Thursday, June 30, 2011

.kau penyebab aku jadi macam ni !.

badan aku start mengembang bak bunga mawar sejak masuk gombak .
masa kat matrix , aku maintain lagi .
meh aku senaraikan faktor faktor yang mungkin antara penyebab aku mengembang bagai johan .

fast food .
sejak dok gombak , ada transport sendiri , ade duit banyak , kaki aku rajin nak melangkah pergi fast food .
kat nilai , mana ada transport .
duit pun tak banyak , ada biasiswa tapi sikit okay .
ada fast food tapi jarang pergi sebab duit tak banyak kann .
paling komen , sekeping duit merah mesti ade ;D

cuaca .
ini menurut kak ad lah . tapi ada logiknya .
*dia berpeluang tengok aku time kurus oi . HAHA !*
kat seremban dengan nilai , panas oi .
memang nak tido petang tuh , kompom berpeluh ah .
ce kat gombak ni ha , tido petang pun berselubung , mano poloh nak kua ?
pas tu , lopeh makan , bantai kroohhh kroohh , memang padan sangat lah .
in addition , eceh cakap omputih plak , pergi kelas, nek motor , lagi lahh .
HAHA !

makanan .
ibu kalau masak , serba serbi kurang .
santan tak pekat , minyak tak banyak.
memang sihat sangat .
lepas tuh , kalau agak agak tak suka dengan apa ibu masak , aku tak makan .
lapar ?
masak lah sendiri .tak pun makan lah pape yang ada .
tapi bila dok jauh dari rumah , makan kat cafe serba serbi lebih .
santan cukup pekat , minyak bergenang , ayam goreng terbaik punya sedap .
nak nak aku pulak tak makan ikan kat cafe .
sebab tak kena dengan tekak .
ikan keli , eyh hello , aku tak makan okay .

kurang bergerak .
ini sangat obvious .
kalau dok rumah , satu hari 100 kali tawaf rumah .
ke dapur lah , tengok tivi lah , keluar sidai kain ke , siram bunga ke .
petang petang keluar rumah , pergi tawaf sikamat pulak .
ce duduk hostel ni ha , nak keluar kene pakai proper .
tu yang malas nak tuka baju , jadi end up , terperuk dalam bilik .
jadi pasif =.='












entah macam mana tah nak diet .
susah lahh  ~
even tak makan , tido mesti berlebih sebab nak cover lapar punya pasal .
mana boleh macam tu .
grr ~

Wednesday, June 29, 2011

.ketenangan yang di cari.

aku kadang kadang heran tengok kawan kawan yang happy je manjang .
macam tak de masalah langsung .
ketawa .
pergh ~ jealous .
sebab aku sekarang memang susah nak ketawa .

sebab sedang mengalami masalah jiwa kacau kan .
HAHA !

dulu kecik kecik , aku lah permaisuri ketawa sebab aku memang suka gelak .
happy go lucky kata orang .
kecik kecik , mana fikir apa .
paling berat pun , ibu ayah marah bila pekse kau teruk .
itu pun masuk telinga kanan , kua telinga kiri .
dah puas nangis , hilang sakit kena pukul , pergi keluar main guli .
bila makin besar , terasa masalah kene handle sendiri , terus goyang .
tu yang selalu bad mood lahh , jiwa kacau bagai .
sebab tak boleh nak urus masalah sendiri .
HAHA !

aku admit lah , solat aku jarang nak cukup .
lagi lagi subuh .
bukan takde orang kejut .
aku yang layankan sangat mengantuk .
bila tak solat , tak de lah Quran atau Yassin itu aku sentuh .
bukan tak tahu buat , tapi saje MALAS .
duniawi lagi seronok sebab time happy kann ?

bila susah , baru reti nak solat , baca quran , pe sume .
aku lah tu .
haih ~ not good .

tak de apa/siapa yang boleh ubat penyakit berkaitan hati (kecuali sakit hati yang melibatkan doktor lahh) melainkan Dia dan kitabnya .
sumpah weyh , kau solat , lepas solat baca quran ke yassin ke , insya allah , hati kau tenang .
percaya lahh .
itu je ubat dia .
bukan pergi clubbing, main perempuan, menyundal, minum arak dan sebagainya .
itu semua penambah masalah bukan penyelesai masalah .

aku terbaca artikel kat one of surah yassin kat rumah yang menyatakan "barangsiapa membaca yassin pada pagi hari , Allah akan mempermudahkan urusannya dari pagi sampai petang dan barangsiapa yang membaca yassin pada waktu malam, Allah akan mempermudahkan urusannya sepanjang malam" .
lebih kurang macam tu lahh .

kawan kawan aku yang kaki clubbing, suka enjoy ni en .
bila tanya aku "aku susah hati ah, ape nak buat eh ?"
kau tahu aku jawab ape ?
"kau pergi lah enjoy ke, keluar dgn member ke, release sikit tension kau uh"
aku memang tak berani nak cakap "kau pergi lah solat ke baca quran ke"
sebab aku tahu , diorang akan "elehhh, kau tu buat ke ?"
see ~ aku nak buat cene ?
bukan tak nak cakap, kang aku kene balik .
aku ni tak boleh lah orang lawan cakap aku .
sentap der . hati tisu kan .
sebab aku tak melawan cakap orang , so aku expect orang pun janganlah melawan cakap aku .


haha . dah ceramah dah aku bagi ni .
sorry lahh .
banyak benda nak cakap .
peringatan untuk diri sendiri jugak .
sampai bila nak hidup macam ni ?
kita tak tahu bila Allah nak tarik nyawa kita .
kang tak sempat bertaubat , time tu nak nyesal, dah tak boleh dah .
ye dak ?









peace yaww ;)



.stalker ?.

blog aku sekarang tade dah kene kacau dengan stalker .
tapi sekarang aku pulak jadi stalker . HAHA !

tapi aku tak jadi anon yang memaki hamun orang eh .
aku baca je blog dia .
lepas tu "ooooooo"
kalau perlu gelak , aku gelak .
kalau tak , aku diam je lah .

kau nak tahu tak blog siapa yang aku stalk ?
yang pasti bukan blog femes .
dan yang lagi pasti bukan blog si buah itu .
HAHAH !

aku stalk blog adik kawan aku .
HAHA !
aku suka baca bila adik dia uh mention nama kawan aku dalam blog dia .
sedikit sebanyak aku tahu lah aktiviti dia , dia ni macam mana .
kan adik beradik lebih kenal adik beradiknya sendiri .
thee ^___^

aku tak sure lah budak tu tahu ke tak .
tapi aku rasa macam tahu je .
sebab aku pernah cerita kat kawan aku tu yg aku baca blog adik dia .
HAHA ! lagi =.='

sekarang blog aku ni okay je .
tade orang kacau dah .
mesti dah penat kan ?
padan muka kauuuu ~
ni makan ehh .


okay lah nak study dalam mimpi .
esok aku exam .
first paper , INTERNET APPLICATION .
ala yang kene buat website tu , sampai sekarang tak sesiap lagi .
heh .

notes dah bersepah atas katil ni tapi study baru 2 chapter .
pemalas sungguh ini anak .
okay okay . baii ~









jiwa aku dah okay sikit lah . post kat bawah ni video karok bie .
tapi takdo yang paham .
heh . susah na ko wordless ni nak paham ?
ahh dulik ah , ado den kesah ?

.maafkan aku,

seminggu berlalu .
ternyata aku masih belum tenang .
setiap hari ku dibayangi b .





susah .
payah .
perit .
derita .



tenanglah wahai hati ;')