Monday, September 25, 2017

.Bercuti Ke Pulau Pinang - Day 1.

Kali ni aku pergi bercuti ke Penang pula .
Dengan Darina . If you still remember her . Hehe .

A weeks before pergi , Darina dah book tiket pergi dengan ETS , balik dengan Malindo Air dan hotel dekat Tune Hotels.
Darina book semua , aku cuma ikut je .

Kitorang plan pergi 3 hari 2 malam , 21- 23 September 2017 .
Hari Rabu aku dah gerak ke Shah Alam . Tido rumah Darina semalam . Temankan dia sebab her husband dah pergi outstation .
So , gerak lah aku petang Rabu tu ke TTDI , office Darina .

Pagi Khamis tu aku bangun pukul 6 pagi .
Masa aku tengah bersiap , Darina suddenly mention about IC .
And know what ? I LEFT MY IC AT SEREMBAN !
DAMN ! Huru hara hidup aku kejap .

Call member sana sini mintak suggestion how to solve this thing sebab ETS depart at 9 AM .
Memang tak sempat kalau pi balik Seremban and return back to KL Central to catch our train .
I need the IC dekat airport , especially .

Last decision , kitorang decide burn all tickets and travel by car .
Kitorang guna kereta husband Darina , Aiz .
and kitorang travel berdua je .

So , balik Seremban amik IC and terus gerak ke Penang .



Meet my travel partner . Darina .

Dia ni berminggu sebelum gerak pi Penang asyik cakap mengidam Brownies je . Boleh kata asal mesej je cakap pasal brownies . HAHA ! Sudah nya aku bawak sekotak ke Shah Alam . Haa makan sampai puas ye , Sis . Hehe .


Balance dari makan semalam , kitorang bawka bekal ke Penang . Rasa dia masih sama . Sedap ! Aku sendiri makan 5 ketui kot . HAHA !

Kitorang sampai dekat hotel around 3 PM .
Check in , letak barang , 315 PM dah kua pergi berjalan .
Time kitorang sampai tu , hujan lah sikit sikit .
so , keluar takde lah bawak payung .
Padahal nak kua jalan kaki ni . HAHA !

Our first destination is Nasi Kandar Pokok Ketapang .
Jalan kaki dalam 10 minit macam tu dari hotel .


Mai Penang tak makan Nasi Kandaq , tak ngam lah weii . Orang kata Nasi Kandar Kampung Melayu ohsem tapi tak sempat pi situ sebab dia buka half day sajork rasanya . Takpe lahh . Nasi Kandar ni pun boleh . Sedap jugak . RM 6.20 

Lepas tu nak pergi ke Wonderfood Museum , kami naik Grab sajork . RM 4 .
Entrance fee Wonderfood Museum tu RM 15 per person with IC .
Bergambar puas puas dekat satu tempat tu baru gerak taw .
Sebab takleh patah balik . HAHA !
Memang sekali lalu je .
Kalau nak suruh orang amikkan gambar korang , suruh je staff kat situ . Ramai sangat . HAHA !

























Ade lah dalam sejam lebih kot kitorang spend time dekat situ .
Lepas tu kitorang jalan kaki area situ cari Street Art pulak .
Yang ni based on map .
Map amik dekat hotel je .
Ramai je time tu yang sesame jalan kaki pergi bergambar dekat Street Art tu .













Dah puas bergambar , dah dekat 630 PM , kitorang pun decide nak makan dekat Padang Kota Lama .
So , dari Chew Jetty , kitorang amik Grab ke sana . RM 4 .

Kitorang baru duduk je dekat kerusi , ramai hawkers datang tanya nak makan minum ape . HAHA !
Aku dah blur . Order ABC je .Yang lain Darina order kan . HAHA !
Diorang tak bagi aku masa untuk berfikir nak makan ape .
Terus terjah lelaju gitu . Memang jammed lah otak aku kejap .

Darina order Nasi Goreng Cina Telur Mata (RM 6) , Pasembur (RM 13) , Kerang Rebus (RM 14) , Coconut Shake (RM 3.50) , ABC (RM 4) .
Kemain banyak order . Sudahnya tak habis . HAHA ! Tapau lah bawak balik uols .



Ni laut area food court tu . Ade taman permainan . Time ni ombak kuat maybe sebab baru lepas hujan .


ABC Special . Sedap 


Pasembur . Sedap .




Ramai jugak orang datang sini . Tempat dia sebelah laut . Nice .
Settle dinner , kitorang amik Grab balik hotel . RM 5.

Sampai hotel kul 10 malam rasanya .
Mandi , solat semua , terus tido .
Kepenatan .

So , end of our day 1 in Penang .





Tuesday, July 25, 2017

.Syawal 2017.

Cerita raya aku tahun ni biasa biasa je .
Aku tak beraya sangat pun sebab busy dengan orders .
Alhamdulillah , rezeki mencurah bagai ke ladang gandum sampai aku takde masa nak berfoya-foya . HAHAHA !

Macam biasa , kitorang balik raya dekat Chini 5, Pahang .
Tahun ni kitorang gerak lepas solat raya sebab Ibu masak untuk Ami yang kene kerja first day of Raya . Kah Kah Kah . Padan muka beliau .

Kitorang balik dengan dua kereta macam biasa .
Semuanya dah besar gajah , tak muek masuk satu kereta .
Kereta semua sedan and compact car je .
Tapi takpe , weols tiga beradik ada valid license D . Yang adik je belum ade lagi . Dia ade B2 je .
Tu pun nak cite ke ? HAHAHA !


Me on 1st Syawal . Sengaja aku besarkan supaya korang boleh nampak aku yang besar ni . HAHA !
Baju raya ni last minute sangat beli nya sebab aku busy gila siapkan order kuih raya .
Alhamdulillah tahun ni murah rezeki sikit .
Tayah cite ah berapa banyak . Kang orang cakap aku eksen pulak . HAHA !



Tahun ni balik beraya berlima je sebab Ami kan kono kojo .
Ini lah adik-adik ai .
Adik adik ai semua lelaki . Ai sorang je princess . Sulung pulak tu . Lupa ke ?
Kalau lupa , kau bukan follower setia blog ai . HAHAHA !

Tido semalam dekat Chini .
Esok tu kitorang gerak ke Bukit Mendi , rumah tok sedara dengan Sungai Kemahal pulak . Rumah Mak .
Every year pun route yang sama . Hehe .


Ini baju raya kedua di 2nd Syawal .
Baju ni aku beli dekat Shah Alam , kau tahu .
Sanggup je aku dari Seremban ke Shah Alam semata-mata untuk sehelai baju raya .
Mujur cantik dan selesa .
Yang penting tak buat aku nampak gemok. HAHAHA !
Shawl beli kat Uptown Ampangan di malam raya . RM 20 sehelai .



Minggu kedua Syawal , aku beraya dengan siblings Kaki Hantam pulak .
Ke Pilah ke Bahau .
Dah la datang raya hari Isnin pulak tu .
Orang lain dah kerja , kitorang dok beraya lagi . HAHAHA !
Memasing pun kerja sendiri .
Lantak kitorang lah kan nak raya bila pun .
Janji jalan tak jammed .
Hati pun senang .



Syawal minggu ketiga , sempat attend open house kekawan .
Rumah Darina dengan Kak Wani .
Terima kasih Fizi temankan Rara pergi open house .
Ehhh Fizi bukan BF aku .

Tahun ni single lagi .
Baru lepas kene tinggal masa hari birthday aku yang ke 27 pada 17 June lepas .
Hawau betul rasa kene tinggal on my birthday .

Nangis pun tak guna .
Orang dah tanak , kita cari lah lain .
Lelaki belum pupus lagi dalam dunia ni .
Sementara single , elok lah mencari yang terbaik .
Untung-untung dapat pilot .
HAHAHAHA !

Kau ingat kau artis yang pilot heran nak pandang kau ?
Jelita kee ? HAHA !

Dan , Syawal aku berakhir dengan attend open house rumah blogger di bawah .
Hairy .
Tak pernah jumpa before .
Aku dengan selamba yaya je pergi rumah dia dekat Damansara sensorang . HAHAHA !

Bapak berani nya aku ni .
Terima kasih Hairy sebab masak sesedap untuk Farah .
Ada rezeki , kita jumpa lagi .




So, itu je lah cerita Syawal aku .
Tahun ni tak banyak berjalan .
Takde pun kekawan datang rumah .
Maybe sebab semua pun dah berkahwin , berkeluarga sendiri , jadi tak sempat nak datang beraya rumah ai .
HAHA !

Takpe , ai positif je .
Hari hari yang lain , aku busy dengan orders .
Weekend lagi lah , open house nya banyak , maka orders pun bertingkek-tingkek .
Belum masuk yang order untuk hantaran .
Musin raya pun dikira musim mengawan ye . HAHA !

Alhamdulillah . Sekurang-kurang nya aku penganggur yang berduit gituu .

Dengan rezeki yang Allah bagi dapat lah aku upgrade beli oven hat besaq sikit untuk meniaga dan beli handphone hat baguih sikit untuk reply WhatsApp customers .

Tahun lepas beli Oppo tapi RAM nya 1GB je . Dah setahun pakai , dah jadi berat .
Slow je performance nya .
Tahun ni , ada rezeki lebih sikit jual kuih raya ritu , aku amik Vivo Siti Nurhaliza tu . RAM 4GB .
Puas hati laju nya .
Puas jugak nangis tengok duit seribu lebih hilang dalam sekelip mata . HAHAHA !
Takpe lah , anggap je pelaburan jangka panjang . Hehehe .

Hidup kena sentiasa positif .





Last but not least , aku buh gambaq latest aku . Just in case korang lupa muka aku cemana . HAHAHA !

Jangan kondem lukisan kening aku na . Tangan keras tapi gatai nak mekap . HAHA !




kbai <3