Meet This Blog In Facebook !

Saturday, October 31, 2015

.rezeki.

October 2015

Aku ...
Belum ada rezeki nak makan gaji lagi .
Kecewa ? Sikit laaa . Tapi give up lebih . HAHA !

So , apa yang aku buat dekat rumah ?
Dok makan tido je ke ?
Hurm .. Kind of . HAHA !

Bila bosan , aku amik order kimpaf .
Alhamdulillah , rezeki Allah ada kat mana mana , bila bila masa , pelbagai cara .
Cuma kita perlu usaha .

Nak makan pun kene usaha okayyy ? Ingat makanan datang depan mata sendiri ?

Tak bosan ke ?
Bosan juga tapi nak buek cemano ?
Tak cari kerja luar dari seremban ?
Ulang alik KL pergi interview tu dah banyak kali dah .
Hantar resume ke seluruh semenanjung malaysia pun dah .
Rezeki belum sampai . Aku nak buat macam mana kan ?

Aku habis study bulan June 2013 .
Sekarang dah October 2015 .
Kira lahh dah berapa lama aku menanggur . Err tapi buat business sikit sikit . Hehehe .

Aku positif je .
Apa yang aku nampak dari tak bekerja ni ?

Aku dah boleh memasak lauk pauk . Dulu aku tak minat langsung memasak . Aku cuma reti masak nasi dan goreng goreng je . Sekarang , ibu dah boleh tinggal aku sensorang untuk masak lauk untuk family .

Aku dah boleh buat kuih . Paling cemerlang , aku dah pandai kelim karipap guna tangan . Kau reti ? HAHA ! Ehh karipap tu aku masak dari raw taw . Semua aku buat sendiri . Ibu cuma cakap " kak , buat karipap kak" . Kupas kentang , masak inti , buat doh , kelim karipap , semua aku dah pandai .

Aku dah mahir guna mesin jahit . Dulu seluar koyak pun hulur je kat ibu suh dia yang jahitkan tapi sekarang , aku dah boleh jadi blouse , shawl dan baju kurung moden . Shawls aku pakai sekarang mostly , aku buat sendiri . Beli kain pastu jahit sendiri murah sikit dari beli dah siap kat luar . Aku kan jobless , duit meniaga pun tak masyuk macam orang makan gaji . Huhuu ~

Aku ingat masa attend kursus pra perkahwinan bulan April lalu . Ustazah tanya sapa pandai menjahit ? Ada sorang je angkat tangan . Aku time ni dah pandai guna mesin jahit tapi belum pandai menjahit baju laaa . Lepas tu ustazah cakap , tips kalau nak jadi menantu kesayangan selain pandai masak , kene pandai menjahit . Itu bonus besar . Sekarang ni berapa ramai anak dara yang pandai menjahit ? Tadi sorang je angkat tangan kan .

Okay , merah jugak muka bila dengar macam tu . Kau kene faham , lelaki nak cari isteri ni ibarat majikan cari pekerja . Nak bayar gaji ciput tapi nak pekerja yang ada pengalaman kerja 10 tahun , yang dah mahir serba serbi . Sama lah , nak bagi hantaran sikit tapi expect bakal isteri tahu semua benda . Lagi taleh blah nak suh isteri yang baru kau nikahi semalam , suh buat air atau masak lauk sebijik rasa mak dia yang buat . Choiiii sangat . HAHAHA !

Senang cite , aku pektis jadi suri rumah . HAHAHA !

Quite shock jugak sebenarnya bila ada lelaki yang tanya aku
"reti masak ?'
"reti kemas rumah ?"
"reti menjahit ?"

Aku bila jawab aku taw semua , aku yang terkejut , ada yang tak percaya , ada yang macam hurmm .. hurmmm ..

Jadi , aku rasa itu lah hikmah rezeki aku nak makan gaji belum ada . Sebab nak aku belajar jadi suri rumah . Ehhh tu kan memang cita cita aku lepas nikah nanti ? HAHAHA !

Korang doakan aku dapat kerja ea ? Sayang lahh degree dok reput dalam fail .

kbai <3



2 bantah cakap cikgu:

ct cheery said...

Insha Allah Ada rezki tu nanti.usaha Dan sabar jer

amira faqihah said...

UNTUNGnyaa pandai jahit,,,teringin sangat nak masuk kls jahit,tp x bekesempatan,,

semoga dipmudah kan dpt kerja ;)