Saturday, March 30, 2013

.BBM.

Me : kenapa saya bbm tak reply ?
Him : kredit habis .
Me : oi , jangan nak membongak . Bbm mana pakai kredit .
Him : HAHAHA !
Me : cakap je malas nak reply kan ?
Him : haaa ye lah tu .






Sadis .
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, March 20, 2013

.borak borak rindu lahh sangat.


Me : awak, agak agak dah lama ke baru lagi wallet awak pakai ?
Him : entahlah .
Me : lama lah eh ?
Him : saya tak suke sangat pakai wallet ni .
Me : alaa , nanti saya beli awak tanak pakai pulak .
Him : nak beli buat apa ?
Me : hadiah birthday awak ritu laa .
Him : dah lama dah lepas , tayah lah .
Me : nak jugak !

nanti aku nak tanya ibu lah pasal hentak kaki masa kekecik .
sejak akhir akhir ni aku asyik nak hentak kaki je .
perangai mende tah .

Me : awak , tadi kite tengok kat groupon . ada deal ke redang . tapi RM730++
Him : sy oke je. kan awak yang belanja .
Me : mana ada .
Him : awak dapat tiga ribu lebih kan ?
Me : haha . ada orang tengok facebook saya . ingat tak tengok .
Him : heheheee .
Me : yuran seribu lebih , tinggal 2 ribu lebih je kat kite . pastu nak beli kek awak , hadiah awak , suprise untuk awak lagi .
Him : nak buat apa semua tu ? tak payah lahh .
Me : nak jugak ! tak kira .
Him : okay okay okay .

semalam aku terjaga pukul berapa tah , aku tengok dia update status dia nak ke langkawi .
lepas tu aku bangun , dia bbm cakap "morning. sy ke langkawi taw"
aku pun mamai mamai reply "morning. drive safely"
rupanya dia pergi naik flight .
okay =.='

Me : saya ingat awak drive pergi langkawi . beria saya wish drive safely . rupenye naik kapal terbang. malu saya . kenapa naik flight pulak ?
Him : eh , kan saya ada syarikat penerbangan sendiri .
Me : air asia ? tu tony fernandez punya .
Him : awak tak taw ke tony fernandez tu siapa dengan saya ?
Me : sedara awak pulak ke ?
Him : ishh , kawan , dia tu kristian , saya ni islam .
Me : ye ?
Him : ye .

untung laaa dah ada kapal terbang sendiri pulak .












cuti cuti cuti cuti .




kbai <3



.Testimoni : Sabun Gluthathione Collagen (3).


sambungan dari episod 1 dan 2 yang lepas .
boleh rujuk entry testimoni 1 dan testimoni 2

entry testimoni 1 je dah view sampai 4k .
yang testimoni 2 view sampai 2k .
rasa macam retis kejap sebab satu entry view riban riban .
HAHA !

nampak sangat ramai nak tahu keberkesanan (perkataan dah lintang pukang) sabun ni .
aku share apa yang ade je lah eh .
pertama tama nya aku nak cakap thanks kat sharul sebab dia yang sponsor sabun ni untuk aku .
kalau tade dia , mungkin muka aku masih macam dulu .



gambar sebelum tu masa aku kat langkawi .
baru beberapa minggu pakai sabun tu kot .
tak ingat lahhh .
kalau kau zoom , memang ngeri okay .
nampak sebijik sebijik jerawat tengah subur .
tambah pulak langkawi time tu tengah panas , memang mesra lahh jerawat dengan cuaca .

gambar selepas pulak , gambar minggu lepas kan ?
aku pun lupa .
tolong refer kat entry bawah eh .
ade jeh gambar ni sebesar gedabak kat situ .
kalau kau zoom , dah tak nampak sangat jerawat sebijik sebijik .
nampak parut je kan .
maklumlah tangan ai sentiasa gatal nak usik jerawat .
tu yang berkesan tu .
huhu .





overall ?
satisfied !
puas hati .
aku memang cuci muka dengan sabun ni je skang .
tade tambah toner ke , krim malam ke krim siang ke .

cuma time mekap tu aku pakai bb cream and compact powder .
itu sajokkk .








kbai <3

Monday, March 18, 2013

.drama lewat petang.



Me : awak , kite demam .
Him : alaa , baru demam .
Me : awak nak tak demam kite ?
Him : demam dulu .
Me : amik lah , kite nak exam ri rabu ni .
Him : esok baik la tu
Me : kalau esok tak baik cene ?
Him : baik , mesti baik punye .
Me : kalau tak baik cene ?
Him : baik 

kalau demam je mesti cari dia sekarang .
sebab nak bagi kat dia .
sayakan student , byk quiz , exam , assignments yang kene settle .
mana boleh sakit .
*boleh pakai tak alasan tu ?*

malam tadi , before tido , aku start batuk batuk .
bangun pagi , batuk makin teruk .
sakit tekak oi .
rasa kene gesek dek tar .
kat kelas , start bersin bersin .
like 5 6 kali berterusan satu sesi .
bersin pun sakit tekak .

balik kelas , singgah klinik jap .
sementara gagah lagi kan , pergi la klinik .
ramai pulak orang kat klinik .
aku ajak yana balik .
tak sanggup rasanya .
mahu sampai maghrib aku tunggu .
jadi , tade lah ubat sekarang .

badan dah start seram sejuk .
tadi mandi , suda gigil gilgil .
tak boleh jadik ni .


tak boleh ke demam next week je ?
aku cuti kot .








kbai <3






Sunday, March 17, 2013

.perkara baik.

let me introduce you to Mr . Engineer .
orang yang sama , si dia yang bagi daim , si dia yang belanja lasagna cuma aku saje gedik nak letak nama .
sape sape yang dah tahu nama betul dia , anda dilarang bersuara . 
HAHA !

semalam aku layan cerita cerekarama Nur Sarah .
cite cliche melayu .
kene kawen paksa lepas tu suami tu asyik buli isteri .
jadikan dia macam maid .
macam setia hujung nyawa kan .
boringgg ~

tapi sebab kek umah den takdo astro , tepakso lah den nengok yo cito tu .
ada something yang aku belajar dari cite cliche melayu ni .

Suami : buku apa ni ?
Isteri : setiap hari , sarah akan tulis semua kebaikan abang . jadi bila baca , sarah akan rasa happy .
Suami : tapi abang takde kebaikan pun dekat sarah .

well ~ something like that lahh dia punye dialog .
aku bukan ingat sangat pun .
aku ingat main point je .

sejak akhir akhir ni Mr. Engineer asyik balik kerja lambat je .
macam semalam , kul 11 malam baru sampai rumah .
kerja banyak katanya .
cean dia .

tapi cean lagi aku .
HAHA !
aku setiap saat dok tenung je handphones aku .
kot kot ade dia ping ke , dia call ke .

aku rasa bosan jeh .
yelahh , keje tenung handphone je kan .
ape tak bosan nye .
HAHA !

jadi , aku rasa aku start nak buat buku yang macam sarah buat tu .
tulis semua kebaikan Mr. Engineer kat aku selama ni .
in case , aku rindu dia (??) aku boleh lah baca balik apa kebaikan dia .
pastu mesti aku happy .
yeay !

harap berjaya .





dah sebulan lebih tak jumpa .
dia balik johor ;(







kbai <3



Tuesday, March 12, 2013

.sebab pakai eyeliner.


kalau mak mak cakap CELAK , anak gadis cakap EYELINER .
fungsi nya sama je .
cuma telah di upgrade kan ke lebih modern .

aku jarang pergi kelas pakai eyeliner .
sebab aku selalu je menguap dalam kelas .
pastu mata berair , mula la nak kesat mata je .
kang comot pulakk mata kita .

tapi kalau aku pakai eyeliner ke kelas ada 2 sebab je :


  1. gedik
  2. mata bengkak sebab nangis


well , aku kan memang anak gadis yang cengeng .
keje nak nangis je .
pantang ada yang tak kena , mula lah nak banjir je mata ni .
buat orang rasa nak lempang je pipi tembam aku ni .
HAHA !

aku suka je selca before pergi kelas .
lambat cene pun , aku mesti klik klik tangkap gambar .
hobi tapi tak kacau orang eh .
pastu hehari tukar gambar kat bbm .
HAHA !



*gambar hari isnin . tak pakai eyeliner*


*gambar hari selasa . pakai eyeliner*

aku pakai eyeliner sebab menangis .
aku bangun tido tengok mata suda bengkak .
aiyoo , cannot be .
even bangun lambat , aku tetap tonyoh jugak eyeliner kat mata .
kang orang nampak lah mata aku bengkak .
kantoi lah kita nangis kan .
takkan kita , insan yang lemah ni kene tumbuk pulak .
HAHA !




maka , itu lah sebab kenapa saya ber eyeliner ke kelas hari ni .
bukan sebab nak poyo tapi sebab mata kita bengkak .
wuuuu ~


dah ! jangan tanya kenapa kita nangis .
kang kita nangis lagi kang .











kbai <3




.itu dia.

Me : sayang saya tak ?
Him : kalau tak sayang , buat apa lah saya angkat call ni .

Me : rindu saya tak ?
Him : kalau tak rindu , buat apa lah saya jawab call awak ni .

Well , its him .
Style yang sama , maksud aku .





Kbai <3


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, March 10, 2013

.betul ke nak kawin muda ?.


tak jadi nak type entry .
rasa macam comlicated pulak .
biarlah aku sorang je tahu kenapa aku nak kawen awal .
HAHA !





Friday, March 8, 2013

.that was before.

dulu aku selalu cakap , aku nak suami yang berkulit putih sebab aku kulit gelap .
aku tanak kalau aku dgn hubby gelap , anak anak akan salahkan aku bila diorang besar nanti .
aku tanak anak anak aku down bila diorang rasa diorang tak cantik/handsome .
macam yang aku rasa sekarang .
ouh like seriously , aku tak berani nak kawan dengan orang sebab aku rasa aku sangat tak cantik .
lack of confidence ;(

aku cakap kat ibu pasal warna kulit ni tapi ibu gelak je .

dulu aku cakap aku nak suami yang kurus .
tapi lepas tgk mista macho buat kali pertama , aku rasa nak tuka taste .
nak yang taff taff .
baru nampak macam lelaki sikit .
HAHA !

dulu aku cakap aku nak suami kaya .
so lepas kahwen , aku boleh goyang kaki je .
aku rasa semua pompuan pun nak kawen dengan lelaki kaya kan ?

tapi sekarang dah lain .

aku rasa lelaki kulit cerah ni macam high maintenance .
silap hari bulan , aku punya mekap semua dia bantai pakai .
HAHA !
dan aku tengok lelaki yang kulit hitam manis ni sumpah sweet !
rasa macam , "macho gila kau bang" .
erk .

so far , ada dua orang ex aku yang badan chubby .
dulu aku tak suka orang badan chubby sebab fobia dengan bau peluh .
tapi both of ex sangat lahhh wangi .
nak nak yang baru lepas mandi .
aku memang suka gila bau fresh water .
bila kua dating tu , bau dia sangat menarik perhatian deria bau aku .
"pakai perfume ape ek ?""tak pakai pape""tapi kenapa wangi ?""bau sabun kot"
gosh ! berapa liter sabun kau pakai masa nak dating dengan aku ni ?
HAHA !
so otomatik aku rasa , lelaki yang kurus ni tak best !
yang taff taff pulak macam gergasi .
heeee ;D

aku dah tanak lelaki kaya .
risiko tinggi .
chances dia nak kawen banyak tu ada .
scary okay .
takpe lah susah pun , aku memang niat nak kerja , lepas tu bukak bisnes .
Insya Allah kalau ada rezeki .
takpe lah , aku bantu hubby cari rezeki untuk keluarga .



sweet kan aku ?
tetibe ;D




kbai <3


Thursday, March 7, 2013

.nak penyu jugak !.


Mr.Engineer nak g tioman wiken ni .
aku mintak souvenir .
dia cakap dia nak bagi aku pasir .

aku macam grr .
cube lahh bagi something yang aku boleh pakai ke ape ke kan .
ini nak bagi pasir ?
lepas tu dia bagi choices .
nak pasir , kelapa atau air .
pilihan apakah itu ?
heeee geram pulak hati kita ni .

entah macam mana , aku cakap aku nak penyu .
aku tak taw nak fikir apa yang boleh dikaitkan dengan tioman .
sebab aku bukan pernah pergi sana pun .
so , spontan je aku cakap aku nak penyu .

lepas aku cakap aku nak penyu jugak , tak kira , terus aku kbai .
dah letak phone , aku gelak sendiri .
jadah laa aku mintak penyu ?
HAHA !

ada penyu ke kat tioman ?
=.='


gambar kat bawah ni mungkin boleh buat kau hilang stress kejap .




kawan aku cakap , ni mesti keturunan vegeterian .
HAHA !











kbai <3

.doremon versi perempuan.


*sory gambar blur sikit . tangan orang nebes sentiasa , ceni lahh . HAHA !*


pg tadi before g kelas aku hantar gambar ni kat amin .
aku cakap yg muka dah macam doremon , kembang melebar .
tapi ye kan ?
pasni tanak senyum ceni lahh .
nak buat duck face .
pipi nampak kurus .
HAHA !

dagu dah runcing da ,
lekuk yg patut ada kat dagu pun dah samar samar je .
tah berapa KG aku gained so far .
asyik lapar je skang .
macam ada bela jin pulak dalam perut monced ni .

fast food macam makanan wajib aku dah .
dulu dah slow down sikit tapi sekarang tah .
every week mesti makan .
grr .






kbai , ada quiz jap lg .

Tuesday, March 5, 2013

.saya lemah ni.

aku paling tak suka kalau tangan aku kene grip dengan lelaki .
sakit oi .

bila aku cakap sakit , dia boleh balas "sikit je pun, tak guna tenaga langsung"
kalau berebut dengan adik adik , memang aku surrender je lahh .
walaupun aku memang nak sangat .
sekali dia rampas , aku jangan bermimpi nak rampas balik .
tenaga dia 100 kali kuat dari aku .

kalau adik aku suh urut badan ke ape ke , dia cakap ceni "oi , tak rasa ape . kau buat ke tak ni ?"
heee geram betul , tak taw ke nak terkeluar urat lengan aku urut badan kau , kau boleh cakap tak rasa ape ?
tapi cuba kalau adik aku yang buat kat aku , memang menjerit ahh cite dia .
baru tekan sikit , rasa nak berlubang bahu aku .
HAHA !

tapi tu lahh , tenaga perempuan , kuat mana sangat pun .
nampak je macam kasar , tak lemah lembut tapi cuba kalau lelaki pegang wrist dia , memang tak reti dok diam mintak lepas .
kan kan kan ?
ngaku je beb .
HAHA !




kbai <3





Monday, March 4, 2013

.some random good news.

sabtu minggu lepas (23/2/2013) cousin sayang cemolot masa kecik dah selamat ditunangkan dengan seorang jejaka pilihan beliau .
dulu bercinta dengan orang lain .
bagai nak rak tapi dah tade jodoh kan .
hehe ;D

cousin ni lahh yang kenalkan aku dengan pakwe pertama .
hiks ;D

sabtu lepas (2/3/2013) cousin sayang dah selamat dinikahkan kat skudai, johor .
yeay dah jadi laki orang .

family aku tak pergi sebab ibu kata jauh .
tak larat nak pergi .
so dia handle rombongan kampung je hari ahad tu .

ahad pulak (3/3/2013) kawan sekolah selamat jadi tunang orang .
aku tak dapat pergi sebab kesuntukkan masa .

ahad minggu ni (10/3/2013) kawan baik masa sekolah bakal disandingkan .
actually kawan ni keje kat tempat aku praktikal ritu .
memang nak pergi sebab nak jumpa kakak kakak office .
rindu ;(

tapi aku dah tak larat nak balik semban .
sebab sem ni kelas sampai petang jumaat .
lepas tu rushing balik semban .
dok umah tak sampai 48 jam dah balik uia balik .
penat tak hilang lagi .
ingat nak ajak dia tapi dia nak pergi tioman pulak .
maka , bersedihlahh aku .
sobs .

tahniah untuk semuanya .
majlis aku masih belum nampak bayang .
gelap je lagi haaa .
suh aku kumpul duit dulu gak eh .
beli banglo , audi , bukak kedai kek sampai ada 32 branch baru boleh kawen .









kbai <3