Thursday, March 29, 2012

.aura pengantin.


*comot gila , biasalahh tangan tak berseni memang cenggini . HAHA ! *


*tambah pelengkap sikit kat jari . cincin ! baru perfect kann ?*










ahad ni majlis , datang lahh ye .
















okay , kenduri kawen kawan sebenarnya .
kat paroi .








kbai <3

Wednesday, March 28, 2012

.hari selasa saya.

saya adalah bangun pada pukul 1130 pagi .
sebab tak de orang kejutkan saya
rupanya ibu ke rumah Atam .
no wonder saya pun enak tido di atas sambil memeluk erat sang garfield .

usai menyidai kain baju seluar , saya pun mandi .
tak lama lepas tu , Cik Nani , yakni jiran depan rumah datang tumpangkan Haiqal sekejap .
malangnya Haiqal adalah takut dengan saya .
cis , berani kau takut dengan Kak Farah ye ?

sambil sambil itu , saya cuba untuk siapkan assignment sound editing .
tapi ternyata , ia membuatkan kepala ku pening lantas rasa malas mula terbit .
baik layan facebook . kih kih kih .

petang pulak , 2 kali saya ulang alik ambil dan hantar adik ke sekolah .
kira jadi driver lerr saya ni .

selepas mandi dan solat maghrib , sementara tunggu pukul 830 malam , saya masakkan nasi goreng untuk adik adik .
kerana mereka sudah berzikir di telingaku mengatakan mereka lapar .
entah kenapa , saya cukup malas untuk memasak cuti kali ini .
seboleh habis , saya akan elak .
tapi malam ni tewas sebab ibu dan ayah pulang ke kampung sebentar menjenguk Abang Afer .

selesai goreng nasi , saya bersiap untuk dinner di luar bersama Ameerul .
ehem , Ameerul aje cuti ni eh . ;D
rancangan asal kami tergendala dek kerana hujan dan diganti dengan lawatan sambil makan ke Juara Char Kuey Teow di senawang .
ada orang tu mengidam nak char kuey teow ;D

sebaik menghantar Ameerul pulang , saya rush ke Sri Pulai untuk berjumpa Aliff .
saya ingatkan Aliff rindukan saya tapi jangkaan ku meleset .
mamat ni bosan dok umah .
siot .


jam 1130 malam , saya tiba di rumah .










itu lah kisah hari selasa saya .
dimulai dengan 1130 pagi dan diakhiri dengan 1130 malam .
















kbai <3





Monday, March 26, 2012

.date - dating - dated.

ingat lagi ameerul ?
kalau tak ingat , boleh refer entry ni .

sepatutnya kelmarin kitorang jumpa .
tapi last minute cancellation  sebab dia ada hal .
aku pun okay je lahh .
lagipun aku takde member nak di ajak .
adik aku pun dah malas .

aku dengan ameerul sekarang on a week mission .
kitorang tak boleh makan nasi and fast food for a week .
fast food boleh tahan lagi tapi tang nasi tuhh , perit kot .
tapi tahan je lahh .
kene disipilin kalau nak kurus .

aku cite kat ibu pasal misi aku ni .
ibu sangat menyapot okayy .
sebab memang itu kehendak dia .
nak aku kurus macam dulu =.='

kelmarin ibu masak laksa .
semalam ibu buatkan bubur pulut hitam .
nais ! boleh skip nasi .

tapi malam tadi , ibu masak nasi goreng .
aku dahhh .............. "akak nak makan apa malam ni bu ?"
"makan je bubur tu , tak pun masak mi sup"
aku takde mood nak masak .

tanpa segan silu aku call ameerul , ajak kua makan .
kitorang makan kuey tiaw .
bukan nasi kann ? ;D
aku order kuey tiaw kung fu , dia order kuey tiaw basah (kot ?) .

kenyang lah jugak tapi balik tu , aku singgah 7E beli roti dengan mister potato .
ada lagi 5 hari untuk aku puasa nasi .

lunch semalam aku makan lauk aje okayyy .
terbaikk ah .
si ameerul lagi best , ibu dia masak nasi ayam tapi dia tak boleh makan .
gila menguji betul .

takpe takpe , end of mission , kitorang akan makan puas puas , tanda balas dendam .
HAHA !

eh macam Aizat AF lahh kann ?
dia makan nasi hari jumaat je .
tu yang kurus gilaaa tu .
*jealous mood activated*


eh jap , tajuk entry macam nak cite pasal dating tapi content entry cite pasal misi ?
ape cer ?
HAHA !


tadi kali pertama keluar dengan Ameerul sejak kenal dia 6 tahun lepas .
teruja ? opkos !
eh , i kan yang usha dia dulu .
HAHA !














kbai <3


Sunday, March 25, 2012

.ribbon brooch / kerongsang reben.


cute ribbon brooch looking for a new owner !!








 *ribbon brooch = RM 2 each*




*flower brooch = RM 2 each*


*button brooch = RM 1 each*

ALL HAVE BEEN SOLD OUT
:)
Kindly visit Ribbon Brooch 

  1. untuk student uia yang berminat , boleh COD kat uia / datang bilik saya (Nusaibah , G 3.5)
  2. untuk orang seremban , minggu ni (sampai 1/4/2012) saya ada kat rumah , boleh datang beli kat rumah , alamat akan diberikan kemudian . PM dekat facebook .
  3. untuk harga borong , boleh deal dekat facebook jugak . I'll give you special discount . wink wink ^___^
  4. untuk yang nak by post , PM dekat facebook jugak ye .




sebarang pertanyaan , boleh contact thru facebook / email = inn_77@yahoo.com







kbai <3





.ready for sale.






 *ribbon brooch*




*flower brooch*


*button brooch*


ALL HAVE BEEN SOLD OUT 
;)

mereka adalah keronsang .
siapa nak nanti bagitahu eh .
boleh PM kat facebook .
yang ni saiz sederhana .
banyak lagi warna akan saya siapkan .

by the way , for the time being , all are cost only RM 2 each ;)
for button brooch (last picture) it cost only RM 1 each .
siapa nak beli banyak banyak pun boleh .
ada discount untuk pemborong .
of course lahh kan ;)

siapa dok seremban , sila datang ke rumah .
kalau tak , kos penghantaran akan dikira sama seperti mereka yang order by pos .



kbai <3







Saturday, March 24, 2012

.my dear brothers.

"kak , kau dah 22 tahun kan ? bila kau nak kawen weyh ?"

"aku boyfriend pun tade , cene nak kawen ngok ?"


"kawen je dengan apis , amid , syuk ke "

"jadah ?"

sesuke hati adik aku je petik nama kawan kawan aku .
ingat kawen ni macam cari kawan agaknya .
grr ~

aku pun tak tahu kenapa diorang urge aku kawen awal .
even aku ready nak kawen awal (gatal) , tapi calonnya takde lagi okayyyy .

itu masalah utama .
takkan aku nak nikah sensorang plak kann ?
HAHA !

okay tak kelakar =.='





misi 2012 masih berjalan .
susah gak misi ni .
hehe .

tahniah kak ina sayang , selamat pengantin baru .
kesian dia demam tapi tetap cantik !














kbai <3






Friday, March 23, 2012

.a lil' info about me.


yang ni profile survey untuk diri aku .
boleh kata 90 % of it are true .
yes , aku sangat perfectionist .
dalam erti kata mudah , cerewet .
HAHA !

lagi satu , aku super duper vuper kuat merajuk .
kalau dengan sharul tu , sehari tak merajuk , rasa macam incomplete .
tapi serasa aku lahh , so far takde fail lagi sehari tak merajuk .
hari hari mesti merajuk .
merajuk tak nak sikit plak kann .
*berapa punya banyak merajuk daaa ?*

nasib baik mamat ni penyabar gilaa .
kalau dengan orang lain , aku yang kene pelangkung .
HAHA !

even aku kuat merajuk aku tapi aku tak kuat cemburu .
aku tak mengongkong .
hidup kau , ikut suka kau .
takde hak nak halang .

terima kasih sharul sebab menjadi seorang yang sangat penyabar .
hehe ;)




macam entri dedikasi kat sharul pulak .
kah kah kah .





memang salute dengan lelaki yang penyabar .
weeee .






kbai <3





.Family Holiday.


cerita sebulan lebih yang lepas .
baru nak update sebab gambar gambar ni dekat rumah .
hew hew hew .

sikit jelahh letak .
bukan buat apa pun .
mak mak bapak bapak sakan berborak sebab dah lama tak jumpa .
anak anak sakan memekak sebab dah lama tak jumpa jugak .
HAHA !

agak agak boring , jemaah turun pergi swimming pool .
weeeeee ^___^



*meet the third . Mohamad Amirul , 17 tahun , not available sebab masih under age . wawawa ;D*



*view from our apartment . itu lahh kolam tempat kami anak anak main terjun terjun sampai air masuk hidung*


*BBQ time . Paksu (baju hijau) dan abang nya (Pak Njang)*


*Paksu dan anak nya , Imtiaz*


*me ;)*









end of story .


















kbai <3

Thursday, March 22, 2012

.janji saya.

saya berjanji akan make over balik blog ni supaya awak semua tidak lagi sakit mata ketika membaca entry sebagaimana saya merasainya tika ini .

okay , macam karangan bahasa melayu stpm tak ?
HAHAHAHA !

aku tengok blog aku ni tak best .
eh , bukan memang tak best dari dulu ke ?
maksud aku interface , background , kombinasi warna , header , heeee semua lahh .
lepas ni aku nak cari template yang sesimple je .
tak sakit mata dan liang penafasan .
ek ? ada kaitan ke ?


nanti aku cecuri time nak make over blog time cuti 10 hari ni kayyyyy .
sayang korangg .
eh tetibe merapu ;p


eh , aku nak share dengan korang homework aku time cuti nanti .
jap eh , nak amik buku nota .

Subject : Managerial Economics

  • Exercise Chapter 3
  • Exercise Textbook
  • Final Exam Attempt


Subject : Money and Banking

  • Term Paper Report 
  • Study for Mid Term (Chap 1-5)


Subject : Marketing Management and Strategy

  • Case Study Report 
  • Term Paper Report


Subject : Multimedia Technology

  • Lab Assignment 1 & 2
  • Prototype Project


Subject : Financial Management 

  • Study for Mid Term (Chap 1-3)
  • Online Assignment


Subject : Tilawah Quran

  • Tasmid (5 surah)


Subject : Bahasa Melayu

  • Business Paperwork
  • Research on Magazine







semput ?
aku dah pengsan 3 kali dah tengok list kerja ni .
phewwww ~
memang tak cuti aku kali ni .






















kbai <3

Wednesday, March 21, 2012

.buat aku perasan.


*muka stress gila*

masa memula aku tukar DP kat fb , Amin tegur , katanya , DP aku ni ayu .
aku buat tak tahu je .
HAHA !





malam tadi Zhaf plak yang kata DP aku anggun .
ah sudah .
buat aku blush blush je .
HAHA !






lepas ni kene buat muka stress selalu lahh kan .
keh keh keh .













kbai <3

Tuesday, March 20, 2012

.menghitung hari.

menghitung hari ...
detik demi detik ..


eh , ternyanyi pulak , entah betul entah tak lirik tu .
HAHA !


tell the world that I'm coming home .

haaa , ni baru betul .

aku nak balik rumahhh ,
yeay .

HAHA !
macam apa je .

oh well , aku dah 5 minggu tak balik rumah .
tu yang esaited terlebih tu .
aku balik , insya Allah petang khamis lepas habis kelas walaupun aku ada skills on Friday , but IDC , aku nak balik jugak .
maaf , cikgu , u're my opportunity cost for this week .
hehehe ;D

memula aku cakap kat ibu yang aku balik sabtu pagi tapi semalam my lecturer cakap , mid term yang suppose to be held on this Friday was postponed to Friday after mid break .
soooooooo , tunggu apa lagi ?
jom kita packing baju dan balik ke seremban .





oh Nabil ?
he will be staying here , in KL .









esok rabu , lepas tu khamis .
weeee :D












kbai <3

Sunday, March 18, 2012

.makin teruk.

aku dah tak boleh tahan dah ni .
bersin makin menjadi jadi .
muka dah rasa panas je .
mata pun dah panas jugak .
tak pagi esok , mesti petang esok aku konfirm demam .
dengan exam berderet minggu ni , gua memang tak boleh jatuh sakit .
jadi , baik cegah before melarat .

aku tengok dalam beg mekap aku , ada lagi sebiji panadol actifast .
ye , sebijik je tinggal .
yang lain aku buang makan .

aku bukan tak suka makan ubat tapi aku tak reti makan ubat .
ubat air aku reti la , ubat pil memang sumpah nangis nangis aku telan .
itu pun tak masuk mulut , agak agak rasa nak muntah , aku keluarkan balik .
lepas tu memang tak telan dahh .

macam tadi , aku belah panadol tu kepada 3 bahagian .
tapi sayangnya hanya 2 bahagian yang berjaya aku telan .
sebahagian lagi aku sembur ke luar tingkap .
aku gigit tapi tak boleh telan jugak .
haih ~

dah besaq macam mak orang pun tak reti telan panadol .
malu lahh innz .
T_____T




ubat resdung aku pil tapi hisap je .
manis pulak tu .
hehehe ;D




ayah terkejut kot bila tahu aku tak reti telan pil .
dia memang rajin amik ubat kat klinik panel untuk anak dia ni tapi memang tak luak .
aku makan ubat batuk je .
itu pun yang liquid .
hehehe ;D





adik aku poyo telan pil depan aku tanpa minum air .
hish ~ tendang kang tahu lahh .
HAHA !














aku dah tak larat ni .











kbai <3

.how are you , Miss Nur ?.

bulan ni bulan sakit agaknya .
dengan cuaca yang sangat tak boleh nak dijangka , aku mudah jatuh sakit .

hari ni hujan lebat , cuaca sejuk mejuk , esok panas gilaaa .
dan aku hari ni dengan hidung tersumbat , bangun rasa suam suam je muka .
mungkin nak demam lagi .
nampak sangat antibodi tak kuat .
heheh ;D

semalam aku dah pesan kat ibu suh beli ubat banyak banyak nak buat stok .
aku pun dah sebulan tak makan ubat resdung , tu yang jadi cenggitu .
kalau ada time tu , pantang telan seafood , mesti allergik terus .
pehh , hilang satu nikmat dunia T____T

baideway , terima kasih lahh untuk korang yang hari hari datang jenguk my blog even tak de any new update sebab aku pun kekeringan idea sebenanya .
heheh ;D
terharu tengok statistics yang maintain ratus ratus sehari .
at the same time rasa bersalah jugak dekat followers yang setiap hari meningkat tapi aku tak update blog .
wuwuwuwuw ~


*ahh , drama pulak kau innz*



untuk si dia (you know who you are) , saya rasa super segan bila awak cakap awak datang baca blog saya yang tak de pape ni .
hehehe . tq yee .





macam buat ucapan nak tutup blog pulak .
HAHAHA !
















kbai <3

Wednesday, March 14, 2012

.pictures do the stories.


stressnya lahhh hari ni .
pagi quiz , petang mid term .


duit belum masuk , Nabil belum mandi , bilik tak berkemas , kuku belum ketip  .. hurm ... tapi nasib baik baju dah basuh ..


hah ! buat muka comel mungkin boleh menggembirakan hati .



hoi ! lempang nak ? comel konon . muntah aku tengok .

so what ? tak yah tengok .




*lempang*

omjayyyy ... kene lempang bebetul lahhh . 



tapi tak sakit pun . heheheheeee .





diri masih chubby . sebab tu pipi comel belaka . hehehe .














kbai <3


Monday, March 12, 2012

.The Journey.

semalam saya adalah pergi ke sungai pisang .
rupanya ada sungai kecik yang airnya sejuk macam ulu bendul kat gombak ni .
haaaaa , mesti ada budak gombak yang tak tahu kannn ?
HAHAHA !

saya adalah super teruja bila sampai sana .
heeee ;D

jadinya , semalam , saya , dena dengan sya sempat buat video untuk kontes nuffnang .
tapi serius  cakap , ini kali pertama saya edit video .
nak mampus penat sampai tak makan  , skip kelas semata mata nak siapkan menda ni .
pressure beb !

rakam pakai Iphone 4 , dalam phone , gambar super cantik , bila transfer masuk lappy , amekkk kau , TERBALIK .
satu hal nak flip video pulak .

dah flip , kualiti gambar jadi hampeh , blur plak tuu .
grrr , suara dah ke laut .
maafkan lahh saya yang first time jadi pengedit video ni .
lepas ni memang tak nak buat dah .
surrender .

kalau ada cacat cela dalam video , saya mintak maaf sesangat .
amatur lahh katakan =.='





first time tengok Misshy Innz live dalam video .
never featured in any video before , so I can consider this video is EXCLUSIVE .





kbai <3

.hidup.

orang mesti ingat aku ni forever alone sebab kat uia , aku memang jalan sensorang .
kalau ada pun , berdua dengan Dena sebab aku tumpang dia pergi kelas .
hehe ;)

tapi itu tak bermakna , aku forever alone okayy .
aku ramai kawan tapi virtually .
yang tak nampak dek mata tapi dekat di hati .
ayat kauuu ~ 

recently , aku jumpa balik budak yang aku minat time sekolah dulu .
kat sekolah dulu , dia nampak macam avoiding me bila nampak aku .
HAHA !
aku pun suka suka je sebenarnya .
masa tu aku form 5 , dia form 4 .
even aku senior dia , kitorang sebenarnya sebaya .

aku jumpa dia kat facebook fakha yang akan kahwin this june .
he's my junior too .
eh , bagi senior kawen dulu boleh takk ?
HAHAHA !

aku memang ada cari fb dia tapi tak jumpa .
dan tak sangka , Allah makbulkan hajat aku nak contact balik dengan dia .
know what ?
I'M SUPER DUPER HAPPY !
tak sangka wehh .

pernah dulu , aku tunjuk dia kat Hafiz dan aku cakap ;
"aku nak biodata budak tu , kau pergi mintak kan"
time aku sekolah dulu , mana ada handphone , facebook bagai .
masih main biodata lagi .

lepas habis rehat , Hafiz bagi aku biodata budak tu .
melompat kesukaan aku kat kelas .
HAHA !
Hafiz cakap "aku paksa dia tulis taw"

Hafiz ni pengawas sebenarnya .

dia ada bagi no phone , ada gak aku try contact tapi tak layan .
and aku pun dah habis sekolah , dah lost contact .
tapi , aku still ingat dia .
muka dia aku sangat ingat .
dan luckily , until now , aku masih dapat cam muka dia .
tu yang aku confirm sangat itu memang dia .

sekarang kann , setiap pagi , dia akan wish gud morning kat aku .
isn't it sweet ?
hehehe ;D *lempang*

bila dapat gud morning dari dia , aku bangun dengan senyuman .
sama macam bila Amin wish me gud morning too ;)





ah , btw , nama dia Ameerul .






takde boyfriend pun takpe kot ;D






aku lebih gembira dengan hidup sekarang .
dikelilingi kawan kawan yang super sweet dan baik ;)

hope it last forever .
















kbai <3 


Wednesday, March 7, 2012

.eh , nipisnyaaaa.

aku pergi Giant hari tu .
saje jenjalan , makan makan .

depan dominos tu ada satu booth jual tudung .
aku ternampak satu shawl yang macam satin tapi nipis nak mampus .

Akak Penjual : RM 10 satu tu dik .
Aku : kain apa ni kak ?
Akak Penjual : satin .
Aku : kenapa nipis sangat ni ?
Akak Penjual : ......................... (terdiam)
Aku : aku punya lagi tebal dari ni . buat sendiri pulak tu . mahal dowh , RM 10 , kain nipis .
Akak Penjual : .....................




HAHAHA !
aku gelak je .
nak berniaga pun agak agak laaaaaaaa .

kain nipis macam baju tidur pengantin , ada hati nak jual RM 10 .
heh .



















kbai <3

Monday, March 5, 2012

.awak blogger ke ? tak pernah nampak before.

okay , soalan ni bikin gua nangis lelaju .
tahu lahh gua tak pemes macam dey all yang datang event .
sebab setiap kali event nuffnang je , mesti MUKA YANG SAMA kau nampak kann ?
aku ni jenjarang ada .
kalau ada pun , setahun 2 kali je .
itu pun event kekecik T__________T


nak tahu aku jawab apa kat dia ?

AAH , BLOGGER . SAYA PERGI YANG NUFFNANG AWARD TU .


hambik kauuu , nasib baik aku merasa pergi event of the year ni kann ?
kau tak pergi kann ?
baru kau tahu taraf aku .

HAHHAHAHAHA !




subhanallah farah , nak kene cepuk ?
*puk puk puk*







gua dah slow dalam arena blogging ni .
tumpuan harus di utamakan pada study yang bakal memasuki final year tak lama lagi .







kbai <3




Saturday, March 3, 2012

.DiGi Fandroid Day.


pagi tadi aku pergi DiGi Fandroid Day kat Studio D , Shah Alam .
pergi berdua dengan kaizen .

aku masih belum sehat sepenuhnya .
tengkuk dah sehat sikit lahh lepas diurut oleh Kak Ad semalam .
tapi batuk dan demam belum hilang .
I is batuk sepanjang hari .
saket dah tekak I ni .
nak batuk pun takut sebab tak tahan sakit ;'(

alhamdulillah masih boleh drive dengan selamat .
buktinya ?
aku dan kaizen selamat pergi dan selamat pulang ;)

tahniah Nisa Kay sebab menang S II .
aku kan nan ado smartphone , jadi tak dapat nak tweet tweet untuk menang S II tu .
huhu ;'(

tadi makan sorang sorang bukan lahh aku tak nak get mix with others tapi aku tak nak sebab aku , orang lain sakit .
virus batuk ni senang nak buat orang jatuh sakit okayy .
mane tahu , time nasi penuh dalam mulut , aku batuk , tak sempat cover , tak kesian orang kat depan aku ?
sia sia kene sembur dengan nasi kunyahan aku ?

ce bayangkan .

HAHA !

aku sarankan kalau korang tak sihat , jangan lah pergi event event yang kene bersosial .
nanti orang ingat awak sombong plak ;D

okay lahh , kepala aku dah berat dah ni .
mahu beradu .















kbai <3

Friday, March 2, 2012

.Dear Blog.

hye blog ! maaf mengabaikan awak beberapa hari .
saya super busy tak de masa nak update awak tapi ada masa nak lawat facebook setiap masa .
semalam saya demam , batuk batuk sampai muntah sebab kelmarin saya kene hujan dari pagi sampai malam .
lepas tu , tak terus mandi sebab pergi bilik kawan study untuk test FM pulak .
hari ni masih demam tapi dah kurang .
batuk juga begitu .
tapi pagi tadi bangun , tengkuk saya sakit pulak until now .
dah sapu minyak banyak kali tapi tak de perubahan .
maka , untuk temporary , saya adalah teleng =.='
dah macam robot dah .




jadi , itu lah saya minggu ni .
sekian .



doakan kesihatan saya ye ;)




kbai <3