpulan mat motor baru sampai .
tiba tiba rasa rindu nak konvoi ke PD naik motor .
ape ?
kau ingat aku tak berani ke ?
HAHA !

balik seremban dari KL pun relax je aku ride , ini pulak setakat PD .
aduhh ~ celah gigi .
HAHA ! *lempang*

ouh , aku bukan kategori mat rempit yang *beeepp* tu eh .
banyak kali kot aku cakap , aku lagi suka bawak motor dari drive kereta .
tapi disebabkan kat rumah aku tade motor best , aku terpaksa lah gerak memana drive kereta .
heh . leceh .

eh jap , kat rumah ada motor best tapi aku yang tak reti bawak .
HAHA !

masa kitorang, yakni , kawan kawan aku tade lesen kereta .
kitorang pergi memana naik motor je .
syokk woo ~ siap boleh jerit jerit atas highway lagi .
ce drive kete , boleh buat macam tu ?

okay , boleh tapi kurang kepuasan .
heh .

aku pun dapat lesen kete lambat .
umur 18 baru dapat .
2 tahun after aku dapat lesen motor baru buat lesen kete .
orang lain lump sum sekali tapi aku asing .
perlu ke aku cerita kenapa ?

aaaa malassss =.='

tapi yang syoknya lepas dapat lesen kereta terus lesen aku FULL !
tade P bhai ~ kau hado ?
HAHAHA !


raya tahun ni , kalau konvoi mesti pakai kereta jugak sebab memasing dah ada kereta sendiri .
takpe Nabil , kau tetap di hati .
bulan depan kita balik seremban sesama ye sayang !
boleh jumpa adik baru =)





haha ~ innz kuat merepek .
bruuupp ~ *sendawa kenyang*

.pelajaran tu penting.

aku suka kawan dengan orang orang pandai sebenarnya .
kalau time sekolah dulu , aku suka kawan dengan dak SBP .
thee ^___^
tumpang kepandaian diorang .
sebab diorang kalau bercakap berasas .
lepas tuh , bebudak pandai ni tak suka cakap merepek .
aku suka kalau bergaul/berborak dengan diorang .
bukan macam mat mat rempit .

macam bff aku yang nak kawen dah tu .
dia dulu budak sekolah sains .
pandai tapi lepas SPM dia dah tak minat nak belajar .
ntah kenapa .

tapi sekarang , kerja bukan cencalang weyh .
dia kerja dengan bapak dia sendiri .
run a company .
okay , nampak macam tak aci kan ?
thee ^___^

tapi seriuslah kalau berborak dengan dia , aku tak rasa macam orang bodoh .
sebab dia tak pernah nak cakap sindir sindir atau kenakan aku .

kau kawan dengan mat rempit tak ?
mesti kau tahu cara diorang cakap macam mana kan ?
aku memang (beeepp) mat rempit ni .

tipu lahh kalau aku cakap , aku tade kawan mat rempit tapi for serious , bila dengan diorang aku banyak diam .
aku tak nak cakap pape .
sebab aku risau kang aku kene kutuk depan depan .
pengalaman banyak ajar aku .
heh .


okay , aku nak cakap ape sebenarnya ni ?
hurm ~



bagi aku , diulangi BAGI AKU , orang yang tak belajar tinggi ni , dia susah nak hidup senang .
bukan semua tapi adalah sebahagian .

sejak kecik , aku di ajar bahawa ilmu itu penentu masa depan .
boleh buat hidup senang lenang .

nak cakap aku mata duitan lettew ,.
HAHA !
aku tak kisah sebab bagi aku hidup sekarang semua pakai duit .
tanpa duit , kau tak kemana .
hidup susah .

sorry to say , aku tak biasa hidup susah .
walau tak mewah tapi setiap permintaan aku  , ibu ayah akan penuhi .
bukan aku je , semua adik beradik aku .

kadang kadang aku fikir , aku boleh hidup tanpa seorang suami .
aku tengok ramai je wanita yang berjaya tanpa lelaki .
buat apa bersuami kalau hidup dia , isteri yang tanggung ?

kalau boleh , aku tak nak lahh income suami aku bawah dari aku .
sebab possibility untuk aku menjadi queen control tu tinggi sebab gaji aku lagi banyak dari dia dan secara tak langsung , aku akan jadi isteri derhaka pulak nanti .
tak nak weyhh ~

abang sedara aku ade gak tanya "farah tak nak cari boy yang setaraf dengan farah ke ?"
memang itu impian aku .
yang sekufu , setaraf supaya nanti tade perbalahan kelak .





aku bukan memilih tapi aku kan jaminan masa depan .
suami weyh bukan boyfriend .
bukan untuk bersama sebulan dua taw .









jodoh pertemuan , ajal maut , rezeki di tangan tuhan .
kita hanya mampu merancang .
tapi kita boleh berdoa supaya dikurniakan dengan pasangan yang sesuai =)


Saturday, June 11, 2011

.hye ! nama saya Choprak Cucu Ciwak.







hye ~
nama saya Choprak Cucu Ciwak .
umur saya 7 tahun .
tapi tak pergi sekolah .
sebab sekarang kan tengah cuti sekolah .















hasil kerja aku menjahanamkan garfield adik aku .
bosan weyhhh tunggu bola habis .
nak tengok cerekarama lahh .
grr ~

.my best friend is getting married.

"someone is getting married yah"
"siapa ?"
"awak lahh"

yah . my best friend is getting married after Eid .
alhamdullillah . i'm happy for you bro .
seriously . tak sangka jodoh awak sampai awal .

"dah berapa lama eh kita kawan ?"
"sejak saya form 3 kott"
"6 7 tahun jugak lah kann ?"
"yup , kalau ade anak , dah darjah satu dah . haha"

yup . tak sangka kami dah kawan begitu lama .
sejak sekolah .
semua gara gara ikhwan .
tanpa ikhwan , tak mungkin aku dan firdaus akan berkenalan .
thanks ikhwan .

"ape cite eh ikhwan sekarang ?"
"ntah lah , saya pun dah lost contact dengan dia sejak habis SPM"

ikhwan hakim , we miss u bro .
where are you ?
firdaus is getting married .
did you know that ?
hope to see you during his wedding .
for serious , aku sangat rindu kau .

dengar dengar kau dah pindah seremban .
are you still here ?

.alolo ~ comel nya dia.


saya tahu saya comel .
terima kasih .












fine .
kau nak cakap aku pendek kan ?
HAHAHA !

trick camera .
aku tak pendek macam ni .
kata orang , okay okay lahh untuk tinggi seorang perempuan
^___^

.puas lah hati korang kann ?.







seronok ?
puas hati ?
heh .

Friday, June 10, 2011

.sakit bukan penghalang...





(sambungan tajuk entry)

... untuk aku berjalan jalan sempena cuti sekolah .

walaupun tak dapat mandi air laut wuuu T___T
tapi , dapat keluar dari rumah pun okayy ;)




eh awak , jom pergi jalan .
bosan ni =.='

.tak ku duga.

okay , dia dah tahu pasal blog aku . 
jadi , kena berhati hati bila bercerita dekat blog .

eh , lupa , aku ade tumblr .
boleh cerita kat situ .








best gila lahh cuti minggu ni .
semalam baru je sampai rumah , terus ayah ajak pergi naik cruise dekat the mines .
hari ni pulak , lepas semayang jumaat , nak pergi PD .
weeehuuu ~
tapi aku tak boleh mandi lahh .
ate , kaki guwe sakit .
luka kann ;(


Wednesday, June 8, 2011

.agak agak aku boleh kena belasah tak?.


sumber : KOSMO !


agak agak kalau aku patahkan rokok dak fizie ceni , dia pukul aku tak ?




"sayang sayang belakang kira , sekarang lu dah patahkan rokok gua dengan selamba badaknya . lu ingat rokok sekarang murah ke ? huh . memang wajib sangat lu kene penyepak barang sedas gua . dushhh !!!~"


.wordless wednesday #1 | reason why girls need a big bag.



Tuesday, June 7, 2011

.website.




sem ni main XHTML .
kau hado ?

tak main lah buat blog pakai blogspot .
kitorang pakai notepad okayy .
buat layout sume sendiri .
haha .

oke bai .

.sekali lagi.

nak makan McD punya pasal .

aku ajak kawan aku pergi McD taman melati .
naik motor dia .
scooter .

sampai kat simpang , ntah macam mana boleh terlanggar divider dan kami berdua pun terbang .
macam superman kau tahu kitorang landing atas jalan .
nasib lah takde kepala terhentak ke hape ke .
sekadar luka dan calar balar .

tapi misi untuk makan McD tetap diteruskan cuma selepas terjatuh , aku ambik alih bawak scooter tuh .
kau tahu je lahh betapa L nye aku bila bawak scooter ni .

tadi pun , kaki aku menekan nekan cari gear dan brek .
HAHA !
rasa begitu loser sekejap sebab tak reti bawak scooter .
HAHA ! lagi .

balik dari McD , aku cakap biar aku je bawak .
risau pulak nak bagi kawan aku bawak lagi .
hehe xD

rasa macam bawak beskal letrik atas highway je.
hehe ;D
comel okay scooter ni ;D

sampai je bilik , aku terus tukar ke baju tido .
ambik kauu , tak cukup kat tangan dan siku , lutut turut cedera parah .
nasib lahh birthday girl ada first aid kit .
dia lah yang bagi ubat suruh sapu kat luka .

terima kasih kakak .






kurang lagi hantaran aku .
yang pelik , asek tempat yang sama kena bila jatuh motor .
adoiyaiii ~









panadol tak sedap !
tah macam mana nak telan .

Monday, June 6, 2011

.hey you .

hye you =)

few days back i asek teringat kat u je .
sebab u marah dekat i kan ?
sorry .

dah dekat 3 tahun ek kita kawan .
dari u sekolah , u masuk KPTM sebab i yang suggest , lepas tuh u masuk kolej ape tah kat kuantan uh amek nursing pulak , sampai sekarang .

u banyak cerita kat i impian u .
i suka dengar u bercerita .
selalu bila i amek u , masuk je kereta , u terus pok pek pok pek cakap .
macam macam cerita u cakap .
i dengar je .
sampai kadang kadang u rasa macam i tak layan u padahal i tengah drive kot .
"u ni i cakap macam tak nak dengar je , tak nak cerita dah lah"
u gila ke hape i nak ngadap muka u while i'm driving .
kang tak pepasal ke hospital tuanku jaafar kita bersama .

i tak pernah lupa kat u taw .
ingat tu ;D




okay lah .
"u" ni bestfriend aku .
sekian .















ada orang meroyan kata aku asek buat entry kutuk orang je .
jadi , nahhh entry jiwang satuuuu .
HAHAH !
terima kasih ANONYMOUS = KIPAS BLOGGER .
HAHAHAHAHAA lagi ~



gila dah ni =.='

.kecoh ah lu #2.

bosan .
jadi aku pergi geng blogger .
tapi tak de entry baru untuk di ping .
aku busy semalam .
HAHA !

rini baru dapat update tapi macam biasa lahh .
aku ni kalau menaip kat blog manjang nak marah orang .
ade je yang tak kene kat mata aku .

time aku lepak kat GB , aku nampak satu entry .
aku tengok tajuk je dah tahu sape punya entry .
tak yah klik pun .
buat habis karan je .

memang setiap bulan WAJIB kau announce earnings nuff kau yang beriban tu kann ?

kalau sekali dua boleh lahh .
ni setiap bulan nak tayang .
fine , kau nak cakap kau kaya dengan nuff kan ?
tapi ada aku kesah ?
kau ni annoying lahh .
jeles ? mintak maaf .
semua orang tahu aku tak suka kau .
HAHAAHAHAHA !










hanis zalikha yang dapat RM10k sebulan pun tak pernah nak tayang earnings kat nuff .
dia tuh sebulan 18 kali dapat sponsored post tapi tak kecoh pun .
sebab tuh orang senang dengan dia .




annoying ! annoying !
lalalalaaaa ~

Saturday, June 4, 2011

.kecoh ah lu.

keyword : #butthurt

jangan sesiapa bermain api dengan blogger .
HAHA !
ayat nak poyo .
kau ingat kau blogger , kau hebat sangat lahh ?

kemon lah , kau ni macam dah tak de keje lain nak buat selain pergi bagi tazkirah dekat fanpage/ twitter gambit uh .
nak sangat pertahankan ke blogger an kau uh .
buat aku gelak je dowhh .

yang kau pergi memperbodohkan diri kat sana tu buat apa ?
nak terasa sangat dengan statement tuh apesal ?
adoii ~
sebab dia mention "bloggers" ?
dan kau blogger ?
sebab tu ?

buat relax sudaa .
ade ke gambit uh kacau kau , sentuh kau , sepak , tampar kau ?
ade ?
tade kann ?
kecik punya hal , kau besar besarkan .
memang perangai blogger kan suka besarkan isu .

sampai kes adinda evans masuk metro .
kerja sape tuh der kalau bukan kerja blogger .

minggu ni jeh banyak kes yang blogger timbulkan .
aku tak tahu lah kalau korang bangga sebab aku rasa some of bloggers' name akan naik .
dan memang famous yang kau kejar kan ?
HAHA !

come on , do it thru the right way .

sebab perangai korang yang suka gebangkan isu kecil , secara tak langsung imej blogger tercemar .
kau sedar tak ?
kau fikir tak one day akan ada orang yang cakap ceni .

Bukan Blogger : kau blogger ke weyh ?
Blogger : aah .
Bukan Blogger : huh , tak nak aku kawan dengan kau . kang aku buat salah , kau gebang dekat blog . tak pepasal aku kene ngumpat .


bila orang cakap blogger ni sampah , kau melenting tapi cara kau memang sampah pun .
#terasa ?
memang betul pun .



semua kengkawan aku dah tahu aku blogger , in fact some of my relatives too .
aku dah tak boleh nak buat pape .
kalau lah benda ni jadi dekat aku , aku tak tahu nak sorok kat mana muka aku .
even flush 300 kali dekat jamban pun still tak boleh nak hide .
malu weyhhh !

Friday, June 3, 2011

.lelaki kemas itu pilihan saya.

aku tak suka tengok lelaki rambut panjang .
rimas .
nampak tak terurus .

aku tak suka lelaki pakai jeans koyak .
rimas .
aku tahu kau ada duit tapi kau selesa macam tuh tapi bukan aku .

aku suka tengok lelaki pakai tshirt berkolar .
HAHA !
ini pengaruh uia ni yang mewajibkan semua pelajar lelaki pakai tshirt berkolar sampai aku pun tersuka .

aku tak kisah kau tak pakai perfume tapi at least jangan bau peluh .
bau air mandian takpe .
freshh ~
ouh , aku suka bau air .
air paip bukan air lain okay .
korang ni kadang kadang otak ke lain .
HAHA !




kesimpulan untuk kenyataan diatas .
wahai kaum adam , sila jaga kebersihan dan kekemasan diri anda .
perempuan suka .
aaawww <3


jangan bagi alasan kau kerja teruk , suasana kerja macam ni macam tu untuk kau tidak kemas .
kau suka tengok perempuan cantik kan , begitu juga kami (perempuan) .



baideway awak , terima kasih sebab teman saya pergi kenduri rumah kawan saya tadi . =)

Thursday, June 2, 2011

.senyum sorang sorang.

hehe =)

tak sangka pulak aku post semalam tuh ramai pulak yang jumpa .
padahal aku just ping kat fanpage aku , fb aku dengan GB je .
sekali ramai yang datang baca and SETUJU dengan aku .
yeay !

selama ni aku cakap , asik kene kondem je .
ye lahh , siapalahh aku .
femes pun tak , terkenal apatah lagi .
siapa je nak sokong aku .
HAHA !
touching pulak kau innz ;D

aku bukan lah nak back up adinda evans tu tapi aku rasa korang yang maki kutuk bahan dia dan melampaui batas .
orang selalu cakap pasal KARMA .
aku tahu , kau pasti jelas apa itu KARMA .

sebelum nak buat pape , fikir dulu okay .
ini tak , semalam dekat twitter bukan main seronok aku tengok kau bahan budak tu .
ada yang tuka guna pic dia , siap buat fake twitter dia .
eyh hello , kau ni manusia tade perasaan ke ?
#terasa ? memang kau pun .

pernah tak kau fikir , one day perkara yang sama MUNGKIN terjadi dekat adik atau kakak kau .
manusia ni pelakon terhebat kau tahu .
depan family, pijak kuman pun tak mati tapi belakang family ?
bayangkan lahh .

budak sekarang bukan macam dulu der .









people make mistakes .
tugas kita nasihat dan berdoa dia sedar dan berubah bukan kutuk maki dia .

bak kata kaizen , budak tu baru 14 tahun . tak mustahil kalau dia pressure sebab perangai korang yang langsung tak supportive (supportive bukan bermaksud galakkan dia buat salah lagi ye) , dia akan buat stupid things like commit suicide .
nak ke jadi macam tu ?
kalau jadi macam tu , tak rasa bersalah ke ?
tak rasa berdosa ke ?







aku harap bloggers (yes, they are more than a person) yang bahan dia , sedar atas kesalahan kau .
aku betul betul kecewa dengan sikap kau .
jangan ingat kau dah banyak followers , kau kondem orang , orang akan setuju .
guna kan pengaruh anda sebaiknya !

Wednesday, June 1, 2011

.siapa yang mula dulu ?.

aku baca kat twitter .
kecoh pasal blogger ngaku dia dah takde virgin .
aku dapat link dari tuiter .

aku baca , simple je post .
aku baca komen .
mula lahh ada yang keluar hadis lah akta lah .
ini memang perangai blogger sebenarnya .
kau kene faham tuh .

kau tahu ape ?
post tuh post tahun lepas punya okay .
tapi baru sekarang orang tahu .
apa makna nya ?
ada orang yang sangap pergi gugel maybe keyword like "dah tak virgin" and pap ! sampai kat link blog tuh .
dan lepas tuh kau sebarkan link .
andddddd the whole blogger's world tahu .

niat kau ape ?
nak share .
bagus tapi agak agak lahh der .
nak share pun private lahh kot .
ni nak memalukan dia doshh .

ape yang selalu blogger cakap ?
bukak aib orang ?
paham kan ?

sekarang budak tuh dah jadi bahan .
aku tengok every post budak tuh memang more to personal life dan aku rasa memang dia treat blog dia as a private diary even dia tak sedar yang blog dia public atau dia tak tahu setting .
sebab dia tak balas komen .
semua cerita dia pun memang open habis .
heh .

kau baca , kau nilai dalam hati dah lahh .
tak yah nak bahan dia kat luar .
ni buat kes sampai ke twitter .
kang ade pulak BLOGGER BUAH BUAHAN buat entry panjang menjela untuk budak tuh .

tahu tahu je lahh entry dia kalau bercakap pasal ni macam mana .
lalalalaaaa ~





p/s : aku dapat nephew baru . adik qistina . nak balik esok . tata :)


.trend #2 : blogger.

blogger + traffic = duit 
blogger + traffic = famous

aku sebenarnya malas nak amek port pasal ni .
tapi aku sebagai pembaca rasa tertipu .
macam kau tengok cerita konon seram , bayar tiket wayang berbelas ringgit , tapi the story end up with a DREAM ! just A DREAM !
kau rasa ape ?
rasa nak terajang pengarah  ?
rasa nak hempuk penulis skrip ?

sama macam blog .
yang beza , kau BACA bukan TENGOK dan ia PERCUMA .
aku tak tahu lah kalau ade blog yang kene bayar if nak baca .

aku ni memang JARANGGGGG blogwalk sebab aku malas dan aku tak nanti end up aku maki maki mencarut bagai .
sebab rasa diri ini begitu bodoh baca blog kau yang entah pape .
okay , blog aku memang entah pape .
tak de info sebab ini personal kann ?

tapi yang aku tak boleh blaa , bila kau ping entry merata merata guna tittle macam ni ;
"(nama blogger terkenal) datang rumah aku semalam"
"(nama blogger terkenal) mintak couple dengan aku kelmarin"

ye. kau guna nama blogger terkenal nak tarik orang datang baca entry kau yang ___________ (isi sendiri) .
dan PASTI , its GUARANTEE 100% orang akan datang baca sebab melibatkan blogger blogger terkenal .
orang NAK TAHU dan orang itu termasuk aku .
beria lahh aku baca entry kau yang konon HOT tapi sebenarnya ?
kau BERMIMPI .
kau BERANGAN .

hell tak kau rasa ?
orang nak true story bukan make up story .
kau ingat aku ni bebudak tadika yang kau nak kelentong celah ni celah tu ?

aku memang fucked up dengan blog blog cenggini .
dan aku dah aim few blogs yang buat keje keji macam ni .
keji . ye memang keji .
bagi aku keji sebab kau guna taktik kotor tarik traffic .
KAU TIPU READERS .

kau boleh cakap , blog kau personal macam blog aku .
so , suka hati aku lah nak post ape .
tapi ada kau nampak aku ping merata tempat macam kau buat ?
sehari 10 kali kau ping entry yang sama dekat tempat yang sama cuma berlainan masa .
itu belum kira dekat twitter , kat group fb , dekat innit , dekat GB , dekat tah mana mana lagi .
ape yang kau nak ?
tentu lah traffic kann?
sebab lepas tu boleh lah kau show off kata traffic blog kau sehari 10K .

eh der , ada gua kesah ?
dalam blog pun nak berlumba .
tak paham betul .


aku dah malas nak komen entry entry meraban macam ni .
sebab bila aku komen , aku akan cakap "kenapa nak guna nama dia ?"
dan kau akan jawab "kalau guna nama sendiri , orang tak baca dan tak tahu"

WHAT ?

eh hello , do stop this rubbish crap okay .





urgh .