serabut .
tak tenteram .
hati tak tenang .
kucar kacir .
tak de mood .
itu aku sekarang .
kau seakan menjauh dari aku .
aku call seharian , kau tak angkat .
aku tahu handphone kau sebelah kau .
sebab aku kenal kau yang memang tak pernah berenggang dengan handphone .
aku tahu sangat .
tapi mungkin bila kau tengok nama aku yang naik kat skrin , kau silence .
ya , aku pun selalu buat macam tuh tapi dekat orang yang aku tak suka .
jadi , maknanya kau buat macam tu , kau dah tak suka kat aku kan ?
maaf kalau aku buat andaian sendiri tapi hati aku kuat berkata begitu .
tapi kau , bila aku tanya , kau sayang aku tak .
kau jawab sayang .
kau buat hati aku berbunga bunga tapi tak lama .
sekejap .
3 jam kemudian layu sebab tiada percikan air untuk buat ia terus mekar .
kau ibarat bagi harapan palsu kat aku .
apa motif kau ?
balas dendam ?
jangan jadikan aku mangsa , jika hati kau sakit dengan perangai si dia .
apa salahnya kau terus terang dengan mengatakan yang kau memang tak de hati dekat aku .
tak pernah sayang aku .
dan minta aku berhenti berharap .
tak susah kan ?
aku boleh terima walaupun perit .
tapi bukan dengan cara kau mengelak dan terus berdiam diri .
come on , aku juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan .
aku dah cuba ambil perkara ini positif tapi nyata payah .
kau yang aku buru .
heh . bodoh kan aku ?
bangang kan aku ?
buta hati agaknya aku ni .
eh , bukan agaknya tapi memang .
HAHA ! mari , gelakkan aku .
orang yang melihat pasti akan berkata "sabar , masih muda. nanti kau akan jumpa yang sebenar"
ye , aku masih menanti tapi di mata aku hanya nampak kau .
entah kenapa .
aku buta .
ye , semakin buta .
sakit tahu hati aku kau buat begini .
aku berharap yang perasaan ini akan segera hilang .
aku mahu hidup kembali ceria .
jika ya , kau sayang aku , katakan .
jika tidak , lupakan , abaikan aku .
itu saja pesan aku .
*mood swing. maaf*
6 months ago
8 bantah cakap cikgu:
biaselah lelaki kakk
erk..macam bersifat personal jer..tapi pape pun sabar je laa ek..hehe.. :)
Regards,
-Strider-
aku nak share bleh? hohoho
kisah kita serupa~ wahaa!
wahh jiwang meyh..
suruh die terus terang.. jgn seksa hati ouh.. haishh.. sbr2..~
@Solihahazahar
hehe ;)
@Azlan Hasan
biasa lah mood ke laut , memang cenggini . hehe xD
@kaizenshinobi
boleh3 ;)
@cengkerangcipot
masih menunggu jawapan si dia ;p
Post a Comment