Thursday, March 5, 2015

.rezeki awal tahun.

Hi !

Refer last post aku pada 29 Januari , aku merungut sebab belum dapat kerja .
But , guess what ?

I'm employed on 2 February !
Alhamdulillah , lagi 12 hari je nak genap setahun tepat aku menganggur , dapat pulak offer kerja .

Kerja apa ?
Admin sahaja .
Dekat seremban .

Sekarang ni dah sebulan lah kiranya aku kerja dekat situ . 
Memula tu aku blur gilaaa .

Apa guna Purchase Order ni ?
Apa guna Invoice ni ?
Apa tu apa ni ?

Tapi sekarang dah boleh adapt dah .
Dan Farah jadi peramah dengan tak semena mena .
Dah boleh tegur orang yang Farah tak kenal 
Dah boleh kawan dengan orang yang Farah tak kenal langsung dalam masa sehari .

Kalau dulu , aku kenal kau pun , belum tentu aku nak tegur kau .
HAHAHA !

baideway , kampeni yang aku keje ni kilang minuman . 
aku dok admin ,kat office lah kan .
bawah ada kilang kecik dipanggil production .

kadang kadang kalau dah takde keje kat atas , aku akan turun bawah tolong buat packing orders .
bagi aku , kerja macam ni macam boleh lahh masuk dengan aku .
sebab aku tayah keluar jumpa orang , nak buat cerita pung pang pung pang bagai .
cuma perlu sikit business communication skill in writng email and call suppliers semua .

alhamdulillah , ofismet , boss semua okay .
boss aku chinese , muda lagi .
takde lahh strict sangat pun .
boleh je ajak bergurau gelak bagai .

lagi okay dari boss melayu .
wakakaka .

ada yang tanya "wehhh , business kuih kau macam mana ? kau tak buat kimpaf dah ke ?"

aku masih lagi amik order tapi hari ahad je .
sebab aku cuma cuti hari ahad .
sabtu half day tapi aku malas nak rushing siapkan order walaupun sempat .
HAHA !

sekarang aku in planning nak letak cookies kat kedai kedai .
buat cookies sekali banyak , pastu biar je sampai sebulan .
sebulan sekali kutip hasil .
HAHAHA !

okay , dah takde benda nak cerita dah .
aku bagi gambar selfie ciked okay .


*On our way to have breakfast ; Izhar , me , Zira and Izie*



Meet my ofismate : Izhar , Zira and Izie .
Yang takde dalam gambar , abang Jasmin , abang Man and Mawar .



kbai <3 

Thursday, January 29, 2015

.give up ?.

hola !

aku takde ape nak cite pun sebenarnya .
tapi dari kelmarin rasa nak update blog .
asyik bukak je dashboard tapi tak taip pape .
baca blog orang pastu sambung main candy crush soda .
HAHA !

well , februari ni genaplah setahun aku menganggur dekat rumah .
okay . sesambil buat baking sikit sikit .
setakat belanja diri sendiri makan keci , lepas lahh .
HAHA !

aku belum fikir nak serius in baking sebab people keep asking me when nak kerja bla bla bla and stuff .
belum masuk soalan kawen , soalan pakwe dan lalalalaa .
aishh naik rimas aku .

sukati lah aku nak kawen bila .
ada orang masuk minang , ada duit , kawen lah aku .
ni ,keje takdo , duit takdo , boifren pun takdo , acano nak nikah ?
grr ~ emo . HAHA !

aku dah banyak kaliiii attend interview .
ke KL tu dah berapa kali tah aku pergi semata mata nak attend iv .
tapi belum ada rezeki .
kadang kadang aku heran gak , cene lah orang boleh senang dapat kerja ,
asal aku susah ?

bak kata kazen aku , skill yakinkan majikan tu kita takde .
aku akui , setiap kali attend iv , aku jadi pendiam .
kalau kau kenal aku , i am that silent person !

sebelum iv , aku practice pung pang pung pang , cakap english fluent gila tapi bila depan interviewer , hilang semua . kelu .
bukan nebes tapi takut sebab ada interviewer macam nak makan orang .
HAHAHA !

hilang terus words yang aku practice sebelum tu .
terus rasa bodoh sebab vocab ke laut .
simple words pun taleh nak translate in english .
dem .

hurm . entah lah . give up , bosan , duit takde , life takde , belum kawen , kawan kawan dah beranak pinak , stress !

Tuesday, January 13, 2015

.Resepi : Crispy Pocket Bread.


Hola !

ni gara gara terliur tengok dekat IG .
nampak delish je gambar dia .
rasa nak kunyah kunyah handphone . HAHA !

dengan semangat kerajinan yang jarang jarang ada , aku pun buat jugak lahh Crispy Pocket Bread ni .
cume filling dia aku create sendiri ikut tekak aku .
kalau korang nak ikut , silakan , if not , aku tak marah .
ikut lah tekak korang ye .
aku bagi guide je .

aku bagi resepi crispy bread dulu ye .
filling tu boleh ubah .
lantok korang ler nak buh filling apa .

RESEPI CRISPY POCKET BREAD

Bahan :
roti putih
telur untuk sapu
breadcrumbs (tanak pun takpe tapi takde lah rasa crispy crispy ye)

Cara :
1) gelek roti putih tadi menjadi leper .
2) isikan filling dan cheese cheddar/mozarella (kalau mahu) di tengah roti .
3) sapukan telur si tepi tepi roti untuk memudahkan ia melekat bila ditekan dengan garfu .
4) tekan tepi roti guna garfu .
5) salut dengan telur pastu salut dengan breadcrumbs .
6) goreng dalam minyak sederhana .




Filling 1 : Chicken with Cabbage and Mozarella Cheese

Bahan :
Ayam rebus (dicarik)
Kobis
Bawang besar
serbuk lada hitam . garam dan perasa

Cara :
Tumis bawang besar .
Masukkan ayam rebus yang dicarik . goreng sekejap .
Masukkan kobis .
Perasakan dengan serbuk lada hitam , gula , garam , ajinomoto (jika perlu)
Siap !



Filling 2 : Creamy Chicken with Cheddar Slices Cheese

Bahan :
Ayam kisar
Mixed vege
Mushroom cream (aku guna yang campbell dalam tin tu)
Bawang besar cincang
Sedikit air
Garam, gula , ajinomoto , serbuk lada hitam

Cara:
Goreng daging ayam kisar dengan minyak sedikit sampai kering airnya . Ketepikan .
Tumis bawang besar .
Masukkan mixed vege .
Masukkan ayam kisar tadi .
Masukkan mushroom cream . Kalau pekat likat , masukkan sedikit air .
Perasakan dengan gula , garam , ajinomoto , dan serbuk lada hitam .
Siap !


Selamat mencuba ! senang dan sedap . insya Allah .




kbai <3

Thursday, December 25, 2014

Program Bijak Math : Set Video Lengkap Pembelajaran Math

Setiap kali aku naik LRT atau KTM, ataupun sesi gossip di ofis – confirm akan terdengar komen daripada kengkawan pasal kos sara hidup yang makin tinggi. Pastu kekadang ada yang share pasal kos tuisyen anak dorang yang makin mahal tapi keputusan masih lagi biasa-biasa. Perghhh! Memang terasa keseksaan dorang semata-mata nak make sure anak-anak dapat pendidikan yang terbaik. Pastu ada jugak yang share pasal problem-problem di bawah :
  •  Tak mampu nak bayar kos tuisyen anak-anak yang mencecah ratusan ringgit
  •  Sesi sekolah harian semata-mata tak mengcukupi untuk anak-anak jadi cemerlang
  • Pusat tuisyen yang terletak jauh dari rumah
  • Anak-anak masih lagi stuck dan ketinggalan dalam subjek Matematik
  • Mood student yang nak belajar kekadang tak tentu masa
  • Buku rujukan yang kurang menarik, mahal dan kekadang tidak membantu
  • Gangguan smartphone, tab dan internet mengganggu focus anak-anak
  • Dan pelbagai lagi masalah-masalah lain yang anda boleh fikirkan…



Tapi jangan risau! Hari nie aku telah di-approach oleh Abang Blogger London yang dah lama menyepi sejak balik Malaysia nie. Sesapa yang tak kenal pasal dia – leh refer blog dia kat sini – tapi sejak keje kat Petronas, jarang sangat dia update blog. Kalau dapat setahun sekali pun syukur. Dia ada share dengan aku pasal “Program Bijak Math” iaitu satu inisiatif baru untuk promote pendidikan Matematik kepada para pelajar Sekolah Menengah dan berkonsepkan “Virtual Math Tuition Centre”. Memang satu community project yang amat awesome, amat helpful dan memang sesuai untuk bantu para pelajar score cemerlang dalam Matematik dengan kos paling berkemampuan.


Alright. Senang cerita. Kat bawah nie adalah summary “Program Bijak Math” untuk rujukan semua :
  • Berkonsepkan “Virtual Math Tuition Centre”
  • Mengandungi 100 hingga 200 video pembelajaran Matematik untuk setiap tingkatan
  • Video boleh di download menerusi download line yang disediakan atau DVD terus ke rumah
  • Teknik dan tips untuk menguasai Matematik dengan mudah dan pantas
  • Pelbagai teknik pembelajaran Matematik dan contoh soalan SPM untuk rujukan
  • Dalam bentuk video .mp4 – boleh diletak di dalam smartphone dan tablet untuk dibawa ke mana sahaja dan ditonton pada bila-bila masa
  • Telah diguna pakai oleh para pelajar dan mendapat feedback yang menggalakkan daripada para pelajar dan ibu bapa serta para cikgu
  • After sales service yang lengkap untuk sebarang feedback, masalah teknikal dan penjelasan yang lebih mendalam daripada tenaga pengajar Program Bijak Math
  • Sebagai bahan pelengkap untuk kelas






    seharian; dan juga sebagai bahan pengganti dan pelengkap untuk kelas tuisyen tambahan
  • Hanya RM49.99 untuk setiap tingkatan (boleh pilih tingkatan yang anda mahu).
  • Jadi RM49.99 untuk 100 hingga 200 video pembelajaran; yakni hanya serendah 50 sen untuk setiap satu video


Memang terbukti dan ternyata awesome kan? Sekiranya berminat untuk tahu lebih lanjut, korang boleh refer list link di bawah sebagai bahan rujukan extra. Lagipun orang London kut yang endorsed, confirmla owsom kan? Yeehaaa!!:
  1. Whatsapp : +6019 3710 904 (Mr. Long London) atau +6011 2713 9277 (Cikgu Sofia)
  2.  E-Mail : programbijakmath@gmail.com
  3.   Facebook Fan Page : http://www.facebook.com/programbijakmath
  4. Teaser Video : http://www.youtube.com/watch?v=YCeZj5JxPno
  5. Entri Promo : http://www.longhaffiz.com/2014/12/program-bijak-math-virtual-math-tuition.html