Meet This Blog In Facebook !

Wednesday, June 29, 2011

.ketenangan yang di cari.

aku kadang kadang heran tengok kawan kawan yang happy je manjang .
macam tak de masalah langsung .
ketawa .
pergh ~ jealous .
sebab aku sekarang memang susah nak ketawa .

sebab sedang mengalami masalah jiwa kacau kan .
HAHA !

dulu kecik kecik , aku lah permaisuri ketawa sebab aku memang suka gelak .
happy go lucky kata orang .
kecik kecik , mana fikir apa .
paling berat pun , ibu ayah marah bila pekse kau teruk .
itu pun masuk telinga kanan , kua telinga kiri .
dah puas nangis , hilang sakit kena pukul , pergi keluar main guli .
bila makin besar , terasa masalah kene handle sendiri , terus goyang .
tu yang selalu bad mood lahh , jiwa kacau bagai .
sebab tak boleh nak urus masalah sendiri .
HAHA !

aku admit lah , solat aku jarang nak cukup .
lagi lagi subuh .
bukan takde orang kejut .
aku yang layankan sangat mengantuk .
bila tak solat , tak de lah Quran atau Yassin itu aku sentuh .
bukan tak tahu buat , tapi saje MALAS .
duniawi lagi seronok sebab time happy kann ?

bila susah , baru reti nak solat , baca quran , pe sume .
aku lah tu .
haih ~ not good .

tak de apa/siapa yang boleh ubat penyakit berkaitan hati (kecuali sakit hati yang melibatkan doktor lahh) melainkan Dia dan kitabnya .
sumpah weyh , kau solat , lepas solat baca quran ke yassin ke , insya allah , hati kau tenang .
percaya lahh .
itu je ubat dia .
bukan pergi clubbing, main perempuan, menyundal, minum arak dan sebagainya .
itu semua penambah masalah bukan penyelesai masalah .

aku terbaca artikel kat one of surah yassin kat rumah yang menyatakan "barangsiapa membaca yassin pada pagi hari , Allah akan mempermudahkan urusannya dari pagi sampai petang dan barangsiapa yang membaca yassin pada waktu malam, Allah akan mempermudahkan urusannya sepanjang malam" .
lebih kurang macam tu lahh .

kawan kawan aku yang kaki clubbing, suka enjoy ni en .
bila tanya aku "aku susah hati ah, ape nak buat eh ?"
kau tahu aku jawab ape ?
"kau pergi lah enjoy ke, keluar dgn member ke, release sikit tension kau uh"
aku memang tak berani nak cakap "kau pergi lah solat ke baca quran ke"
sebab aku tahu , diorang akan "elehhh, kau tu buat ke ?"
see ~ aku nak buat cene ?
bukan tak nak cakap, kang aku kene balik .
aku ni tak boleh lah orang lawan cakap aku .
sentap der . hati tisu kan .
sebab aku tak melawan cakap orang , so aku expect orang pun janganlah melawan cakap aku .


haha . dah ceramah dah aku bagi ni .
sorry lahh .
banyak benda nak cakap .
peringatan untuk diri sendiri jugak .
sampai bila nak hidup macam ni ?
kita tak tahu bila Allah nak tarik nyawa kita .
kang tak sempat bertaubat , time tu nak nyesal, dah tak boleh dah .
ye dak ?









peace yaww ;)



3 bantah cakap cikgu:

cengkerangcipot said...

same lah org di sini.. huhu

wanie m'nJ said...

btul tu!!! solat+doa+zikir tu sume penawar segala masalah. benda tu jugak la punca terhasil sebuah kejayaan. :)

Solihahazahar said...

peh akak . terbaikkkk ^^