Sunday, December 30, 2012

.him.

Aku : kite pakai eyeliner rini .
Dia : kenapa pakai ?
Aku : saje . Nak nampak cantik depan awak .
Dia : tak payah la pakai pape lain kali . Cantik dah tu .
Aku : alaaaaa :(



Lelaki ni tak taw ke yang kite ni berusaha nak cantik depan dia ? Hurm :(



Kbai <3



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, November 30, 2012

.jangan nak claim gambar tu awak punya sangatlah.

sekarang kan musim awek awek urban gila durian crepe .
aku sebagai seorang yang suka memasak , aku google lah resepi durian crepe ni .
tersampai lahh dekat blog seseorang ini .
tanpa ragu ragu , aku masuk lahh baca resepi dia .
siap tunjuk cara cara buat . bagus .

tapi sampai kat bawah entry , aku rasa pelik dengan satu gambar ni .
even aku kini bermata empat , tapi aku rasa kalau pakai spek aku memang akan nampak dengan jelas lagi nyata .
dan sebagai seorang yang biasa memasak , aku tahu tekstur "lempeng" @ kulit durian crepe yang dia masak itu .

bukan lahh aku nak dengki sebab dia boleh buat durian crepe "gebu" .
tapi aku rasa dia telah melanggar etika seorang blogger dengan tidak meletakkan sebarang kredit sumber asal gambar malah MELETAKKAN TRADEMARK SENDIRI PADA GAMBAR TERSEBUT .
wahh ~ begitu skema ayat aku .
HAHA !

bukankah dia dikenali sebagai BLOGGER FAMOUS yang menjadi idola kepada ramai blogger ?
perfect , comel , baik , tak sombong , peramah .
tapi , adakah dengan tiket yang diberi oleh bloggers lain membolehkan dia bertindak sedemikian ?
aku rasa tak .
ETHICS is ETHICS .


*gambar asal dari blog dia tapi bukan blog aaron aziz even ada muka dia*

tanpa menulis sebarang kredit kepada GOOGLE, sebab aku yakin 100% dia gugel gambar ni . bukti ?
sat lagi aku bagitahu mana original source gambar ni .
siap tulis lagi "gebunya durian crepe aku.kehkehkeh" .
tidak kah ayat itu mengambarkan durian crepe di dalam gambar tersebut kepunyaan dia ?

yang buat aku pelik sebab kalau kau tengok dari gambar kat atas , kulit durian crepe dia tak secantik ini .
warna tak sekuning dan tak sehalus seperti dalam gambar curi  tu .
kalau korang tak caya cakap aku , boleh refer kat blog dia .
in case dia dah edit / delete entry atau any pictures , meh aku bagi print screen .
HAHA !

disebabkan  rasa ingin tahu , aku gugel source gambar tu .
dan ini resultnya .



korang pun boleh cuba google kalau tak percaya kan aku .
manalahh aku kot kau nak kata aku photoshop plak gambar ni kan .
sebab aku tahu guna photoshop .
HAHA !
please , try for urself .
tak tahu cene ?
GOOGLE lahh !
HAHA !


aku klik first link yang pasal restaurant dragon one .
dan gambar kat bawah ni yang aku dapat .
sama kann dengan gambar dekat entry dia ?


2 years ago beb .
dia ingat google ni bodoh gak eh .
tak boleh detect .
HAHA !

yang tak boleh bla , dia boleh letak trademark dia kat gambar curi ni , pastu claim ini durian crepe gebu dia , pastu tak letak any kredit , paling cikai pun letak lahh "source: google" .
susah ka ? ka keyboard hang rosak ?

dia curi gambar orang boleh .
orang amik gambar dia HEBOH satu dunia blog .
akai ada ka dak tu ?

adik adik newbie , jangan ikut perangai dia ni okay .
kita cume blogger cikai , tak terkenal , tak banyak duit dpt dr buat sponsored entry .
jangan dok buat perangai tak letak kredit .
satgi orang buat claim , hang jugak yang susah .
ingat mak bapak ye .
*tetibe*

kalau buat esaimen pun , banyak kali lecturer cakap "letak references , buat citation sebab source yang awak dapat tu bukan idea awak"

paham ?



kbai <3

Friday, November 23, 2012

.saya yang perasan comel.


minggu ni aku tak balik sebab suppose pagi tadi aku ada kelas ganti IBF tai last minute postpone .
wuarghhh . nak nangis T_____T

tapi takpe la, gua redha je .
huhu .
at least , boleh aku basuh baju yang sumpah banyak . stok seminggu punya oi .
dan bilik aku dah jadi laundry shop sebab tak boleh sidai kat luar sebab hujan .

lepas discussion , kitorang g lunch kat sri gombak .
ahhh sumpah lauk pauk dia sedap .
location ?
sri ayu tomyam , sri gombak .

aku dah lama tak makan choc moist cake and memang mencari !
lepas lunch , singgah petronas taman melati , sebab nak cari choc moist cake and isi minyak .
nasib baik ada , senyum lebar aku .
hehe ;D


*ini lah kek cekelat nyaa , kaya dengan coklat yang tak terlalu manis . maaf comot sebab masa dalam kete , kek ini tergolek sebab aku yang mendrift di selekoh . HAHA ! ai bawak kete laju, uols dan scary . hehe ;D*


*gambar sebelum pergi kelas tadi . atok cakap comel . hik hik ;D dan aku rasa nak senyum lelebar bila tengok gambar ni . tak pernah rasa happy macam ni . kulit dah cerah sikit dan nampak bersih walaupun tak sebersih mana . HAHA ! tembam sebab kuat makan sekarang . hari hari makan ayam . HAHA ! tapi comel kann ? sila cakap comel - paksaan . HAHA !*


*mengidam ais krim pulak . salu aku beli icy grape tapi icy grape sejuk sangat . so decide beli tropicana *



jadi , aku adalah di uia . esok boleh tido lelama *pujuk hati sebab tak dapat balik*





kbai <3



Saturday, November 10, 2012

.Testimoni : Sabun Glutathione Collagen (2).


dah tiga minggu aku pakai sabun Glutathione Collagen ni .
boleh refer entry lepas untuk first testimonials .

before , aku memang suffer from jerawat teruk and kulit kering .
not a good combination .
since kulit kering is very disturbing me , i have to apply more bio-oil before going to class .
(i used bio-oil as moisturizer until today)
sebab nak bagi kulit muka moisture enough before apply bedak .
kalau tak kang bedak berkepuk kat muka .

tapi since aku guna sabun ni , alhamdulillah , masalah kulit kering dah kurang .
bila pegang muka rasa moist and lembab .
licin macam aku cakap before .
ritu ada jerawat kekecik naik dekat area bawah mata .
malam tu aku wash muka pakai sabun ni , after 2 days , its gone !

masa nak period ritu , ada jerawat naik sebijik kat hidung .
merah hidung aku sebab jerawat baru nak naik .
aku pakai je sabun ni macam biasa .
and guess what , hilang dah jerawat tu .
HAHA !

i is super happy !




*time ni tembam + jerawat teruk*
adik aku lagi sengal .
dia cakap kat adik adik dia yang lain ceni ;
"kau , kalau nak tahu arah mata angin , kau tengok muka akak . jerawat dia ada kat utara, selatan , timur , barat. semua arah ada. HAHAHA !"
kuaja kan adik aku . grrr .

kalau kau penah tgk gambar macam ni before kat mana mana , kulit bersih bagai .
tu tipu , sebab aku dah photoshop semua .
HAHA !
thanks to photoshop ;D

tapi since my lappy format ritu and my bro didnt install back photoshop , aku dah tak boleh nak buang jerawat kat muka  T______T
memang sume gambar published is unedited .
weee ^___^




*ni muka minggu lepas , without anything applied on my face . secalit bedak pun tade . boleh nampak kan difference dengan gambar atas . dah tade jerawat timbul timbul kat muka . tinggal parut jerawat je . sebab tangan ai memang gatal nak micit micit jerawat . HAHA !*



*ni muka fresh baru pakai bedak , blusher semua . sebab nak kua tengok wayang . putih sebab bedak + cahaya matahari okayy . kulit aku natural hitam manis takkan dapat putih macam tu de. HAHA !*


*muka syok sendiri . HAHA !*


*after few hours . muka aku memang tak lekat sebarang mekap/bedak . memang akan tahan setengah jam or less than that . after that , dah hitam berminyak balik muka . tapi lepas guna sabun ni , muka aku okay je even dah berjam jam pun . sape tak happy oi ! ;)*


kalau balik raya , mesti sedara mara aku tegur , muka aku jerawat naik teruk gila . syor pakai sendayu tinggi , makan vitamin ni , pakai kunyit pe semua laa .
disebabkan aku tahu aku ni takde duit nak beli set sendayu tinggi yang mahal , tak suke makan ubat , takde stok kunyit dekat hostel , jadi bila jumpa sabun ni , aku rasa this is for me .
aku just basuh muka pakai sabun je .
dan tak sangka , sabun ni sesuai dengan kulit muka aku .

ouh btw , ada jugak yang komen kata dia pakai sabun ni tapi tak jadi pape .
as usual , kulit semua orang berbeza , mungkin kulit kita tak sesuai dengan sabun ni that's why nothing happen .
aku bukan percaya dengan sabun ni .
tapi kita berusaha .
kang ada pulak cakap aku percaya sabun ni boleh elokkan muka , jatuh hukum memacam kat aku .

aku tulis testimonials ni tanpa bayaran hatta dapat sabun percuma sekalipun .
aku tulis sebab aku puas hati dengan produk ni ;)


kbai <3