Friday, June 3, 2011

.lelaki kemas itu pilihan saya.

aku tak suka tengok lelaki rambut panjang .
rimas .
nampak tak terurus .

aku tak suka lelaki pakai jeans koyak .
rimas .
aku tahu kau ada duit tapi kau selesa macam tuh tapi bukan aku .

aku suka tengok lelaki pakai tshirt berkolar .
HAHA !
ini pengaruh uia ni yang mewajibkan semua pelajar lelaki pakai tshirt berkolar sampai aku pun tersuka .

aku tak kisah kau tak pakai perfume tapi at least jangan bau peluh .
bau air mandian takpe .
freshh ~
ouh , aku suka bau air .
air paip bukan air lain okay .
korang ni kadang kadang otak ke lain .
HAHA !




kesimpulan untuk kenyataan diatas .
wahai kaum adam , sila jaga kebersihan dan kekemasan diri anda .
perempuan suka .
aaawww <3


jangan bagi alasan kau kerja teruk , suasana kerja macam ni macam tu untuk kau tidak kemas .
kau suka tengok perempuan cantik kan , begitu juga kami (perempuan) .



baideway awak , terima kasih sebab teman saya pergi kenduri rumah kawan saya tadi . =)

Thursday, June 2, 2011

.senyum sorang sorang.

hehe =)

tak sangka pulak aku post semalam tuh ramai pulak yang jumpa .
padahal aku just ping kat fanpage aku , fb aku dengan GB je .
sekali ramai yang datang baca and SETUJU dengan aku .
yeay !

selama ni aku cakap , asik kene kondem je .
ye lahh , siapalahh aku .
femes pun tak , terkenal apatah lagi .
siapa je nak sokong aku .
HAHA !
touching pulak kau innz ;D

aku bukan lah nak back up adinda evans tu tapi aku rasa korang yang maki kutuk bahan dia dan melampaui batas .
orang selalu cakap pasal KARMA .
aku tahu , kau pasti jelas apa itu KARMA .

sebelum nak buat pape , fikir dulu okay .
ini tak , semalam dekat twitter bukan main seronok aku tengok kau bahan budak tu .
ada yang tuka guna pic dia , siap buat fake twitter dia .
eyh hello , kau ni manusia tade perasaan ke ?
#terasa ? memang kau pun .

pernah tak kau fikir , one day perkara yang sama MUNGKIN terjadi dekat adik atau kakak kau .
manusia ni pelakon terhebat kau tahu .
depan family, pijak kuman pun tak mati tapi belakang family ?
bayangkan lahh .

budak sekarang bukan macam dulu der .









people make mistakes .
tugas kita nasihat dan berdoa dia sedar dan berubah bukan kutuk maki dia .

bak kata kaizen , budak tu baru 14 tahun . tak mustahil kalau dia pressure sebab perangai korang yang langsung tak supportive (supportive bukan bermaksud galakkan dia buat salah lagi ye) , dia akan buat stupid things like commit suicide .
nak ke jadi macam tu ?
kalau jadi macam tu , tak rasa bersalah ke ?
tak rasa berdosa ke ?







aku harap bloggers (yes, they are more than a person) yang bahan dia , sedar atas kesalahan kau .
aku betul betul kecewa dengan sikap kau .
jangan ingat kau dah banyak followers , kau kondem orang , orang akan setuju .
guna kan pengaruh anda sebaiknya !

Wednesday, June 1, 2011

.siapa yang mula dulu ?.

aku baca kat twitter .
kecoh pasal blogger ngaku dia dah takde virgin .
aku dapat link dari tuiter .

aku baca , simple je post .
aku baca komen .
mula lahh ada yang keluar hadis lah akta lah .
ini memang perangai blogger sebenarnya .
kau kene faham tuh .

kau tahu ape ?
post tuh post tahun lepas punya okay .
tapi baru sekarang orang tahu .
apa makna nya ?
ada orang yang sangap pergi gugel maybe keyword like "dah tak virgin" and pap ! sampai kat link blog tuh .
dan lepas tuh kau sebarkan link .
andddddd the whole blogger's world tahu .

niat kau ape ?
nak share .
bagus tapi agak agak lahh der .
nak share pun private lahh kot .
ni nak memalukan dia doshh .

ape yang selalu blogger cakap ?
bukak aib orang ?
paham kan ?

sekarang budak tuh dah jadi bahan .
aku tengok every post budak tuh memang more to personal life dan aku rasa memang dia treat blog dia as a private diary even dia tak sedar yang blog dia public atau dia tak tahu setting .
sebab dia tak balas komen .
semua cerita dia pun memang open habis .
heh .

kau baca , kau nilai dalam hati dah lahh .
tak yah nak bahan dia kat luar .
ni buat kes sampai ke twitter .
kang ade pulak BLOGGER BUAH BUAHAN buat entry panjang menjela untuk budak tuh .

tahu tahu je lahh entry dia kalau bercakap pasal ni macam mana .
lalalalaaaa ~





p/s : aku dapat nephew baru . adik qistina . nak balik esok . tata :)


.trend #2 : blogger.

blogger + traffic = duit 
blogger + traffic = famous

aku sebenarnya malas nak amek port pasal ni .
tapi aku sebagai pembaca rasa tertipu .
macam kau tengok cerita konon seram , bayar tiket wayang berbelas ringgit , tapi the story end up with a DREAM ! just A DREAM !
kau rasa ape ?
rasa nak terajang pengarah  ?
rasa nak hempuk penulis skrip ?

sama macam blog .
yang beza , kau BACA bukan TENGOK dan ia PERCUMA .
aku tak tahu lah kalau ade blog yang kene bayar if nak baca .

aku ni memang JARANGGGGG blogwalk sebab aku malas dan aku tak nanti end up aku maki maki mencarut bagai .
sebab rasa diri ini begitu bodoh baca blog kau yang entah pape .
okay , blog aku memang entah pape .
tak de info sebab ini personal kann ?

tapi yang aku tak boleh blaa , bila kau ping entry merata merata guna tittle macam ni ;
"(nama blogger terkenal) datang rumah aku semalam"
"(nama blogger terkenal) mintak couple dengan aku kelmarin"

ye. kau guna nama blogger terkenal nak tarik orang datang baca entry kau yang ___________ (isi sendiri) .
dan PASTI , its GUARANTEE 100% orang akan datang baca sebab melibatkan blogger blogger terkenal .
orang NAK TAHU dan orang itu termasuk aku .
beria lahh aku baca entry kau yang konon HOT tapi sebenarnya ?
kau BERMIMPI .
kau BERANGAN .

hell tak kau rasa ?
orang nak true story bukan make up story .
kau ingat aku ni bebudak tadika yang kau nak kelentong celah ni celah tu ?

aku memang fucked up dengan blog blog cenggini .
dan aku dah aim few blogs yang buat keje keji macam ni .
keji . ye memang keji .
bagi aku keji sebab kau guna taktik kotor tarik traffic .
KAU TIPU READERS .

kau boleh cakap , blog kau personal macam blog aku .
so , suka hati aku lah nak post ape .
tapi ada kau nampak aku ping merata tempat macam kau buat ?
sehari 10 kali kau ping entry yang sama dekat tempat yang sama cuma berlainan masa .
itu belum kira dekat twitter , kat group fb , dekat innit , dekat GB , dekat tah mana mana lagi .
ape yang kau nak ?
tentu lah traffic kann?
sebab lepas tu boleh lah kau show off kata traffic blog kau sehari 10K .

eh der , ada gua kesah ?
dalam blog pun nak berlumba .
tak paham betul .


aku dah malas nak komen entry entry meraban macam ni .
sebab bila aku komen , aku akan cakap "kenapa nak guna nama dia ?"
dan kau akan jawab "kalau guna nama sendiri , orang tak baca dan tak tahu"

WHAT ?

eh hello , do stop this rubbish crap okay .





urgh .