Wednesday, December 16, 2015

.penganggur pun boleh buat duit.

BUKAN MLM tapi berniaga secara betul .

Hurm .. Aku last kerja makan gaji ni bulan Mei 2015 . Tu pun keje kat butik . Gaji RM 650 .
Tapi sebulan je kerja sebab tak tahan kerja banyak . Semua kerja dekat butik tu aku buat sorang .
Dari bukak kedai pukul 10 pagi sampai lah tutup kedai pukul 9 malam .
Kemas kedai , iron baju , attend walk in customers , packing online items , pergi PPL , semua lahh aku buat sendiri sensorang . Memang tak dayo acik do .

Lepas benti , aku menganggur sampai sekarang .
Ada jugak attend interview sana sini tapi belum rezeki .
Entry bawah ni , aku pergi interview , dah dapat kerja , cuma aku mintak tangguh masuk sebab aku ade interview dengan UiTM minggu depannya tu , ehhh sekali boss tu pergi cari orang lain pulak .
Hurm .. Kerja situ melepas , kerja kat UiTM tak dapat . Sebab nya aku ada degree .
Sabo je lahh .

So , macam mana aku buat duit dengan menganggur ?

Aku berniaga dengan bakat yang aku ada .

Aku tak taw cene aku boleh minat bake and cook ni . Sebab nya aku ni boyish dari kecik . Ate , adik adik semua lelaki . Aku je princess . Mana tak nye , HAHA !

Buat masa sekarang , produk paling laku keras adalah CREAM PUFF .
Alhamdulillah , every week ada je order walaupun cuma 1 box . Aku tetap buat .
So far , customers aku ramai yang repeat customers lah . Most of them kawan sekolah , kawan universiti , kawan blogger , kawan fb .
Ade jugak yang jumpa aku dekat IG (@cookiesbyfarah) , beli sekali pastu repeat lagi . Hiks .
Alhamdulillah . Rezeki Allah datang pelbagai cara . Cuma kita kene usaha .

Sekarang senang . Semua ONLINE . Aku cuma bukak akaun IG . Aku tade buat promotion gegile macam setiap hari post dekat group fb , group whatsapp , wechat bagai . TAKDE .

Bila ade orang order , baru aku post . Kalau rasa nak promote pun , seminggu sekali je aku post dekat group fb . Tu pun tak jalan jugak . Sebab ramai lagi yang jual mende sama . Harga yang jauh lagi murah . Haihh ~





*paling laku - Mini Cream Puff RM 40/50 pcs*

Kalau nak meniaga makanan ceni , pepandai lah kira kos kau ehh . Jangan ikut orang . Orang jual murah , kau jual murah sebab ingat kalau jual murah , orang ramai akan beli dekat kau . Kau salah sebenarnya .

Order banyak , kau mungkin boleh beli barang mentah dengan harga borong TAPI masa , tenaga dan utilities bill kau akan jadi double triple . Ni semua akan masuk dalam harga jualan kau .

Lagi satu cerita

Masa aku kerja dekat butik dulu , aku ada jumpa satu vendor ni jual halfmoon shawl yang besar dan panjang . Aku beli 3 helai dan sangat sangat puas hati ! dia jual sehelai RM 39 . Bagi aku mahal .

Aku usha IG dia . Nak tengok dia pakai material apa . Sorry kak , saya tiru idea akak sebab shawl akak best ! Material = Chiffon Georgette . Kat seremban ni , aku beli dekat Nagoya je tapi warna dia sangat lah limited . Dia tak amik stok banyak kot . Kadang kadang customer request kaler lain , aku terpaksa lah nego mintak kaler lain sebab warna yang customer nak , takde kat Nagoya tu . Alhamdulillah dapat customers yang tak cerewet .

Saiz shawl : 1.8 meter . Bidang 45 .
Harga beli dekat seller = RM 39
Kos aku buat sendiri = Kain 1.8 meter RM 14.40 + Upah jahit tepi tudung RM 1.50 = RM 15.90
Haaa nampak tak , betapa aku dah jimat banyak MYR kalau aku buat sendiri . Hehe .
Kau beli kain 1.8 meter tu bukan pakai semua pun . Macam aku , siap boleh buat bunga 3D lekat kat shawl lagi . Tu yang bile aku pakai tu , ramai gegirls jeles je tengok shawls aku semua berbunga bunga . Haha !
Ehh bukan gegirls je . Mak mak pun geram lah tengok bunga bunga ni . HAHA !

Bila aku pakai , aku buat lahh promote sikit dekat FB , dekat sedara mara , kekawan . Haaa , ade lah selit sikit sorang dua yang ngoder . Alhamdulillah .


*kain ni macam keras sikit , aku cuma jahit baby seam dekat atas tu nak buatkan dia jadi muncung macam tu . So , takde lah dia melekap ke dahi dan buatkan muka aku jadi macam tomato*


*yang ni aku instant dua muka tu . lebihan kain dari buat kan shawl untuk customer . customer request custom made , so , ade lebih half , aku buat lah untuk aku . aku tinggi sikit , so nampak pendek je shawl tu*

 *ni ukuran standard shawl aku . labuh depan belakang . abaikan yang hujung tu . tu bawal je wehh . hahaha *
 *ini lah bunga bunga 3D yang aku letak dekat shawls . semua aku jahit sendiri taw. hiks *

*jahitan baby seam untuk buat muncung . ni Wana punya . kain Chiffon Shimmer . Chiffon Shimmer ni mahal sikit . RM 10.80 semeter*

Aku jahit , aku pakai dan aku jual .
Kain Chiffon ni tebal tapi tak panas. Tayah pakai inner neck dah .

See , dari kau duduk goyang kaku , merungut takde majikan nak hire kau , apa kata kau discover talent untuk buat duit . Aku ni tak reti meniaga tapi aku cuba nasib je . Alhamdulillah, ade lah rezeki untuk aku .

Aku dah tak mintak duit dekat ayah kalau nak pergi interview jejauh macam KL ke . Semua aku pakai duit hasil niaga kimpaf dengan shawl ni . Bayar tol , duit minyak , duit makan , semua aku pakai duit niaga . Savings kalau ade lebih , aku simpan lah tapi tak konsisten .

Aku harap aku dah bagi idea dekat korang kalau nak meniaga sendiri ke dari kau dok umah sesaje takde buat mende kann .

Kalau nak order / tanya pape , boleh cari aku dekat IG okay ?

kbai <3

Wednesday, November 18, 2015

.plan tak jadi.

Kalau ikutkan sebelum tido semalam , aku plan nak shopping sikit harini .
Sebab nya semalam aku pergi interview kerani dekat Seremban 2 , pastu boss suh aku masuk 30/11 sebab aku cakap aku ada interview lain on 25th .
Jadi , aku plan harini keluar ingat nak beli bag , tupperware makanan dengan botol air
And not to forget , replace ATM card .

Tapi nya yang berjaya aku buat cuma replace ATM card sajorkk .
KENAPA ?

Masa aku tengah pepilih casing henpon , ade mesej masuk .
Aku ingat mesej dari ibu suh singgah kedai beli pape kan .
Tapi rupanya boss yang interview aku semalam .
Dia minta maaf , dia dah dapat kerani baru . So , aku rejected . Haaaa gituww ~

Aku dah moody dah tapi masih under control .
Lepas jumpe casing henpon , aku terus balik rumah .
Tade singgah memana dah .

Aku terus cite kat ibu . Ibu pun macam laaaaaaaaaaa .
Hurm .. Takpe lahh . Dah bukan rezeki aku kan .
Cari lah lagi kerja .

But , despite of all sadness , Allah bagi rezeki lain .
Someone approach me in email and asking whether aku berminat tak nak buat paid advertisement dekat blog cikai-lama-terabai ni . HAHAHA !
Dah nama pun paid review kan , haruslah berbayar . Keh keh keh .

Since aku takde watpe pun rini , aku pun amik lah job ni .
Lama dah tak buat paid review .
Bayaran tu pun dah pakai habis dahhh . Buat shopping . Wakaakaka .

Rezeki yang aku dapat harini , ada bahagian orang lain .

Aku jenuh dok fikir nak celebrate birthday budak ni cene .
Even though haritu dia LUPA LANGSUNG birthday aku tapi aku tak lupa birthday dia .
Lagi dua hari jewww .

Dan rezeki tadi , aku sedekah sebahagian untuk dia .
Apa dia ?
Just wait and see okay ?



Kbai <3




.Bertukar ke Shawl ! Online dan Murah Je !.

Hola !

Aku dulu adalah pencinta setia tudung bawal 45’ . Sekali beli 10 helai terus . Rambang mata nak pilih kaler apa yang nak dibeli . Beli sehelai sehelai mahal kan . Tak berbaloi . Tu yang beli sekali borong 10 helai . Puas hati . Lagipun dulu memang pakai ke kelas setiap hari .


 Tapi one thing kalau pakai tudung bawal ni is muncung dia yang akan senget benget . Aku jenis tak pakai pengeras kat tudung . Memang let it goooo jer . Sebab rasa cool . HAHA ! Tapi kene kerap jaga sebab time tengah makan , tudung akan ke depan , kene tarik belakang balik . Kalau kene angin ke hujan ke dah senget atau penyek kann . Pastu mula lahh nak moody seharian sebab tudung tak jadi . HAHA !


Sekarang aku dah kurang pakai bawal sebab dah jumpa substitute yang super best ! Shawl yang senang nak pakai , tak gaduh nak senget penyek ke ape, paling penting , tayah risau senang kedut lagi .



Aku yang pakai shawl purple tu . Elok je kan shawl tu takde senget benget ke ape ke kan . Kann seronok kalau macam ni . Takde lahh moody seharian lagi . HAHA !

Mana nak jumpa shawls yang super best dan murah kalau nak beli online ? Mehh sini aku share satu tempat best untuk korang !

Oleh itu, jika anda juga merupakan salah seorang penggemar shawl dan mahu lihat koleksi shawl murah online terkini daripada jenama-jenama tudung popular, ZALORA adalah destinasi online yang terbaik buat anda!


Yeah ! Korang mesti selalu kan shopping kat ZALORA . Haaa , jangan tak taw korang boleh beli shawls kat sini jugak . Tayah gaduh nak pergi kedai ke , jalan TAR ke semata mata nak cari shawl murah . Beli je online uols !




Di ZALORA, anda boleh menemui koleksi shawl murah keluaran jenama Aleena Tudung dengan harga serendah RM15 sehelai! Aleena Tudung menyediakan aneka pilihan shawl seperti cotton wide shawl, chiffon shawl, satin shawl dan banyak lagi dengan harga yang amat berpatutan. 


Untuk anda yang menggemari koleksi shawl lycra pula, temui aneka pilihan menarik keluaran jenama popular Cloverush. Cloverush sentiasa memastikan setiap koleksi tudung yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi dan selesa dipakai. 


Dan untuk koleksi instant shawl yang trendy pula, pastikan anda membuat pembelian koleksi instant shawl Sugarscarf. Jenama yang cukup sinonim dengan keluaran koleksi instant shawl ini juga boleh anda temui di laman web ZALORA Malaysia. 

Haaa cantikkk kann . Iols pun kejap lagi nak online shopping sekali . Lama dah rasa tak beli shawl baru .


Kbai <3



Saturday, October 31, 2015

.rezeki.

October 2015

Aku ...
Belum ada rezeki nak makan gaji lagi .
Kecewa ? Sikit laaa . Tapi give up lebih . HAHA !

So , apa yang aku buat dekat rumah ?
Dok makan tido je ke ?
Hurm .. Kind of . HAHA !

Bila bosan , aku amik order kimpaf .
Alhamdulillah , rezeki Allah ada kat mana mana , bila bila masa , pelbagai cara .
Cuma kita perlu usaha .

Nak makan pun kene usaha okayyy ? Ingat makanan datang depan mata sendiri ?

Tak bosan ke ?
Bosan juga tapi nak buek cemano ?
Tak cari kerja luar dari seremban ?
Ulang alik KL pergi interview tu dah banyak kali dah .
Hantar resume ke seluruh semenanjung malaysia pun dah .
Rezeki belum sampai . Aku nak buat macam mana kan ?

Aku habis study bulan June 2013 .
Sekarang dah October 2015 .
Kira lahh dah berapa lama aku menanggur . Err tapi buat business sikit sikit . Hehehe .

Aku positif je .
Apa yang aku nampak dari tak bekerja ni ?

Aku dah boleh memasak lauk pauk . Dulu aku tak minat langsung memasak . Aku cuma reti masak nasi dan goreng goreng je . Sekarang , ibu dah boleh tinggal aku sensorang untuk masak lauk untuk family .

Aku dah boleh buat kuih . Paling cemerlang , aku dah pandai kelim karipap guna tangan . Kau reti ? HAHA ! Ehh karipap tu aku masak dari raw taw . Semua aku buat sendiri . Ibu cuma cakap " kak , buat karipap kak" . Kupas kentang , masak inti , buat doh , kelim karipap , semua aku dah pandai .

Aku dah mahir guna mesin jahit . Dulu seluar koyak pun hulur je kat ibu suh dia yang jahitkan tapi sekarang , aku dah boleh jadi blouse , shawl dan baju kurung moden . Shawls aku pakai sekarang mostly , aku buat sendiri . Beli kain pastu jahit sendiri murah sikit dari beli dah siap kat luar . Aku kan jobless , duit meniaga pun tak masyuk macam orang makan gaji . Huhuu ~

Aku ingat masa attend kursus pra perkahwinan bulan April lalu . Ustazah tanya sapa pandai menjahit ? Ada sorang je angkat tangan . Aku time ni dah pandai guna mesin jahit tapi belum pandai menjahit baju laaa . Lepas tu ustazah cakap , tips kalau nak jadi menantu kesayangan selain pandai masak , kene pandai menjahit . Itu bonus besar . Sekarang ni berapa ramai anak dara yang pandai menjahit ? Tadi sorang je angkat tangan kan .

Okay , merah jugak muka bila dengar macam tu . Kau kene faham , lelaki nak cari isteri ni ibarat majikan cari pekerja . Nak bayar gaji ciput tapi nak pekerja yang ada pengalaman kerja 10 tahun , yang dah mahir serba serbi . Sama lah , nak bagi hantaran sikit tapi expect bakal isteri tahu semua benda . Lagi taleh blah nak suh isteri yang baru kau nikahi semalam , suh buat air atau masak lauk sebijik rasa mak dia yang buat . Choiiii sangat . HAHAHA !

Senang cite , aku pektis jadi suri rumah . HAHAHA !

Quite shock jugak sebenarnya bila ada lelaki yang tanya aku
"reti masak ?'
"reti kemas rumah ?"
"reti menjahit ?"

Aku bila jawab aku taw semua , aku yang terkejut , ada yang tak percaya , ada yang macam hurmm .. hurmmm ..

Jadi , aku rasa itu lah hikmah rezeki aku nak makan gaji belum ada . Sebab nak aku belajar jadi suri rumah . Ehhh tu kan memang cita cita aku lepas nikah nanti ? HAHAHA !

Korang doakan aku dapat kerja ea ? Sayang lahh degree dok reput dalam fail .

kbai <3



Thursday, March 5, 2015

.rezeki awal tahun.

Hi !

Refer last post aku pada 29 Januari , aku merungut sebab belum dapat kerja .
But , guess what ?

I'm employed on 2 February !
Alhamdulillah , lagi 12 hari je nak genap setahun tepat aku menganggur , dapat pulak offer kerja .

Kerja apa ?
Admin sahaja .
Dekat seremban .

Sekarang ni dah sebulan lah kiranya aku kerja dekat situ . 
Memula tu aku blur gilaaa .

Apa guna Purchase Order ni ?
Apa guna Invoice ni ?
Apa tu apa ni ?

Tapi sekarang dah boleh adapt dah .
Dan Farah jadi peramah dengan tak semena mena .
Dah boleh tegur orang yang Farah tak kenal 
Dah boleh kawan dengan orang yang Farah tak kenal langsung dalam masa sehari .

Kalau dulu , aku kenal kau pun , belum tentu aku nak tegur kau .
HAHAHA !

baideway , kampeni yang aku keje ni kilang minuman . 
aku dok admin ,kat office lah kan .
bawah ada kilang kecik dipanggil production .

kadang kadang kalau dah takde keje kat atas , aku akan turun bawah tolong buat packing orders .
bagi aku , kerja macam ni macam boleh lahh masuk dengan aku .
sebab aku tayah keluar jumpa orang , nak buat cerita pung pang pung pang bagai .
cuma perlu sikit business communication skill in writng email and call suppliers semua .

alhamdulillah , ofismet , boss semua okay .
boss aku chinese , muda lagi .
takde lahh strict sangat pun .
boleh je ajak bergurau gelak bagai .

lagi okay dari boss melayu .
wakakaka .

ada yang tanya "wehhh , business kuih kau macam mana ? kau tak buat kimpaf dah ke ?"

aku masih lagi amik order tapi hari ahad je .
sebab aku cuma cuti hari ahad .
sabtu half day tapi aku malas nak rushing siapkan order walaupun sempat .
HAHA !

sekarang aku in planning nak letak cookies kat kedai kedai .
buat cookies sekali banyak , pastu biar je sampai sebulan .
sebulan sekali kutip hasil .
HAHAHA !

okay , dah takde benda nak cerita dah .
aku bagi gambar selfie ciked okay .


*On our way to have breakfast ; Izhar , me , Zira and Izie*



Meet my ofismate : Izhar , Zira and Izie .
Yang takde dalam gambar , abang Jasmin , abang Man and Mawar .



kbai <3 

Thursday, January 29, 2015

.give up ?.

hola !

aku takde ape nak cite pun sebenarnya .
tapi dari kelmarin rasa nak update blog .
asyik bukak je dashboard tapi tak taip pape .
baca blog orang pastu sambung main candy crush soda .
HAHA !

well , februari ni genaplah setahun aku menganggur dekat rumah .
okay . sesambil buat baking sikit sikit .
setakat belanja diri sendiri makan keci , lepas lahh .
HAHA !

aku belum fikir nak serius in baking sebab people keep asking me when nak kerja bla bla bla and stuff .
belum masuk soalan kawen , soalan pakwe dan lalalalaa .
aishh naik rimas aku .

sukati lah aku nak kawen bila .
ada orang masuk minang , ada duit , kawen lah aku .
ni ,keje takdo , duit takdo , boifren pun takdo , acano nak nikah ?
grr ~ emo . HAHA !

aku dah banyak kaliiii attend interview .
ke KL tu dah berapa kali tah aku pergi semata mata nak attend iv .
tapi belum ada rezeki .
kadang kadang aku heran gak , cene lah orang boleh senang dapat kerja ,
asal aku susah ?

bak kata kazen aku , skill yakinkan majikan tu kita takde .
aku akui , setiap kali attend iv , aku jadi pendiam .
kalau kau kenal aku , i am that silent person !

sebelum iv , aku practice pung pang pung pang , cakap english fluent gila tapi bila depan interviewer , hilang semua . kelu .
bukan nebes tapi takut sebab ada interviewer macam nak makan orang .
HAHAHA !

hilang terus words yang aku practice sebelum tu .
terus rasa bodoh sebab vocab ke laut .
simple words pun taleh nak translate in english .
dem .

hurm . entah lah . give up , bosan , duit takde , life takde , belum kawen , kawan kawan dah beranak pinak , stress !

Tuesday, January 13, 2015

.Resepi : Crispy Pocket Bread.


Hola !

ni gara gara terliur tengok dekat IG .
nampak delish je gambar dia .
rasa nak kunyah kunyah handphone . HAHA !

dengan semangat kerajinan yang jarang jarang ada , aku pun buat jugak lahh Crispy Pocket Bread ni .
cume filling dia aku create sendiri ikut tekak aku .
kalau korang nak ikut , silakan , if not , aku tak marah .
ikut lah tekak korang ye .
aku bagi guide je .

aku bagi resepi crispy bread dulu ye .
filling tu boleh ubah .
lantok korang ler nak buh filling apa .

RESEPI CRISPY POCKET BREAD

Bahan :
roti putih
telur untuk sapu
breadcrumbs (tanak pun takpe tapi takde lah rasa crispy crispy ye)

Cara :
1) gelek roti putih tadi menjadi leper .
2) isikan filling dan cheese cheddar/mozarella (kalau mahu) di tengah roti .
3) sapukan telur si tepi tepi roti untuk memudahkan ia melekat bila ditekan dengan garfu .
4) tekan tepi roti guna garfu .
5) salut dengan telur pastu salut dengan breadcrumbs .
6) goreng dalam minyak sederhana .




Filling 1 : Chicken with Cabbage and Mozarella Cheese

Bahan :
Ayam rebus (dicarik)
Kobis
Bawang besar
serbuk lada hitam . garam dan perasa

Cara :
Tumis bawang besar .
Masukkan ayam rebus yang dicarik . goreng sekejap .
Masukkan kobis .
Perasakan dengan serbuk lada hitam , gula , garam , ajinomoto (jika perlu)
Siap !



Filling 2 : Creamy Chicken with Cheddar Slices Cheese

Bahan :
Ayam kisar
Mixed vege
Mushroom cream (aku guna yang campbell dalam tin tu)
Bawang besar cincang
Sedikit air
Garam, gula , ajinomoto , serbuk lada hitam

Cara:
Goreng daging ayam kisar dengan minyak sedikit sampai kering airnya . Ketepikan .
Tumis bawang besar .
Masukkan mixed vege .
Masukkan ayam kisar tadi .
Masukkan mushroom cream . Kalau pekat likat , masukkan sedikit air .
Perasakan dengan gula , garam , ajinomoto , dan serbuk lada hitam .
Siap !


Selamat mencuba ! senang dan sedap . insya Allah .




kbai <3