Saturday, April 30, 2011

.jangan dedahkan blog kalau nak amalkan sikap "blog aku , suka hati aku".

okay , tajuk kau nak panjang menjela eh innz.
siapa ajar ni ? grr ~

jadi blogger kau kene ;

kuat .
kalau kau suka ping blog ke merata tempat , kemungkinan untuk mendapat haters tuh besar kau tahu . jangan melenting bila ada anon kutuk kau kata blog kau tak best , merepek ,dan banyak lagi . aku dulu macam tuh gak tapi bila dah lama jadi blogger ni , aku dah OKAY ! =) bila kau ping blog , maknanya kau nak blog kau dikenali ramai . jadi , bersedia lah kau untuk hadapi segala cabaran . HAHA !

orang ni pelbagai perangai . kalau yang baca , tak puas hati ,dia diam atau bla , tak pe. kalau dapat readers yang jenis , dah baca, tak puas hati , lepas tuh mengutuk tak tentu hala , ini payah . kau memang kena banyak sabar =)

aku ni kategori pertama sebenarnya tapi ada seorang je blogger yang aku memang anti gila . tah lah. meluat tahap gaban . aku rasa kau pun dah tahu kann ? HAHA ! blogger lain okay jeh . mungkin sebab dia masih tak mintak maaf kot . tu yang terasa sangat . kau doa doa lah aku lembut hati nak maafkan dia . kalau tak , aku mati tak sempat maafkan dia, sia sia jeh hidup beliau . lalala ~

aku memang jeles dengan YUYU uh sebab dia naik dengan cepat . aku pun tak paham macam mana dia naik dengan cepat . mybe dia pakai lif , aku masih pakai tangga kot T___T . tapi aku tak benci dia . even aku tak follow blog dia , tak pernah komen  tapi hari hari aku baca entry dia . okay , kira aku silent reader lah eh . hehe xD

even aku dah tak kawan dengan ZACK tapi aku tetap follow up pasal dia . again , i'm a stalker. HAHA ! tapi tak de lah aku pergi terjah rumah dia ke, skodeng dia kat area seremban ni ke . ouh no . melampau benar tuh.

bak kata FATIN , cuba kawan dengan semua orang , and u'll find happiness in life . aku kawan je dengan semua orang tapi kadang kadang , syaitan ni hasut untuk rasa negative towards someone . haih ~ tak tahan godaan betul aku . aku bukan sengaja nak cari pasal dengan orang . tapi kalau dah aku rasa orang ni memang menjatuhkan maruah aku , takkan aku nak buat buat pekak dan buta . nampak sangat aku memang takde maruah . wuu ~ aku pun ada harga diri weyh . ingat orang kaya , femes je ke yang ada harga diri . ouh pehlis .

aku rasa suck sangat hidup aku bila tukar sekolah masa form 4 . first week , aku kena buli . first time ever . kalau sebelum tuh aku memang baik dengan semua orang . aku kawan dengan semua orang . tak pernah aku benci sesiapa tapi sejak tukar sekolah , hidup aku totally down ! semua gara gara kene buli . MEMANG ! kesan dia lekat sampai sekarang . sejak tuh , aku jadi seorang pembenci , dan aku dah pandai nak benci orang yang buat jahat dengan aku . hati aku mula sensitif tak menentu . semua salah bohsia bohsia yang dah rabak tuh . huh .

aku tak tahu nak salahkan siapa , aku jadi macam ni T____T . salah parents yang tukarkan aku sekolah ? salah aku yang tak pandai bawak diri ? atau salah kan sekolah yang tak de usaha nak banteras kes buli kat sekolah . aku kene buli dan aku jugak kene marah dengan cikgu . ini tak adil bhai !









HAHA !
kau perasan tak aku dah masuk sesi luahan perasan .
adoii ~ kelaut sudahh .
sorry . ;)
tapi macam lega sikit lepas tulis kat blog . thee ^__^

.10 things about me.

  • day one : 10 things about you
  • day two : 10 things you love
  • day three : 10 things you hate
  • day four : 10 things you want to say to one person
  • day five : 10 wishes
  • day six : 10 items you can’t live without
  • day seven : 10 important people
  • day eight : 10 of your favourite songs
  • day nine : 10 ways to win your heart
  • day ten : 10 final words

ini idea sherah , aku copy jek.
since aku pun dah hilang idea nak tulis ape .
asek taip , backspace, taip backspace .
baik aku buat benda ni .
siapa nak join , jangan segan silu .
buat je ;)

10 THINGS ABOUT ME


  1. anak perempuan tunggal yang selalu jadi mangsa chef paksa kalau adik adik kelaparan . dengan alasan mereka "siapa suruh kau jadi perempuan" 
  2. mempunyai lesen B2 dan D yang memandu kenderaan kepunyaan ayah 
  3. seorang pelajar lulusan PTS yang menyebabkan diri ini habis sekolah awal setahun 
  4. mempunyai bilik sendiri yang tidak dikongsi dengan adik adik yang lain . dengan alasan "siapa suruh adik beradik lelaki kau ramai"
  5. bukan seorang yang up to date dengan gadget/fashion
  6. tidak memakai pakaian/barang berjenama
  7. suka keluar bersendirian 
  8. seorang yang berdikari 
  9. jenis tak berkira dengan orang sebab sentiasa percaya "buat baik dibalas baik" dan "setiap kebaikan pasti ada ganjaran" dan "kedekut tak kan buat harta bertambah banyak"
  10. saya bagus dalam menjaga hati orang lain even hati sendiri cedera parah bagai dikapak . HAHAHA !






done !
korang pun , jom lahh join .
nanti aku share kan link korang dekat entry aku okayy ;)


thx sherah gojes !

Friday, April 29, 2011

.kuasa "well known blogger".

haritu , abang pojie terasa hati sebab contest yang dia buat tak dapat sambutan .
kalau aku jadi dia , aku merajuk okayy .
sebulan tak bukak blog (okay, ini tipu) .

dia ada cakap , kalau blogger pemes yang buat contest , tak sampai 1 jam , ada 100 yang join .
aku perasan gak .
tak yah cakap contest lah , apa apa aje yang blogger pemes buat , mesti senang dapat sambutan .
segmen ke , jual baju ke , promotion ke , memang meletop top top .
ramai jeh yang senang hati nak join .
walau pun tahu yang kau TAKKAN memang .
HAHAHA !

nampak tak kuasa well known blogger tuh BESAR ?

cara nak settle up masalah contest tak dapat sambutan :


  • ping kat merata tempat . kalau perlu , tepi jalan pun okay . hehe ;D ridiculous ah innz . maksud aku , ping lah kat semua ping site , club club kat fb , fb kau sendiri , fan page, groups, twitter . kalau boleh , mintak owner fanpage tuh ping kan entry kau , sebab kalau kau yang ping , orang tak tahu , tak naik kat feeds orang yang like page tu . kalau dia tak nak , UNLIKE FANPAGE tuh . HAHAHA !



  • mintak jasa baik well known blogger untuk promote contest kau . kalau dia tak nak , kat aku pun boleh . aku pun blogger 'pemes' jugak ape . HAHAHAHA ! JANGAN KAU NAK PERASAN FAMOUS OKAYY, INNZ .



  • pendek kata , buat promotion secara besar besaran . itu keyword dia sebenarnya =)




*blogger perasan famous . sile lempang guna pelempang saiz 2 jeh okay =)*


Thursday, April 28, 2011

.susah ni susah.

macam yang aku cakap dekat entry bawah ni punya bawah punya bawah lagi .
err 3 entry lepas lahh .
aku memang bukan seorang yang in dengan phone .
aku memang suka membiarkan dia seorang diri .
padan muka kau .
HAHA !

tapi ada satu perangai aku yang tak boleh blah .
kan handphone aku silent je manjang .
kadang kadang tuh , time aku tengah tengok tv , baring baring , aku selalunya akan text lah sesape yang aku suka .
lepas tuh , bila aku dah dapat INTERNET , aku tinggal je orang yang mesej dengan aku terkontang kanting .
maksudnya , aku dah tak reply mesej dia .
kejam tak aku ?
ditambah pulak dengan kesenyapan handphone ku .
jadi , double kejam .

aku memang tak kan cakap , "eh, i nak pergi main internet jap, ttyl k"
sebab aku konon nak jaga hati dia sebab kalau aku cakap camtu, aku bakal dibenci 7 hari mungkin .
jadi, aku buat buat lah konon konon aku tertidur walaupun baru pukul 8 malam .

lepas tuh orang tuh akan hantar mesej bertimpa timpa .
dan aku akan jawab pada keesokkan harinya .
dengan alasan "sory, i tertido malam tadi"
padahal ............ (sila isi tempat kosong)

disebabkan perangai ku ini , aku tak boleh nak marah orang kalau mesej aku tak di reply .
sebab aku tak nak kene perli "u salu jeh biarkan mesej i tak ber reply, jadi, u deserve it"
jadi, di situ , aku melatih diri untuk jadi SABAR .
selalu nya , apa yang aku buat dekat orang dan if one day kena balik dekat aku , aku tak marah .
sebab aku memang berpendirian "what you give, you get back"
itu lah hidup .
eh, dah masuk cerita lain pulak . ;p

tah lah, penangan INTERNET lagi hebat dari penangan MAKAN KFC sebab even aku tengah makan kfc pun , aku still boleh layan mesej lagi .
tapi tak dengan internet .
dia buat aku lupa semua benda .
kau rasa kenapa ye ?