Showing posts with label cerpen. Show all posts
Showing posts with label cerpen. Show all posts

Tuesday, December 28, 2010

.[cerpen] Spanar Saiz 19. #6


Fahmie koma selama seminggu. Dia mengalami pendarahan yang teruk. Lisa setia menanti di sisi suaminya.

“Lisa….” Fahmie bersuara.
Lisa terjaga dari tidurnya.
“Abang. Abang dah sedar? Lisa panggil doktor ye,”
“Tak payah, abang kan doktor,” Fahmie tersenyum.
Lisa turut tersenyum. Air mata mengalir perlahan di pipi.
“Kenapa menangis ni sayang? Abang tak de pukul pun, ”
Lisa mencubit lengan Fahmie.
“Sakit lah sayang. Tak sayang abang dah ke? Tau lah dah berbalut-balut macam mumia. Tak nak…..”
Lisa meletakkan jarinya di bibir Fahmie tanda minta Fahmie diam. Banyak cakap pulak.
“Lisa sayang abang,”
“Apa?”
“Lisa sayang abang,”
Fahmie mencuit hidung isterinya manja.

Hari ini, Fahmi dah boleh discharge. Seluruh ahli keluarga datang menjemput Fahmie. Dah macam anak raja pulak.

“Mama bersyukur sangat anak mama dah sihat. Setiap malam mama doa tak henti henti. Anak mama dah lah sorang,” ujar Puan Zubaidah, mama Fahmie.
“Anak mama mana boleh mati lagi. Fahmie belum sempat nak raawwwrr dengan Lisa lagi. Kan sayang?” kata Fahmie sambil tergelak besar. Semua yang ada turut tergelak. Merah padam muka Lisa dibuatnya. Ciss! Nak kena ni.
“Nampak ni?” soal Lisa sambil mengeluarkan spanar size 19 dari handbag nya.
“Wohh! Ada lagi benda ni?” Fahmie terkejut dan hampir-hampir terjatuh dari katil.  “Sayang, balik ni, we have to sell it. Abang dah tak sanggup hidup di bayangi spanar saiz 19 ni. Dari dulu kot. Ngeri je,”
“Tau takut ye,” kata Lisa sambil mengangkat kening ala Kak Ziana Zain.

Sekali lagi mereka semua tergelak. Lucu betul Fahmie dengan Lisa ni.
--- Habehh --



.[cerpen] Spanar Saiz 19. #5


Hari bahagia yang di tunggu tiba. Sebentar lagi, Lisa dan Fahmie akan di ijab kabulkan berwali ayah Lisa sendiri. Lisa dan Fahmie memakai sepersalinan putih bersih di hari pernikahan mereka. Cantik! Fahmie hampir tersadung pintu rumah tatkala melangkah masuk ke dalam. Nervous ke terpegun tengok Lisa?

“Ekau dah sedio nak jadi menantu den ni Mie?” tanya Encik Khairi, ayah Lisa.
“Sedio yah,” jawab Fahmie confident.
“Oi, bolum jadi ayah kau do,” tegur Encik Khairi “Kojap laie baru buleh panggil den ayah,”
“Saso plak ha. Sorry pak cik,” Fahmie menggaru-garu kepala nya yang tak gatal.

Ijab dan kabul dimulakan. Dengan sekali lafaz, Fahmie kini sah menjadi suami Elisa Adira. Fahmie menarik nafas lega. Dia sempat menjeling ke arah Lisa sambil menunjukkan tanda bagus. Lisa tersenyum gembira.

“Sekarang baru buleh panggil den ayah,” kata Encik Khairi kepada menantunya.
“Ya yah. Boleh saya cium Lisa yah?” soal Fahmie.
“Apo?”
“Boleh saya salam Lisa yah?” Fahmie membetulkan ayatnya tadi.
Encik Khairi tersenyum. “Boleh”

Lisa dah menghulurkan tangan terlebih dahulu sambil tersengih-sengih. Tak sabar betul Lisa ni. Gelojoh. Upacara membatalkan air sembahyang berjalan lancar. Majlis bersurai pada jam 11 malam. Esok akan berlangsung majlis persandingan di rumah Lisa.

“Sayang, kejap eh. Abang ada hadiah untuk awak, tapi kat kereta. Kejap tau, abang pergi ambil,” kata Fahmie pada Lisa.
“Okay. Elok-elok tau,” pesan Lisa.
“Depan rumah je pun. Tak de pape lah”

Tidak lama selepas Fahmie keluar dari rumah, kedengaran bunyi dentuman kuat dan geseran tayar kesan dari brek kecemasan. Seisi rumah keluar dengan segera. Fahmie terbaring di atas jalan dengan lumuran darah membasahi baju melayunya.

“ABANG !!!!!”

Lisa berlari mendapatkan Fahmie. Kepala Fahmie dipangku. Darah terus mengalir. Lisa menangis. Ayah segera menelefon pihak ambulans. Fahmie harus segera di bawa ke hospital. Lisa tidak berhenti boerdoa agar suaminya selamat. 



to be continue ...


.[cerpen] Spanar Saiz 19. #4



“Kau dah kahwin?” soal Lisa pada Fahmie.
“Dah, anak dua. Kan aku pernah cakap, 6 tahun, sempat punya untuk aku kahwin,” balas Fahmie.
“Oh, bagus lah, tahniah. Tak ajak aku pun,” perlahan suara Lisa.
“Sedih lah tuh. Kau kecewa kan?” tawa Fahmie pecah.
“Bodoh, jadah aku nak kecewa. Kau ingat aku suka kat kau ke? Perasan je,”
“Mengaku je lah Adi oi, eh Lisa oi,”
“Aku cakap tak, tak lah,”
“Bodoh lah kau ni. Kalau aku dah kahwin, tak de lah aku melepak dengan kau berjam-jam kat sini. Kau gila nak kena hambat dengan bini aku? Ambik bodoh kau balik,”
“Kau dah pandai melawan sekarang eh. Mana kau belajar ni? Ini yang kau belajar kat Russia eh? Melawan cakap aku. Sejak bila?” Lisa berdiri cekak pinggang di depan Fahmie.
“Aku belajar dari kau lah,” perlahan-lahan Fahmie bangun. Bersedia untuk melarikan diri.
“Dari siapa?” soal Lisa.
“Dari kau lahh nenekkkkkkkkkkkkkk” kata Fahmie sambil berlari.
Dan Lisa mengejar dari belakang.


“Kau nak kahwin dengan aku tak?” soal Lisa.
“Orang gila je nak kahwin dengan kau dowh. Dah lah ganas. Silap hari bulan, aku koma kat hospital sebab hari-hari kene spanar saiz 19 kau tu,” jawab Fahmie.
“Wei, sikit sikit dah lah. Lebih plak. Tak nak dah lah. Aku boleh suruh mak aku cari lelaki lain la,”
“Nanti kan, sebelum kau nikah, aku nak bagi pesanan supaya bakal suami kau tu bersiap sedia hadapi malam pertama dengan kau. Kau mesti rawwrrr punya. Aku jamin tuh. Tengok tengok laki kau taubat tak nak sebilik dengan kau dah. Hahaha..” Fahmie gelak besar.
“Bodohhh punya Fahmie. Kau siap kau. Kau jangan lari. Aku dapat kau, patah riuk aku kerjakan. Menetap lah setahun kau kat hospital kau tu. Hoiiiiiiiiiii!!!!!”


“Aunty Zu datang tadi, bawak hajat,” ujar Puan Khadijah.
“Hajat apa mak?” soal Lisa.
“Eleh kau, buek buek tanyo pulak. Kau yang suruh si Fahmie tuh datang minang, tanyo laie,”
“Hah? Mana ada. Hari tu dia cakap dia tak nak kahwin dengan Lisa,” Lisa terkejut.
“Omak eh yang koba, kato Fahmie suh datang minang,Lisa dah ajak kahwin. Takkan lah omak eh nak menipu plak ha,”
“Bodoh lah dia ni,”
“Apo kau cakap ?”
“Tak do apo lah mak. Mak sotuju yolah. Anak mak ni pun bukan mudo laie, dah 27 tahun,” Lisa tersengih macam kerang busuk.
“Gata kau yo. Dah mak sotujukan tadi,”
“Yeay! Sayang mak lobih lah,”

Lisa memeluk mak nya tanda terima kasih. Tak sangka pula Fahmie berani masuk meminang. Hari tu kata tak nak.  Eleh, suka aku lah tu.


to be continue ...


.[cerpen] Spanar Saiz 19. #3


Sampai di tempat yang di janjikan, Lisa tercari-cari jejaka bernama Adzmir.
Fahmie melambaikan tangan kea rah Lisa.

“Hye, Adzmir?” soal Lisa sambil menghulurkan tangan.
“Elisa?” soal Fahmie kembali.
Lisa mengangguk sambil duduk. Tiba tiba dia disapa Meena, teman sekerjanya.
“Heyy Lisa,” Meena menegur. Dia bersama tunang nya, Raj.
“Meena. What’s up? Baru sampai ke?” soal Lisa.
“No, we’re heading back, you?”
“I’m just sat,” kata Lisa.
“Oh, well, who is this?” usik Meena nakal.
“Oh, meet, Adzmir, my friend. This is Meena and his fiancĂ©e, Raj. My colleague,” Lisa memperkenalkan Adzmir kepada Meena dan Raj.
“Okay then, we better get move now. Tak nak kacau kau orang. Have a nice dinner,” ujar Meena sebelum beredar.

“I’m sorry,” kata Lisa.
“Oh, small matter,” balas Fahmie.
“So, where are we?”
“We haven’t start yet,”
Lisa tergelak kecil.

“You are an engineer?” soal Adzmir selepas membuat pesanan makanan mereka.
“Yup. And you?” soal Lisa kembali.
“I’m a doctor,”
“What a great job you have,”
“Same as you. It’s quite rare for a woman to be an engineer,”
“Minat. Sebab minat, I jadi engineer,”
“I tahu tu,”
“You tahu?” Lisa bertanya hairan.
“Pemilik motorsikal Yamaha 125 ZR, NCL 9889, warna hitam, yang sangat suka pomen motor di waktu petang sebelum merempit di waktu malam,”
Lisa tergamam. Siapa lelaki ini?
“You siapa?”
“Adzmir Fahmie, budak lelaki yang Adi suka nak baling spanar saiz 19 kat dia,”
“OH MY GOD ! Fahmie !!!!!!!!” kuat jeritan Lisa. “I never thought that is you. Now, in front of me, ”

Fahmie tersenyum.

“You’ve changed a lot. Sampai aku tak cam dah weh,” sambung Lisa.
“Kau pun apa kurang nya. Lagi banyak berubah. Tak sangka pulak. Aku rasa 2 tahun je aku tak balik Malaysia. Dulu kau Adi, sekarang kau Lisa,”
“Hey hey. Kau tuh, elehh, dulu Fahmie, sekarang Adzmir. Menyampah aku,”
“Terkejut aku tak habis lagi. Dulu pakai T-shirt, seluar pendek, kasut sport,back pack. Sekarang dress, skirt,high heels, handbag. Huh! Superb! Dah tak Adi lah macam ni,” kata Fahmie disusuli gelak besar.
“Amboi sedapnya gelakkan aku ye. Kau nak kena eh. Spanar tak de, tumit kasut aku ada dowh,”
“Laaaa, aku ingat dah perempuan dah. Eh, apa cer motor kau? Dah jual ke? Pakai Civic sekarang,”
“Ada, aku bagi nenek aku pakai,” selamba Lisa menjawab.
“What?!”
“Gila lah kau ni. Aku dah jual lah. Takkan pakai skirt naik motor plak, koyak lah skirt aku der,”
“Kau cantik lah sekarang,”
“Tak pe bro, makan malam ni aku bayar, baju kau pun aku ganti balik, jangan risau,”
“Aku ikhlas ni babe,”
“Yeke? Sejak bila? ”
“Bodoh lah kau ni,”
“Siapa bodoh?” Lisa membulatkan mata nya.
“Semut ni haa” kata Fahmie sambil menunjuk ke arah semut yang kebetulan lalu di atas meja makan mereka.

Mereka melewati malam dengan bercerita tentang masa lalu. Mengimbas kembali kenangan bersama tika di sekolah. Ketawa dan usikan silih berganti antara mereka. Nyata, banyak perkara yang di ceritakan bersama.



to be continue ...


Monday, December 27, 2010

.[cerpen] Spanar Saiz 19. #2

Di KLIA.

“Kau jangan lah sedih. 6 tahun je babe. Sempat aku nak kahwin kat sana,” seloroh Fahmie.
“Kejadah sedih? Ada aku nangis? Ada mata aku berair? Setakat kau, heh. Bangla belakang rumah aku tu ha lagi bagus,” Lisa cuba menyembunyikan rasa sedihnya.
“Sampai hati kau samakan aku dengan bangla. Camni lah. Tak nak aku rindu kau,”
“Aku pun tak nak rindu kau. Buang masa je,”
 “Nanti contact contact kat Facebook eh. Kau jangan tak online pulak bila dah masuk UTM tuh,”
“Tengok, tengok, belum blah lagi dah rindu. Apa kes der? Hahaha. Tengok lah kalau aku rajin,”
“Sombong,”
“Apa?”
“Tak de pape,”

8 tahun kemudian.

“Ye ye, aku datang ni. Dah on the way dah ni, kejap lah,” Lisa bingkas bangun dari kerusi, mencapai handbag, fail dan kertas kerja. Dia betul-betul terlupa pasal meeting dengan Tan Sri Zakaria dia Bangsar. Nasib baik dekat, kalau tak, mahu macam pelumba F1 dia memecut Honda Civic nya.
Sedang dia menuruni tangga menuju ke kereta, dia telah terlanggar seseorang hingga menyebabkan orang itu terjatuh ke dalam lopak air.
“Ya Allah, Encik, saya mintak maaf. My bad. Oh God. I’m so sorry. Are you okay?” kata Lisa tanpa henti dengan lajunya.
“Is this look okay to you?” kata Fahmie sambil menunjukkan bajunya yang kotor pada Lisa.
“Okay, it’s not okay. Macam ni, I’m in hurry. I ada important meeting. So, please. Can you excuse me? This is my card. Please, do call me. Saya akan ganti baju encik. Please, call me okay. I’m sorry. I got to go now,” Lisa berlari setelah mengutip segala barang barang menuju ke keretanya. Dia dah lambat!
“Heyyy,”

ELISA ADIRA BINTI MUHAMMAD KHAIRI

Adi?

“Hello, may I speak with Elisa Adira binti Mohamad Khairi?”
“Yes, speaking. Who is this?”
“I’m Adzmir, the man yang you langgar sampai kena lopak air minggu lepas,”
“Adzmir? Ouhhh, yah yah yah. I remembered. First of all, I’m sorry again for the incident. I’m in hurry,”
“It’s okay. Can we meet? You owe me one Elisa,”
“Sure. I’ll pay everything,”
“Everything?”
“Err.. I mean the costs,”
“Okay. Tonight, 8:30 PM at The Gardens,”
“Deal!”

‘Dah banyak berubah’





to be continue ...


.[cerpen] Spanar Saiz 19.

“Elisa Adira !” jerit Fahmie , ketua pengawas sekolah dari jauh .

Langkahan Lisa terhenti dek jeritan Fahmie . Dia berpusing dan berjalan dengan laju ke arah Fahmie.

“Kau apahal jerit jerit nama aku? Nak kena?” tengking Lisa.
“Kau buat apa tadi?” soal Fahmie.
“Kau tak nampak ke aku tengah jalan tadi?”
“Sebelum tu?”
“I’m walking and walking, my dear Fahmie,”
“Yah, you were walking and walking while littering,” sambil menunjukkan plastic bungkusan makanan yang dibuang Lisa sebentar tadi.
“So?”
“Hey, kau dah buat salah okay,”
“Then?”
“Kau tak nampak tong sampah kat depan tu ke?”
“Opss sorry. Tapi alang alang kau dah kutip sampah tuh, apa kata kau je yang buang kat dalam tong sampah, okay. Byee,” Lisa berlalu pergi.
“Kurang ajar punya perempuan, siap lah kau balik nanti,”

Lisa bernyanyi-nyanyi tanda mengejek.

“Weh Adi, aku ada berita gembira nak bagitahu kau ni,” kata Fahmie sambil mengambil tempat duduk di sebelah Lisa.
“Apa?” Lisa masih membelek motorsikal pemberian ayah sempena kejayaan nya dalam SPM yang lepas.
“Ni ha,” Fahmie menghulurkan sehelai kertas kepada Lisa.
Lisa menyambut kertas itu .

Lisa diam membaca sebelum dia bangun dan mencampakkan spanar ke lantai. Dengan spontan, Lisa memeluk Fahmie. Fahmie tergamam.

“Wohhh! Congrats bro! Medic tuhh. Kat Russia lagi. Hebat lah kau. Bangga aku dowh dengan kau,” Lisa kelihatan begitu gembira.
“Kau apa cer?”
“Hurm…. Aku kat Malaysia je bro. Tak layak nak pergi overseas macam kau,” Lisa kembali membuat kerja yang di tinggalkan tadi dek kerana terlalu excited.
“Hek eleh. Kau yang tak nak pergi interview. Kata tak nak tinggalkan mak ayah lah. Padahal manja,”
“Hoi hoi , siapa manja? Kau nampak spanar saiz 19 ni? Kang ada yang melekat kat dahi kau yang licin bak sutera tuh kang,”
“Garang nya. Relax lah babe. Elok benar kau duduk kat Malaysia ni. Jadi bodyguard mak ayah kau. Ganas semacam. Macam lelaki,” kata Fahmie sambil menghirup air sirap yang disediakan oleh mak Lisa.
“Kau cakap balik. Aku tak berapa nak dengar lah bro,” Lisa menghampiri Fahmie sambil menghayun-hayunkan spanar saiz 19 di tangan.
“Eh, aku tak cakap apa-apa lah. Burung ayah kau yang berkata-kata. Aku diam je, minum air sirap mak kau buat ni ha,” Fahmie tunduk.



to be continue ...