Meet This Blog In Facebook !

Wednesday, February 24, 2010

.ibu.

saya nak jadi budak kecik.
yang menangis sebab tak sehat.
badan lemah.
panas seluruh tubuh.
muka pucat lesi.
muka nak nangis je.

saya nak jadi budak kecik
yang seret bantal busuk
nak tido kat bilik ibu
nak ibu jaga sepanjang malam
nak tido selubung dengan selimut tebal ayah

mase kecik-kecik dulu
ibu salu tak tido kalo saya demam
kalo ibu tido pun
mesti ibu tido dengan saya dekat tepi katil

dengan air dan kain tuk jelum saya
saya bukan manja tapi saya memang kene dijaga
sebab kalo saya demam
saya selalu kancing gigi

kadang-kadang tengah-tengah malam
kalo saya merengek
ibu akan bangun tengok saya
tanya kenapa

tapi sekarang da besa
ibu da tak tidur kat katil jaga saya
saya jaga diri sendri
cuma kadang-kadang ibu jenguk tengok saya dalam bilik
buatkan bubur untuk saya
kejut saya bangun pagi-pagi suh mandi
hancurkan panadol untuk saya
sebab saya ta reti mtelan pil

tapi itu kalau saya kat rumah
sekarang saya kat hostel
ibu tade nak tengok saya
ibu tade nak buat bubur tuk saya
ibu tade nak hancurkan panadol tuk saya

saya cuma boleh mesej dan cakap
"akak tak sehat ler.da beberapa hari batuk n selseme."
petang tu ibu balas
"alif pun tak sehat.dia demam.da pg hosp rasah.doc ckp tak demam.bg mc je"


saya nak jadi budak kecik
nak dijaga oleh ibu
bukan selalu mmintak dimanja
:)





hanya mampu mengadu pada abg dan ibu.
encik kanda bz.
dy x kn lyn.


1 bantah cakap cikgu:

RobinHood said...

Semua orang pun nak kalau jadi budak kecik! sronok! dimanja! xda masalah!

demam sgt teruk ke...?