Thursday, March 7, 2013

.nak penyu jugak !.


Mr.Engineer nak g tioman wiken ni .
aku mintak souvenir .
dia cakap dia nak bagi aku pasir .

aku macam grr .
cube lahh bagi something yang aku boleh pakai ke ape ke kan .
ini nak bagi pasir ?
lepas tu dia bagi choices .
nak pasir , kelapa atau air .
pilihan apakah itu ?
heeee geram pulak hati kita ni .

entah macam mana , aku cakap aku nak penyu .
aku tak taw nak fikir apa yang boleh dikaitkan dengan tioman .
sebab aku bukan pernah pergi sana pun .
so , spontan je aku cakap aku nak penyu .

lepas aku cakap aku nak penyu jugak , tak kira , terus aku kbai .
dah letak phone , aku gelak sendiri .
jadah laa aku mintak penyu ?
HAHA !

ada penyu ke kat tioman ?
=.='


gambar kat bawah ni mungkin boleh buat kau hilang stress kejap .




kawan aku cakap , ni mesti keturunan vegeterian .
HAHA !











kbai <3

.doremon versi perempuan.


*sory gambar blur sikit . tangan orang nebes sentiasa , ceni lahh . HAHA !*


pg tadi before g kelas aku hantar gambar ni kat amin .
aku cakap yg muka dah macam doremon , kembang melebar .
tapi ye kan ?
pasni tanak senyum ceni lahh .
nak buat duck face .
pipi nampak kurus .
HAHA !

dagu dah runcing da ,
lekuk yg patut ada kat dagu pun dah samar samar je .
tah berapa KG aku gained so far .
asyik lapar je skang .
macam ada bela jin pulak dalam perut monced ni .

fast food macam makanan wajib aku dah .
dulu dah slow down sikit tapi sekarang tah .
every week mesti makan .
grr .






kbai , ada quiz jap lg .

Tuesday, March 5, 2013

.saya lemah ni.

aku paling tak suka kalau tangan aku kene grip dengan lelaki .
sakit oi .

bila aku cakap sakit , dia boleh balas "sikit je pun, tak guna tenaga langsung"
kalau berebut dengan adik adik , memang aku surrender je lahh .
walaupun aku memang nak sangat .
sekali dia rampas , aku jangan bermimpi nak rampas balik .
tenaga dia 100 kali kuat dari aku .

kalau adik aku suh urut badan ke ape ke , dia cakap ceni "oi , tak rasa ape . kau buat ke tak ni ?"
heee geram betul , tak taw ke nak terkeluar urat lengan aku urut badan kau , kau boleh cakap tak rasa ape ?
tapi cuba kalau adik aku yang buat kat aku , memang menjerit ahh cite dia .
baru tekan sikit , rasa nak berlubang bahu aku .
HAHA !

tapi tu lahh , tenaga perempuan , kuat mana sangat pun .
nampak je macam kasar , tak lemah lembut tapi cuba kalau lelaki pegang wrist dia , memang tak reti dok diam mintak lepas .
kan kan kan ?
ngaku je beb .
HAHA !




kbai <3





Monday, March 4, 2013

.some random good news.

sabtu minggu lepas (23/2/2013) cousin sayang cemolot masa kecik dah selamat ditunangkan dengan seorang jejaka pilihan beliau .
dulu bercinta dengan orang lain .
bagai nak rak tapi dah tade jodoh kan .
hehe ;D

cousin ni lahh yang kenalkan aku dengan pakwe pertama .
hiks ;D

sabtu lepas (2/3/2013) cousin sayang dah selamat dinikahkan kat skudai, johor .
yeay dah jadi laki orang .

family aku tak pergi sebab ibu kata jauh .
tak larat nak pergi .
so dia handle rombongan kampung je hari ahad tu .

ahad pulak (3/3/2013) kawan sekolah selamat jadi tunang orang .
aku tak dapat pergi sebab kesuntukkan masa .

ahad minggu ni (10/3/2013) kawan baik masa sekolah bakal disandingkan .
actually kawan ni keje kat tempat aku praktikal ritu .
memang nak pergi sebab nak jumpa kakak kakak office .
rindu ;(

tapi aku dah tak larat nak balik semban .
sebab sem ni kelas sampai petang jumaat .
lepas tu rushing balik semban .
dok umah tak sampai 48 jam dah balik uia balik .
penat tak hilang lagi .
ingat nak ajak dia tapi dia nak pergi tioman pulak .
maka , bersedihlahh aku .
sobs .

tahniah untuk semuanya .
majlis aku masih belum nampak bayang .
gelap je lagi haaa .
suh aku kumpul duit dulu gak eh .
beli banglo , audi , bukak kedai kek sampai ada 32 branch baru boleh kawen .









kbai <3