Friday, September 30, 2011

.untung ke rugi ?.

aku macam dah malas nak berblog macam dulu .
kalau aku taip merepek repek , ramai je yang komen .
tapi bila aku taip something yang aku rasa berinformasi , tade pun yang komen .
rasa macam semua penaipan aku gila tak bermakna T_T
























okay , merajuk sebenarnya .
pujuk lahh weyh .
tak pempaham ke ?



.cerita semalam.

petang semalam , lepas habis kelas management accounting , aku balik dengan dena .
lepas tu , dia cakap , kereta dia kat mahallah zubair .
ah sudahh , cene plak nak balik ni kann ?

lepas tu , dia mintak tolong kawan dia , tolong hantarkan dia kat zubair untuk ambil kereta .
kawan dia drive satria .

Aku : aku tunggu kat sini eh , nanti amik aku kat sini tau .
Dena : tak nak ikut ke ?
Aku : tak nak lahh , leceh , kereta dia 2 pintu .
Dena : demand . haha .
Aku : haha . leceh lahh .

dari dulu lagi aku memang tak suka kereta 2 pintu .
sebab selalu aku yang kena duduk belakang .
dah lahh sempit , nak keluar masuk payah , tak luas macam kereta 4 pintu .
kalau pakai baju kurung , seksa bhaiii ~
susah susah .

tak kisah lahh naik kancil sekalipun .
asalkan kereta tu ada 4 pintu dan tak susahkan orang depan if nak keluar atau masuk .

ye , memang lahh sporty tapi menyusahkan aku tahu .
HAHA !



ouh , cakap tak suka ni , kang dapat plak laki yang pakai kereta 2 pintu , ada gak yang terdiam nanti .
HAHA !







Thursday, September 29, 2011

.bersuka ria di hari khamis.


habis layan movie bini biniku gangster dekat wangsa walk , keluar layan tutti fruitti plak .
lama tak datang sini .

eh  sesambil study management accounting .
esok quiz weyhh .

sekian .

.nutritious food.

currently aku tengah nak kuruskan badan tapi macam biasa TAK BERJAYA .
HAHAHAHA !

last 2 weeks , aku beli fitnesse , alaaa cereal untuk kurus tu .
masa mula mula keluar dulu , ayah beli , bagi kitorang rasa .
sumpah tawar meleset okayy emping uh .
tapi sekarang dah sedap dahh .
sebab dia dah improve .
bagus !



makan fitnesse ni memang buat kau kenyang .
serious .
tapi aku ni jenis , selagi tak muntah , selagi tu makan , gila tak de disiplin .
jadi , tak kekurus .
HAHA !

untuk orang yang nak kurus , tahap disiplin tinggi , aku suggest korang makan fitnesse ni .
eh , aku nak cakap pasal harga sebenarnya .

baru aku tahu , harga fitnesse tu mahal . approx RM 15 sekotak .
pehhhh ~
selama ni dapat free je kann .
HAHA !

lepas tu , tadi , aku nak minum something yogurt macam tu .
kau tahu kann yang nestle bliss tu maha sedap ?
tapi harga dia juga mahal .
botol paling kecik yang like sekali teguk dah habis tu , harga dia RM 2.20 .
pehhhh ~
mahal betei .


last last aku amik nestle yogurt je .
135 ml = RM1.80 .
yang ni aku tak suka sangat .
sedap tapi tekak aku memang tak boleh go dengan yogurt .
rasa nak muntah bhai .
ini aku amek rasa strawberry .
kalau yang ori , aku rasa , memang sedekah kat tong sampah je lahh .
HAHA !



*ini bukan tong sampah . HAHA !*


Wednesday, September 28, 2011

.lagi tak suka, lagi nak tengok.

AMARAN : ENTRY PENUH DENGAN SINDIRAN TAJAM . KALAU TAK NAK BACA , SILA CLOSE TAB SEKARANG . SEKIAN .



lagi tak suka , lagi nak tengok .
betul takk ?
alaaa , ngaku je lahh weyh , tapi tak nak ngaku pun , ada aku kisah ?
HAHA !

macam aku , lagi aku tak suka , lagi aku kepochi nak tahu .
nak cari bahan buat gosip .
nanti takde lahh perbualan dengan rakan rakan terbatas .
balik balik cerita pasal pakwe , pasal sekolah , pasal kelas , pasal yuran , pasal belajar .
wuaaaa ~ bosan .
sekali sekala kena hadap dengan gosip .
baru rancak hidup .
HAHA !

tadi aku masuk blog dia .
iye , MASUK blog dia tapi tak bagi salam lahh .
aku nak tahu sama ada dia dah masuk main campus ke belum .
kalau belum , kau memang loser .
nak mereput kat matrix ke nyahh ?
HAHA !
kau REPEAT paper lagi ehh ?
ke kau amek "study leave" lagi ?

aku memang tak pernah minat nak baca blog yang asyik asyik post pasal iklan advertiser .
urghh ~ boringgg *yawning*

sesejak akhir ni aku tengok blog kau dah macam blog iklan kann ?
eh silap MEMANG BLOG IKLAN punnn .
no wonder lahh kau dengan so called sam (tah celah mana bf dia sama dengan sam aku pun tak tahu) boleh buat segmen fat breeding (translate ke English . poyo sikit ) lepas tu makan mahal mahal .
rupa nyaa ada yang bagi kau income beriban beriban .
end of month SHOW OFF dekat blog .
lepas tu , entry sengaja kau caps lock .
ouhh mannnn ~~


eeee . tak tahu lahh kenapa aku tak suka sangat dengan kau ni .
eh , bukan aku sorang , ramai je lagi .
lagi parah , ade yang konon baik dengan kau , tapi belakang kau mengata .
HAAH !
ini orang orang hipokrit , lagi teruk dari aku kann .

at least , aku baik sikit , cakap direct tak suka kau , yang lainn ?
HAHA !





















shaheizy sam , eiii gelikkk tahu .
uwekk ~




Tuesday, September 27, 2011

.we think this BUT others think that.

hai hai hai (sambil kelip kelip mata manja)
sumpah aku lupa aku ada blog .
sampai kan 3rd birthday dia pun aku lupa .
okay , tuan tak kenang budi .
HAHA ~

kau kenal siapa itu PEREMPUAN ?
perempuan ni obses dengan cantik, kurus .
termasuk lahh aku jugak .
aku pun nak cantik dan kurus tapi macam susah T_T

aku ternampak seorang perempuan yang kurus gila , perut slim and flat tapi first impression , uhh , she's look bad .
tak cantik pun kurus terlampau .
padahal pada perempuan  , lagi kurus lagi bagus .
perut flat itu idaman !
serius .
malaysian , nak kulit putih , but trust me , it's not beautiful at all .
pucat dan nampak gila tak berseri muka dia  =.='
padahal berkulit cerah itu lah yang menjadi impian .
sebab tu ada yang muka putih tangan gelap .
opss !

okay , aku ni gelap .
HAHA !

aku suka lahh tanya tanya orang , kau nak suami/isteri macam mana ?
NONE of them cakap "aku yang cantik , kurus, handsome , kaya"
NONE okay .
NONE maksud dia TAKDE .
semua cakap nak yang pandai jaga hati , pandai layan , multitasking , understanding and bla bla bla .
macam macam lagi lahh kriteria .

tapi mindset perempuan , "lelaki ni pandang perempuan yang cantik , sexy je"
padahal lelaki bukan kisah sangat hal physical appearance , diorang lagi menitik  beratkan hal hal dalaman .
contoh macam hati budi , perangai , pembawakan diri .
yang berdikari lagi lahh lelaki sukaaa !
mindset lelaki "perempuan ni nak lelaki kaya dan handsome je"
padahal perempuan mahukan lelaki yang bertanggungjawab , boleh jadi ketua keluarga yang boleh bimbing ke arah yang diredhai Illahi dan lain lain .
see ~ kita fikir lain , tapi sebenarnya orang lain tak fikir pun macam yang kita fikir .

so , no wonder lahh kenapa ada yang handsome dan cantik masih single .
bukan diorang tak laku tapi diorang masih mencari kriteria yang diorang nak .
kalau diorang nak , mesti tetiap tahun boleh tukar pasangan .
HAHA ! gila player ;D


okay , itu je nak membebel .
tata ;)

Friday, September 23, 2011

.pasal sekolah.

malam tadi , keluar dengan fizie , mood aku kelaut gilaa .
dia dah banyak kali ajak balik bila tengok aku macam takde mood .

"awak , jom kita balik eh , tak syok lahh tengok awak macam ni"

tapi aku buat pekak je .
drive je kereta tu .

aku macam penat pun ada , mood berterabur pun ada .
kenapa tah .
padahal fizie tuh sangat menyenangkan kot .

maybe sebab ...... kot .
HAHA !

tetiba macam mana , fizie bukak cerita asal sekolah .

"awak dulu sekolah mana eh ?"
"redza" malas malas je aku jawab .

setiap kali bukak cerita pasal sekolah , aku memang emo tahap gaban .
seriously , i HATE that school dan students dia sekali .
cikgu best tapi student macam cilaka .

ingat entry aku pasal kene buli time form 4 dulu ?
sebab itu lahh , aku benci sangat sekolah tuh .
even sekolah tu dah buat aku berjaya masuk UIA tapi still , rasa benci tu sampai mati aku rasa .
grr .

dalam kepala aku asyik cakap , budak sekolah tu jahat .
memang perangai macam setan !

tapi benda yang kita benci tu lahh , yang stick dengan kita .
buktinya , adik adik aku sekolah situ , dan kalau aku cuti , diorang sekolah , aku yang kena amik diorang , still kene pergi jugak sekolah tu kann ?
even , kalau nak pergi mana mana , still kene jugak lalu sekolah tu .
HAHA !

lagi satu , aku dengan budak budak sekolah aku ramai yang dah benci antara satu sama lain .
tinggal berapa kerat je .
itu lagi lahh menambahkan teori aku mengatakan budak sekolah tu jahat .
huh .

lepas aku tinggalkan sekolah , aku tak pernah lagi pergi kenduri kahwin budak sekolah aku .
seboleh habis , aku bagi alasan paling mantap yang klise .

"tak boleh balik , ada hal kat uia. sorry"

kejam ?
semua benda yang berlaku ada sebab okay .
bukan sesaje .
kalau pergi tapi kita dibaratkan tak wujud dan akan ada yang mengata belakang , tak payah lahh .

ouh , hukum tak pergi kenduri kahwin berdosa ?
boleh cakap maaf , tak dapat pergi , ada hal lain .
senang kann ?
hehe ;D



hari ni ada open house , esok ada kenduri kahwin .
kenyang makan aku .
wehuu ~

Thursday, September 22, 2011

.tips untuk dapat pakwe handsome.

di suatu petang , 2 orang rakan baik sedang duduk di KLCC .
melepaskan penat berjalan tawaf KLCC .

A : cene nak dapat pakwe handsome eh ?
B : haah , aku pun nak jugak , cene eh ?
A : stress lahh tengok pakwe orang handsome handsome .

perbualan terhenti di situ .

di dalam kereta , otw keluar ke jalan utama Kuala Lumpur .

B : kau tengok tak episod akhir ana lulu ?
A : hurmm . tak , kenapa ? apa ending dia ?
B : kamal adli cakap kat ana yang dia tak kisah lahh walau ana macam pelangi , pakai warna warni tapi yang dia tahu , ana ni sentiasa positif , baik , suka tolong orang ..
A : ha ! aku dah tahu cene nak dapat pakwe handsome , kita kena pakai macam pelangi macam ana lulu tu . hahahaahaha !
B : ahaha ! banyak lahh kau .
A : hahaha , takde lahh , kene positif , baik , tolong orang , baru lahh pakwe handsome terpikat . yeay !









jadi , aku kene berubah jadi tiba tiba suka senyum dekat orang , tak sombong , tegur semua orang , pakai warna pelangi eh ?

HAHA !
ini gilaa ~ gila tak diri sendiri .
hipokrit !





Monday, September 19, 2011

.perlu ke kawan ?.

kau pergi kelas dengan kawan ke ?
atau kau sekelas dengan kawan kau ?

aku pergi kelas sensorang .
dalam kelas pun sensorang .
pergi makan pun sensorang .

aku tak kisah .

sebab pada aku pergi kelas dengan kawan akan buat kau lambat .
sebab apa ?
kau berjalan dengan kawan kau sambil bercakap .
kalau bercakap , mana boleh jalan laju laju kann ?
pembaziran waktu di situ .

jadi , aku prefer jalan sensorang .
jimat masa dan tenaga .
boleh simpan tenaga untuk bercakap sepuas hati bila aku mahu nanti .

kalau ada kawan sekelas .
tadi kau dah berjalan ke kelas bersama , kita masuk ke kelas yang sama juga bersama .
most of the students , perempuan lahh .
lelaki aku malas nak kisah sebab diorang tak banyak hal except tidur dalam kelas .
itu hobi lelaki ;D

student perempuan dia suka bercakap tahu .
tadi time jalan dia dah bercakap , now time dalam kelas pun bercakap lagi .
kadang kadang aku naik rimas dengar suara diorang .

pesen aku , aku memang suka duduk belakang .
sebab aku malas nak kene attack tapi aku fokus okayy dalam kelas .
plus aku takde kawa nak ajak borak .
jadi pembaziran tenaga dapat lagi dielakkan .
HAHA !

pandai tak aku ?






ala , relax lahh , jangan lahh terasa , ini aku cakap sisi gelap , sisi cerah banyak kot .
cheers ;)



Sunday, September 18, 2011

.susah.

orang kata , barang yang lepas , jangan dikenang .
aku pun cakap benda yang sama kalau nak bagi semangat kat kengkawan yang baru lepas clash .
tapi aku sendiri buat benda tu .

barang lepas jugak yang aku kenang .
sampai boleh gila .
HAHA !

frankly speaking lahh kann , aku susah gilaaa nak lupakan MR.XOXO .
jangan kau tanya siapa , aku ada cerita pasal dia kat dalam ni .

sejak aku tahu dia dah ada facebook , boleh kata seminggu sekali , kalau teringat , aku akan stalk fb dia .
apa apa yang dia comment dengan gf dia pun sebok aku nak taw .

okay , call me penyibuk , i don't care , lalalaaa ~

even tengok gamba dia dari side pun dah boleh buat aku tetiba rasa rindu gilaa , ini pulak dari depan .
memang aku pengsan .
HAHA !




cuba gak lupa kan dia tapi susah ahh .
cinta pertama memang cenggini ehh ? *tertiba rasa nak keluar balik nasi lemak aku makan tadi bila sebut cinta pertama*









teringat teringat teringat .



.selamat menempuh fasa hidup yang baru.

Kepada :
Aishah dan Suami ,



Selamat pengantin baru Ecah .
Semoga jodoh kau dengan Hafiz dipanjangkan Tuhan serta dimurahkan rezeki .



Daripada :

Ain




walaupun Iti dan kau kata , laki kau tu kawan kita time kekecik tapi sumpah aku tak ingat siapa dia .

Saturday, September 17, 2011

.untuk you.

Terima kasih sebab bagi I rasa sayang yang sebenar terhadap seseorang walaupun sayang I tak berbalas .




Thursday, September 15, 2011

.harga dan tempat nak beli kaftan.


model adalah nabil dan innz . eh dan kelihatan tangan syaz di kiri . hehe ;D

since ramai yang tanya "innz , cantik baju , beli kat ne eh ? berapa ?"
sebelum tu , untuk sesiapa yang tak tahu ini baju apa , ini namanya KAFTAN bukan KAPAN .

kaftan macam baju tidur yang baju kelawar tu tapi versi cantik .
kaftan aku ni takde beads , yakni manik .
tak sarat , simple .
just labuci around V-neck dengan pinggang .
and ada tali di belakang nya .
macam baju orang pregnant tuu .

baju ni ade lining tapi still kene pakai inner okay .
jarang jugak .

aku beli baju ni kat BUTIK FIRST LADY dengan harga RM 79.50 .
plus inner FIRST LADY yang mahal gilaa , it become RM99 .
approx RM100 .

tapi kalau kau dah ade inner , tak yah lahh beli lagi nyahh .
jangan membazir , itu kerja syaitoooonnn .
HAHA !


banyak lagi design and warna kaftan ni kat butik tu .
pergi lahh tengok yep ;)

sekian .
sebarang pertanyaan lanjut , tidak akan dilayan sama sekali .
kaunter closed .
HAHA !



.rindu nak baca entry baru ehh ?.


aku suka baca novel .
dan aku baru menghabiskan sebuah novel yang aku beli semalam .

tajuk dia Juara Carta Cinta .
novel ni dah lama .
aku je yang ketinggalan bas balik perak .
HAHA !

kalau sebut pasal novel , mesti lahh semua cerita dalam tu tipu dan imaginasi penulis semata mata .
tapi kadang kadang rasa macam orang bodoh pun ada bila baca novel ni .
sebab its nothing sebenarnya .
tambah tambah orang yang menghayati cerita .
siap boleh tumpah air mata .
aku pun pernah jugak lahh .
HAHA !

setiap novel yang aku baca , tak sah kalau tak kahwin .
mesti kahwin punya .
lagi klise bila kahwin paksa , kahwin mengejut , kahwin tapi tidur berasingan , kahwin tapi tak sentuh , kahwin tipu depan mak bapak .
muak okay tapi sebab minat membaca novel , tah lahh .
boleh pulak aku hadap semua tu .

pelik pelik =.='

aku memang tak sukaa baca novel berunsur thriller ke cerita ajaib ke , itu lagi super membongak .
tak masuk dek akal langsung .
at least cerita cinta , ada lahh logik jugak .
kalau aku baca cerita cenggitu , lagi aku rasa super duper bodoh .
HAHA !

lagi satu aku tak suka baca novel online .
juling mata ngadap skrin .
kalau komik , tahan lagi .
ini tulisan menjelaaaaa macam karangan sekolah .
huu ~ sama lahh macam aku tak suka baca blog yang menjela jelaa .
eh , entry aku menjela takk ?
tak kann ?
dia ke bawah kann ?
hehe ;D

aku sebenarnya dah tak tahu nak cakap pe .
entah kenapa semangat nak berblog tak macam dulu .
cerita pun seakan takde .
idea lagi ke sungai .




tapi bila ada orang cakap , dia rindu nak baca blog aku , terus semangat nak update walaupun entah apa apa .

nak cakap pasal blogger pun , aku dah tak amek port langsung .
lantak kau lahh , nak gaduh ke , nak jual muka ke , nak jual tudung ke , nak kawan dengan retis ke , nak perasan bf kau shaheizy sam ke (ops!) , lantak weehhh  , lantakkk .

yang aku tahu , aku pergi kelas , jalan kaki .
HAHA ! tade kaitan , okbai ;D


Sunday, September 11, 2011

.I'm back.

As everyone know , today I'm going back to IIUM after 2 months + of holiday .

woke up at 930 AM , packing up my stuffs and kuih raya . hehe ;)
as ibu asking me "tak nak bawak balik kuih raya ke ?"
since semalam aku cakap "ibu , akak sangat suka makan kuih raya yang akak buat ni . sedap" .
puji diri sendiri nampaknya .
HAHA !

Ayah bawak my Nabil while me driving his FL heading to Kuala Lumpur .
yang pasti , even ayah keluar dulu dan tak payah stop at any tolls , aku tetap leading .
nak kata aku drive laju , 120 /130 km/j je aku tekan minyak .
itu pun FL dah gegar .
standard lahh local car , we can't expect it as BMW even it's newly bought .
HAHA !

okay , did you see I'm a bit poyo typing in english for this entry ?
HAHA !

dah lahh grammar ke laut , ada hati nak tulis in english .
lalalaaaa ~

ini namanya aura IIUM dah sampai .



selamat berkelas esok !

.orang orang famous datang ke open house sayaaaa.

tajuk nak bagi kau jeles je kann ?
HAHA !

first of all , terima kasih banyak banyak dekat my friends yang datang tadi .
aku adalah SANGAT HAPPY !
memang tak rasa penat langsung .

aku rasa macam ralat sikit sebab tak dapat nak fairly equal layan diorang .
maaf ye .

tapi percaya lahh aku sangat sangat terharu dan hargai kehadiran korang semua .
this is my first time buat open house untuk my friend .
last year buat jugak tapi aku takde .
aku dah balik uia , baru parents aku buat .
sentap disitu .

paling best kawan kawan sekolah lama aku ,yang dah lama gilaaa tak jumpa datang jugak .
sesat sesat bagai .

Zetty , Huda , Wani , Intan .

paling siot bila tengok aku yang semakin mengembang dengan berjaya nya .

"farah , aku tengok kau dah macam mak orang dah wey , dulu time sekolah camni ha (sambil tunjuk jari kelingking) , kalau dulu  , angin tiup kau yang terbang"

hiperbola kann nak gambarkan kekurusan aku .
HAHA !

itu cite masa umo 13 14 kot .
sekarang , sangat maju oke .

guest paling awal adalah bebudak uia .

Pian , Firdaus , Syakir , Azma 

sumpah aku kelam kabut masa tu .
dengan aku yang tak siap .
makanan tak siap masak lagi .
pehh ~ nampak sangat aku gelabah .

bloggers famous yang datang dari jauh .

Hizami dengan Adie 

ini sumpah buat aku terharu gilaa .
jauh , dari melaka .

lepas tu , Kak Adrina and her boyfriend , Firdaus , lagi sorang member zami , siapa ya nama dia ? saya kelupaan tapi saya ingat muka kamu ;)

kengkawan taman .

Fizie , Firdaus , (kawan diorang tak kenal) , Hafez , Azizul .

azizul uh kene paksa baru datang okeee .
mengada sungguh beliau .
lepas tu tak sesudah cakap aku lelaki yang berpakaian perempuan .
ciss sungguh .
nasib kau tinggi , kalau tak , aku ketuk bagi pendek .
HAHA !














terima kasih tak terhingga untuk korang .
meh peluk cium .
yang lelaki  ohh haram .

HAHA !



Friday, September 9, 2011

.basuh motor bersama Haiqal.

ahad nak balik uia dah .
jadi , Nabil wajib di basuh .
dah setahun aku rasa tak basuh .
okay hiperbola di situ .
HAHA !




*ini Nabil dan adik dia yang dah siap ku madikan . mengada tahu . mandi sampai mencederakan kakak comel dia ni *

ni pulak Haiqal .
cucu jiran depan rumah aku .
baru lepas mandi .
tu yang berbedak topong gomak tu .
hehe ;)

bapak dia pure chinese bhai .
tapi dah convert Islam lahh of course .




okay , itu je cerita hari ni .
berpeluh peluh aku basuh motor .
tu lahh , bangun lambat lagi .
hehe ;)

chow ;D

Thursday, September 8, 2011

.mengidam ? teringin ? .

"akak terasa nak makan kek coklat lahh"
tapi ibu takde respon .
tapi ayat biasa dia .
"buat je lahh"


since aku memang suka bab bab buat kek ni , jadi , ini lah hasilnya .
adik aku komplen banyak telur plak .
ku pok kang .

tapi macam biasa lahh , presentation , aku memang failed !
HAHA !






tak yah nak tempting sangat .
HAHA !

.obses ke sayang ?.




perempuan yang selalu bercakap pasal boyfriend dia , itu normal .
dah memang itu sifat perempuan .
sesuai dengan kejadian beliau sebagai seorang perempuan .

tapi macam mana pulak dengan lelaki yang buat macam tu ?





kalau kau tanya aku , direct je aku jawab .
"euww ~ obses dengan girlfriend sendiri , tak MAN langsung ."




aku tak respect lelaki macam ni .
come on lahh , jangan memalukan kaum adam dengan perangai kau yang macam perempuan .
sissy eh ?





Wednesday, September 7, 2011

.Open House Invitation.

rumah aku jarang buat open house .
ni pun aku yang request .
kih kih kih ;p
tambah pulak raya this year macam tak kena masa .
rushing .

ramai yang dah balik univ last sunday .
so , yang tinggal pun tak ramai .

mula mula ibu cakap nak buat open house ni untuk kengkawan kitorang 4 beradik je .
tapi bila fikir balik , rasa macam tak ramai yang akan datang , terus tukar jadi , SEMUA ORANG ADALAH DIJEMPUT HADIR .
jiran tetangga , kaum kerabat , sahabat handai ibu ayah aku aliff ami adik .
skandal , boyfriend , girlfriend , anda juga dijemput .
HAHA !


rumah aku kat SEREMBAN .
jadi , sesiapa yang tinggal kat seremban atau kawasan yang berdekatan , ANDA DIJEMPUT UNTUK JOIN MAKAN FREE .

Tarikh : Sabtu , 10 September 2011
Masa : 8:00 malam hingga 10:30 malam (depends)
Alamat : 99, Jalan College Height 2 , Taman College Height , Sikamat , 70400 Seremban , Negeri Sembilan .
Direction :
Dari Tol Seremban ;
Keluar kiri .
Jalan terus sampai nampak Dataran Seremban on your left . ( second traffic light , ada signboard "Selamat Datang ke Seremban" ) Lepas traffic light tu , terus lagi .
Traffic light pertama (Shell on your left) , masuk kanan .
Traffic light ke dua (KFC on your left) , masuk kanan .
Jalan terus sampai nampak A&W , kat second traffic light (before A&W), masuk kiri .
Jalan terus , ada roundabout , masuk ke pukul 3 .
Jalan terus , ada roundabout , masuk ke pukul 12 .
Jalan terus , ada traffic light , terus lagi (Kem Askar on ur left) sampai jumpa Balai Polis Sikamat . (on ur way u'll find high school , IPG)
Masuk kiri before the traffic light .
Jalan terus (Masjid on ur left) , ada simpang 3 .
Masuk kanan . Jalan terus naik bukit sampai nampak Kolej Tafe .
Before kolej tu , ada taman perumahan , simpang ke kanan .
Masuk simpang tu , jalan terus , rumah no 99 , near to second bumper .

In case tak tahu jalan , do call me 017 3505905 .


sekian .
any queries , sila kemukakan di inbox fb / inbox hp since aku dah bagi kau no phone aku ?





jangan nak segan silu okay .
innz je pun ;p


*kau takde gambar lain eh innz ? -TAKDE !*

jemputan besar besaran aku buat .
kat fb , hp , blog . twitter je belum ;p



.raya with bloggers.

awas ,entry ini mungkin panjang dan penuh dengan gambar kaler pink pekat .
agak agak akan sakit mata , anda dinasihatkan untuk memakai cermin mata hitam .
HAHA !

kalau tahun lepas , aku beraya dengan Zack .
tapi tahun ni aku beraya dengan ramai bloggers !
ala , kan aku dah bagi teaser kat entry entry before .
aku letak gambar je .
malas nak type penuh .
hehe ;)

sekarang , the DSLRian dah upload some photos , and aku dengan tanpa segan silu , telah mengcopy the pictures ;p

tak tahu kenapa this year aku rasa nak beraya dekat melaka .
kat seremban aku rasa takde sape .
so , aku cakaplah Zami , nak pergi rumah dia .
memula decide hari sabtu tapi ade hal , tunda ke hari ahad .

Zami ada cakap nak ajak pergi raya rumah kawan kawan dia .
and aku pulak tak terfikir kawan kawan dia uh bloggers .
masa aku sampai uh dah ade 3 orang .
aku kenal Daniel Adie je , Amir dengan Fikri , aku tak kenal .

aku blur =.='

lagi blur bila aku dengan Syaz je perempuan .
yang lagi 6 orang lelaki .
pehh .
segan =.='


*first lunch di rumah zami . bihun goreng sedap .*
picture credit to  Fikri

masa lunch kat rumah Zami ni , aku dah feeling feeling artis .
first time aku makan dengan adanya flashing dan bunyi camera .
pehh ~ terasa ke retis an itu .
HAHA !

mereka semua photographer , model .
first time join diorang .
tapi memang fun lahh .
Qarl ni kelakar oke orang dia .
dah pinggan ke berapa dia suap bihun tuh tapi still cakap "eh , I baru nak makan okay" .
nice ;)


*us*
picture credit to Fikri

selesai kat rumah zami , kami ke rumah Adie pulak .
jauh gak rumah dia .
eh , sebelum tu , aku dengan Syaz naik kereta Zami taw .
ade yang jeles tak ?
hehe ;)


*di rumah Daniel Adie. ce tengok langsir kat belakang tuuu , chanteq okayy . adore it much ! bersungguh aku bercerita kat ibu ;)*
picture credit to Fikri


Adie buatkan spaghetti untuk kitorang .
dia masak sendiri kot .
wuu ~ terharu dan sedap pulak tu .


*ini lahh cikgu Adie bersama aku dan Syaz*
picture credit to Daniel Adie 



*lagi gambar bersama ;)*
picture credit to Daniel Adie 

selesai di rumah Adie , kamu pekena coconut shake pulak .
kat Alai .
siapa tah mengidam nak coconut shake ?
Qarl ke Nabil ?
ke both ?

sedap lahh untuk aku yang first time minum ni .
tak boleh nak compared dengan apa apa ;)



*kami lagi *
both pictures credit to Hizami 


kami berpecah kat sini .
Nabil dengan Qarl balik KL .
Fikri dengan Amir ke tak tahu tapi masih dalam area melaka .
aku , Syaz dan Zami ke Jusco .
hehe ;)

kesian Zami kene bawak kitorang round melaka .
aku boleh kata first time gak lahh sampai melaka .
memang blur habis .
time kekecik pernah lahh gi zoo , taman buaya pe sume .












thanks for the memories guys ;)
harap dapat jumpa lagi .
lepak sesame ke ;)

mesti dah tak segan silu macam hari tu .
HAHA !




Tuesday, September 6, 2011

.the pictures #2.


suka gilaa pic ni . aku susah ahh nak senyum tayang gigi . HAHA !
baju aku ni KAFTAN bukan jubah okayy .


seronok kenal kawan baru ♥ ♥ ♥






pictures credit to Hizami Li 


Monday, September 5, 2011

.the pictures.


dia punya rumah cantik .
aku begitu adore dia punya langsir .
dia jahit sendiri .
cantik gilaa ~
aku yang perempuan pun tak reti nak jahit cantik macam tu kot .
HAHA ! *malu*

thx for the spaghetti adie ;)


masa kat rumah zami , aku macam blur , siapa Nabil ni .
muka macam pernah ku tatap , tapi siapa ek ?
dalam kereta baru tanya zami , "nabil tu siapa ?"
rupanya bestfriend Hanis Zalikha .
perghh ~
baru teringat pasal entry Hanis yang pergi Germany , and Nabil as her tour guide .

dia sebaya aku kot .
ini gila tak sangka .
muka matured .
aku ? budak form 4 kann ?
HAHA !

aku nak camera macam Nabil , boleh ?


Irfan 
Irfan takde blog .
sebab irfan tak reti main internet lagi .
heheh ;)


aku tak kenal dia ni before .
tapi sekarang dah kenal .
model yaww ;p
tinggi melampau .
rupanya adik .
HAHA !



eh eh , sedih ni .
gambar dengan Hizami tade ?
apakahh ?
cene boleh miss ni ?
orang penting uh , tanpa beliau , aku tak berjumpa dengan mereka .
wuuu ~

dengan Qarl and Amir dengan Syaz pun tade .



tapi , takpe .
banyak lagi cerita .
ini gambar dari camera aku je .
yang lain , kene tunggu the DSLRian upload kay .
rasa macam artis pulak beraya semalam .
HAHA !



Sunday, September 4, 2011

.coconut shake special.



sedap !

Friday, September 2, 2011

.new ring for me !.


tukar dengan cincin lama .
cantik takkk ?

Thursday, September 1, 2011

.raya in pink.

2 hari raya berturut aku pakai baju pink .
raya pertama , kaftan pink .
sekali sama pulak kaler dengan shaqir .
kene bahan sekali .
HAHA !
nais ;D

*same kann ?*

ni raya kedua .
nak balik seremban dahh .

ouh , perkenalkan , pakwe baru ai .
bHAHAH !

jangan merepek .
ni kazen aku .
abang tembam nama dia ;p


gambar sume macam gegar .
sebab tu aku tak suka orang lain ambik kan gambar .
aku tak puas hati .

tapi kalau aku yang snap , cene nak ada muka aku dalam gambar tu .
ye dakk ?
jadi , ku redha kann je lahh .
edit selagi boleh ;p

ni antara kazen perempuan aku .
belah ayah , ramai anak perempuan dari lelaki , eh ke balance ?
HAHA !





raya ketiga , aku pergi rumah tok wan aji dengan mak je .
aku je yang follow ibu ayah .

disebabkan aku sorang je yang ikut , duit raya 3 kali ganda dari biasa .
HAHA !

tak sia sia aku ikut ;p
adik aku berapi je .









tapi sumpah aku terkejut ah .
selama aku hidup , tahun ni duit raya paling banyak .
padahal aku dah 21 TAHUN kot .



lagi pelik bila abang tembam tu pun dapat duit raya .
HAHA !

asyik kene bahan dengan aku je ;D