Thursday, December 19, 2013

.si budak manja.


Dia : bawak turun botol air dengan perfume .
Aku : tapi perfume saya perfume perempuan .
Dia : takpe . cepat . dah dua jam saya tunggu awak .
Aku : penipunyeeee .

masuk je kereta terus mintak perfume pastu sembur dekat badan dia .

Aku : awak dari mana ?
Dia : rumah .

dia menguap .

Aku : ngantuk ? kan dah tido lama .
Dia : haha . itu lahh . apa punye jantan tah , dating pastu mengantuk . haha .

on the way nak pergi Dataran Merdeka , dia suruh aku drive kereta dia .
weee ~
pastu dia mintak beg aku , cari perfume lagi .
dia sembur pulak dekat teddy bear dia .

Aku : wat pe sembur kat dia ?
Dia : kalau saya rindu awak , saya peluk lah dia . ada bau perfume awak .
Aku : alolo sweet nyeee .
Dia : haa kan , sweet kan saya .

Aku : saya suke lelaki sepet .
Dia : ehh , mata saya sepetkan . *sambil tunjuk mata dia*
Aku : tak pun . bulat je .
Dia : okay , awak tumbuk lahh saya biar sepet . untuk awak , semua saya sanggup .


hoiii ~ manis sangat mulut ni kenapa ?
sapu air gula ke kat bibir tu ?

Aku : awak pergi gym eh ?
Dia : dah tak pergi dah . tak jadi pape pun .
Aku : ni apa ? *sambil cucuk cucuk lengan berketul dia*
Dia : ni saki baki je ni .
Aku : perut dah tak six pax (guano nak eja tah) la ni ?
Dia : tak . dah one pax dah .






budak ni so manja . first time aku jumpe lelaki manja cenggini .
suwit ler pulok . ops .














kbai <3

Tuesday, December 17, 2013

.penyesalan.

manusia memang tak pernah nyaa puas hati kan .
sama lahh macam aku .
huhu .

dah setahun aku pakai sabun GCS tu .
memang susah jerawat naik kat muka aku .
muka aku memang dah licin dah .

tapi aku , sebagai manusia yang tak pernah puas .
aku dengan gatal tangan nyaa , telah menderhaka dekat GCS dengan bertukar kepada produk collagen + vit e .
dan hasil nya ?
jerawat semua pakat serbu .
kulit muka mengelupas teruk .
kulit muka tegang , pedih , merah .
baru pakai 3 hari kot .
huwaaaaaaa ~

tambah pulak dengan sunburn dek main pantai last saturday .
rasa tanak datang office kot .
pakai ape pun tak lut sekarang .

semalam free free kena marah dengan kawan aku .














nangis T____T









kbai <3


.super Monday.


selamat hari selasa uols .
ape khabar ?
Misshy Innz masih sehat , alhamdulillah .
semakin ceria dan gembira barangkali .
HAHA !

okay , tipu . biasa je hidup aku sekarang .
pagi pergi kerja , petang balik kerja , malam kerjakan candy crush .
siapa suruh ajar aku cara reload nyawa dengan mudah .
memang aku main sampai lebam ahh cite dia .
HAHA !

ouh ya , aku masih belum berpunya .
kekawan lain semua pakat bertunang , berkahwin , beranak anak ke dua .
aku je yang masih pergi kenduri kawen dengan ibu , pergi pantai dengan keluarga , makan malam dengan kekawan , tengok wayang dengan budak UIA .
part tu aku kelihatan terdesak eh tesedak sikit .
HAHA !

bulan 12 ni , office lengang je .
ramai yang habiskan cuti tahun yang berpuluh puluh hari .
ada yang MC , ada yang cuti kahwin .
aku je setia datang office hari hari .
ehh aku pun ada book off lagi 4 hari .
hurm , rasa nak amik cuti krimas ni kot .
deret sampai weekend .
haaa boleh lama sikit gegolek atas katil besar kat rumah .
HAHA !

okay , kenapa setiap perenggan aku dihabiskan dengan HAHA ! ni ? =.='

aku nak cite pasal semalam sebenarnya .
semalam Isnin yang super boring .
hari pun sama .
aku takde buat apa ni .
nak bersembang , bukan minat aku .
HAHA !

dimulakan eh , baru nak dimulakan ?
ayat kat atas kemain panjang , rupanya kau baru nak mula cerita ? *tepuk dahi*

ni gambar aku . haa kau nampak difference tak ?
dagu aku macam dah runcing sikit tapi pipi tu macam maintain je gebu .
HAHA !

okay , cepatlahh cakap "eleh , nak cakap dia dah kurus lettew"
jangan mimpi lahh nak kurus wehh .
kerja kali ni tak buat aku kurus pun .
makin gemok ada lahh .
pelik aku =.="

pastu muka floles macam tu memang kompom camera 360 .
haaa sape suruh develop application super best tu .
kan semorang dah bebising , nak nak boboi boboi yang dok meroyan kat wechat kata kene tipu dek 360 lahh ape lahh .

ouh , like i care *tangan di bahu*



eh , semalam boss ada assigned kerja .
tapi buat minutes of meeting untuk last friday je .
aku ni dah lahh buat kerja cepat *market diri* pastu bila dah siap , aku dah takde keje .
selalu je kene marah dengan kawan aku sebab buat kerja cecepat pastu ngadu bosan.
HAHA !



pastu lunch tak taw nak makan ape .
last last drive thru McD je .
aku pernah makan prosperity ni sekali .
tapi aku amek ayam dan tak sedap !
semalam aku saje nak try yang beef .
OMK ! kemain pedas ! menitik air mata aku makan .
tapi sebab rasa mahal pastu lapar , aku gigihkan jugak makan sampai habis .
tapi bawang semua aku buang .
HAHA !




kenapa air ada 3 ?
sebab satu untuk aku , satu untuk dena , satu untuk naim .
jangan ingat aku minum semua sebab pedasnya sebiji prosperity ye .


dah petang dalam pukul 430 , ada lagi sejam nak balik .
aku decide nak tengok TV .
tengok Dapur Bujang kat HyppTV *sape nak subscribe UNIFI boleh carik aku* .
tu pun mata stim je .
ngantuk bhai .
HAHA !

belon tu ?
permainan aku kat office time bebosan .
aku kan kanak kanak .
memang ku heret belon ni kulu kilir *bahasa apakah ini innz ?* .
HAHA !



dan penutup entry untuk hari ni adalah gambar pengubat rindu , Abang Ayyum .





ok bai .
tu je cerita .













kbai <3

Monday, November 25, 2013

.sakit.

balik dari photoshoot jumaat lepas , belakang badan aku kene gatal gatak , bengkak bengkak .
aku buat bodoh je dulu sebab aku fikir mungkin sebab aku belum mandi dan berpeluh .
tapi tak , gatal gatal melarat sampai ke sabtu .
sabtu kemuncak penyakit bilamana muka aku turut bengkak bengkak dan aku mula demam .
dah la sabtu tu aku nak pergi pulang jubah kat UIA .
cite dia memang aku apply foundation setebal yang mungkin lahh .

aku call mak aku , dia cakap aku kene sembur dek pontianak .
HAHA !
aku gelak , mak aku pun gelak .
tapi perkara ni memang ada !

aku percaya lahh jugak tapi takde taksub .
sampai hari ni (isnin) masih tak lega .
aku decide nak pergi GH terus .

dan aku dah agak .
memang dia bagi aku ubat allergy .
puiii ~

tu aku malas nak ngadap doctor tuu .
tunggu berjam , siap cucuk tangan aku sampai lebam amik sample darah , last last katanyaa aku alahan .
tak taw ke aku demam , tekak pahit , pening , sakit kepala macam orang pregnant ? ehh .
tak taw ke aku takut gila kene cucuk ?
kau kata alahan je ?

masa doc tu cucuk tangan aku , aku pandang tempat lain .
aku pandang kipas kat kanan aku .
tak pandang langsung jarum , aku risau satgi aku menjerit
HAHA !

kul 1116 aku sampai ofis .
dah kenapa aku tak amik MC je ?
sbb aku segan nak mintak T_____T


takpe , esok aku buat MC sendiri je .









takziah untuk keluarga Shara Bunga yang baru kehilangan ayahanda tercinta .





kbai <3

Thursday, November 21, 2013

. my convocation story.

seminggu sebelum konvo yakni time amek robe , aku punya esaited nak konvo tinggi gila .
siap post byk kali gambar robe kat laman sosial .

tapi 2 3 days before convo , aku punya mood hilang terus .
langsung tade .
yang ada cuma rasa malas .
kasut pun tak beli baru .
aku pun hairan .

sampaikan malam sebelum hari konvo tu aku siap tanya ibu lagi "kalau tak pergi konvo esok boleh tak?"
ibu cakap "suka hati kau lahh . tapi konvo ni sekali seumur hidup"
lepas tu aku mengeluh .

tak taw nak describe perasaan takde mood tu .

lagi taleh blah , aku siap call fizie ajak lepak .
padahal mamat tu dah bertahun aku tak jumpa .
HAHA !

esok tu pergi jugak lahh .
tapi still mood tu takde .
until now pun .

orang lain beria post gambar kat fb , insta .
buat pre convo photoshoot , post convo photoshoot .
aku ?
nan hado .
gambar dengan family pun takde .

memang aku tak kisah langsung .
cuma berharap aku tak menyesal je nanti .
HAHA !

rasa nak nyanyi lagu kosong bebanyak kali .
dem !






Thursday, October 10, 2013

.obses dengan pink.

dah tiga hari berturut aku pakai tema pink .
cuma isnin je aku pakai baju kurung kaler kuning turquoise .
dari selasa sampai hari ni , mesti ada warna pink .

selasa pakai kemeja + tudung pink .
rabu pakai blouse + tudung pink .
khamis blouse putih + pashmina pink .

aku rasa yakin bila pakai pink .

Me : awak perasan tak saya asyik pakai pink je bila kita jumpa ?
Kpop : aah , ada nak tanya jugak .





terima kasih camera 360 .
wakakakaa !







ade jugak yang cakap "u dah cantik , dah cerah"

okay , gelak geguling . HAHAHA !



kbai <3

Tuesday, October 8, 2013

.gaduh lagi.

semalam aku call si kpop .
lewat petang rasanya .

sekarang kalau nak call dia , kene berdoa bagai dengan harapan "angkat lahh call aku ni" .
sekarang dia kemain payah nak angkat call aku .
okay , takpe .
lepas ni tanak call lagi .




okay fine . kat mulut je cakap macam tu , padahal , tangan dok menekan button call .
wakaka :D


Me : buat ape tu ?
Kpop : nak gunting rambut .
Me : kenapa nak gunting ?
Kpop : dah panjang laa .
Me : kalau untuk chieka tu , boleh je simpan rambut panjang .
Kpop : dah agak dah .
Me : hurmm . dah tanak cakap dengan saya ke ?
Kpop : asal lak ?
Me : kalau dengan chieka , mesti nak cakap lelama kan .
Kpop : aah , memang memang ,

terus aku hang up phone .
sekarang memang sentap ahh kalau dengar nama minah tu .
dulu wa lek je dok sesebut nama budak tu .
ini semua start bila dia dok tetunjuk kat aku gambar chieka dalam hp dia aritu .







tapi dia tuu tak penpaham :(













kbai <3



Monday, October 7, 2013

.romantik la kekonon tuww.

haluu ~
selamat pagi isnin .
semangat lain macam pulak aku pagi ni . HAHA !

since last week , si kpop asyik la tanya "balik tak minggu ni ?"
aku memula plan memang tanak balik sebab minggu ni kan nak cuti raya haji .
so , macam malas gituuu .
tapi sebab si kpop dah cakap ceni pada suatu hari tu "sebab nak jumpa lah tanya awak balik ke tak" . langsung tuka fikiran , balik ke seremban .
lepas tu si kpop cakap cenggini jugak "hari sabtu ni cuti lagi . sebab dah tuka bulan baru , so cuti hari sabtu"

tak lebar pulak senyum aku kan bila dia cakap macam tu .
HAHA !
dah 2 minggu tak jumpa okayy .

tapi ....

tetibe si kpop cakap macam ni : "saya kene cover orang sabtu ni"
makna nye dia kene kerja sabtu tu .
maka , tiada lahh dating kami :(

dan aku , wajib lah merajuk .

pagi sabtu tu , dia call , aku tengah tido actually tapi sebab aku ni bukan jenis mamai , aku terus sambung merajuk .

"baru ingat nak ajak g jogging , tapi awak dah marah marah macam ni"

jogging dia lahh , kekonon nak pujuk aku lettew , cakap lah nak ajak jogging .
padahal dia nya kat kilang .
heh .

dia balik kerja pukul 3 petang .
aku ingat okay lah , malam kang boleh jumpa .
nan hadooo ~
petang tu aku call , ingat nak set time , dia kata dia on the way ke klinik sebab nak check .
dia demam .

double triple merajuk lahh aku .
semalaman dia tak angkat call aku , whatsapp semua tak reply .
tidoo ~

aku dah susah hati bila dia diam je .

pagi ahad tu aku bangun awal .
kekonon nak masak bubur untuk dia .
tapi bahan bahan takde , jadi masak sup tepung je .
janji panas .

siap je masak , aku tukar baju , siap siap terus pergi rumah dia .
dengan harapan dia dah bangun .
nan hado jugakkk .

dia tido lagi , yang keluar kakak dia je .
sampai lewat petang baru dia bangun .

first time okay , aku masak untuk lelaki . 
hew hew hew .
setakat buat kek , kuih pastu bagi kengkawan tu dah biasa sangat .
ini , aku masak sup , dan kekonon rasa romantik sebab hantarkan kat rumah .

ibu pulak tak cakap pape .
cuma dia cakap "kenapa farid demam masa kau cuti , kenapa tak demam masa kau keje ?"
ibu nak cakap , kalau farid demam time kerja , takde lah aku nak masak untuk dia .
HAHA !

my mom very the sporting lahh .
luv u !




kbai <3


Friday, October 4, 2013

.clearance dan KLCC.

semalam aku book off , sebab nak settle clearance sebab nak full transcript sebab konon konon nak apply keje .
graduation fees aku kene lah RM 130.00 .
nasib baik baru gaji .
tu yang dapat bayar tu .

dalam pukul 930 pagi , aku dah sampai UIA .
gerak sesame dengan Yana .
tawaf UIA buat clearance dekat merata tempat .
dari Mahallah , ke library , ke finance , ke bank , ke post office , ke finance balik , ke STAD .
settle semua , kitorang mula mengembara .

amik semua kengkawan kat uia , bawak pergi lunch .
semua lah sangat .
macam ramai kan ?
padahal amik Aril dengan Ejat je .
wakaka .

makan kat ayam penyet d'laman .
lepas lunch , hantaq depa balik , aku dengan Yana teruskan penegmbaraan ke KLCC .
tujuan nak jumpa Anum yang habis kerja pukul 6 petang .
tapi kitorang sampai pukul 3 petang .
maigodddd ~
awal gilaaa .

terpejam pejam mata aku ngantuk tunggu dak Anum .
tengah tengah jalan , aku teringatkan Farid , kekasih lama , kalau korang kenal , nama blogger dia Kuda Kertas .
dia kerja kat petronas KLCC tu .
aku whatsapp dia .
tapi tak reply .
sampai aku pun lupa .
HAHA !

tetiba tengah pejam mata , hp aku bunyi .
dia call , tanya dekat mana .
so borak sekejap dalam 15 minit macam tu .
cerita macam macam hal .
kerja , rumah, convo , grand marriage .
semua lahh .
HAHAHA !

tak lama pun borak sebab lepas tu Farid kene naik ofis balik .
ade keje nak buat , dan aku sambung dengan makan pulak .
HAHA !

lepas makan , sebelum balik , kitorang keluar sekejap tengok air pancut warna warni .
memang hobi .
itu je attraction kat KLCC untuk orang tak berapa nak ada duit macam kami T___T

balik UIA dalam pukul 930 malam . lepas tu aku pun terus balik TMTC .
penat hoi , seharian kat luar .
dengan hadap jammed lagi kat KL ni .
hatoiii ~

pukul 12 malam aku dah pengsan .
hp bunyi kekuat tepi telinga pun tak dengar .
HAHA !
nasib lerrr sape yang dok call call malam tadi .

gamba sikit untuk tatapan umum .
jangan risau . ia semua berkategori U :)












kbai <3

Thursday, September 12, 2013

.rimas.

hi !

boleh tak kau orang bayang perasaan aku yang datang kerja tapi takde kerja , lepas tu tak boleh nak buat ape ape sebab ada yang menyemak menyebok dok jadi tukang report , jadi tukang perati tak bergaji ?
aku sedang mengalaminya sekarang .
tak taw nak buat ape .
rasa nak amik cuti je hari ni ,

sekarang company pulak buat hal .
gaji aku dilewatkan 3 minggu .
kepala hotak dia .
ingat aku ni ada sugar daddy ke nak tolong spedo makan minum aku .
aku tak taw nak rasa ape sekarang .


marah ? nangis sampai bengka bengkak mata
mungkin elok je kan aku benti keje .
hurm .





kbai <3



Wednesday, September 11, 2013

.bukan baju raya.

hi guys !

ingat tak baju blouse labuh yang aku alter dulu ?
alaaa yang aku jahit bunga kat baju tu .
aku malas nak selongkar entry lama untuk link kan .
HAHA ! dasar pemalas :D

aku pakai baju tu ke office hari ni .
semua dok puji .

"Cantik baju Farah , baju raya ke ?"
"Farah , cantik baju , baju raya ke ?"
"Cantiknyaa baju Farah hari ni , kenapa tak pakai baju ni masa jamuan raya hari tu ?"


kenapa tade orang puji ai yang cantik ? wakakakaa .

kalau aku pakai baju raya aku datang office , mesti lagi wow pujian diterima .
HAHA !

baju raya tu pun , baru sekali aku pakai .
itu pun tudung nya tertinggal dekat kampung .
terpaksa beli tudung baru , yang sama design , cuma kaler lain sikit .
T____T

baideway , aku dah dua hari tak de keje kat office ni .
asyik melilau tawaf office .
dok menempek kat meja orang .
last week kemain busy sebab weekend tu kitorang ada event .
almost every day stay back dekat office .
sabtu plak keje dari pagi sampai malam .
gilaaaaa .
tapi bukan ada claim pun T____T

duduk dekat KL ni seribu memang cannot go .
hurmm .













kbai <3



Thursday, September 5, 2013

.hujan.

phew , berdebu sikit kat tetepi blog ni .
dah berapa zaman tade update .
HAHA !
over , padahal baru sebulan ye dak ?

gua sekarang dok KL balik .
keje kat sini , rezeki kat KL .
Alhamdulillah :)
walaupun hati ni masih taleh nak terima duduk kat KL lagi sebab gua dah bosan .
hari hari cakap dengan dinding , meja , katil , bantal , iron board .
gua tade orang nak ajak borak + gaduh .

ye lahh , kan hobi gua memang bergaduh .
HAHA !

pagi tadi sebelum turun bawah , gua dah usha dari atas .
gua nampak rintik rintik hujan atas lantai .
gua cecepat capai kunci Nabil , helmet , gua lari turun bawah .
okay tipu , gua naik lif sebab bilik gua tingkat 14 .
HAHAHA !

sampai depan menara celcom , hujan dah start ganas .
masuk simpang istana budaya , hujan dah start mengamuk .
sampai office gua dah lencun .

dah lah gua pakai baju kurung kain plain hari ni .
terserlah keseksian bila basah kene hujan .

gua whatsapp member gua tanya mana lokasi sebab gua ingat lepas punch , gua nak balik rumah tukar pakaian .
tapi malangnya member gua tu sangkut dalam jammed dekat jalan tun razak .
gua batalkan niat .

gua naik kat office , gua nampak kakak gua depan mata .
"kak iza , nampak basah tak saya ?"
"sebab baju awak macam tu , tak nampak pun"

gua selamat .
tak jadi tukar pakaian .
dan sekarang gua depan laptop taip entry untuk lu orang semua .
gua harap ade yang rindu gua lahh .

ape ?
Mr Engineer ?
bila ada cerita , gua cerita .
bila takde , gua diam .
jangan risau , beliau masih ada di muka bumi ini .



sekarang , gua nak pokes kat keje .
mana map semalam ?
gua nak kaler maler ni .








kbai <3


Tuesday, July 23, 2013

.entering life after graduate.


seperti yang sedia maklum , aku kan tengah training .
sekarang aku nak tunjuk bukti .
wakaka :D

malas cite panjang .
nak letak gambar je .
sebagai back up storage in case lappy aku shut down satu hari nanti :)


tayah baca pun takpe :D



*ini hasil dari mekap wehhh . kemain tebal aku pakai bb cream . sampai dua layer . sebab nak nampak flawless . HAHA !*


*ini housemates saya . dari kiri Faeezah dan Sal . sorry , both taken . Faeezah dah kahwin pun . padahal umur dua dua tu 24 tahun*



*ini group saya , TEMENGGUNG .happening yet enjoying . 9 orang je lelaki . 22 perempuan . dah rasa macam time form 5 dulu je kelas nye *


*ini pulak time iftar kat Umbai last saturday . ada gambar reramai tapi tak clear . so , amek yang mana okay je laa*





tinggal kurang 2 minggu kitorang akan habis soft skill training ni .
after that semua akan berpecah ikut placement OJT masing masing .
i start to feel the nangis nangis moment .






kbai <3





Wednesday, July 17, 2013

.takde cuti.

Hi guys !
lama tak post entry baru .
entry bawah ni sesaje je post sebab takde mende nak buat dah .
HAHA !

aku dah habis study tengah bulan 6 ritu .
lepas result release , alhamdulillah , exam semua passed . yeayy !
konvo bulan 10 ni , insya allah .

aku dapat duduk rumah 2 minggu je sebab tu dah register untuk SL1M (Skim Latihan 1 Malaysia) under Telekom Malaysia .
sekarang masih dalam soft skill training selama 7 minggu .
dan masih berbaki 3 minggu sebelum aku di hantar untuk OJT dekat mana mana cawangan TM .

actually , aku memang tak ready nak kerja sebab cuti tak puas lagi .
2 minggu pun aku bukan ada kat rumah .
macam macam hal aku settlekan .
memang tak de istilah REHAT SELEPAS TAMAT BELAJAR untuk aku .
sebab tu bila ibu suh carik keje , aku buat bodoh , layan running man .
HAHAHA !

resume pun last minit nak buat , yakni sehari sebelum nak masuk SL1M ni .
banyak cite nak cerita pasal life dekat MMU ni *aku training kat MMU melaka* tapi sebab aku takde internet kat bilik , kelas pun takde komputer *ini pun pinjam kelas orang lain* , jadi memang tak lahh aku nak post new entry .

apa ? pakai handphone ? tak feel der ~

melaka - seremban - KL
tiga tiga tempat ni , paling tenang aku rasa seremban .
sebab bandar nye sunyi sepi .

kat KL banyak kereta tapi tak sebising dan seteruk melaka .
melaka kereta banyak + pemandu agak rude .
memang itu je yang aku nak cakap bila sampai sini .
nasib aku tak bawak kereta , kalau tak , dosa aku penuh kat mencarut je .
HAHA !

lagi satu teksi kat sini tak pakai meter .
memang nangis kalau bayar taxi .

setelah 2 tahun aku berpuasa dekat rumah , tahun ni aku kembali menjadi perantau .
sehari sebelum ramadhan , hati aku tetibe sebak , nak nangis bila fikir tak dapat sahur + buka dengan family .
over kan budak ni ?
macam budak tadika .
HAHA !

lepas tu yang aku perasan , aku selalu jugak lahh call ibu .
boleh kata everyday .
masa kat uia dulu , sombonggg ~
memang tak call , setakat SMS mintak duit je .

lagi satu , sekarang ni itew windu dekat Mr Engineer .
dah sebulan lebih tak jumpe :(
dia pun tanak jumpe kite :(


Me : awak balik klang eh esok ?
Mr E : aah . tengah malam gerak .
Me : awak tanak jumpe kite ke ?
Mr E : cene nak jumpe ?
Me : esok balik lahh sebelum buka puasa , boleh kite buka sesame .
Mr E : saya keje sampai petang .
Me : hurm , balik lepas buka puasa .
Mr E : dah ada plan dengan kawan kawan .
Me : K FINE ! benci awak 15 tahun ! *hang up phone*






*geram dekat budak ni*




kbai <3



Sunday, July 7, 2013

.petang ahad.

A : nak air ?
S : tanak .
A : nak roti ?
S : tanak .
A : betul ni ?
S : ye

si A makan roti coklat sambil berjalan .
di tangan ada sweater kesayangan .
si A asyik makan roti sambil coklat tertumpah kene sweater .

A : sayang , krim kene baju .

si S cari tisu nak lap krim tapi yang di lap kat tangan dulu .

A : tayah lap kat tangan , lap kat baju dulu . mahal taw abang beli ni . RM 20 .
S : berapa ?
A : RM 20 . mahal taw .
S : amboii , mahalnyee .
A : okay , apa kata sayang je pegang baju abang ni . haaa kan suwit gitu .
S : ehhh .






kbai <3

Wednesday, June 12, 2013

.penang , here I am.


kan aku ada cite pasal aku ke penang .
well , naik flight .
pehh , first time nak naik flight .
takde rase pape .
gua cool je .

bila dah naik tu rasa macam naik LRT je .
cuma kadang kadang tu kecut perut sebab airplane turun naik .
hehe :D

flight pukul 1050 pagi suppose tapi biasa lah air asia kan .
delay semedang .
gerak pukul 1105 pagi .
sampai sana dalam kul 12 tengah hari .

piji pick up kat airport .
terus pergi rumah dia .
sebab majlis tunang dia pukul 230 petang .

after majlis , dalam pukul 6 petang macam tu , piji hantar kitorang kat hotel .
aku dah exhausted babeng .
sampai bilik terus mandi .
kasi fresh sikit .

malam tu kitorang dinner pizza je .
ingat nak makan nasi kandaq tapi kedai tu macam tak berapa nak yakin .
sebab semua pekerja dia india .


*our dinner*

esok tu siap siap nak pergi wedding kazen dena pulak .
kat recsam ke hape tah nama dia .
lepak situ sampai kul 6 jugak .
memang flat dah aku time tu .
tambah pulak aku kene diarrhea sejak pukul 6 pagi .
memang tak cantik hari aku kan .



*my pretty Dena*

kul 745 malam , flight back to KL .
sampai KL dalam pukul 830 malam macam tu .
aku mintak ayah dena drop aku kat nearest KTM je .
tapi dia hantar aku sampai seremban .

sampai seremban , ayah ibu mai amik .
dan aku pun pulang ke rumah .

maka , begitulah flashback saya ke penang weekend yang lepas .



setelah berjaya menghasut adik aku , dia telah pun mendownload Perfect 365 ke dalam xperia beliau .
maka , inilah hasilnya .
wakaakaka !
eyeliner je yang ori , yang lain semua fake .
btw , i love my lips color.
ouchh ~



*sebab suke dgn fake ni , aku besarkan dia . HAHA !*







kbai <3


Tuesday, June 11, 2013

.end of exam and kenduri.


officially , aku dah habis study kat uia .
semua subjek dah diambil .
segala repeat paper telah ku repeat .
HAHA !

result keluar minggu depan .
takut sebab ada few papers yang aku rasa tak konfiden jawab ritu .
but who cares ?
i nak enjoy my holiday .

malam sebelum aku balik tu , sempat jumpa Mr Engineer dan paksa dia belanja aku dengan yana burger bakar abang burn .
nasib lahh yang oi .


*my Honeybaby :)*

lepas tu kitorang paksa dia pulak bawak kitorang tengok air pancut kat KLCC .
nasib baik sempat tengok closing .
kalau tak , nangis yana sebab kempunan .
hew hew hew ;D

*tanak guna nama sendiri*

pagi esoknya ayah mai amik .
maka bye bye KL .
insya Allah jumpa lagi konvo bulan 10 nanti .

jumaat tu orang dah start rewang .
sebab jiran nak kenduri kawen anak dia .
aku sempat tolong siang jumaat tu je .
sebab malam tu aku gerak gi umah dena .
esoknya nak fly pergi Penang .


*barang pelamin*



*masak memasak kat rumah ai*

cite penang , lain entry na .

sampai kesudah aku tak dapat jumpe pengantin baru tu .
ekceli pengantin baru tu crush ai masa ai sekolah dulu .
dia dulu ensem uols .
putih melepak , mata sepet , pemalu bagai .
ayah dia salu jugak kenenkan kitorang .
tapi ternyata bukan jodoh ai .
dia kawen dengan orang kelantan .
jumpa kat sane sebab dia polis kat kelantan .
la ni balik kelantan dah .






*ngeri tengok bilik sendiri . barang banyak macam hape . haihh perempuan*


*but dun wori , ai dah kemas semuanya . taraaa kemas kan bilik ai ? *




nanti i cite pengalaman ai first time naik flight .
wehuu ~




kbai <3




Sunday, June 2, 2013

.membebel sorang diri #foreveralone.

kelmarin ayah call , kata nak amik aku 7hb pagi sebab 5hb tu aku habis lewat petang .
aku pun happy lah .
dok canang kat kawan kawan yang aku balik 7hb tu .
so 6hb boleh g jenjalan :)

semalam , aku tengah gosok tudung nak keluar , ayah call .
"ayah amik 6hb lah , pagi"
aku pulak okay je .
lepas tu baru fikir bagai .
aku cadang 6hb nak pergi bayar saman .

okay , done cerita #1 .

semalam birthday ejad tapi aku pulak yang dilayan bagai puteri .
bak kata ejad , awak kan puteri saya sehari ni .
omeyomey sangat junior ni .
HAHA !

kitorang pergi Midvalley .
bapak jauh =.='
memula memang plan nak tengok fast 6 .
tapi bila sampai sana fast 6 is selling fast .
yang ada lewat petang .
memang tak lahh cite dia kan .
last last tengok the hangover 3 .
best lahh jugak bagi aku yang tak tengok part 1 and part 2 kan .
HAHA !

aku memang salu je tengok tengah tengah .
HAHA !

sampai bilik kul 7 suku .
aku dah flat babeng .
ikutkan hati sampai je bilik nak terus baring , tidooo .
tapi not nice , at least aku kene mandi .
HAHA !

lepas mandi , teman yana dinner tapi aku pun turut dinner .
puii lapaq baq hang walaupun siang tu aku dah makan mcflurry , popeye's dengan kek black forest .
HAHA !

done cerita #2

kelmarin aku call ibu nak bagitahu yang aku nak pergi penang .
ibu cakap "siapa nak hantar kau ? orang dah sibuk rewang kat rumah cik miah"
"eh , cik miah kenduri minggu depan ke ?"
=.='

crush masa jaman sekolah dah kawen .
sedih ai .
ai je belum habis belajar , belum kahwin .

well , 8hb , insya allah kalau takde hal , aku dengan dena akan ke penang .
first bff long trip :)

aku ajak ijoy "jom ikut kite g penang"
"tak taw lagi lah awak . kang saya janji , tak jadi ,awak jugak kecewa"
kfine .

done cerita #3

rini aku bangun kul 11 pagi .
lalalalaaa ~
ada email masuk kat bb kata kazen aku tagged kat fb .
dengan perasaan esaited tahap super saiya , bgn terus bukak fb .
kazen aku tagged gambar tunang kazen lagi sorang .

aku terus call ibu tetibe "harap maaf , kredit anda ....."
ciss , hp maxis takdo kredit pulak .
capai bb pulak .
nasib baik ada credit .

gosip gosip sikit dengan ibu pastu baru g mandi .
wakakaka perangai anak sape tah .

well , tahniah kazen .
kau yang pertama tunang antara kami .
abang abang kakak kakak belum berani lagi ni .
HAHA !

done membebel .

okay , aku rasa tu je cerita yang ada .

kbai <3

Wednesday, May 29, 2013

.A Date with Mr Engineer.

aku tak expect dia nak datang semalam sebab rini aku exam .
aku pun bantai tido petang semalam .
bangun tengok ada 5 miskol .
2 dari dia , 2 dari ayeed 1 dari senior aku .

aku terus call dia sebelum aku call yang lain lain .

Him : tido ?
Me : hurm .
Him : awak nak belanja saya lasagna tak ?
Me : tanak
Him : okay
Me : jangan buat lawak . duit saya tinggal RM 6 je ni .
Him : haaa okay okay . nak kua tak ?
Me : hurm (mamai)
Him : tak nak sudahhh .
Me : ouh , dah pandai ugut eh sekarang ?
Him : hahaha , dah pergi siap siap .

kitorang kalau keluar malam , memang naik genting punya .
sebelum naik puncak , mari lah kita menapau kek secret recipe barang seslice dua .
hew hew hew :D

chicken lasagna tade pulak T____T
memula dia cakap nak makan McD kat genting , dah turun , nak makan Kenny Rogers pulak .
patik turutkan sebab bukan ai yang bayar .
kan duit tinggal RM 6 je T____T

sampai atas hujan manje manje .
time nak balik , kemain lebat hujan .
mamat uh boleh pulak nak drift drift time hujan turun dari puncak .

"kita belum kawen lagi awak"

tu je cerita dating kali ni .




*tekak tak berapa nak masuk dengan kenny rogers ni . salad dia tu tak sedap langsung . Mr Engineer makan 2 helai pastu buat muka kekonon sedap . HAHA !*


*my HoneyBaby*



kbai <3

Thursday, May 23, 2013

.rekod peribadi #1.

sebagai seorang typical malaysian student , menjaga kehadiran ke kela situ sangat susah .
dengan nak bangun pepagi , lepas tu kalau petang dah malas nak pergi kelas sebab mengantuk .
sangat susah nak jaga .

tapi aku tak pernah dapat warning atau barring letter dari lecturer walaupun aku boleh kata selalu jugak tak datang kelas .
6 tahun kekalkan rekod . daebak kan ?

rekod lagi satu , aku tak pernah dapat MC .
kalau demam sampai tak boleh nak bangun pun , aku ponteng je kelas .
kan ada quota boleh ponteng kelas sampai 3 kali .
hew hew hew ;D

masa praktikal pun , aku tak pernah cuti .
ada sekali tu aku demam , aku tetap datang jugak .
sampai kak azimah cakap "kalau tak de orang nak tanda buku kau , kau bagi kat akak , akak bagi A terus. demam demam pun datang keje jugak kau ni"

bagi aku praktikal tu super penting .
tak sampai hati nak ponteng .
nanti orang tengok aku ni pelajar yang pemalas .
HAHA !
tu yang sakit sakit pun datang keje jugak .

aku tak paham dengan orang yang asyik MC je time praktikal .
kronik sangat ke penyakit kau tu sampai taleh nak datang keje ?
manje sangat !

eh eh termarah pulak
HAHA !




kbai <3

Wednesday, May 22, 2013

.Good Luck to Me and My Baby.


hye guys .
i'm in the middle of final exams right now .
1 paper down , 4 more to go .

esok my baby pulak start exam .
ouh , my baby here bukan Mr Engineer .
tadi bbm dia saje nak wish good luck .

Me : esok exam kul bape bie ? good luck and all the best .
Him : kul 8: 15 . insya allah . nanti tolong kejutkan k .
Me : awalnye , nak gerak kul bape tu ?
Him : kul 7 . bie kat bangi .

aku pulak dok fikir , kalau exam kul 8:15 , dah kul bape pulak nak kejutkan dia kan .
sebab dia ni dok tak menentu ,
sat kat kota damansara , sat kat gombak , sat kat setapak .
ikut suke dia nak balik rumah kat mana .

kelmarin exam , khusyuk sangat menulis 6 page tanpa henti sampai lupa keadaan tangan sendiri .
urat tangan kanan aku macam bengkak .
lama dah tapi ritu tak teruk macam rini .
rini sampaikan nak angkat phone pun tak larat .

tadi bawak motor pun macam tak larat nak pulas throttle .
tapi sebab darah rempit memang ada dalam diri , aku gagahkan diri jugak pulas sampai puas .
HAHAHA !

lepas tu nangis sebab tangan sakit :(

k lah tade pape nak cite .
till then .





kbai <3



Thursday, May 16, 2013

.Burger Bakar Abang Burn.


aku dengan yana dah lama mengidam burger bakar abang burn ni .
asyik tengok kat fb lepas tu telan air liur je .
sebab kitorang tak taw jalan nak ke sana T___T

sabtu lepas , kitorang dari taman tasik titiwangsa , terus ke sana ,
sesat ? haruslah !
nasib baik ada GPS hew hew hew .
sampai jugak akhirnya ,

masa sampai tu , ramai sangat orang .
memang tade tempat kosong .
sob sob sob .
kitorang decide tapau je bawak balik uia .

jadi , makan kat uia je .

entry ni super banyak gambar okay . harap tak muntah .
gambar gegar tu , maaf ye , sy pakai auto mode je .
hehe :D






*yana order burger kambing ni*


*aku order yang original menu ni*






*full house !*





*aku punye burger ayam*


*yana punye kambing bakorrrrr*




*myYana yang chantek*




*empunya blog yang gemokkkk*



perasan tak baju kitorang sama warna ?
first time pakai baju sesame kaler ni .
i iz teruja .
HAHA !






sekian melaporkan .
aku jugak kembali laporrrrr burger bakar .


ouh , btw , ni kat Dagang Avenue , Ampang :)

kat rumah aku pun ada , Taman Sri Pulai , Sikamat .



kbai <3