Thursday, September 18, 2014

.Nutella Pod Cookies sedap.


Assalamualaikum ...

dah dua bulan blog tak de update .
lagipun bukan ada yang masuk pun kann ?
HAHA !

aku nak kata busy sangat , tu nampak na mongak ehh .
sebab aku belum kerja .
masih bergelar penganggur terhormat dekat rumah ni .
HAHA !

cume sekarang aku running on small business .
aku jual cookies .
dari dok membosan dekat rumah , sesambil cari kerja , aku decide nak buat cookies .

aku mula jual cookies since aku amik order kuih raya rituu .
lepas tu aku break sekejap , then baru start amik order untuk cookies pulak .

kalau cakes , so far takde yang order lagi .
aku pun macam tak berani lagi lah .
kalau cupcakes , boleh lahh .
sebab deco senang .
HAHA !

aku meniaga mostly thru online which is thru instagram .
Alhamdulillah , sambutan menggalakkan :)
syukur babe !

korang boleh lah pergi tengok IG aku tuuu - CookiesByFarah




ni pulak cookies yang aku jual .
so far , sambutan alhamdulillah .
lepas lahh aku nak makan kepci .
hehee :D


*Nutella Pod Cookies (paling on demand ! TOP SELLING)*
---- RM 10 per box ----


*Congo Bars (New Product yang sangat gebu)*
---- RM 10 per box ----


*Love Cookies (Crunchy Version of Traditional Choc Chip Cookies . Serious sedap !)*
---- RM 15 per box ----


*Choc Nutella Pod Cookies (Flavoured Version of Original Pod Cookies . Sedap sangat !)*
---- RM 15 per box ---

semua box yang aku guna bersaiz sama yang macam dalam gambar Nutella Pod Cookies tuu ..

Ni aku bagi sikit testimoni dari customer .
DAN dah ada yang repeat orders !
itu yang paling berharga wehhh .








korang berminat nak order jugak tak ?
boleh terus whatsapp aku dekat nombor yang ada dekat profile IG aku tuu okay :)
senang cite follow lah terus .
kot ada promotion ke produk baru ke , korang alert sikit .
aku ni dah malas nak update belog okayy .
HAHAHA !








kbai <3



Saturday, July 12, 2014

.random post.

SELAMAT BERPUASA UOLS !

masuk bulan ni , dah 5 bulan aku menganggur .
malas nak cite reasons kenapa .
HAHA !

takde mood dah nak cari kerja buat masa sekarang .
iols nak raya happy happy dulu .
dah puas raya , baru sambung cari kerja .

bulan ramadhan ni aku amik tempahan kuih raya .
alhamdulillah , tak sangka ada juga yang nak order .
hehe .

bak kata kawan aku "aku rasa rezeki kau memang meniaga kuih lah"
terfikir jugak nak buat full time tapi aku kena cari modal dulu .
at least , biarlahh orang nampak yang degree aku tu ada guna jugak .
aku nak kerja pun nak cari modal bukak bakery sendiri .
insya Allah kalau ada rezeki .

kalau takde pun , part time baker pun bolehh .
sebab aku minat sangaaaaaaaaaatt buat kuih ni .

memasak ?
hurm , untuk makan sendiri boleh lahh ^___^

order tak banyak sangat .
total tak sampai 50 balang pun .
so , aku takde lah siang malam buat kuih .
aku buat kuih malam je .
tu pun 3 4 jam je , satu adunan .
sebab aku buat sensorang , so penat tuu lebih sikit .
tu yang mampu buat kejap je .

sekarang tinggal sikit je lagi nak siap .

hari ni aku kene period pain yang paling teruk dalam sejarah hidup aku .
tak pepenah aku melepet je atas katil , siap keluar mata lagi .
makan minum pun memang tak de selera langsung .
terguling , menonggeng , meniarap je atas katil .
over betul .
HAHA !

sakit wehhh .
lembik rasanya .

selama ni period pain aku main acah acah je .
terasa sakit juga tapi sikittt je .

niat aku amik tempahan kuih raya tahun ni sebenarnya nak buat modal cari kerja lepas raya nanti .
gaji last dengan komisyen 5 bulan lepas dah habis aku shopping kan .
sekarang kering kontang .
HAHA !

okay lahh . kalau tak berupdate sampai raya , aku wish awal awal lahh ye .
ate , aku kan pemalas .
HAHA !

bulan june tak de update langsung kotttt .
rare ni . rare .


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI .
MAAF ZAHIR BATIN kalau ada salah silap sepanjang berkawan dengan blog ni .



kbai <3





Tuesday, May 20, 2014

.kisah semalam.

semalam (isnin) aku puasa .
aku dah set alarm kat handphone pukul 5:05 pagi untuk sahur .
konon nak goreng sosej lahh . konon je .

alarm bunyi , aku dismiss .
terjaga pukul 540 pagi sebab nak shi shi .
HAHA !
keluat sudaa sahur kau .

pagi tu , mak aku tanya "kau tak bangun sahur ke kak ? len kali bangun lah , minum air pun jadi lahh , amik pahala sahur tu . handphone tu ada , set lahh jam"
aku jawab "dah tertidur"
kui kui kui :D

lepas zuhur , aku siap nak pergi post office .
nak post cookies is izzat tuu .
seminggu dah aku simpan .
tah ape tah nasib cookies tu .
dah berkulat kulapok kot .
HAHA !

sebab nye aku dah kecewa dengan post office kat centre point , aku pergi yang kat senawang .
memula nak cari poslaju senawang tapi tak jumpe .
aku masuk je kat giant senawang tu .
no giliran aku 1283 , no yang tengah attend 1235 .
dekat 50 orang sebelum aku .
pehhh .
tempat duduk semua full .
sepanjang tunggu , memang aku berdiri je .

lenguh kaki tayah cite .
menari nari aku berdiri menunggu nye .
lalalaa ~

tu je nak cite .

hari ni pun aku puasa lagi .
lagi ompek hari wehh nak ganti .
aku ingat nak straight je this week .
cuaca pun mendung mendung sejuk .
hujan pun makin kerap sekarang .
takde lahh rasa haus sangat kann .
HAHA !






kbai <3

Saturday, May 17, 2014

.Tips Jimat #1 - Inner Bawal.

semalam aku buat clearance kat bilik aku .
entah berapa kali nak buat clearance pun aku tak taw lahh .
bosan punya pasal .

aku bukak almari lepas tu nampak 3 helai tudung bawal lama yang aku dah takkan pakai .
TAKKAN okay bukan TAK NAK .
ada beza tu .

rasa nak buang tapi sayang pulak .
nak bagi kat orang , macam dah tak sempurna .
maksud aku ada bekas cucuk cucuk brooch tu , so dah tak cantik .
dari aku buang , baik aku invent jadi something usable .
lets recycle jadi INNER BAWAL !
boleh juga jadi INNER NECK !

aku survey kat internet , inner bawal RM 5 .
like seriously ?
inner bawal yang kecik tu mahal gilaaaa ?
baik kau beli tudung bawal bidang 45 terus .
sama jugak harga nya RM 5 tapi kena pandai cari kedai lahh .
HAHA !

macam aku , aku taleh pakai inner syria atau shawl .
sebab muka aku bulat dan akan bertambah bulat kalau pakai tudung yang tak berawning .
sebab tu aku pakai tudung bawal je .

berbalik pada kisah recycle tadi .
jom kita start !

gunting tudung bawal lama yang dah tanak pakai lagi tuu .
ikut size yang kau nak .
acu lahh kat kepala , panjang mana yang kau nak gunting .
kang terpendek kang , dah menangis sebab taleh undo dah , babe .

macam aku , aku gunting ngam ngam tutup leher .
sekali boleh jadi inner neck .
dua dalam satu .
bijak tak aku ?
HAHAHA !



sekarang aku dah boleh pakai dengan tudung sarung syria , shawls dan halfmoon tanpa risau muka akan bulat lagi ..
yeaaay ! *lompat bintang*

dah comel comel dengan inner bawal , boleh pakai ribbon brooch sebagai aksesori sekaligus sebagai pin tudung .
comel kann ?

okay , kau boleh beli dengan aku .
HAHA !

aku tengah buat clearance sales ni .
semua brooch ni berharga RM 1 setiap satu .
harga belum masuk postage ye .
postage RM 6 .





kalau nak borong , meh borak dengan aku kat facebook .
aku bagi harga kasih sayang kata orang .







itu je nak share .


kbai <3