Showing posts with label kenangan ramadhan. Show all posts
Showing posts with label kenangan ramadhan. Show all posts

Tuesday, August 17, 2010

.kenangan ramadhan #9.

aku tak berharap nak kembali lagi dengan dia.
kenangan itu ada , ingatan itu wujud, sayang itu masih, cuma hati untuk dia sudah tiada.
cukup lah kenangan terindah yang dihadiahkan padaku selama aku kenal dia .
ouh, bagi aku indah walaupun pahit .
tak semestinya kenangan itu manis belaka .
perlu ada pahit untuk kita merasa erti kehidupan sebenar.

jangan pernah bermimpi untuk hidup laksana puteri dan putera kayangan dalam dongengan dulu kala.
jangan pernah berhajat cinta kau dan dia akan seteguh cinta uda dan dara .
jangan pernah terfikir yang cinta kau dan dia akan sentiasa selamanya seperti telaga air zam-zam yang tidak pernah berhenti mengalir.

sudah masanya aku belajar untuk terima kenyataan yang dia bukan untukku .
3 tahun aku hidup dibayangi dia .
tidak pernah jemu .

terima kasih mama sebab kenalkan adik dengan dia .
terima kasih S sebab kau, aku taw keadaan dia sekarang .
terima kasih roomates yang tak pernah jemu memujuk di kala aku kesedihan .

kenangan ramadhan yang bermakna .
terima kasih awak ;)



walau aku tidak kau cintai
tidak kau sayangi
tidak kau hargai
dan tidak kau peduli

tapi ketahui lah
bahawa kau pernah ku cintai
pernah ku sayangi
pernah ku hargai
dan pernah ku peduli

kerna kau
aku tahu apa itu cinta
apa itu perit
apa itu luka
dan apa itu sengsara

dan ketahui lah
kerna kau yang ku cinta
aku sanggup menghadapi perit
membiarkan hati ku luka
meski aku sengsara .

ini kali terakhir aku mencoretkan kenangan aku dan kau .
takkan ada lagi lepas ini .
aku janji.
minta maaf atas segala salah silapku .
moga kau dan aku menemui kebahagiaan sejati ;)


kenangan aku dan dia berakhir di sini .
biarkan memori ini berlalu .
aku perlu terus melangkah ke hadapan .
meninggalkan apa yang di belakang.
yang lepas, biarkan lepas.

Monday, August 16, 2010

.kenangan ramadhan #8.

melalui S aku tanyakan khabar R .
aku nak juga tahu apa perkembangan dia .
mana tahu kot-kot dah kahwin .
melepas aku nak makan nasi minyak .

menurut S, R dah sambung study di IPTA di utara tanah air.
mengambil jurusan yang pernah diceritakan pada aku suatu masa dulu .

S tahu yang aku punya blog .
dia juga tahu apa fb aku .
mesti la aku yang bagitau .
takkan la magic dia boleh tahu tiba-tiba .

aku yakin, S boleh di katakan selalu bukak blog aku .
ye. aku yakin .
kalau tak, masakan dia boleh meninggalkan komen pada entry sebelum berunsurkan kenangan aku ini .
kau memang nakal , S .
HAHA !

beberapa bulan lepas, S ada menjenguk blog aku .
dan meninggalkan komen yang buat aku separa pengsan .
aku tak pasti apa tujuan kau .
mujur kesemua komen aku perlu di moderate terlebih dahulu .
maaf . komen S aku tak approved .
cume aku print screen dan simpan di folder di dalam pc di rumah .

aku memang syak ini kerja S tapi bila di tanya, dia buat-buat tak taw .
pelbagai alasan kau bagi .
sampai aku kurang yakin dengan firasat aku sendiri .
hampir juga aku bertanyakan hal ini pada gf R .
akhirnya kau mengaku juga .
nakal bukan ?

S komen dan meninggalkan nombor telefon R .
di saat itu aku tersenyum .
aku akui aku gembira .
ada juga rasa takut .
takut jika pertanyaan ku pada R tidak berbalas .

aku simpan nombor itu .
beberapa hari kemudian, aku memberanikan diri menaip mesej untuk di hantar pada R .
risau, takut, semua ada .


"R ek ?"
"yup.sape ni ?"
"err. farah ni"
"ouhh"

cukup .
dia masih mengenali aku .
aku tak berani lagi .

bulan 7 yang lepas hari lahir dia yang ke 21 .
aku tak pernah lupa .
aku menghantar mesej ucapan selamat hari lahir .
dia membalas ;

"erk. thx"




sampai bila aku harus begini ?
hidup dibayangi dia ?
sedar lah farah .





p/s : thx encik plywood a.k.a zhaf . haha ;D

Saturday, August 14, 2010

.kenangan ramadhan #7.

lama .
berbulan-bulan abang hilang .
tandanya abang memang dah tak nak ade pape dengan baby .
oke fine .
baby anggap we're finished .
end of story .

aku menjalani hidup seperti biasa .
tiada khabar berita dari dia .
tapi aku masih teringatkan dia.
entah lah .
macam kene guna-guna jeh .
haih ~

ini ramadhan ke 3 aku berpuasa tanpa dia.
setiap kali ramadhan, fikiran ku melayang .
yup. mengingat kisah lama .
kelakar kan ?
macam orang gila dah aku ni .

1 Missed Call
017*******

pantas tangan aku menghantar mesej bertanyakan siapa.
aku takut kalau-kalau rakan sekelas yang menelefon, tapi aku yang tak jawab .

"sape?"

balasan diterima beberapa minit kemudian .

"ko farah kan?"

aku terkejut .

"yup. sape?"

"ko gf R kan ?"

oke. orang ni buat aku risau. mana dia tahu ?

"sape ni ?"

"jawab dulu soklan aku."

"dulu "

"betullah. aku kawan dia."

"mana dapat no aku ?"

"dari R lah"

kawan R .
buat aku cuak .
kami ber SMS .
aku beria bertanya mana dia dapat no aku .

"aku amik senyap-senyap dalam handphne dia. kau bukan gf dia ke? romantik bagai"

"kan aku dah cakap dulu. mana kau taw aku gf dia ?"

"aku bace mesej dalam handphone dia la."

cerita lama.
dia, S, kawan sekolah R.

dia selalu nak taw kenapa aku dengan R dah tak bersama.
dia juga ada bercerita benda yang sama tentang gf R .
mereka semua satu sekolah .
gf R, junior mereka.

S juga ada memberitahu siapa gf R .
aku ada fb gf R .
hebat kan aku ?

cantik budak nya .
10 kali ganda cantik dari aku .
HAHAHA .

pada S juga, aku ceritakan segala.
apa yang berlaku .
kata S aku bodoh .
ye. aku taw.
aku bodoh .
sebab menanti orang yang tak sudi .

kata S , tak mungkin R akan kembali pada aku .
sebab R sangat menyayangi budak tuh .
tak pe . aku dah tak mengharap .

walaupun masih ada ingatan aku pada R.
tapi aku dah tekadkan hati utuk tidak kembali padanya juga .
biar lah, rasa sayang ni tetap di hati .
akan ku berikan pada yang berhak .
aku tak mahu jadi bodoh kerana cinta lagi .





S telah membuat sesuatu yang mengejutkan aku .
kau nakal, S .
;)



Friday, August 13, 2010

.kenangan ramadhan #6.

3 bulan abang hilang .
pastu contact me back .
pastu abang hilang lagi .

kali ni hilang lama .
lama sangat .
call tak dapat .
mesej tak delivered.
rupanya abang dah tuka nombor.

sekali lagi abang buat baby nangis .
sekali lagi abang buat baby gila .
abang hilangkan kebahagiaan baby .
abang hancurkan hati baby .

abang taw tak baby sayang abang ?
abang taw tak baby cinta abang ?
abang taw tak abang first love baby ?
abang taw tak sume tuh ?

bila balik umah jeh , baby selalu nangis .
sebab teringatkan abang .
bodoh kan baby ?
padahal abang dah tak kisah pasal baby .
padahal abang dah buang baby dari hidup abang jauh-jauh .
baby jeh yang tak boleh nak terima kenyataan .

satu hari, baby dapat call dari mama.
mama macam serba salah nak bagitau .
mama tak nak baby sedih lagi.
tapi baby kene tahu hal sebenar .
mama mintak baby kuat bile dengar apa yang mama nak cakap .
oke. baby buat-buat kuat .
masa tuh, baby dah ready dah .
pape yang mama nak cakap, baby kene terima .

"adik, roomate mama cakap R still couple dengan gf lama dia. diorang tak pernah break pun sejak dulu. mama mintak maaf . mama tak taw. adik sabar k"

baby gelak .
baby gelakkan diri sendiri .
sebab BODOH !

tapi baby tewas jugak .
air mata baby jatuh .
baby bercakap dengan mama sambil menangis.

ternyata baby hanya sandaran .
baby tak de makna sikit pun dekat abang .
abang jadikan baby pengganti gf abang yang masa tuh tengah nak SPM.
so, dia tak dapat nak layan abang .
jadi. baby di jadikan mangsa .
kan abang ?

baby cerita kat roomate baby .
dia suruh baby lupakan abang .
baby cuba .
dah 3 tahun baby cube, abang .
but i can't .



kenapa abang masih menghantui fikiran baby ?
kenapa baby masih nak menangis bila teringatkan abang ?

Thursday, August 12, 2010

.kenangan ramadhan #5.

bile baby tunjuk gambar abang dekat kawan-kawan baby.
diorang kata abang tak handsome pun. sweet jeh .

abang bukan anak orang kaya.
abang tak kacak macam awal ashaari pun.
tapi ntah lah.
bagi baby, abang istimewa sangat.
sampai hari ni pun baby tak lupe suara abang .
oke. maybe baby jatuh cinta dengan suara abang .

abang ingat tak .
abang pernah buat salah dengan baby .
masa tuh baby maseh dekat PJ.

malam tuh kita mesej.
baby ajak abang jumpa.
kat midvalley.
baby happy gila.
yah. maybe ada sedikit gila.
masa tuh abang balik rumah .
rumah abang dekat selangor, so kira dekat lah .

baby pegi dengan roomate.
baby pakai baju pink .
baby tunggu abang sejam tapi abang tak muncul-muncul.
baby call, abang kata kejap lagi .
oke. baby tunggu jeh .
baby lepak kat KFC, makan dengan roomate.

dah lama lepas tu , baby call abang lagi .
mase tuh dah nak dekat malam dah .

"err sorry lah tak dapat datang lah. motor kawan rosak plak. abang kat rumah dia ni"

baby tak taw nak kata apa dah .
sedih ade, marah ade, nak nangis pun dah rasa nya .
end up, baby tengok movie dengan roomate .
baby dah tak nak fikir pasal abang lagi .
abang tipu baby .

beberapa hari lepas tuh, baby jumpe kawan baby .
lelaki .
baby cerita kat dia pasal kejadian tu .
niat baby hanya nak meluahkan kesedihan .
i need someone to talk to .
and baby rase, dia paling sesuai .

"tah-tah dia memang tak nak jumpa kau . alasan motor rosak tuh, sengaja dia reka padahal dia dekat rumah"

2 orang kawan baby cakap bende yang sama.
mereka lelaki .
mereka faham tingkah laku lelaki .

ada logik nya kata kawan baby tuh .
baby jeh buta.
percaya bulat-bulat kata abang .
sebab ?
baby sayang abang sangat .
cinta membutakan seseorang .
and hell yah. i'm the who blind because of love .


kenapa abang buat baby macam ni ?

.kenangan ramadhan #4.

i dun remember exactly what abang send to me .
but there's one message among the messages saying that ;

"awak? dah tak de abang baby lagi eh?"

oke fine. u make me fall in love with you again.
yah. its seem like you give me a new hope .
u act like i'm still your 'baby'.
did you know that i miss you much ?
i did mention it to you kan .
and abang said the same thing ;

"abang pun rindu baby gak"

abang taw, malam tuh baby happy sangat .
sebab baby get u back.
yah. i get back my love .
the lost love.
sape tak happy .

esok tuh baby ceria cerita kat semua orang yang abang and baby dah oke .
baby harap lepas tuh nanti tade la baby nangis macam hari tuh.
sebab rindu kan abang .

time abang contact me back , abang dah habis matric .
abang dah keja kat putrajaya .
abang tinggal dengan kakak abang .
hari-hari abang cerita pasal anak-anak buah abang yang nakal and comel .
hati ni terhibur kembali.
baby happy balik, abang !
thx so much ;)

ade jugak baby tanya kenapa abang tak nak sambung study .
walaupun abang nampak agak selenge, tapi abang bijak .
abang cakap abang nak keje dulu .

hari-hari berlalu dengan indah .
seriously , i'm happy being with you .
abang sangat istimewa .
sebab tuh sampai sekarang baby tak boleh lupakan abang .
sumpah !

paling baby ingat, abang mengadu nak demam .
sebab petang tuh abang minum teh .
abang order teh , so dy bagi teh .
yah . teh dengan susu .
abang tak boleh minum susu.
nanti abang demam.
tapi abang minum jugak.
end result, malam tu abang demam.
baby sangat risau .
baby harap sangat baby dekat dengan abang .

memang dari kecik abang tak boleh minum susu kan ?
see how special you are, abang .

"masa skola dulu, time dinner, orang DM sediakan bandung,pastu abang mintak tuka air biasa"
"eh, bandung tak boleh minum ke?"
"tak boleh la sayang, kan ade susu"


abang, kenapa suara abang terngiang-ngiang kat telinga baby nie ?

.kenangan ramadhan #3.

baby tak taw pun bile abang grad dari matriculation college.
cuma baby taw, abang buat 1 year program, physical sciences.

sebab abang hilang tanpa khabar berita.
abang senyap macam tu jeh.
abang tinggalkan baby.
abang buat baby risau.
abang buat baby macam tak pernah wujud dalam hidup abang .
time tuh baby rasa abang la paling kejam.
baby rase dipermainkan.

abang tau tak, ada satu malam tuh.
tetiba baby rase rindu sangat kat abang.
rindu sangat, abang .
baby peluk garfield.
time tuh baby kat hostel.
tak lama lepas tuh baby lari pergi bilik study.
tetiba jeh baby menangis dekat kawan.
roomates laen sume terkejut .
tak pernah tengok baby macam tu sekali.
baby nangis sungguh-sungguh, abang .
sampai terduduk.
sebab baby rindu abang.
ntah macam mana baby boleh teringat kat abang .

"fatin, aku rindu R"

3 bulan lebih abang tak contact baby .
baby try kuatkan semangat .
baby try hilangkan abang dari hidup baby.
baby buat macam-macam untuk lupakan abang .
tapi baby tak kuat .
each time tengok kawan-kawan dengan couple lain , baby sedih .
baby teringat masa kita dulu.
baby happy dengan abang.

satu malam , dalam pukul 1 lebih, handphone baby menyala.
ada mesej masuk.
masa tuh baby baru nak tidur.
baby pandang skrin.
macam tak percaya, nama abang yang tertera.
ye,after 3 months,abang message me back.
but for what ?

Wednesday, August 11, 2010

.kenangan ramadhan #2.

baby ingat lagi, abang .
masa tu kali pertama abang marah baby.
walaupun cara abang cakap tu lembut tapi baby taw abang marah .

masa tuh abang tengah study fizik kot .
sebab abang ada exam .
abang dah bagitaw before ;

"abang nak study. esok exam. baby tamo kaco abang ye"

tapi baby degil .
baby call jugak abang .
mengada kan baby .
pastu abang cakap ;

"baby nak ape? abang tengah study ni"

baby sentap .
baby sedih walaupun itu memang salah baby .
first time abang marah baby .
selama ni tak pernah pun .
baby mengada kan ?

you are so soft-spoken person .
cakap dengan baby lembut jeh .
every word u said , makes me smile .
ur voice really killing me .
abang tak pernah raise ur voice towards me .
yah. never even once .
that's make I love you more .

tapi kan abang .
mungkin baby tak cukup bagus untuk abang .
sebab tu abang tinggalkan baby without any message .
u silently go , leaving ur love in my heart , make me waiting you for months .
hurm ~~



Tuesday, August 10, 2010

.kenangan ramadhan #1.

Ramadhan 2007 .

dah 3 tahun berlalu .
tapi kenangan tuh maseh segar di ingatan .
ntah bila akan pudar .
aku harap ia akan hilang .
supaya aku akan sentiasa maju ke depan melalui hidup baru bukan masa silam .
cinta pertama yang sejujur nya aku cintai.
ya. ia bermula di bulan yang mulia .
bulan ramadhan .

sehingga ke hari ini .
aku masih terkenangkan dia .
muncul nya ramadhan , segar lah kembali ingatan ku pada si dia .
terlalu banyak kenangan ramadhanku bersama dia .

kami sahur bersama walaupun hanya di telefon .
kami buka bersama walaupun hanya di telefon.

"tadi abang nak beli kuih . tapi duet tak cukup seposen. pastu abang tahan sorang budak pompuan neyh. abang mintak kat dia seposen."

aku tergelak tatkala dia bercerita .
tah sesiapa yang ditegur dan diminta seposen tuh .

"baby sahur ape ? abang makan roti je ."

di kala itu , waktu cinta berputik mekar , sayang ku ikhlas di hati .
aku kenyang walaupun hanya bersahur dengan sekeping roti dan tuna .

itu cerita 3 tahun lepas .
tapi sekarang , aku sendirian .
di kala sahur , tiada lagi bualan di telefon .
di kala buka , tiada lagi kedengaran suara dia berjenaka bercerita tentang rutin harian .
aku rindu .


SELAMAT BERPUASA. 'ABANG'


untuk kak azyan yang tengah mengandung anak sulung , selamat berpuasa . tahun ni akak berpuasa dengan baby and hubby . raya nanti jangan lupa balik seremban taw ;)