Sunday, February 26, 2012

.kepuasan diri.


semalam aku bangun pukul 930 pagi .
layan facebook sejam dua , aku bangun mandi , siap siap nak pergi wangsa walk .
aku dah niat nak pergi popular , shopping stationeries guna voucher yang berbaki RM 150 .
semalam , aku guna RM 100 .
siap belikan adik aku punya barang lagi .
jadi , inilah hasil rembatan semalam .


4 5 kali gak lahh aku kira harga semua ni .
total semua RM 100.05 .
jadi , aku bayar RM 0.05 je .
hehe ;)

malam tadi pulak , aku tinggal sensorang kat bilik .
aku buat mende ni .
cantik tak ?


boring punya pasal .



aku tengah tunggu scholarship aku masuk .
kalau jadi , aku nak buat business kecik kecik .
doakan aku ye ! ;)











kbai <3

Saturday, February 25, 2012

.Contest 1st Anniversary Blog Liku Liku Kehidupan.

aku nak kau pergi kat blog ni , pastu join kontes dia .
PAKSAAN !
HAHA !

lama kot aku tak join any blogger kontes .
maklum lahh , student mana ada masa sangat ,
kalau ada , baik aku qada' dengan terbongkang atas katil sambil peluk garfield ;D

ni kira aku support member lahh eh .
menang tak , belakang kira .
papehal member dulu kau cari kannn ?
apa salahnya sekali sekala tolong .
ada rezeki , dia belanja aku tart blueberry .
HAHA !


SYARAT-SYARAT
1. Anda klik follow blog liku-liku kehidupan nih terlebih dahulu (tiada paksaan lebih afdal klo follow)
3. Letak header seperti di atas
4. tajuk "CONTEST 1ST ANNIVERSARY BLOG LIKU-LIKU KEHIDUPAN"

SYARAT-SYARAT SAMPINGAN
1. Anda follow my twitter HazwanHairy or facebook LIKE ( jika ada bukan paksaan tp tuk kembangkan) <-- syarat ni aku skip eh , sebab dah tak main twitter ;p

Untuk contest ni apa yang saya nak anda buat adalah :
1. Bagi 1 cadangan penambahbaikan/komen anda mengenai blog liku-liku kehidupan .
2. Berikan "TAGLINE" anda yang sesuai untuk blog ini..
3. Post link anda pada entry ini.
4. Kalau boleh war2 kan kepada rakan2 blogger anda yang lain.

pemenang akan di kira berdasarkan "tagline" yg kretif.
HADIAH
1. PERTAMA : RM20 TOPUP
2. KEDUA : RM15 TOPUP
3. KETIGA : RM10 TOPUP
4. KEEMPAT : RM5 TOPUP

1. Bagi 1 cadangan penambahbaikan/komen anda mengenai blog liku-liku kehidupan .


  • header tu cik hairy , minta di centerkan ye .
  • jangan letak terlalu banyak link kat main page , sebab tadi saya bukak , boleh tahan lambat jugak loading nye .


2. Berikan "TAGLINE" anda yang sesuai untuk blog ini..


  • bagi saya , tagline sedia ada yakni liku liku kehidupan ni dah sedia okay , ke ini nama blog ? HAHA ! kompius ;D





join lahh weyh .
hadiah sampai 4 kot .
jimat duit topup kau seminggu .
HAHA !




kbai <3

Friday, February 24, 2012

.main air bersama kawan.

semalam saya adalah pergi ke sungai pisang .
rupanya ada sungai kecik yang airnya sejuk macam ulu bendul kat gombak ni .
haaaaa , mesti ada budak gombak yang tak tahu kannn ?
HAHAHA !

saya adalah super teruja bila sampai sana .
heeee ;D

jadinya , semalam , saya , dena dengan sya sempat buat video untuk kontes nuffnang .
tapi serius  cakap , ini kali pertama saya edit video .
nak mampus penat sampai tak makan  , skip kelas semata mata nak siapkan menda ni .
pressure beb !

rakam pakai Iphone 4 , dalam phone , gambar super cantik , bila transfer masuk lappy , amekkk kau , TERBALIK .
satu hal nak flip video pulak .

dah flip , kualiti gambar jadi hampeh , blur plak tuu .
grrr , suara dah ke laut .
maafkan lahh saya yang first time jadi pengedit video ni .
lepas ni memang tak nak buat dah .
surrender .

kalau ada cacat cela dalam video , saya mintak maaf sesangat .
amatur lahh katakan =.='





first time tengok Misshy Innz live dalam video .
never featured in any video before , so I can consider this video is EXCLUSIVE .





kbai <3

Wednesday, February 22, 2012

.kekok ah pakai tudung bawal.


hari ni terasa nak pakai tudung bawal pulak .
selalu nya kalau pakai baju ni aku pakai pashmina pink + inner hitam .
ini pun amik masa 15 minit nak pakai .
err ~ tak tak , aku memang amik masa yang lama untuk pakai tudung .
heeee ;D




comel tak ?













puihh kau comel .
dah lah tembam .
HAHA !










kbai <3

Tuesday, February 21, 2012

.inside my make up box.


jangan tanya kenapa beg mekap aku besar .
HAHA !



*baru beli semalam guna voucher elianto RM 100 . seronok dapat shopping make up free . hilang terus sakit kepala . HAHA !*



 *lipstick dan lipbalm*


 *all the liner . lip liner , eye liner , mascara*


*pewangi*


*bedak*


*takde kategori*


*krim dan losyen*
















dah berapa kali aku buat entry ni ?
HAHAHA !















bosan , takde idea .









kbai <3

Monday, February 20, 2012

.nanti update.

cerita pasal pd ritu , gambar ada kat rumah , jadi tak boleh nak update .
sekarang ni banyak kekangan .
aicehhh , ayat , bahasa melayu betul .

rini isnin , aku super penat .
wuuu ~ dari pukul 8 sampai pukul 7 malam aku berjaga .
kelas weiii ~
sekarang masih dalam kelas tutor .
belajar photoshop tapi aku ngelat sebab dah tahuuuuuuuuuuuu .
heee ~ bajet dah pandai .
nanti ada masa update full .
thanks for coming walaupun dah berhari hari tak update .








kbai <3

Wednesday, February 15, 2012

.hilangkan jerawat.

disebabkan aku ni seorang yang pemalas , muka yang mulus , licin cuma tak putih ni jadi berjerawat teruk .
aku malas nak cuci muka .
HAHA !

muka aku tak berminyak tapi kering .
jadi dengan konfidennya , aku memang malas nak basuh muka .
sebab berdasarkan pembacaan aku , kalau berminyak baru naik jerawat .
tapi AKU SALAH .
HAHA !

macam macam aku letak kat muka nak bagi hillang jerawat yang menyubur dekat muka aku .
kawan aku syor pakai cream OXY 5 untuk matikan jerawat .
pakai cream pun sangat puas hati , esok tu jerawat dah kecut .
yippi !

lepas tu aku cuba pakai pencuci muka OXY ACNE WASH .
mula mula macam takde perubahan sangat .
lepas tu aku stop sebab kakak sales kat giant suh aku beli produk dia .
yang kawan aku pun satu , kakak tu offer nak scan kulit , dia pun cakap ;
pergi lahh farah , free tu .

aku benda ceni memang tak layan .
tapi sebab kawan aku tu beria , aku ikut je , last last kene beli produk dia yang entah pape .
pakai 5 bulan , jerawat makin bertambah .
%%^&*((*^%$#@

habis je benda tu , aku tuka oxy balik .
dan hari ni , aku sangat berpuas hati .
jerawat kurang gilaaa , in fact tinggal sikit je saki baki dari period hari tu .
yang lain , clean !

sekarang aku cuba nak hilangkan bekas jerawat pulak .
banyak okayyy , tapi tak sestress masa ada jerawat dulu .
jerawat sakit dol !
bekas jerawat tak sakit .
hehe ;D











jadi , teenangers yang ada masalah jerawat , apa kata kau try OXY ACNE WASH .
harga dia less than RM 12 .
try dalam setengah tahun macam tu .
kalau tak berkesan , boleh tukar .










bukan iklan berbayar .
cuma nak share jee .








kbai <3



Tuesday, February 14, 2012

.kejutan otak.

sejak June 2007 sampai 13 Februari 2012 , nota belajar aku semua dalam english .
dan otak juga dah dilatih untuk menulis nota belajar in english .
dah auto dah !

tapi tadi , aku ada kelas KOMUNIKASI PERNIAGAAN .
tajuk subject pun dah bahasa melayu maka secara automatiknya , kelas ini adalah kelas bahasa melayu .

pensyarah (amik kauu , tak pakai dah perkataan lecturer , pensyarah terus) bagi briefing pasal course ikut course outline .
dia cakap ;

"saya bacakan ringkasan kos yang kita akan belajar sem ni . outline dalam english tapi saya kene translate lah sebab dia suruh saya cakap bahasa melayu"

yang kelakarnya , dia sebut english word dulu then translate to malay word .
each time dia buat cenggitu , aku gelak comel .
kelakar kot .

pelik pun ada .
HAHA !

ada satu sub topic yang memerlukan kitorang translate english ke malay dan dalam final pun ada .
dia bagi like a short essay in english dan kitorang kene translate ke malay ikut tatabahasa segala .
aku dah macam ____________ what ?

macam agama time SPM .
tukar petikan malay ke jawi .
macam tu lahh .

nanti belajar minit mesyuarat , surat rasmi , dan macam macam lagi .
project macam susah .
adoi . =.='
tapi dah pernah buat before .
hehe ;D


tadi aku salin notes , bercampur english malay even lecturer tu cakap sepenuhnya dalam malay .
dan aku syak dia orang kampung aku .
terkeluar lahh certain words in negeri .
okayy .










kbai <3




Sunday, February 12, 2012

.DG Smart Plan and my Android Phone.


DiGi makes new offer !
Oh Menarik Gila !




Tadaaaa , introducing new Samsung Android phone called Samsung Galaxy Nexus that was built with Android 4.0 Ice Cream Sandwich !
Hurm . wait , did i mention Ice Cream Sandwich ?
Is it delicious and have vanilla chocolate flavour ?
yum yum .

HAHA !

Unfortunately , it is not something that we could eat .
It is the latest Android platform for smartphones and tablets .

ouh , I'm frustrated , thought that its an ice cream that I could eat during this sunny day . T______T
BUT WAIT , this Ice Cream Sandwich is way way cool that an Ice Cream that we can eat .
aha ! lets check it out a bit what is Android 4.0 Ice Cream Sandwich all about .

It builds on the things people love most about Android — easy multitasking, rich notifications, customizable home screens, resizable widgets, and deep interactivity — and adds powerful new ways of communicating and sharing.

woahh ! isn't it great ? super cool ?
okay , here is the link to check out more on this super cool new Android platform .
> Android 4.0 Ice Cream Sandwich <


I've tried and used some Android smartphones before which are Samsung Galaxy Y and Samsung Galaxy Tab .
Using Samsung Galaxy Y that I called Y , its cool and easy to use , very smooth and I adore it much .
But its too small for me .
I keep in typo when I'm typing a text .
How noob am I =.=' .
I just enjoy playing Fruit Ninja and being the top scorer . (bangga gilaa)
HAHA !


Recently , my bff bought a Samsung Galaxy Tab 7 that I used to called Tab .
Just like Y , I found the devices is very user friendly , very easy to use , easy to surf and I like the screen .
Of course its big , wide and I'm very satisfied .
BUT ... , oh , okay , there is a but .
Its too big for me to make it as my phone .
I hate keeping it on my bag as I don't like to bring huge bag just for my Tab .
Its not convenient at all .



Now , I'm falling in love with Samsung Galaxy S II .
Its not too big as Tab and not too small as Y .
Just nice ! Perfect !
I would love to use on S II from DiGi because they offering me the smartest plan for my soon-to-be-S II .


Let's check out the plan for this awesome-wanted-phone S II . hehe ;D














For me its quite affordable as for a student like me .
In addition , we have to maximize our satisfaction and minimize our cost . (my economics' lecturer told me so)
HAHA !

Refer here for more info -> Samsung Galaxy S II





*Hello , I'm Android . comel jeee dia ni *



kbai <3




.okayyy , fineeee =.='.

Men are the best cook . With two eggs , one sausage and a lil bit of milk , they can fill a girl tummy for 9 months .









i was like ____________ . okay . u win .



HAHA !




kbai <3

.suwit muwit.

aku tengok iklan cerita vanila coklat je .
nak tengok cerita tak sempat sebab dah balik uia .
sobs sobs T____T

jadinya , dengan wifi uia yang adoo ni haaa , aku berjaya jugak tengok vanila coklat semalam .
yahh , baru semalam aku tengok .
itu pun semalaman tunggu loading .
punye hampeh lahh internet uia ni kan .
*tak bersyukur punya budak ! lempang !*

memang tersenyum sensorang aku time tengok cerita tu .
kih kih kih .
sumpah sweet gila babs !

amir tuu suwit gila , alolo pandai aiman bawak watak tu kan ?
rasa nal lelempang je aiman tu sebab berlakon gila menjadi .
HAHA !

lepas habis tengok cerita tu , terus aku text sharul .
(sharul lagi ? kau tak hehabis nak cite pasal bf ko kann innz ?)

"Hurm .. Hurm .. I nak kawen "
"Kawen ?"
"Yah"
"Dengan sape ?"
"Tak tahu . tapi i nak kawen . u nak pinang i tak ? kalau tak , i suruh ibu carikan calon"
"belum ada duit nak pinang u"
"okay"



okay , hilang rasa esaited nak kawen muda .
semua nyaa gara gara DUIT .
T____T

nak kawen pun susah sekarang ek .
sebab DUIT .
kalau takde DUIT , jangan harap nak kawen .
hurm .

jeles gilaa tengok orang kawen muda .
update status kat fb yang diorang bergurau bersama , dating .
HALAL kot .
nikmat HALAL tu yang buat aku jeles .






kenapa lahh MELAYU ni suka susahkan perkahwinan ?
did you know what i mean ?



MULUT ORANG 








haih =.='















kbai <3

Friday, February 10, 2012

.nilai baucar buku RM 50.



  • 2 pocket files 
  • 1 test pad (40 sheets) 
  • 1 glue gun 
  • 2 packets of glue stick 
  • 1 notebook
  • 3 pens
  • 1 marker
  • 1 highlighter
  • 3 water glue
  • 6 small cello tape
  • 1 double sided tape


okay , thats it , pening oi nak fikir beli barang apa .
tapi aku memang aim nak beli glue gun tu .
nasib baik tak mahal , RM 14.50 jek .
memula pergi popular kat wangsa walk , takde pape , sume pun dah habis .
pastu pergi popular festival city , dapat beli separuh je .
lastly pergi pustaka rakyat seri gombak .

test pad dengan pen kesukaan OUT OF STOCK untuk ketiga tiga kedai .
test pad aku amik tu , last kopek .
pehhh ~

kakak cashier cakap ; "masa dapat voucher tu bebudak ni amik sampai 5 10 test pad , tu yang habis tu"






pilot rexgrip , please increase your production ,
i love your pens .


jadi , itu lahh nilai baucar buku 1 malaysia sebanyak RM50 .
lagi RM 150 , nak beli text book , tahu tak cukup .
HAHA !












kbai <3



Thursday, February 9, 2012

.senang merajuk , senang dipujuk.

Aku : nak tido dah ek ?
Sharul : aah , i nak bangun pukul 530 jap gi .
Aku : hurm .
Sharul : jangan merajuk ea sayang .
Aku : nyte
Sharul : takmo lah merajuk .
Aku : (tak reply text , tekup muka dengan bantal , nangis T____T)

cengeng .
HAHA !

bila aku text orang tanpa noktah , makna nya aku sedang pra merajuk .
bila terus tak reply text , makna nya aku dalam fasa merajuk .

pastu tido .

pastu , pandai pulakkkk sharul ni pujuk .
before pergi keje , text wish morning jenjiwang .
kalau aku tak merajuk malam tu , jangan harap dia nak text pepagi buta wish aku morning bagai .
aku yang start dulu .
HAHA !

jangan marah ek , u ;D


Sharul : morning my love .
Aku : morning sayang .
Sharul : watpe  tu ?
Aku : i baru bangun (padahal mata pejam lagi , agak agak je taip, nasib baik betul)
Sharul : kelas pukul berapa ?
Aku : 830 (taip dalam keadaan mengantuk)
Sharul : sayang nak siap pukul berapa ni ? jangan sambung tido plak .
Aku : (tak reply sebab aku sambung tido lagi 20 minit)





okay , dah tak merajuk .
kih kih kih .

senang kann aku ?
tapi bila pra merajuk tu , kalau depan mata , haih ~ jangan harap nak tengok aku senyum .
muka ketat aje .
HAHA !





okay , entry cintan cintun je manjang .
annoying tak ?
lalalallalaaa ~




kbai <3

Wednesday, February 8, 2012

.sangkaan ku meleset.

Aku : penat lahh basuh baju .
Sharul : basuh baju sape ?
Aku : baju u laa , banyak kot . u bukan nak belikan i mesin basuh .
Sharul : abis tu sayang basuh pakai tangan ke ?
Aku : aah .
Sharul : kasar lahh tangan sayang .
Aku : (terdiam)


aku ingat kau nak cakap ;
""bagus ! jimat duit i nanti pas kawen , tak yah beli washing machine"
atau
"bagus nya sayang ni"




seyes , aku tak sangka itu respon dia .

nilai hantaran i jatuh ke sayang ?
wuuuu T_____T





voucher buku dah dalam tangan lepas puas berebut dengan JUNIOR LAW .
aku benci kauuu weyhhhh !














Tuesday, February 7, 2012

.jom berangan.

tak jadi nak cerita .
sebab asyik backspace je .




jadi , konklusinya tak jadik berangan .



stress sebab A tak reply my texts ;'(








kbai <3

Monday, February 6, 2012

.Nikah Awal Adalah Terbaik.






selamat pengantin baru .
11 months left .
wish me all the best ! 
^____^


.Monday ; 6 February 2012.

memandangkan aku blur , asyik taip , backspace , taip , backspace .
mari lahh kita menjawab soalan tag dari Mell ni ;)


1. Apakah nama kawan baik anda ?
Noor Atikah binti Mohd Nasir

2. Dimana tempat weirdest anda mempunyai tahi lalat ?
tapak kaki . mesti korang tak tahu kann ? sebab tak nampak . HAHA !

3. Siapakah guru yang paling rapat dengan kamu ?
Ibu . time sekolah dulu , ibu yang buat kan karangan aku , aku tolong copy masuk buku jeee . heee ;D

4. Pernahkah anda menyanyi secara LIVE ?
tak . malu =.='

5. Apakah bahagian badan yang anda suka ?
mata . sebab nampak ohsem ! kening pun elok cantik pada pandangan aku lahh .


6. Adakah anda suka lebih tandas awam or rumah ?
opkos tandas kat rumah .

7. Apakah bakat pelik yang anda ada ?
undiscovered yet .


8. Adakah anda mempunyai lesung pipit ?
takdo . wuuu .


9. Apakah perisa kegemaran anda ?
coklat .


10. Adakah anda diikat gara-gara degil ?
tak pernah .

11. Apakah perkara terakhir yang anda pernah tunaikan ?
haaaa ??

12. Adakah anda mempunyai lesen ?
ada . D dan B2 .

13. Pernahkan anda terfikir bahawa awan tuh pejal dan boleh duduk ?
tak .

14. Adakah anda keras kepala ?
depends tapi jarang .

15. Jenis kasut yang anda suka ?
flat and wedges .

17. Adakah anda pernah ke muzium ?
pernah . masa tadika dulu .

18. Binatang paling benci ?
ular .

19. Adakah terdapat satu tempat anda ingin pergi ?
Al- Hamra .

20. Suka blog ini ?
suka sebab kaler pink . HAHAHA !












okay , bosan .
kbai <3

Sunday, February 5, 2012

.saya adalah tak sihat lagi.

hari ni , tahap kepanasan kat seremban adalah sangat melampau .
tahap kau nak dok dalan freezer semedang .

dan ia menyebabkan aku sakit kepala .
bibir kering , tak larat nak berkata kata .
ni masih lagi ting tong .
kalau ada typo ke perkataan tertinggal ke , maaf kann lah aku .

jadi , bila tak sihat , adalah wajib bagi aku yang super manja ni untuk mengadu dekat sharul .

Aku : syg , kepala i sakit , rasa macam nak hantok kat dinding . aduhh .
Sharul : g makan ubat cepat .
Aku : tak nak , nanti i muntah .
Sharul : degil ea ?
Aku : yup , macam sharul . hehe .
Sharul : memang . haha .




tadi ayah tanya aku balik tak 11hb ni , yakni sabtu .
aku baru berkira kira malas nak balik sebab ______________ (isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai)
tapi bila sebab alasan ayah yang super best , maka , WAJIB lahh aku balik .
nak balik hari jumaat lahh , sebab kelas hari khamis sampai pukul 5 .

apsal lahh uia tak extend je cuti lagi seminggu , sebab 2 hari je kot kelas minggu depan .
aiyaiyaii .






HELLO PORT DICKSON !
HELLO BBQ !








.muka budak sekolah.


*Form 4 - dengan cikgu praktikal . dia ajar Prinsip Akaun*


*Form 4 - dengan Ain kat Johor , lawatan kelas*


*Form 5 - Pasukan Bola Jaring sekolah .*



tahu lahh saya hitam tapi jangan taip bebukan kat komen eh , kutuk dalam hati takpe , hati saya tak tahu dan tak sakit
heheh ;D






kbai <3


Friday, February 3, 2012

.sumpah lawak !.

aku jumpa menatang ni dekat facebook page .
rasa nak share gelak dengan korang .


Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar

ii) Pilih nombor hari jadi anda:
1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:
Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat




aku punya status -> aku terkentut depan mak tiri aku sebab aku baik hati .
HAHAHA ! baik hati kentutkan orang ;D

kat page yang aku baca tu banyak yang lawak lawak .
antara contoh ;

  • aku peluk orang gila sebab aku perasan hensem .
  • Aku lambai dekat raja lawak/akedemi fantasia sebab bomoh suruh aku
  • aku belasah mak mertua aku .. sebab aq perasan aq cantik .
  • aku jerit dekat semut sebab aku gile .
  • Aku lambai dekat mak mentua aku sebab aku perasan aku cantek !
  • Aku menari dengan mak mertua aku sebab aku tak tahan .


okay fine , penat ahh gelak .
adik aku kata aku gila da haa .

guys , u made my day ;D


kbai <3

.SE dah balik.

pukul 4.02 petang , sharul text .

"hai u .."

aku reply pukul 4.20 petang , itu pun baru terasa nak cari phone . hehe ;D

"hai syg .."

senyum melebar macam hape je aku time text message .
HAHA !


berbalas text dalam 10 macam tu , lepas tu dia diam .
diamm , diamm , diamm .
aku pun diamm .




pukul 6.30 , baru reply .

"I dah sampai tangkak"

yeay ! sharul dah sampai rumah dengan selamat ;)


ouh ye , sharul orang tangkak, johor .
bukan orang seremban .
heee ;D










okay dah , tah hantu ape merasuk badan sampai aku buat entry cenggini .
aku ke ni ? =.='






kbai <3

.habit baru.

Adik : kak , handphone kau bunyi ke kak ?
Aku : (lari laju laju pergi masuk bilik tengok handphone )

terpampang perkataan silent depan skrin .
=.='

acane nak bunyi kalau phone dalam silent mode ?
aiyaiyai ~

kalau dulu , keluar memana hatta ke kedai depan rumah sekali pun , aku tetap akan bawak handphone .
at least my maxis phone sebab handphone tu main contact .
even aku tahu , memang takkan ada orang yang akan text/call tapi tetap bawak .

itu dulu .

sekarang , pergi town pun malas nak bawak .
dua dua handphone bergelimpangan atas katil .
enak tidur diselubungi selimut dan bantal .
high class layanan ku terhadap handphone .
HAHA !

namun ia bukanlah best !

Kazen : jom keluar balik . jangan matikan enjin motor dulu .
Aku : awat ? nak p mana ?
Kazen : aku call kau , kau tinggal handphone dalam bilik kan ?
Aku : heheheee , pergi family store je pun , malas aku nak bawak .




jangan amalkan .


kbai <3

.SE & NF.


malam tadi tetengah tunggu sharul reply text , aku terasa amik pen dengan notepad terus main benda alah ni .


macam bebudak sekolah kan ?
aku belajar main ni masa darjah 6 rasanya .
time tu diorang sebok nak kira among couples .
so cuteeee ^__^
nostalgic betul ;D

lepas tu , aku tanya sharul ;

Aku : sayang , u tahu tak main kira kira nama couple tu ?
Sharul : tahu tapi tak reti main . u , tak yah lahh main kira kira semua , kalau dah sayang tu , tetap sayang jugak .
Aku : alaaaaa u ni .
Sharul : :p

sentap aku 5 saat .
dia ni tak boleh jadi childish sikit .
serius manjang .
pokk kang tahu lahh .
HAHA !


sape pernah dapat 100 % ?
aku paling tinggi dengan mamat ni ah .
kekasih pertama .
HAHA !




Sharul ke Singapore hari ni , petang kang dia balik .
yeay !








gedik plak rasa buat entry pasal ni .
HAHA !

Thursday, February 2, 2012

.hello KL.

my semester break is about to finish this coming Tuesday as on Wednesday , the classes will start on .
frankly speaking , I'm already excited to start my new semester .
this coming semester will be my 3rd year 2nd semester and I will undergo practical training on the following short semester .
haven't decided where I will do my internship as I didn't received any feedback yet .
I'm kinda worry about this .

saya rasa saya dah cukup makan kat rumah .
dan akan kembali diet sekembalinya saya ke KL .
sebab apa ?
sebab saya dah start boikot cafe mahallah since last semester .
as I'm not satisfied with the service , especially kakak yang jaga kaunter tu .
rasa nak jerit dekat muka dia sambil sembur sembur air liur .
grr .

kenapa ? tak yah tahu lahh , sebab hati sangat sakit bila ingat balik .

takpe , kalau lapar , banyak lagi cafe kat dalam UIA tu , tak pun , I have Nabil to accompany me untuk bawak I pergi cari makanan kat luar .

eh jap , cafe ada  kaitan ke dengan diet ?
kalau tak de cafe , Nabil ada , so , celah mana diet nyaaa ?
arghhh ~

don't worry , I know how to handle this .
^___^

this coming semester , I amik 8 subjects .
first time ever sebab dah ketinggalan punya pasal .
dengan tak amik tilawah , BM lagi .
HAHA !

sebelum ni paling banyak pun 6 including co-curriculum .
tetiba rasa stress pulak dok uia sebab SANGAT BANYAK subjects yang kene amik .
english sampai dua , EAP & EOP .
ayaiyaiyaiii ~

tapi lucky us , for BBA's student , we didn't have to do thesis and FYP .
kikiki ;D

jealous tak ?

balik UIA nanti dah jarang dapat update blog sebab internet takde .
jadi , sementara ada masa ni , boleh lahh merepek habis habisan .
theee ^____^






kbai <3

.at some point , i hate technology.

people keep asking me when they saw that I'm still using my old Nokia ;

"where's you BB ? u said you did bought BB that day"
"I've sold it "

and now , I'm proudly say that I'm happy living without that gadget as I'm a Facebook addict .
kalau ada BB , of course 24 hours aku akan onlineeee .
and its SUPER ANNOYING .

recently , aku keluar hang out with my old friends .
all of them were holding their smartphone and nonstop pressing the keypad .
WHAT THE F did you do ?

the main purpose ajak hang out together is to have a chit chat , gosip , cerita pasal life , gelak huha , BUKAN nak tengok kau dok kecoh tekan tekan keypad , BBM , komen kat facebook lahh apa lahh .
grr =.='

makanan depan mata pun 2 jam kau nak habiskan sebab sebok main dengan BB , Iphone kau tu .
kalau macam tu , baik kau makan kat rumah jee , gilaaaa .
heh . marah sangat okay .

lagi tak boleh blah bila ada orang cakap tak serupa bikin .
dia pun pakai smartphone , lebih dari sebijik pulak tu haaa , dah hampar atas meja makan , sejak duduk , asyik main handphone , tapi bila tetiba dia nak tunjuk baik , konon menghargai kawan depan mata , terus dia cakap ceni ;

"weh , korang nak online , balik rumah karang pun boleh "
"apa asyik online fb je ni ? takde life ahh "

15 saat lepas dia cakap camtu , dia pegang handphone dia balik , leka tot tet tot tet sampai makanan depan mata tak habis .





bayangkan ;

dah 5 tahun tak jumpa kawan sekolah , kau sikit punya esaited buat reunion sebab happy dapat jumpa kawan lama , boleh borak borak semua tapi end up , jadi ceni . kawan kawan kau lebih pentingkan handphone dari reunion . apa kau rasa ? kawan boleh ganti dengan smartphone ke ? smartphone hilang , boleh beli baru , kawan hilang (passed away) , mana kau nak cari ganti ? hargai lahh kawan .





.give up ?.

terus terang aku cakap , aku memang dah malas nak jadi starter dalam sesuatu hubungan .
selama aku couple , memang aku yang mula dulu .
memang aku yang declare sebab bagi aku , pada masa itu , aku tak kisah siapa mula dulu .
dah suka , go on je .

tapi sekarang , boleh kata aku give up .

"Farah , kau dengan siapa sekarang ?"
"kau takde boyfriend ke ?"

satu jawapan aku ; TAKDE .

nasib aku baik , ada kawan kawan yang prihatin dengan aku .
siap tolong offer nak jadi match maker lagi .
aku gelak je lahh walaupun dalam hati nak tapi sebagai seorang gadis yang tak nak nampak gelojoh , aku tolak , lepas tu menyesal . HAHA !

"kau nak budak ALAM ? kawan aku , dak kedah , nanti aku bagi no kau kat dia , kau pakai no 350 tu lagi kan ? jangan risau , aku tahu lahh nak jaga kawan perempuan aku , tak kan nak bagi yang teteruk kann ?"

aku senyum jeee .
baik kan kawan aku ?

adik aku cerita , cikgu bola dia sejak dia tahu adik aku ada kakak , terus asyik tanya pasal aku .
"saya je boleh mengorat kakak akmal , awak sume kecik lagi"
tadi aku berpeluang terserempak dengan dia .
sebab dia teman adik aku sampai aku datang .
fresh graduate , budak UPSI kata adik aku .
hew hew hew .

aku jealous tengok kawan kawan / adik adik yang kahwin awal .
sangat jealous sebab ;

Rasulullah S.A.W bersabda :-
" Barang siapa diantara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangislah syaitan. Dan ia (syaitan) mengeluh : Aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku. " (HR . Ibnu 'Addi)

masa tengah mandi tadi , aku terfikir sesuatu ;

"kan bagus kalau dah kawen , ada anak , mesti takde masa nak fikir pasal orang lain , pe'el orang lain , takde lahh sibuk nak mengumpat sebab masa yang ada baik digunakan untuk fikir hal suami dan anak anak"



penat jugak jadi remaja ni .
rasa macam dah puas jadi remaja .
nak ke next stage pulak lahh .








awak , jom kawen ?
HAHAHA !



p/s : asyik cakap pasal yang sama je aku ni kann ? wuuu T____T

Wednesday, February 1, 2012

.let's take a tour dear followers and readers .

hye kengkawan !
amacam wajah baru blog i ?
uols suka tak ?
lebih kemas dan teratur bukan ?
dah takde gambar saiz passport kat header .
lebih pink dan perempuan .
ahhhh *gaya pondan zizan*

blog ni sekarang BEBAS dari sebarang blog list dekat main page *sebab tu dia ringan* .
tapi jangan sedih okay , blog blog korang semua ada dalam dashboard .

kotak follower yang menggeramkan itu sudah aku remove tapi blog ni masih boleh di follow sesukati kau .
nampak tak button follow dekat atas blog ni ? bahagian kanan sikit tuuu . kasi tekan aje uols . DONE ! kau dah follow blog aku ni haaa .
cuma nyaa , kau tak boleh tahu berapa ramai followers blog cikai ni . hewhewhew *gelak cara retis. annoying tapi aku suke nganjing*
tapi okay jugak tu , tak de lahh hati aku ni sakittt je tengok followers ribu riban tapi yang datang jenguk haaaa tak sampai 10% .
sentap hati mak , nyahhh . *gaya pondan azwan ali pulakk*

nampak tak button kekecik kat sebelah kiri blog ni ?

button ABOUT , kalau kau tekan , keluar muka budak pipi comel atau dipanggil CekPi oleh Amin .
maknanyaaa , ini blog aku , alhamdulillah , kau tak sesat .
HAHA !

button ARCHIVES pulak , kenangan masa silam yang mana kalau kau rasa nak stalk aku , baek mula dari atas ke bawah .

button STUFF mengandungi tutorial , tips dan resepi .
alaa yang biasa biasa ajee ;D

button HOME tu , entry lahhh noks . HAHA !


blog ni dah DISABLE RIGHT CLICK , aiyooo innz dah bajet femes , orang copy copy entry plak kee ?
HAHA !
tak ! sebenarnya aku tak tahu cene nak fixed disable right click tu . HAHAHA ! *noob rupanyaa kau*

kalau tekan OLDER/NEWER post , any link , ia otomatik akan ke new tab , itu memang aku set . hehe . gewdix kann ?













overall , apa pandangan kau tentang wajah baru blog ni ?
sakit mata ? sakit hati ? sakit tangan ?
ce kabo ;D







kbai <3



.kecuaian sendiri.

malam tadi keluar dengan Hafiz , Aida, Amid and Najahtul .
dah lama sangat kitorang tak lepak sama since Hafiz atas kapal for past six months .
kitorang pergi McD je .

sementara tunggu Hafiz beli makanan , aku dengan Aida sibuk camwhore .
lepas tu terus nak upload sebab bebudak ni semua pakai smartphone .
pinjam handphone Amid .
aku log in account fb aku .
tetiba dia kua notis kata tak boleh upload .
aku bagi balik handphone tu kat amid sebab dah malas nak layan .
salah aku kat sini ; AKU BAGI TANPA LOG OUT ACCOUNT FB .

tetengah makan tu , Amid asyik cakap , dia dah uploadkan gambar tadi pakai account aku .
aku still lembab tak penpaham .
aku suh Aida tengok thru handphone Hafiz .
Aida kata takde , tapi aku nampak benda lain .


lantas dengan tanpa segan silu , aku terus carutkan Amid .
first aku kene hack depan mata dan aku tak sedar .
lepas tu gelak sebab kebodohan diri sendiri .

lepas tu Amid boleh cakap ; "esok nak update status ape eh ?"
=.='
Hafiz pulak , "kalau aku , aku tulis , saya nak boyfriend"
tahu lahh aku #foreveralone kannn .
HAHA !

selama ni aku tak pernah kene , even aku tak log out , nanti kawan aku tolong log out kan .
tapi malam tadi , aku dah salah percaya kat orang .
damnnnnn !!!


aku tak pernah hack account orang tahu .
T______T





but , never mind , that's what we called FRIENDSHIP .