Thursday, October 10, 2013

.obses dengan pink.

dah tiga hari berturut aku pakai tema pink .
cuma isnin je aku pakai baju kurung kaler kuning turquoise .
dari selasa sampai hari ni , mesti ada warna pink .

selasa pakai kemeja + tudung pink .
rabu pakai blouse + tudung pink .
khamis blouse putih + pashmina pink .

aku rasa yakin bila pakai pink .

Me : awak perasan tak saya asyik pakai pink je bila kita jumpa ?
Kpop : aah , ada nak tanya jugak .





terima kasih camera 360 .
wakakakaa !







ade jugak yang cakap "u dah cantik , dah cerah"

okay , gelak geguling . HAHAHA !



kbai <3

Tuesday, October 8, 2013

.gaduh lagi.

semalam aku call si kpop .
lewat petang rasanya .

sekarang kalau nak call dia , kene berdoa bagai dengan harapan "angkat lahh call aku ni" .
sekarang dia kemain payah nak angkat call aku .
okay , takpe .
lepas ni tanak call lagi .




okay fine . kat mulut je cakap macam tu , padahal , tangan dok menekan button call .
wakaka :D


Me : buat ape tu ?
Kpop : nak gunting rambut .
Me : kenapa nak gunting ?
Kpop : dah panjang laa .
Me : kalau untuk chieka tu , boleh je simpan rambut panjang .
Kpop : dah agak dah .
Me : hurmm . dah tanak cakap dengan saya ke ?
Kpop : asal lak ?
Me : kalau dengan chieka , mesti nak cakap lelama kan .
Kpop : aah , memang memang ,

terus aku hang up phone .
sekarang memang sentap ahh kalau dengar nama minah tu .
dulu wa lek je dok sesebut nama budak tu .
ini semua start bila dia dok tetunjuk kat aku gambar chieka dalam hp dia aritu .







tapi dia tuu tak penpaham :(













kbai <3



Monday, October 7, 2013

.romantik la kekonon tuww.

haluu ~
selamat pagi isnin .
semangat lain macam pulak aku pagi ni . HAHA !

since last week , si kpop asyik la tanya "balik tak minggu ni ?"
aku memula plan memang tanak balik sebab minggu ni kan nak cuti raya haji .
so , macam malas gituuu .
tapi sebab si kpop dah cakap ceni pada suatu hari tu "sebab nak jumpa lah tanya awak balik ke tak" . langsung tuka fikiran , balik ke seremban .
lepas tu si kpop cakap cenggini jugak "hari sabtu ni cuti lagi . sebab dah tuka bulan baru , so cuti hari sabtu"

tak lebar pulak senyum aku kan bila dia cakap macam tu .
HAHA !
dah 2 minggu tak jumpa okayy .

tapi ....

tetibe si kpop cakap macam ni : "saya kene cover orang sabtu ni"
makna nye dia kene kerja sabtu tu .
maka , tiada lahh dating kami :(

dan aku , wajib lah merajuk .

pagi sabtu tu , dia call , aku tengah tido actually tapi sebab aku ni bukan jenis mamai , aku terus sambung merajuk .

"baru ingat nak ajak g jogging , tapi awak dah marah marah macam ni"

jogging dia lahh , kekonon nak pujuk aku lettew , cakap lah nak ajak jogging .
padahal dia nya kat kilang .
heh .

dia balik kerja pukul 3 petang .
aku ingat okay lah , malam kang boleh jumpa .
nan hadooo ~
petang tu aku call , ingat nak set time , dia kata dia on the way ke klinik sebab nak check .
dia demam .

double triple merajuk lahh aku .
semalaman dia tak angkat call aku , whatsapp semua tak reply .
tidoo ~

aku dah susah hati bila dia diam je .

pagi ahad tu aku bangun awal .
kekonon nak masak bubur untuk dia .
tapi bahan bahan takde , jadi masak sup tepung je .
janji panas .

siap je masak , aku tukar baju , siap siap terus pergi rumah dia .
dengan harapan dia dah bangun .
nan hado jugakkk .

dia tido lagi , yang keluar kakak dia je .
sampai lewat petang baru dia bangun .

first time okay , aku masak untuk lelaki . 
hew hew hew .
setakat buat kek , kuih pastu bagi kengkawan tu dah biasa sangat .
ini , aku masak sup , dan kekonon rasa romantik sebab hantarkan kat rumah .

ibu pulak tak cakap pape .
cuma dia cakap "kenapa farid demam masa kau cuti , kenapa tak demam masa kau keje ?"
ibu nak cakap , kalau farid demam time kerja , takde lah aku nak masak untuk dia .
HAHA !

my mom very the sporting lahh .
luv u !




kbai <3


Friday, October 4, 2013

.clearance dan KLCC.

semalam aku book off , sebab nak settle clearance sebab nak full transcript sebab konon konon nak apply keje .
graduation fees aku kene lah RM 130.00 .
nasib baik baru gaji .
tu yang dapat bayar tu .

dalam pukul 930 pagi , aku dah sampai UIA .
gerak sesame dengan Yana .
tawaf UIA buat clearance dekat merata tempat .
dari Mahallah , ke library , ke finance , ke bank , ke post office , ke finance balik , ke STAD .
settle semua , kitorang mula mengembara .

amik semua kengkawan kat uia , bawak pergi lunch .
semua lah sangat .
macam ramai kan ?
padahal amik Aril dengan Ejat je .
wakaka .

makan kat ayam penyet d'laman .
lepas lunch , hantaq depa balik , aku dengan Yana teruskan penegmbaraan ke KLCC .
tujuan nak jumpa Anum yang habis kerja pukul 6 petang .
tapi kitorang sampai pukul 3 petang .
maigodddd ~
awal gilaaa .

terpejam pejam mata aku ngantuk tunggu dak Anum .
tengah tengah jalan , aku teringatkan Farid , kekasih lama , kalau korang kenal , nama blogger dia Kuda Kertas .
dia kerja kat petronas KLCC tu .
aku whatsapp dia .
tapi tak reply .
sampai aku pun lupa .
HAHA !

tetiba tengah pejam mata , hp aku bunyi .
dia call , tanya dekat mana .
so borak sekejap dalam 15 minit macam tu .
cerita macam macam hal .
kerja , rumah, convo , grand marriage .
semua lahh .
HAHAHA !

tak lama pun borak sebab lepas tu Farid kene naik ofis balik .
ade keje nak buat , dan aku sambung dengan makan pulak .
HAHA !

lepas makan , sebelum balik , kitorang keluar sekejap tengok air pancut warna warni .
memang hobi .
itu je attraction kat KLCC untuk orang tak berapa nak ada duit macam kami T___T

balik UIA dalam pukul 930 malam . lepas tu aku pun terus balik TMTC .
penat hoi , seharian kat luar .
dengan hadap jammed lagi kat KL ni .
hatoiii ~

pukul 12 malam aku dah pengsan .
hp bunyi kekuat tepi telinga pun tak dengar .
HAHA !
nasib lerrr sape yang dok call call malam tadi .

gamba sikit untuk tatapan umum .
jangan risau . ia semua berkategori U :)












kbai <3