Friday, November 30, 2012

.jangan nak claim gambar tu awak punya sangatlah.

sekarang kan musim awek awek urban gila durian crepe .
aku sebagai seorang yang suka memasak , aku google lah resepi durian crepe ni .
tersampai lahh dekat blog seseorang ini .
tanpa ragu ragu , aku masuk lahh baca resepi dia .
siap tunjuk cara cara buat . bagus .

tapi sampai kat bawah entry , aku rasa pelik dengan satu gambar ni .
even aku kini bermata empat , tapi aku rasa kalau pakai spek aku memang akan nampak dengan jelas lagi nyata .
dan sebagai seorang yang biasa memasak , aku tahu tekstur "lempeng" @ kulit durian crepe yang dia masak itu .

bukan lahh aku nak dengki sebab dia boleh buat durian crepe "gebu" .
tapi aku rasa dia telah melanggar etika seorang blogger dengan tidak meletakkan sebarang kredit sumber asal gambar malah MELETAKKAN TRADEMARK SENDIRI PADA GAMBAR TERSEBUT .
wahh ~ begitu skema ayat aku .
HAHA !

bukankah dia dikenali sebagai BLOGGER FAMOUS yang menjadi idola kepada ramai blogger ?
perfect , comel , baik , tak sombong , peramah .
tapi , adakah dengan tiket yang diberi oleh bloggers lain membolehkan dia bertindak sedemikian ?
aku rasa tak .
ETHICS is ETHICS .


*gambar asal dari blog dia tapi bukan blog aaron aziz even ada muka dia*

tanpa menulis sebarang kredit kepada GOOGLE, sebab aku yakin 100% dia gugel gambar ni . bukti ?
sat lagi aku bagitahu mana original source gambar ni .
siap tulis lagi "gebunya durian crepe aku.kehkehkeh" .
tidak kah ayat itu mengambarkan durian crepe di dalam gambar tersebut kepunyaan dia ?

yang buat aku pelik sebab kalau kau tengok dari gambar kat atas , kulit durian crepe dia tak secantik ini .
warna tak sekuning dan tak sehalus seperti dalam gambar curi  tu .
kalau korang tak caya cakap aku , boleh refer kat blog dia .
in case dia dah edit / delete entry atau any pictures , meh aku bagi print screen .
HAHA !

disebabkan  rasa ingin tahu , aku gugel source gambar tu .
dan ini resultnya .



korang pun boleh cuba google kalau tak percaya kan aku .
manalahh aku kot kau nak kata aku photoshop plak gambar ni kan .
sebab aku tahu guna photoshop .
HAHA !
please , try for urself .
tak tahu cene ?
GOOGLE lahh !
HAHA !


aku klik first link yang pasal restaurant dragon one .
dan gambar kat bawah ni yang aku dapat .
sama kann dengan gambar dekat entry dia ?


2 years ago beb .
dia ingat google ni bodoh gak eh .
tak boleh detect .
HAHA !

yang tak boleh bla , dia boleh letak trademark dia kat gambar curi ni , pastu claim ini durian crepe gebu dia , pastu tak letak any kredit , paling cikai pun letak lahh "source: google" .
susah ka ? ka keyboard hang rosak ?

dia curi gambar orang boleh .
orang amik gambar dia HEBOH satu dunia blog .
akai ada ka dak tu ?

adik adik newbie , jangan ikut perangai dia ni okay .
kita cume blogger cikai , tak terkenal , tak banyak duit dpt dr buat sponsored entry .
jangan dok buat perangai tak letak kredit .
satgi orang buat claim , hang jugak yang susah .
ingat mak bapak ye .
*tetibe*

kalau buat esaimen pun , banyak kali lecturer cakap "letak references , buat citation sebab source yang awak dapat tu bukan idea awak"

paham ?



kbai <3

Friday, November 23, 2012

.saya yang perasan comel.


minggu ni aku tak balik sebab suppose pagi tadi aku ada kelas ganti IBF tai last minute postpone .
wuarghhh . nak nangis T_____T

tapi takpe la, gua redha je .
huhu .
at least , boleh aku basuh baju yang sumpah banyak . stok seminggu punya oi .
dan bilik aku dah jadi laundry shop sebab tak boleh sidai kat luar sebab hujan .

lepas discussion , kitorang g lunch kat sri gombak .
ahhh sumpah lauk pauk dia sedap .
location ?
sri ayu tomyam , sri gombak .

aku dah lama tak makan choc moist cake and memang mencari !
lepas lunch , singgah petronas taman melati , sebab nak cari choc moist cake and isi minyak .
nasib baik ada , senyum lebar aku .
hehe ;D


*ini lah kek cekelat nyaa , kaya dengan coklat yang tak terlalu manis . maaf comot sebab masa dalam kete , kek ini tergolek sebab aku yang mendrift di selekoh . HAHA ! ai bawak kete laju, uols dan scary . hehe ;D*


*gambar sebelum pergi kelas tadi . atok cakap comel . hik hik ;D dan aku rasa nak senyum lelebar bila tengok gambar ni . tak pernah rasa happy macam ni . kulit dah cerah sikit dan nampak bersih walaupun tak sebersih mana . HAHA ! tembam sebab kuat makan sekarang . hari hari makan ayam . HAHA ! tapi comel kann ? sila cakap comel - paksaan . HAHA !*


*mengidam ais krim pulak . salu aku beli icy grape tapi icy grape sejuk sangat . so decide beli tropicana *



jadi , aku adalah di uia . esok boleh tido lelama *pujuk hati sebab tak dapat balik*





kbai <3



Saturday, November 10, 2012

.Testimoni : Sabun Glutathione Collagen (2).


dah tiga minggu aku pakai sabun Glutathione Collagen ni .
boleh refer entry lepas untuk first testimonials .

before , aku memang suffer from jerawat teruk and kulit kering .
not a good combination .
since kulit kering is very disturbing me , i have to apply more bio-oil before going to class .
(i used bio-oil as moisturizer until today)
sebab nak bagi kulit muka moisture enough before apply bedak .
kalau tak kang bedak berkepuk kat muka .

tapi since aku guna sabun ni , alhamdulillah , masalah kulit kering dah kurang .
bila pegang muka rasa moist and lembab .
licin macam aku cakap before .
ritu ada jerawat kekecik naik dekat area bawah mata .
malam tu aku wash muka pakai sabun ni , after 2 days , its gone !

masa nak period ritu , ada jerawat naik sebijik kat hidung .
merah hidung aku sebab jerawat baru nak naik .
aku pakai je sabun ni macam biasa .
and guess what , hilang dah jerawat tu .
HAHA !

i is super happy !




*time ni tembam + jerawat teruk*
adik aku lagi sengal .
dia cakap kat adik adik dia yang lain ceni ;
"kau , kalau nak tahu arah mata angin , kau tengok muka akak . jerawat dia ada kat utara, selatan , timur , barat. semua arah ada. HAHAHA !"
kuaja kan adik aku . grrr .

kalau kau penah tgk gambar macam ni before kat mana mana , kulit bersih bagai .
tu tipu , sebab aku dah photoshop semua .
HAHA !
thanks to photoshop ;D

tapi since my lappy format ritu and my bro didnt install back photoshop , aku dah tak boleh nak buang jerawat kat muka  T______T
memang sume gambar published is unedited .
weee ^___^




*ni muka minggu lepas , without anything applied on my face . secalit bedak pun tade . boleh nampak kan difference dengan gambar atas . dah tade jerawat timbul timbul kat muka . tinggal parut jerawat je . sebab tangan ai memang gatal nak micit micit jerawat . HAHA !*



*ni muka fresh baru pakai bedak , blusher semua . sebab nak kua tengok wayang . putih sebab bedak + cahaya matahari okayy . kulit aku natural hitam manis takkan dapat putih macam tu de. HAHA !*


*muka syok sendiri . HAHA !*


*after few hours . muka aku memang tak lekat sebarang mekap/bedak . memang akan tahan setengah jam or less than that . after that , dah hitam berminyak balik muka . tapi lepas guna sabun ni , muka aku okay je even dah berjam jam pun . sape tak happy oi ! ;)*


kalau balik raya , mesti sedara mara aku tegur , muka aku jerawat naik teruk gila . syor pakai sendayu tinggi , makan vitamin ni , pakai kunyit pe semua laa .
disebabkan aku tahu aku ni takde duit nak beli set sendayu tinggi yang mahal , tak suke makan ubat , takde stok kunyit dekat hostel , jadi bila jumpa sabun ni , aku rasa this is for me .
aku just basuh muka pakai sabun je .
dan tak sangka , sabun ni sesuai dengan kulit muka aku .

ouh btw , ada jugak yang komen kata dia pakai sabun ni tapi tak jadi pape .
as usual , kulit semua orang berbeza , mungkin kulit kita tak sesuai dengan sabun ni that's why nothing happen .
aku bukan percaya dengan sabun ni .
tapi kita berusaha .
kang ada pulak cakap aku percaya sabun ni boleh elokkan muka , jatuh hukum memacam kat aku .

aku tulis testimonials ni tanpa bayaran hatta dapat sabun percuma sekalipun .
aku tulis sebab aku puas hati dengan produk ni ;)


kbai <3




Tuesday, November 6, 2012

. cari ribbon brooch cute ?.

dulu aku sesenyap je buat mende ni .
yang tahu family dengan sedara mara aku je .

tapi sejak aku publish dekat facebook ritu , bebudak uia ramai dah taw .
nampak muka aku , mintak brooch .


korang yang berminat nak beli ribbon brooch boleh order dekat sini ye .
aku akan update selalu , insya Allah ;D

kalau nak order untuk sebarang kenduri , boleh contact aku ye ;D



.thanks for always.

BFF for short 





Thanks for always be there when I'm in need
Thanks for always supporting me in no matter what happen
Thanks for always care about me
Thanks for always remember me
Thanks for everything 
I'm so grateful of having you as my friend 
Never regret even once 



All the best in your future , babe ;)





tak boleh nak habiskan taip . sebak sebab she's going to finish her study soon .

Sunday, November 4, 2012

.mintak tolong.

siapa yang masih belajar dan bekerja part time atau punya part time business , tolong bagi aku email korang .
nak mintak tolong jawab survey untuk subjek english .
mintak tolong kat budak u sendiri , tade respon pun .
sedihhh T____T




Saturday, November 3, 2012

.same atau ada kelainan ?.



perjalanan cerita adalah dari atas ke bawah .
gambar no 2 dari atas tu scary jugak ehh tembam muka aku .
HAHA !

2011 -> June 2012 -> August 2012 (ramadhan) -> first day syawal -> October 2012

badan aku ni kalau makan banyak , memang laju naik nye .
kalau tak makan pun senang nak turun sebenarnya .
tapi sebab aku iz kuat makan , memang susah nak turun .






kbai <3




Friday, November 2, 2012

.Testimoni : Sabun Glutathione Collagen (1).


aku kan kulit gelap .
pastu tambah pulak dengan masalah jerawat yang tak pernah nak benti membiak , ia sangat stress !

aku pun tak sure how come aku jumpa sabun ni .
beberapa hari gak la aku dok usha kat internet pasal sabun ni .
aku tengok testimonials , aku google kot kot ada yang ckp negative pasal sabun ni ke .
dah puas hati baru aku decide nak beli .

TAPI !
bukan aku yang bayar .
aku ejas baikk punya kat shaez .

"u nak tak belikan i sabun untuk muka ?"

tanpa godaan dia terus setuju .
beberapa hari after that , dia g bank in duit .
HAHA !




*ini sabun nya , aku gugel je ni*

4 5 hari pertama pakai , kulit muka terasa pedih pastu tegang semacam kat bahagian pipi .
pedih lain macam .
aku positif je cakap , sabun ni ada acid sikit (acid kojic) , pastu aku pulak suka picit kopek jerawat sampai luka , so bila kene sabun tu rasa pedih .
pedih yang like after aku basuh muka kene tuam muka dengan ais untuk reduce rasa pedih kat muka tu .
boleh bayang tak cene pedihnya ?
hehe ;D

today , dah 10 hari aku pakai and mula puas hati .
sebab jerawat lama dah kecut .
tade lagi bukit bukit kat muka bila pegang .
kulit muka dah rasa lembut sebab ritu kulit muka aku mengelupas .

tapi sekarang ada lah sebiji jerawat baru kat hidung itupun sebab tetanda nak period ;p
normal lettew orang perempuan .

so far bekas jerawat belum nak berapa hilang mungkin take time .
tak kisahlah .
yang penting , jerawat dah kecut .
i iz super happy !
HAHA !



*dalam bilik*


*putih sebab cahaya matahari , HAHAHA !*

both are gambar isnin lepas .
aku cuma pakai bedak sikit je .
bekas jerawat still nampak lagi kan ?

kwn aku cakap gambar second tu macam cikgu cikgu dah .

pipi tu kesan makan kek yang mengandungi baking powder yang banyak .
sebab tu pipi pun naik gebu bulat macam tu .
HAHAHA !


kabi <3




Thursday, November 1, 2012

.jangan lahh macam ni lagi.


hye awak semua ;)
apa khabar ?
tetibe rasa rindu nak menulis dan terus teringat bahawa aku punya belog .
HAHA !

this week sangat hectic .
penat dia lain macam .
exam berderet deret macam orang orang kat kl sentral .

isnin ritu , ibu call kata ada orang nak order brooch untuk kenduri .
dia nak bagi orang yang tolong time kenduri tu pakai .
and dia nak seratus biji .

aku tak sempat nak fikir terus setuju .
bila dah setuju kene lah buat kan .
kelam kabut lahh aku g beli barang barang nak buat .
nasib baik ada yana yang sudi nak pinjam kan kereta beliau padaku .
nabil aku tersadai ha .
malas nak bawak p bengkel .
hehe ;D

hari selasa baru beli barang , malam tu baru start buat .
dan semalam , yakni rabu , seharian tak tido dok siapkan brooch ni sebab khamis aku nak pos kat ibu .
orang tu nak brooch hari jumaat .
since this week aku tak balik rumah .

kawan aku tanya "kau ceria je eh fara even tak tido malam tadi"
aku tak taw nak jawab apa .
aku sempat tido 4 jam je . dari kul 640 pagi sampai 1030 pagi .






before this aku ada post jugak pasal handmade brooch aku jual ni .
tapi tak selalu sangat .
sebab aku tahu , aku lack of time .
aku amik order bila ada yang bertanya .
sbb brooch aku tak banyak yang ready stock and usually aku amik order then baru buat .


kalau ada masa nanti aku nak buat blogshop .
senang orang nak refer .
buat sementara ni , nak order boleh tapi make sure order 2 minggu sebelum tarikh nak ehh .


kbai <3