Meet This Blog In Facebook !

Tuesday, January 31, 2012

.project besar !.



ini lahh projek aku tuwww ~ -> referred entry 


yang ni aku buat bekas letak barang mekap .
heheh ;D


.banyaknya gencu maklong.

hari sabtu lepas , qistina datang rumah .
masa tengah bukakan baju dia untuk mandi , dia nampak barang mekap aku atas meja .
dia pegang lipice satu .

"maklong ada gencu ? qistina pandai pakai gencu taw maklong. qistina nak pakai boleh ?"
"lepas mandi nanti qis pakai "

dia mandi sensorang , sangat excited dalam bathroom .
kejap kang dia jerit panggil aku .

"maklong ... maklong ... tengok qistina gosok gigi"
"maklong ... maklong .. mata qistina pedih" - mata kene sabun .

lepas siap pakai baju , marilah kita pakai mekap .
dia keluarkan semua lipice aku .
susun satu satu atas meja .

"banyaknya gencu maklong. hurm , nak pakai yang mana eh ?" sambil buat muka tengah buat pilihan .
aku gelak je .
"qistina nak pakai yang ini lahh" tunjuk dekat lipice color .

aku nak pakaikan dia marah plak .

"qistina pandai pakai sendiri"
yolahh , pakai lahh kau .

pagi tadi aku bangun tengok ada parcel atas meja .
tengok tengok aku punya .
heeee ;D
dari lipice lagi .

ingat lagi tak entry untuk kontes lipice ritu ?
aku tak menang hamper RM 200 tu tapi dia bagi token of appreciation katanyaaa .
seronok bhai !



*dapat dua benda tadi iatu dua dari kiri . yang hitam tu macam gencu weyh ! ouh btw , ini lah koleksi barang free dari lipice . aku beli  lipice color je . yang lain sume lipice bagi free .lipice sheer color yang tinggi tu dapat menang kontes kat facebook , yang 3 kekecik tu sume sample *


*ini lahh qistina *

aku ada post video dia pakai bedak haritu .
aku sendiri tak sangka aku sekarang gila mekap sebab aku adalah ganas masa kecik dulu .
HAHAHA !











kalau namanya perempuan , perempuan jugak .

Monday, January 30, 2012

.projek orang dah sehat.

alhamdulillah , aku dah sehat .
tadi A tanya demam cene ?
aku jawab , demam dah lari , dia pi cari A plak .
hehe ;D

lepas mandi pagi tadi , aku terus dok depan tv , gegulung paper .
malam tadi before tido , aku terasa nak buat kraftangan dari newspaper .
asyik fikir sampai susah nak tido sebab tak sabar tunggu nak siang .
HAHA !

aku buat ikut logik aku je , last last aku gugel jugak .
HAHA !
tengok cene buat , dan aku berjaya buat pasu bunga .
ibu kata cantik !
bila part ibu puji , aku memang kembang semangkuk sebab usaha aku tak sia sia
wink wink *___*
tapi bila adik aku balik , dia cakap aku macam budak budak main paper bagai .
"kak ,umur kau dah 22 tahun , dah boleh mengundi tapi perangai macam budak kecik"
hurm , kecik hati aku . T_____T

nak upload gambar tapi cable hilang entah ke mana .
haih ~ stress aku .

esok nak buat lagi .
buat sampai bosan .
dah bosan nanti , buat benda lain pulak .






kalau cantik bekas tu nanti , aku ingat nak buat giveaway lahh .
hadiahkan kat korang , nak tak ?





Sunday, January 29, 2012

.demam yang best.

masih demam tapi hati gembira walaupun ada cedera sikit .
terima kasih A !


Saturday, January 28, 2012

.klip 3gp terhangat.

qistina is 5 years old .

video



Friday, January 27, 2012

.wajib garang !.

masa aku kekecik dulu , ayah sangat lahh garang .
jangan sekali dia dengar kau menjerit , tangan kasar dia naik ke muka .
jangan sekali kau melawan , sepak terajang makan dia .
jangan sekali kau buat adik bongsu menangis , memang hanger yang kau kena .

masa kekecik dulu , kalau tengah main , tetiba adik bongsu nangis , kitorang tutup mulut dia kuat kuat sebab tak nak kene pukul dengan ayah .
adik bongsu sangat beruntung sebab dia tak pernah kene pukul dengan ayah .
aku ?
yang sulung kot , aku lahh pioneer yang kene .
HAHA !

sebab masa kecik dah selalu kene pukul , kitorang 3 beradik sangat takut dengan ayah sampai sekarang .
nak cakap apa apa , fikir dulu .
risau ayah marah .
ayah dah tak pukul sekarang tapi sekali dia marah , memang scary okayy .

tapi sayang , adik bongsu tak pernah kene pukul dan kesan nya , dia suka bercakap , menjerit tanpa fikir .
dia pun tak takut dengan ayah .
aku pulak yang risau gila babeng bila dia menjerit sebab aku tahu perangai ayah macam mana .
aku sedih bila adik adik kene pukul .
memang aku nangis sekali .
HAHA !






ayah kau garang tak masa kau kekecik ?
kau pernah kene pukul , sepak terajang tak ?



Thursday, January 26, 2012

.hati yang belum tetap.

disebabkan aku single , jadi aku bebas nak usha sesape yang aku suka .
orang tu suka/tak , belakang kiraa .
yang penting aku suka dia .
HAHA !

currently , ada 2 orang yang aku selalu text , to be exact , everyday !
namely A and B .

A is at my age and working while B also at my age and still studying .
aku kenal A dulu before B .
A pernah propose aku jadi steady girlfriend tapi aku macam tak yakin, so aku tolak .
B tak pernah propose lagi .

sebenarnyaaaa , hati aku macam nak ke B tapi bila tengok kesungguhan yang A tunjukkan , aku jadi keliru .
A or B ?
tapi B tak de pulak usaha nak usha aku ke hape , aku je yang usha dia tapi dia macam L sikit .
tak pempaham .
adoiyaii ~

few days ago , I decided to go for C .
HAHA !
he's working and not at my age .
tapi C nampaknya macam takde harapan untuk aku tackle .
okay , yang ni , aku KIV dulu .

entah lahh , sebetulnya , aku belum ready untuk sebarang komitmen .
hehe ;D
tapi bila orang sekeliling mula bertanyakan hal pasangan aku , aku jadi tertekan .
cincin yang dah bertahun aku pakai pun jadi isu kot .
salah ke aku pakai cincin emas sesaje ?

chill lahh babe , baru 22 tahun , banyak masa lagi .
habiskan study dulu okay .
(penyedap hati sendiri )





A B C = aku yang usha bukan aku nak bajet hot aku ni ramai yang nak ehh .
kang ade plak haters yang komen kata aku perasaan .
aku yang tackle diorang bukan diorang tackle aku .
HAHA !





Tuesday, January 24, 2012

.what's on your mind #3.

jangan lahh tambah dosa aku mengumpat dalam hati dengan lihat gambar kau dengan bukan muhrim berpeluk , bercium semua . maaf , aku terpaksa remove kau . maaf .


Monday, January 23, 2012

.apa perasaan anda ?.

apa perasaan anda bila orang yang anda suka , anda stalk hari hari tiba tiba inbox dan tinggal phone number ?
apa perasaan anda bila orang yang anda suka , anda stalk hari hari tiba tiba bagi respon positif ?















aku tersenyum lebar dari semalam .
mood sangat happy !

Sunday, January 22, 2012

.balik kampung lagi.


lepas zohor tadi , ibu ajak balik kampung .
petik buah lagi lepas tu lepak lepak dengan family .
aku dah naik muak plak makan buah .
adehh .
tapi sekarang ,aku gila durian .
nak durian lagi ;D

pendek je entry ni .
nak biar gambar do the stories ;)

kita mulakan dengan gambar budak merajuk sebab mak long (aku) tak nak ambik gambar dia tengah baring atas buai .


Aku : qis , buat peace qis , mak long nak tangkap gambar .
Qistina : taknak . tadi qistina suruh amek gambar qistina baring tapi mak long tak nak .
Aku : fine =.='


*ini nama dia buah gedan . suppose to be sweet tapi masam . ntah . pernah makan dulu kala tapi tak berapa ingat rasa dia *


*ayie , si pembakar ayam *


*ayah (tiada dalam gambar) , si pembakar ikan*



aku ? si pemakan .
HAHAHA !


kbai .

Saturday, January 21, 2012

.majlis tunang cousin #2.

penat betul hari ni .
drive dari pagi sampai malam .
pheww ~ memang lenguh tangan aku .
bawak kete auto , lenguh tangan je lahh .
tambah pulak jalan kampung , double lenguh .
ni pun aku suruh garfield taipkan .
heibat tak garfield aku ?
HAHA !

dari seremban , kitorang ke serting hilir 7.
rumah kenduri sepupu bertunang .
aku pakai baju dinner hari tu taw , dah lahh ada makcik tu ingat aku yang bertunang =.='

Makcik tak-kenal : mana pengantin nya ?
Makteh : ada kat dalam bilik bawah ni haa .
Makcik tak kenal : eh , ingat kan yang itu (sambil tunjuk ke aku)
Makteh : itu sepupu dia .

okay , mari gelak . HAHAHA !

lepas kenduri pergi sg kemahal pulak .
abang afer dah keluar hospital .
ouh , tulang belakang abang afer retak sebab jatuh pokok .
tadi tengok dia hanya terbaring atas katil .
tangan kiri bersimen , lower part of his body , dia kata memang tak rasa apa .
macam orang lumpuh tapi belum lumpuh lagi .
aku tak tegur pun dia tadi sebab nak tengok dia pun tak sampai hati .
sedihh T____T

dah biasa tengok dia sehat , ke hulur hilir , lincah bagai .
sekali datang tengok terbaring jee .
dia baru kahwin last year rasanya .
nasib baik lahh isteri belum mengandung , kalau tak mahu tekanan beliau .

mengantuk ni .
nak attach gambar camwhore .
sakai gila aku pakai tudung gaya hana tajima ni .
masa tengah bukak kasut , abang sedara perli .

"farahin ke , ingatkan wardina ke yuna tadi ,"

ciss ~ bedebah kau bang .
HAHA !

masa nak pusing kereta , ada lahh 2 orang budak situ lalu tepi kereta aku sambil jerit NAJWA LATIF .
fine .


*maaf yang kiri adalah tunangan orang , manakala yang kanan masih anak dara tidak disunting . HAHAHA !*





Friday, January 20, 2012

.ResepiBujang : Kek/Cupcake Nescafe.

adunan adalah untuk kek tapi aku convert ke cupcakes since nak buat hantaran tunang kan .
jimat sikit .
HAHA !

aku buat tadi , dapat 53 biji cupcake .
okay lahh , not bad tapi tahan mengantuk sebab nak tunggu semua masak .
5 round gak lahh , mana tak mengantuk =.='
mata pun dah stim je haa menaip ;D

Kek / Cupcake Nescafe

Bahan Bahan :


  1. 300 gram tepung naik sendiri
  2. 250 gram butter (aku guna marjerin je , malas nak pergi kedai)
  3. 200 gram gula kastor (aku blend gula kasar , malas nak pergi kedai jugak)
  4. 5 biji telur (aku guna 6 biji telur sebab telur aku tu kekecik. telur ayam okayy. jangan fikir telur lain . HAHA !)
  5. sedikit esen vanilla (aku main tuang je tadi . HAHA !)
  6. 1 sudu besar Nescafe bancuh dengan sedikit air panas (agak agak dia cair udah ler)


Cara cara :


  1. Pukul gula dan butter sampai kembang .
  2. Masuk esen vanilla .
  3. Masuk telur sebiji demi sebiji . Selang seli dengan putar adunan .
  4. Masuk bancuhan Nescafe . Putar sebati .
  5. Masuk tepung sikit sikit .
  6. Bakar 25 minit suhu 190 darjah / 40 minit suhu 180 darjah .



*ni hasilnya . belum letak aising , malam kang baru buat , makan macam ni pun dah sedap . tak terlalu manis . *




adunan ni tak pakai susu cair .
masa dah letak tepung , adunan dia pekat gila .
first time buat kek adunan tak cair .
risau aku .
tiga empat kali aku belek resepi , memang sah takde susu cair digunakan .
aku pun pelik tapi naik cantik dan sedap !


try lahh .
mana tahu ade yang nak sponsor kek / cupcake nescafe untuk majlis tunang aku nanti .
ouchh !~




kbai .

.what's on your mind #2.

If I got crush on you , the very first facebook profile that I will stalk every time I online is yours . I don't care either you post any updates or not . I just feel happy doing that .


.what's on your mind #1.

Even though I set my phone to silent mode, doesn't mean I don't want you to contact me . In fact , I keep checking on my phone every minutes to see whether there is a text message from you or not .



Thursday, January 19, 2012

.habit yang susah nak buang.

aku suka peluk bantal .
to be exact , bantal busuk .
aku tak boleh tido dengan hanya satu bantal .
aku tak suka peluk bear .
sebab bear keras .

masa aku kecik dulu , aku ada satu bantal busuk petak .
mak sedara aku cakap , aku sayang sangat bantal tu , tak boleh tukar dengan bantal baru sampaikan sanggup ayah jahit banyak kali bantal tu demi aku .
waaa terharu tak ?
AYAH JAHITKAN .
ayah saya , yakni Encik Mohamad Jamil .

masa Form 3 , ayah belikan kitorang 4 beradik bantal kartun sorang satu .
aku pernah cite dalam blog ni .
beli kat kelantan .
aku punya kepala garfield , aku letak kat uia .
yang itu sumpah kepam dan baunya sangat menyenangkan (cukup sifat as bantal busuk), best bawak tido .
HAHA !

takkan lahh aku nak usung setiap minggu bawak balik garfield aku tu kann ?
jadinya bila kat rumah , aku rembat garfield adik aku .
HAHA !
sekarang , garfield adik aku jadi hak milik aku .


*saya penat diusung ke hulu ke hilir. biarkan saya berehat sebentar*

lagi satu habit aku bila bangun tido , aku heret keluar sekali garfield .
sila bayangkan seorang kanak kanak mengheret bear besar di atas lantai .
heret okayy bukan pegang .
ye , macam tu lahh aku .
gila tak matang . tak boleh jadi mak orang , kang tak pepasal berebut bear dengan anak .
HAHA !








eh , aku memang manja .
kbai .

Wednesday, January 18, 2012

.kelemahan ku.

seperti yang korang sedia maklum , aku adalah tak gemar memandu kenderaan bernama kereta .
tapi disebabkan kadang kadang kene jugak drive dan aku mempunyai lesen D yang sah yang akan tamat tempoh pada bulan 5 ini , jadi , aku ghedha kan je lahh .

aku failed first JPJ test masa reverse parking .
aku pernah patahkan bumper belakang Saga FL gara gara reverse .
dan aku memang tak berapa nak reti sangat bab reverse reverse ni .

haritu kan aku balik kampung , petik buah buahan tempatan free .
jalan keluar masuk kampung tu , hanya ada satu dan memang muat untuk sebuah kereta sahaja .
kira kalau dua kereta bertembung , pepandai lahh kau cari tempat lepak tepi jap .
even kalau bertembung dengan motor pun , motor tuh kene mengalah .

masa nak ke rumah tuh , ada jeep SAINS melintang tengah jalan .
kitorang pun berenti lahh .
nak tunggu dia ke tepi sebenarnya .



*macam ni lahh keadaannya . maaflahh aku memang takde bakat melukis langsung ! N = Nissan , W = Wira , S = Saga , FL = Saga FL*

tapi aku dalam kereta dahh gelabah .
"jangalah suruh aku reverse , aku dah lahh tak reti "
kalau jalan lurus pun failed , apatah lagi jalan kampung yang bengkak bengkok dan kiri kanan nya tiada divider .
tebing tanah dan sungai kecil .
kalau salah reverse , memang senget ke dalam tebing aku jawabnya .

aku dah start bayang memacam .
padahal takyah reverse pun .
tunggu je orang SAINS tu ketepikan jeep beliau .
HAHA !
gelabah sangat kan aku ni T___T

kalau nak reverse kereta , reverse parking ke , memang aku suruh orang lain .
tak nak aku amik risiko kereta tu patah ke , calar ke , rosak ke .
tak tahu buat cara tak tahu .
jangan berlagak tahu , lepas tu bammm !
rasakannn !














HAHA !
am i a bad driver ?
no laahh , kalau tak , masakan ayah berani lepaskan aku bawak kereta pergi melaka , pahang semua .
theeee ^___^

.wordless wednesday #5.



                       "SI CHOOOOT"


Tuesday, January 17, 2012

.hehehe ;).




.positif dengan diri sendiri.


di ingatkan sekali lagi , aku tak seperti dalam gambar .
memang gambar aku tapi ia telah diedit .

aku tak cerah macam dalam gambar .
sebab aku berkulit hitam manis sejak lahir .
kulit aku tak bersih mulus .
aku mempunyai masalah akne yang teruk sebab aku ada resdung .







bila tengok gambar gambar yang telah siap di edit ni , aku rasa , kalau muka licin , putih sikit , cantik jugak aku ni .
dasar manusia tak reti bersyukur .
ada muka yang sempurna pun cukup lahh kan .
nak demand lebih pulak .
grr  ~
tapi itu lahh manusia .

even semua aku adalah edit , tapi tak takut nak jumpa orang .
confident tinggi lagi bila aku jumpa orang .
dulu memang aku sangat kesah dan takut nak jumpa orang .
low self esteem tapi lelama okay dahh ;)

aku tak kisah orang cakap aku gemok .
aku boleh senyum lagi .
tapi bila orang cakap aku hitam , pastu dia compared dengan orang yang kulit cerah , ini buat aku sangat sentap .
boleh buat baju aku basah lencun dengan juraian air mata .
buat aku down gila babi T____T

hari tu abang sedara aku cakap "kening awak cantik , mata awak cantik , bulat besar"
okay , ini buat aku kembang .
sape tak suka kene puji bhaiii ?

lelaki pompuan sama je kalau kene puji , mesti kembang kempis hidung kau .
HAHA !

tapi aku memang suka bahagian mata aku .
nak nak kening .
walaupun tak lebat tapi bagi aku ia nampak perfect !

masa aku form 3 , ada kawan tu dia cakap "kalau aku cakap dengan farahin , aku pandang hidung dia , sebab hidung dia kecik , comel"
aku dah macam ______________
celah mana hidung kecik ?

lain orang lain persepsi kann ?





pape pun , aku suka melawa .
kbai .

Monday, January 16, 2012

.semalam yang super mengantuk.

semalam aku balik rumah pak ngah .
ada kenduri lepas tu petang tu diorang nak buat bakso .

aku yang drive balik kampung .
sebab ayah aku kerja .
ibu tak berani nak drive FL lagi .
aku ni kalau jalan jauh cuak sikit .
even dah banyak kali pun tapi still cuak .
sebab aku TAKUT KENDERAAN BESAR eg : lori , bas .



*siap buat status kat FB . HAHA ! ignore the typo please , happens all the time =.='*

time otw tu , tangan kiri aku asyik lap air mata je lahh .
dah lah pakai eyeliner , lagi lahh kene berhati hati lap air mata .
aku bukan nangis tapi sebab banyak kali menguap .
memang mengantuk sangat .

ibu pesan kalau mengantuk jangan bawak lelaju .
hehe ;D

adalah 5 6 kali jugak lahh aku text shahrul cakap aku mengantuk .

"mengantuk sayang mengantuk"
"pinjam bahu haa nak tido"

si shahrul pun layan je aku yang mengada ni ;D
tapi serius tak tipu , tak lama tu aku nampak bantal .
memang aku lelap kejap .
dengan bertutup muka kan selendang satin aku , aku pun hanyut dalam lenaaaaa .
zzz .


tak lama lepas tu , sepupu aku gerak .
suruh bangun makan bakso .
aku baru bangun tido , mamai , nak makan lagi .
memang tak lahh .
aku geleng kepala je bila mak sedara aku offer .
tapi dia suruh jugak makan meatballs ;D





lepas tu balik ! yeayyy ~
eh belum .
singgah pilah jap .
pergi amik buah .
segar balik aku dapat manggis .
HAHA !
aku suka manggis dengan koko ;D
langsat aku kureng sebab dia bergetahhh .
nanti lekat kat bibir =.='




sampai rumah time azan maghrib elok je habis .
this saturday , aku drive lagi (rasanya sebab ayah dah pesan kata dia keje) pergi serting plak .
kazen aku bertunang (masuk dia , dua orang kazen sebaya dah bertunang . omjayy ~)


habis cerita ,kbai .

Sunday, January 15, 2012

.jaga jari cik kak oi.

Situasi :

Aku : potong kobis guna landas .
Iti : hiris bawang beralaskan jari .
Kak Epi : tumbuk bawang + halia 

Perbualan :

Atam : Ain (nama manja aku) , dia kene jaga jari dia . tak boleh alas jari . Iti tak pe , dah selamat . Epi lagi lahh selamat , tertumbuk jari pun tak pe .
Aku : ........... (blur)


selang 3 saat lepas tu ,

Aku : HAHAHAHA ! 

baru faham maksud atam .
Iti dah jadi tunang orang , jari dah bersarung cincin .
Kak Epi dah jadi isteri orang , anak dah dua , lagi lahh berzaman jari dah bersarung cincin .
aku je belum ada pape , patut lahh atam suruh jaga jari .
kikiki ;D











jodoh belum mumcul .
nak buat macam mana .
kan kan kan ?


^_____^
senyum je lahh .

Saturday, January 14, 2012

.first trial.




semalam aku ngadu kat fb kata muka aku tak sesuai pakai shawl macam hana tajima sebab aku tembam .
tapi kawan aku suruh try jugak .
tadi aku tengok youtube , tutorial hana buat .
pastu aku pun buat lahh kat diri sendiri .
maka ini lahh hasilnya .





ashane ? oke ? k.o ?
;)

Friday, January 13, 2012

.cuti 3 minggu.


jom baca balik novel novel yang banyak ni .
geram kann ?
kalau belum baca , memang 24 jam ngadap novel .



*bear tu dari australia taw . dena bagi as a souvenir ;)*


cuti bermula sampai 7 Februari 2012 .
kdaa ~

.semua pun suka + senyum kan ?.

bila bangun pagi , handphone berbunyi .
tertera nama si dia yang di sayangi .

"awak , selamat pagi"

tak yah call pun , cukup dengan text .
sumpah buat pagi kau bahagia .

bila malam nak tidur , handphone berbunyi .
tertera nama si dia yang di sayangi .

"selamat malam awak"

even text pun cukup memadai .
mampu buat kau tidur lena .


aku suka text orang wish morning and good night .
sebab bagi aku , benda ni fun .
aku seronok sangat bila orang wish kat aku .
tak kisah lah siapa .








dena , amin , faiz selalu wish kat aku cenggini .
wish kat fb pun boleh bha !






selamat malam semua ;)

Wednesday, January 11, 2012

.kisah di pasar malam.

tengok .. tengok .. aku update entry baru lagi .
wahhh ~ bersenang lenang kau ye innz .

semalam aku ajak bebudak aku , wahhh , bebudak aku , macam kau taiko plak .
HAHA !
takde lahh , bebudak uia , yakni blogger uia pergi pasar malam .
last week untuk semester ni .
lagipun bak kata kaizen style sikit ajak pergi pasar malam .
tapi end up , dia yang sampai lambat .
ciss ~

aku gerak dari nusaibah dengan zeeqa , lepas tu pick up KC dekat tastebuds , amik kak ad dekat CAC , jalan kaki ke pasar malam .
eh skip lah , boring part ni .
aku nak cite part best .
haaaa ~


masa tengah tunggu KC beli cendawan goreng , ada lah dua orang sister beratur belakang kitorang .
tetiba sister tu cakap dengan kawan dia ; bayar dengan voucher boleh tak ? RM 50 ni . banyak tahu makcik .
aku dengan KC dah sesenyum .
tahu lahh kau dah amik voucher tapi tak yah nak over sangat bayar cendawan goreng pakai voucher .


okay lah , lawak kau menjadi sis .



















okay , aku belum amik sebab dah terlepas , bolehh ?
next sem je aku amek voucher itu .



.spending time with the blogs.

dah lama aku tak baca blog orang .
sebab kalau kat uia , kat bilik takde wifi .
nak pakai broadband , tak mampu T____T
kalau kat rumah pulak , aku cepat jemu hadap PC .
kejap je , lepas tu ,  bila agak agak internet dah super lembab , asyik error je , aku pun blah , pergi main basikal pulak .

semalam lepas habis exam , dan kebetulan pulak semalam wifi ade lah kat bilik aku , jadi dengan tidak membuang masa , aku tanpa ragu ragu terus baca blog orang .
okay , buat yang tak tahu , aku ada satu blog untuk senarai blog list .
aku selalu refer kat situ bila nak baca blog .
sebab kat dashboard blog ni tak banyak aku follow , sebab dashboard baru , lepas tu tambah dengan penyakit malas nak follow blog orang , jadi sebab tu sikit jee .

aku ni jenis setia , kau tahu (sila muntah) .
aku memang stick dengan blog yang aku dah lama follow .
kira siapa punya blog yang baru baru ni , memang sorry lahh aku nak stick .
bukan tak interesting tapi tah , tak sesuai dengan jiwa .
kalau sesuai , kau akan nampak aku kerap ke blog aku .
cene nampak ? haaaa kau discover lah sendiri ;D

dari malam tadi , aku baca blog kak husna .
aku follow sebelum dia kahwin lagi .
sekarang dah ada anak sorang .
setia tak setia lahh aku kann ?
HAHAHA !
entry dia sempoi je , pasal personal kann , takde lah berat ke ape ke .
kadang kadang baca memang boleh tergelak ;D
kalau dia dapat trace , aku memang asyik tekan older post je .
sebab aku nak catch up apa yang tertinggal ;D

lepas tu , blog TOKhairul .
yang ni tak yah nak kenalkan lagi .
semua pun kenal kann .
aku suka baca bila dia berangan kahwin .
okay , nampak real gila .
aku syak mesti dia senyum senyum bila type entry cenggitu .
yang ni pun aku keep hit older post .
sebab few entries jugak lahh aku tertinggal .

lagi , blog huda .
aku jarang masuk blog dia tapi sekali masuk , memang aku spend lama jugak lahh kat blog dia .
dia ni sakit ritu , dah kurus gila dah wehh .
bahaya gak sakit dia tu .

lagi , blog mummy to be , kak farah .
eh nama sama ;D
yang ni aku follow sejak kat blog lama lagi .
dia anak dara lagi masa tu .
sekarang tengah sarat tunggu masa nak due .
semoga selamat melahirkan ;)

recently aku baca blog petisuara dengan hentak berlipat .
suwit okehhh ~
dah kene risik dah yana tuu ;)
aku tak kenal diorang ni tapi bila baca entry hentakberlipat mesti tak sangka yang dia tu romantik jugak orangnya ;D

okay lahh , tu je yang aku dok khatam dari semalam .
sampai tak bukak langsung notes HRM padahal lusa exam .
HAHA !






dekat facebook , aku tulis , azam 2012 , nak cari boyfriend baru .
dekat blog , aku nak tulis , azam 2012 , tak nak cerita pasal cinta lama , yang lepas biar lepas .
aku kene stalk . ayaiyai ~





trying to be more mature than before .
can I ?

Tuesday, January 10, 2012

.masih lagi berjuang.

final exam masih berbaki 1 paper iaitu Human Resource Management pada hari jumaat ni .
lepas exam , ayah datang , check out bilik . terus balik .
tak yah nak tetunggu next day baru nak balik bagai .
HAHA ! gila gelojoh kauu innz .

paper yang lepas lepas , okay .
cuma ada satu paper tu , hurm , hampeh sikit .
apa yang study tak keluar .
macam sepatutnya jangka soalan dia akan keluar dalam gambarajah tapi tetiba keluar ayat je .
arghh ~ seteress aku .

eh , dah lepas pun .
biarkan ;D

aku tak suka soalan MCQ , sebab semua pilihan jawapan nampak macam jawapan yang betul .
itu ye bikin gua seteress  .
setakat ni takde lagi aku keluar awal .
semua stok tak cukup masa menulis .
tah ape benda yang aku mencarut dalam answer booklet sampai tak cukup masa kan ?

lagi satu penambah seteres bila tengok orang sebelah asyik mintak kertas tambahan , lepas tu bukan buat ceconteng tapi buat tulis jawapan .
oi jadah apa yang kau tulis sampai perlu additional paper ni ?
buat cuak je wei .









tak sabar nak jumpa pakwe baru kat seremban .
weewitt ;D

Monday, January 9, 2012

.tajuk fikir sendiri.

bila rahsia itu bukan lagi rahsia .

DAN

bila orang yang dipercayai tidak lagi boleh dipercayai .

MAKA

adakah rasa dikhianati ?


Sunday, January 8, 2012

.lets save the earth.

Making own paper bag to use as gift bag rather than using money to buy one . Cool kannn ? Noob aku type pakai iphone nie ..


Wednesday, January 4, 2012

.Saat Magikal bersama LipIce.


aku kenal lipice ni dari kawan aku .
dia yang ajar ape benda lipice ni .
sebelum ni , memang haram aku nak amek tahu pasal benda alah ni .

bibir aku kaler gelap .
sampai masa sekolah dulu , kawan aku kata aku smoking .
grr . smoking pun tak reti lagi nak kata aku smoking .

masa kat sekolah dulu kawan aku ada bawak lipbalm dia .
tah jenama apa tah .
tapi yang ada flavour .
aku pakai lepas tu aku jilat jilat .
HAHAHA !

bila dah habis rasa , aku mintak lagi .
sampai lah habis waktu sekolah .
bengang dia je dia .
hehe ;D

lepas tu , aku try pakai lipice .
first lipice aku pakai LipIce Sheer Color .
aku suka sebab dia tukar warna bibir aku dari gelap ke merah .
woahh !
menarik weyh !

in fact , until now I'm still using the same brand .
cuma hari tu aku tersalah beli , aku terbeli yang Sheer Color Shimmer .
hambikk kau , bershimmer shimmer bibir aku .
HAHA !

tapi after all , its okay ;)
bibir masih cantik dan bertambah cantik !

ibu ada bagi aku lipstick but aku tak pakai pun .
sebab lipstik ni tekstur dia macam tak cool .
and bagi aku , lipstick ni untuk kaum ibu je .
hehe ;)

tapi betul lahh , aku pernah dengar mak cik aku cakap "mah kalau takdo lipstick warno meghah , mah tak nak pakai do . lipstick mah mesti warno meghah"

faham tak ? bahasa negeri sembilan ;p



*basic mekap aku . LipIce Sheer Color Shimmer yang dah tinggal separuh*


nak tengok magic tak ?



magic kann ?
bibir pucat terus jadi comel bila pakai LipIce Sheer Color tuu .



kbai ! <3

.nikah khitbah.

selak selak muka buku , almaklumlah esok dah sekolah , buku pun kene lah bukak .
ye dak ? nak SPM tahun ni .
kene buat betul betul sebab lepas SPM nak masuk UIA buat bisnes .
HAHA !

i was reading on this article tadi - Nikah Khitbah .
its a good article , indeed .

aku ada baca status orang kat fb  - HARAM bagi lelaki jika menjadikan seseorang itu sebagai kekasih jika tiada niat untuk menikahinya .

aku first time dengar benda ni , jadi no comment .

bila baca pasal nikah khitbah ni , aku rasa macam , cool gila !
student pun boleh nikah khitbah ni .
tak perlu nak sediakan duit berjuta juta .
cukup dengan persetujuan pihak yang terlibat , ibu bapa bakal pengantin , hantaran sekadar termampu , akad nikah and the relationship becomes halal dan diredhai .
subhanallah , indahnya agama Allah ini . ;)

untuk student , majlis boleh buat after grad or dah dapat kerja kalau nak .
tapi macam mesti buat je kan , sebab menghebahkan perkahwinan itu wajib (correct me if i'm wrong) supaya nanti orang yang tak tahu buat fitnah pulak .

ouh sebelum tu , untuk yang tak tahu , nikah khitbah ni nikah gantung yakni , bernikah tapi tak tinggal sekali .
(boleh elak dari mengandung time study sebab aku memang tak sokong sangat kalau perempuan get pregnant time study sebab nampak sangat menyeksakan . those things can plan . tapi ikut orang jugak . but for me , its no.)
macam declare couple tapi tak tinggal sekali kan ?
cuma beza nya nikah gantung ni HALAL dan couple itu HARAM .
faham tak maksud halal dan haram yang aku cakap ni ?

halal untuk berbuat apa sahaja such as dating sambil pegang tangan , cakap rindu sayang dalam phone , love texting .
macam yang orang couple buat lahh , tapi kalau orang couple buat dapat dosa kann ?

faham kan ?

tapi itu lahh , bagi aku orang yang nak nikah khitbah ni kene ada kesungguhan yang betul betul sungguh punya .
bukan alasan kau setakat nak elak maksiat , lepas nikah , dah bosan , kau ceraikan bini kau .
eh apahal ? kau ingat nikah khitbah tu ada exception ke yang boleh kau kahwin-cerai-kahwin-cerai ?
jangan ikut adat orang bercouple sangat ehh .

aku rasa mak bapak sekarang pun dah open minded .
macam mak aku , direct je cakap "ibu takde hal akak kau nak kahwin , nak kahwin , bagi jelahh" .
aku pulak yang macam "ibu tolong lah jangan bagi akak kawen awal , banyak lagi nak buat haa"

kalau mak bapak kau tak kasi , cuba kau cakap cenggini "akak sayang ibu ayah , lagi lama kitorang couple , lagi banyak dosa kitorang buat, lagi banyak dosa akak ayah dengan adik adik kena tanggung. kbai." 




Monday, January 2, 2012

.cincin baru lagi.


saiz makin mengecil .
dari 12/13 ke 10.5 !
surprising !



kbai .






untuk anon , terima kasih .
saya doakan awak bahagia dunia akhirat ;)

Sunday, January 1, 2012

.kacau mood aku je.


i'm suck in doing MLM .
i'm bad in promoting things .
what i'm good in is blogging .
even though u kata bloggers is merapu but i gained something that u didn't know through this merapu thing .




when u are 20 years old , did your face been putted in famous magazine ?
when u are 20 years old , did u manage to get multiple cheques under ur name ?
when u are 21 years old , did u get international event invitation to attend ?








DID YOU ?









don't simply talk if you don't know the reality .




.pembuka 2012.

sila baca ikut masa .
yakni , setap gambar , baca dari bawah ke atas .
handphone cikai , tak boleh nak print screen jadi kene resnap pakai camera .
HAHA !

MR. XOXO






terkejut ? YA ! sebab ;

1) kitorang dah lama lost contact
2) aku ingat dia dah delete nombor aku

hairan ? YA ! sebab ;

1) berlaku tanpa di duga .

senyum ? YA ! sebab ;

1) pembaca setia blog aku mesti tahu siapa MR. XOXO .


kejadian berlaku time aku baru nak lelap mata .
pukul 330 pagi kot .
dulu , masa dia hilang , lepas tu contact balik aku pun situasi lebih kurang .
time tu , aku baru nak lelap .





coincidence ?


#aku harap dia tak jumpa blog aku . mati aku kene bantai satgi . HAHA !



HAPPY NEW YEAR ! ;)