hye semuaa !!
kite baru nak tulis entry full ni .
selama ni post pakai bb je .
so entry nya tak panjang .
selingan sebab ada orang tuuu siap sms suh update blog .
rindu kata nyaa .
*awak tahu lahh siapa awak ;D*
sekarang ni aku tengah tunggu last paper untuk sem ni .
hari sabtu kul 9 pagi .
lepas tu aku terus balik seremban .
ayah amik .
biasalah , aku kan anak manja .
tak boleh nak balik rumah sendrikk .
HAHA !
kalau korang baca previous entry , korang boleh agak itu siri aku bercakap dengan boyfriend .
aaaa actually not really boyfriend sebab tade declare as boyfriend pun tapi kitorang macam teman tapi mesra bukan kekasih gelap .
bak kata dia kitorang ni lebih kurang macam bercinta .
haaaa gituwww .
aku ada banyak sangat nak cerita sebab dah lama sangat blog tak update .
tak taw nak mula yang mana .
jajap , aku pilih ;)
okay la , aku mula dengan family vacation .
vacation ni ibu ayah dah plan lama cuma masa tu tak confirm sebab tengah cari tarikh sesuai .
since aku dengan adik aku cuti tak sama dengan budak sekolah .
last last kitorang decide pergi LANGKAWI on 13th December 2012 .
maaf okay , gambar memang tade .
sebab , nanti aku cerita ;D
bulan 12 memang bulan aku busy babeng .
aku missed 1 presentation because of this vacation .
tapi aku dah siapkan kerja kerja aku and keep update dengan groupmate before aku gerak g langkawi .
aku balik petang khamis and malam tu jugak kitorang gerak by cars .
2 kereta .
first time kitorang jalan berjam jam tanpa tidur .
seronok sangat ;D
sebab ada kenangan manis .
since aku pakai bb , aku sign up foursquare .
so , masa otw langkawi ritu , aku asyik lah check in each time kitorang benti memana .
pada aku , itu kenangan .
at least , aku ada bukti aku pernah sampai situ .
setengah jam lepas aku check in kat R&R Tapah , ada orang add foursquare aku .
aku ingat kekawan aku ke tapi malangnya aku tak kenal dia ni .
aku tengok la profile dia , upenye dia check in kat R&R yang sama jugak .
so sebab tu dia add .
sepanjang perjalanan ke jetty, kitorang komen komen kat foursquare .
dan itu lah detik perkenalan aku dengan dia .
*segan plak haa*
sambung cite langkawi.
kitorang stay sana sampai hari ahad .
pagi ahad tu gerak balik dalam pukul 10 macam tu .
best jugak langkawi ni .
kitorang pergi island hopping, makam mahsuri , seven well , beras terbakar , shopping coklat , mandi pantai hari hari .
best !
ahad tu ayah terus hantar aku ke uia .
sampai uia nearly 12 AM .
nasib baik sempat lagi .
until today , aku tak balik rumah lagi .
maka sebab itu lahh tiada gambar dalam entri ini sebab camera kat rumah ;D
okay next, cite pasal dia .
nak jugak selit kann .
setakat hari ni dah banyak kali gak ah kitorang kua bersama dan setiap kali tu jugak lahh kitorang naik genting .
kau tahu je lahh uia dengan puncak tu bape minit je kan .
tak sampai sejam .
in fact , kalau kau tidur pun tak kan puas , tup tup dah sampai atas .
dia ni memang suke genting aku rasa .
aku tanya lah ritu asal suka sangat naik genting ?
dia jawab sebab sejuk pastu view dia serius cantik .
aku macam hokayyy .
saya ikut jeee ;D
next story .
eh dah next story ? tu jek cite pasal dia ?
eh eh cukup lettew .
malas nak cite lelebih .
kang tak jadi , aku gak yang malu .
HAHAHA !
okay , dah tade next .
itu je cerita aku .
so , selamat tahun baru .
aku bakal 23 tahun .
eh jap , ada cite lagi .
sambung okay ;D
ritu aku tanya ibu bila tarikh dia kawen .
dia cakap 8 july 1989 .
yang aku tahu masa ibu kawen , umur dia 23 tahun dan ayah 25 tahun .
motif aku tanya anniversary ?
sebab aku pun nak kawen masa ibu umur 23 tahun .
HAHA !
so thats mean by this year , suppose aku kawen la kann .
TAPI .....
ada orang tak nak kawen .
dia baru je cite kat aku cita cita dia nak sambung study sampai ke UK .
and aku dah =.=" nak nangis .
nampak sangat cita cita aku nak kawen tahun ni tak dapat .
bhahahaaha !
motif gelak ? sedapkan hati ;D
okay itu aje .
happy new year ;D
kbai <3