4 years ago
Saturday, October 29, 2011
.relax je lahh , jangan butthurt sangat.
aku tak balik seremban lagi minggu ni .
sebab aku dah cakap kat ibu , aku ada quiz on friday , jadi tak balik .
aku memang tak suka balik hari jumaat sebab orang ramai kat LRT .
aku dah tak suka sesak sesak ni .
dulu , aku dengan ibu suka sesak sesak ni .
ibu kata meriah .
tapi aku bet , kalau ibu dok KL , mesti ibu pun dah fed up dengan sesesak ni .
nampak tak aku begitu tidak menyukai KL .
HAHA !
tapi dipendekkan cerita , madam dengan selambe derk dia telah tukar quiz ke hari khamis , yakni sehari SEBELUM jumaat .
haa ye lahh kan , takkan sehari sebelum majlis perkahwinan pulak kann ?
HAHA ! lagi .
kalau kau tak gelak , terpulang . tiada unsur paksaan ;)
disebabkan dah niat tak nak balik , even quiz dah settle, jadi aku teruskan sahaja niat murni ku ini .
minggu ni aku takde meroyan ke hape ke .
takde pulak aku mengadu ngadu dekat sesiapa cakap nak balik pe sume .
sebab minggu ni aku terasa malas nak tekan keypad phone .
selalu sangat typo , kadang kadang tu rasa lemah je tangan nak pegang hp sampai terjatuh terslide down hp aku tu .
bila dah terjatuh , aku dah malas nak teruskan taip mesej .
aku biar je hp tu berguling guling jatuh .
nasib lahh tade boyfriend , kalau tak , mahu makan penyepak aku .
semalam borak dengan sepupu aku kat fb .
memula cite pasal konvo , lepas tu basikal , lepas tu cite pulak pasal tunang .
adoidoi ~
"tau tak anak cik jenal , ida , nak tunang ? kau bila lagi ?" ujar sepupuku .
"kau saje je kann cari point nak tanya aku soalan ni . cess" balas ku.
"bukan cari point , tapi aku TERtanya. hehe." sambung sepupuku lagi.
ye , sepupu aku sebaya .
aku cuma tua seminggu dari dia .
dia dah bertunang before puasa ritu .
dan aku ?
masih single rider .
bila aku cakap aku single , dia tak percaya .
yelahhh , aku kan playgirl terhebat abad ini .
mesti lahh dia tak percaya .
HAHA !
eh tanpa sedar , dah berbulan jugak lahh aku single kann ?
ek , okay , lari topik ;p
sekarang ni kalau orang tanya aku bila lagi ?
aku jawab "saya anak sulung , kena bagi adik adik lepas sekolah dulu , nak kerja best ,"
heibat tak jawapan aku ?
untuk anak sulung yang selalu berhadapan situasi macam aku , sila copy jawapan aku ni ye .
aku izinkan .
HAHA !
sepupu aku kata , aku memilih .
choosy for good sayangku ;)
muka saya tak cantik , susah nak tarik perhatian orang .
lelaki tak pandang saya pun .
stok untuk mat rempit ramai lahh .
yang kaya raya tak nak kat saya .
HAHA !
takkan saya yang bakal ada degree (insya Allah) ni bersuamikan lelaki mat rempit yang kerja sebagai despatch mahupaun sales assistant kat watsons ?
sampai bilaaaaa ?
nanti orang mengata jugak "susah belajar sampai degree tapi hidup susah jugak" atau pun "isteri gaji besar , mesti queen control ni"
yaaaa ampunnn . ini lagi pedih bhai .
rela tak kahwin aku macam ni .
hehe ;)
takpe , Allah dah tetapkan jodoh untuk setiap orang .
kita hanya mampu berdoa Allah kurniakan yang terbaik untuk kita .
no worries ;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 bantah cakap cikgu:
sumpah aku tak paham tajuk ngan isi. hahaha
queen control? hiks
Post a Comment