kalau di tanya , siapa idola aku ?
dalam diam , aku sangat mengagumi ayah aku , Encik Mohamad Jamil .
Pendidikan
ayah aku sekolah sampai darjah 6 je .
kau bayangkan pendidikan apa yang ayah aku ada setakat darjah 6 pada tahun 1976 ?
dulu ayah aku tak pandai langsung english .
suprisingly , ayah aku kekadang kene attend workshop , aku ada lah jugak skodeng skodeng notes dia , dia tulis dalam english .
aku senyum je ;)
percaya tak , masa aku duduk kat paroi , rumah yang kitorang tinggal , ayah yang bina .
electricity , air , semua dia buat sendiri .
tak pernah aku tengok ayah aku tak tahu nak fixed something .
except for major things like kereta hancur ke .
adik aku , aliff , sebiji macam ayah aku .
baideway , ayah aku technician .
keje dia maintain/fixed machine kat kilang .
Agama
ayah aku asal dari kedah .
tok wan aku orang alim gak laa .
family belah ayah aku semua baik baik .
yang perempuan semua pakai tudung .
alhamdulillah .
masa aku kecik , aku belajar baca muqaddam dengan ayah .
setiap malam , lepas maghrib , ayah ajar aku ngaji .
tapi seyes garang gilaaa .
aku mengaji sambil air mata tik tik tik atas muqaddam .
punya scary kalau mengaji dengan ayah .
habis muqaddam , naik quran , aku ngaji dengan ustazah dekat kampung aku .
aku pun dah tak sanggup nak mengaji dengan ayah lagi .
HAHA !
Rupa Paras
orang kata muka aku ikut ayah .
kulit aku hitam manis macam ayah .
aku tengok muka ayah aku tak pernah berubah .
maintain je gitu .
masa aku form 4 , kawan aku datang rumah , kebetulan masa kitorang nak keluar , ayah aku balik keje .
kawan aku tolong bukak kan pagar sebab aku tengah nak keluarkan motor .
Kawan : abang kau eh tu ?
Aku : hah ? aku mana ada abang weh , ayah aku lah .
Kawan : muka macam abang kau je .
either ko nak cakap muka aku iras ayah aku or kau nak kata ayah aku nampak muda .
HAHA !
kalau boleh , aku nak suami macam ayah aku .
serba boleh .
ayah aku boleh masak dan dia suka mencuba masakan .
kadang kadang dia masak dinner untuk kitorang .
kitorang telan je , dah lapo .
HAHA !
apasal air mata aku menitik ni ?
ayah marah ke aku tulis pasal dia kat blog ?
HAHA !
kbai <3