Showing posts with label TS. Show all posts
Showing posts with label TS. Show all posts

Wednesday, February 16, 2011

.Sini Ada Hantu Cool Blog.

hola !
selamat tengah hari .

permulaan hari yang kurang baik .
jari kaki aku bengkak sebab malam tadi tah cene , aku tersepak kaki katil besi .
kene kuku .
saket nak mam weyhhh !
bangun pagi , dah bengkak , susah nak berjalan .
kang kot jumpa aku , tengok aku jalan dengkot dengkot , tak yah nak tanya kenapa eh .
HAHA !

semalam , aku pergi tengok movie dengan arif kat ts .
tajuk sini ada hantu .
aku tengok sinopsis dalam internet , dia kata , cite ni genre horror and thriller .
so aku bajet , seram lah .
dah lama aku tak tengok cite seram sejak kekecewaan terhadap cerita khurafat ritu .
tapi KELAKAR weyhhh !
seram cikit jeh, kelakar banyak .

  • hantu pokok pisang
  • hantu asrama (cite ni lawak banyak)
  • hantu nombor ekor
  • hantu uncle bawak lari lori (ni seram sikit)

pergi tengok kalau tak caya .

yang tak boleh bla , aku lahh .
orang dok seram part hantu , aku boleh bantai gelak besar .
aku ni tak de deria hantu ke ?
HAHAHA !

kalau pergi ts , tak beli cool blog , itu gila okayy untuk orang yang hantu cool blog macam aku ni .
kali ni tade pics cool blog sebab tak sempat nak snap , arif punya passion fruit blog , jatuh ke lantai .
kesian dia .
aku nak belanja , tak mau .
tapi ibu belanja , nak pulak .
kecik hati ai . T____T

aku dah berjaya pengaruh ramai orang untuk minum cool blog .
sampai ibu pun suka !
yeay ! ;)

Monday, February 7, 2011

.dah tiba masanya.

hola !
selamat pagi ;)

dah kat uia dah ni .
huu ~ rindu katil dan tv ;(

aku sampai dalam pukul 1130 pagi kot .
ayah hantar .
semalam kata kat facebook , gerak pukul 9 tapi 944 aku baru bangun .
wakaka ;D

kul 10 , gerak balik KL .
sampai jeh uia , letak beg , terus keluar dating dengan arif .
sebab dia pun dah tunggu aku kat bawah .
hehe ;D

kitorang pergi TS lahh weyhh .
mana lagi .
cool blog harus diutamakan .
ingat nak tengok movie tapi tade cerita best .

eh eh aku terserempak dengan dila dan zaza kat ts .
hehe xD
masa tuh , aku baru jeh campak cawan cool blog kat dalam tong sampah .

dila cakap "aku tahu kau mesti datang sini sebab kau cari cool blog kann ?"
HAHAHAHA !
tade tujuan lagi kalau aku ke ts tuh ;p


jalan jalan, makan makan dengan arif .
kul 1130 malam, dia hantar aku balik .
wee ~
setengah hari gak lahh spent dengan dia ;)











esok sekolah , jangan buat buat lupa pulak yep ;)

Saturday, January 22, 2011

.tak puas hati betul tengok khurafat.

haii uolzhhhh ~
ala, ai rindu kat uolzhh .
ni baru nak updated entry rini.
entry kat bawah ni , ai scheduled dari semalam .
hik hik hik .

okayyy , kau gedik innz ;p

petang tadi , lepas solat jumaat , aku dan arif telah ke Times Square (lagi) .
tujuan asal hanya nak minum cool blog .
yaww ~ dah seminggu lebih tak pekena cool blog .
tadi dapat sedut chocolate blog .
perghh cakap kau .
macam orang gian ganja doshh ~
HAHA !


*chocolate blog untuk aku , mocha blog with extra pearl untuk arif*


macam kau tak tahu aku suka gila cool blog ni .
every week mesti minum okayy .
so far , paling dekat yang aku tahu , dekat TS lahh .
kat wangsa walk tade kannn .
loser punya wangsa walk ;p

lepas tuh , kitorang TERTENGOK movie .
TERTENGOK okayy .
tade dalam plan pun .

arif : u nak tengok movie tak ?
aku : banyak ke duit u ?
arif : adalahh , cukup .
aku : tak kisah , ikut jeh .

dari minggu lepas, kawan kawan arif beriya iya cerita pasal khurafat .
seram gila lahh , menjerit jerit bagai .
tengok kat fb pun , kawan kawan update status macam seram benar cite khurafat ni .
aku dengan arif seriously curious lahh kan nak tahu berapa level keseraman khurafat tuh .
seram seram baru thrill der .
me loike !
jadi nya , tadi beli tiket cite khurafat .
movie pukul 450 petang .
ada lagi sejam lebih .
kita lunchh dulu !
yeay ! McD jadi pilihann ;)

aku dengan arif mula mula masuk dah cakap "huh. khurafat jeh semua ni"
memang khurafat pun .
TAK SERAM LANGSUNG der .
aku dah bajet aku nak jerit jerit lahh kan .
dah ready dah vokal untuk dilontarkan bila tengok movie ni .
tapi ?
NAN ADO .
setakat terkejut sebab sound effect jeh kuat nak mam .
jalan cerita biasa jehh .
hospital kau tade lampu ke der ?
hantu pun tak seram .
setakat tayang muka darah darah .
tak de expression seram .
aduhh borinkk ~

aku ngilu time si anna tuh maen pisau kat tangan .
cucuk peha dengan pisau .
tu pun, gua rasa ngilu jehh bukan takut ;p

jadi , cerita ni bagi aku tak seram langsung !

ke aku yang tak reti menjerit atau aku tak takut hantu ?
HAHA ! cakap besar kau innz , kau tunggu lahh nanti ;p

"semua yang kata cerita khurafat ni seram , dia pengecut"

sumpah tak seram doshhh ~










nak tunggu cerita kongsi pulakk .
cite lawak kot ;p



















esok kelas, lusa exam .
ingat ye .
malas study .
serah diri bolehh takk ?
HAHA !

Wednesday, September 29, 2010

.hitam itu menawan.

maaf blog .
cheq nak letak gambaq jaa .



*hambek ! besaq kawah gulai muka aku , aku bagi kat hangpa.*


*lapaq.. dok perabih tom yam kung.*


*ini kes dah tak taw nak buat apa. eh awak, jom tangkap gambar. *

*henpon awakkk berattttt . urghhh. heheh . nak tuka tak dengan X3 kite tak ?*


p/s : dia suke saya pakai eyeliner ;)




hah ! nak sangat kann ?
hambek lah farah. hambekk .
kawen dengan dia .
lalalaaa ~
tak matang langsung .
wakaka xD