Wednesday, May 9, 2012

.presentation.

selasa , rabu aku ada presentation .
pehh , penat discussion , tido lambat , hafal skrip , tak yah cakap .
semua orang pun penat tapi aku yang manja ni super penat .
HAHA !

emosi sumpah tak stabil .
sharul dah pandai mengadu ; "you ni hari hari nak marah i ni kenapa ?"
padahal dia tak buat salah pun tapi sebab aku tension , dia jadi mangsa .
nasib baik dia sabar je .

aku tak pernah amik subject banyak banyak macam ni .
sebelum ni aku amik 3 4 subject core je , itu pun dah meroyan level 10 .
ini amik 6 subject core courses , memang asyik pengsan-bangun-pengsan-bangun .

somehow , aku tak suka subject marketing .
buat otak aku jadi lembab sebab membaca dan hafal .
pastu mid sem cukup cukup makan .
tah berapa lahh carry mark aku
=.='

sem ni aku suka subject managerial economics .
sebab tak pernah fail lagi any tests/mid term . hiks .
and it plays with maths .
aku baru tahu yang aku ni suka algebra .
masa aku form 3 , cikgu tusyen aku cakap , algebra ni topic paling susah nak score but well , i did it well .
okay , berapa banyak well kau ?
HAHA !
overall , managerial economics banyak algebra , fuctions , graphs .
aku tak suka part graph je sebab kene hafal .
heh .

next week last class , lepas tu start revision period .
and my final starts on 21/5 , which is marketing .
madam decentralized exam sebab dia nak pergi Mekah end of may , takut tak sempat nak mark paper .










esok khamis kan ?
okay , aku nak balik seremban .
HAHAHAH !



*muka orang cuak sebelum presentation Komunikasi Perniagaan*


*muka orang tak cukup preparation untuk presentation Money Banking*


*reward untuk diri sendiri , ye lahhh , kita tak de boyfriend kat uia yang nak bawak kita pergi makan sesedap*







baideway , ce teke aku jumpa siapa semalam kat uia kat tepi jalan yang buat aku rasa nak langgar dia ?
klue : budak uia gombak .






kbai <3




Sunday, May 6, 2012

.hari yang bosan.

kenapa tah aku tak rasa nak balik this week .
padahal bukan ada pape pun .
aduhhh ~ bosan sial seharian terperap dekat bilik tak buat apa .
asyik tido makan je .
grrr

nasib baik internet ada hari ni .
boleh lahh aku layan laman sesawang yang bersawang sawang .
tu yang update entry banyak rini .
HAHA !

tapi as usual , kat fb harini tak meriah macam weekdays .
sume pun cuti fb jugak .
aku je yang ngadap fb dari pagi sampai malam .

BOSAN weyhh .
haih ~

rasa SANGAT MENYESAL tak balik rumah .
kalau tak , dah boleh attend banyak kenduri harini ;'(
kalau tak , boleh gelak geguling dengan adik adik .
takde lahh bosan macam hamjad je hari ni ;'(













bosan
bosan
bosan
bosan
bosan
bosan
bosan
bosan
bosan




kbai <3

Saturday, May 5, 2012

.terpengaruh.

semalam aku ternampak rantai kawan aku ada ukiran nama dia .
aku tenung je , macam cool je pakai rantai berbuahkan ukiran nama kita sendiri .
rasa nak mintak ibu tempahkan satu ler .
with the name of AIN .

pernah jugak aku tanya ibu kenapa rantai akak takde buah rantai ?
ibu kata , masa kekecik dulu , aku suka gigit buah rantai sampai habis .
ma makna ?
aku bukan sekadar gigit malah aku makan buah rantai emas itu .
wuwuwuwuw ~
sebab tu lah sampai sekarang aku takde buah rantai .
ibu serik nak belikan ataupun beliau takut aku masih mempunyai habit makan buah rantai bersalut emas lagi .
HAHA !

hey come on lahh , aku dah 21 tahun 11 bulan okay .
takkan lahh aku gila sangat kan nak makan buah rantai plak .
baik aku makan mcd , lagi berbaloi .
murah lagi dari emas .
HAHA !

masa aku kecik dulu , ayah ada belikan aku rantai tangan yang berbentuk bulat .
betul betul ikut shape .
lepas tu , dah habit aku gila emas kan , aku tak dapat makan tapi aku patah patah kan emas tu .
bajet tenaga dah kuat la kann .
bebengkok gelang tu aku kerjakan .


bila dah besar , keje aku patahkan cangkuk gelang dan rantai pulak .
HAHA !
sebab asek bukak je , mana tak patah cangkuk tu ;D
















baideway , my 22nd birthday is on 17th june 2012 , which is next month .
nak mintak plat nama tu boleh tak ibu ?

weee ~











bak kata aliff , orang bijak je beli emas bebanyak , bukan beli handphone bebanyak .






okay , nak emas lagi , nak emas lagi .











kbai <3

.without pictures.

well , cable handphone telah berjaya dijumpai oleh Aliff , adik aku .
dia bersembunyi di rumah rupanya .

banyak gambar aku nak share , tapi INTERNET NI SUPER L .
macam biasa , entry kali ni takde gambar .
okay , boleh nangis sekarang .
eh , kenapa nak nangis ?
HAHA !

sebelum tu , entry kat bawah ni aku nak test sama ada bullet aku cantik ke tak jee .
tapi ternyata ia masih default bullet .
heheheeee ;D

suppose hari jumaat adalah hari di mana aku bangun lewat tengah hari .
tapi semalam , aku bangun awal pagi sebab ada discussion .
discussion habis pukul 12 sebab computer lab dah nak tutup sebab dah lunch hour .

lepas lunch , aku bantai sambung tido sampai pukul 5 petang .
HAHA !
heaven betul tido petang ni ;D

aku bangun cuci muka , gosok gigi , siap siap untuk kelas cooking .
last class okayyy .
niceeee ;D
lepas ni boleh balik rumah after kelas pada hari khamis .
yippi ~

hari ni tak masak .
kitorang buat makan makan je .
makan nasi hujan panas .
tapi kari daging dia kurang kick .
tak rasa kari .
gua rasa manis =.='

dah rezeki , makan je lahh , banyak bunyik plakk .
kitorang makan dalam pukul 6 petang macam tu .
awal gilaaa dinner aku .

lepas maghrib , ada discussion lagi .
practice untuk presentation BM pulokkk .
habis discussion , perut rasa lapar .
nak makan , cafe dah tutup .
aku dok fikir fikir nak makan apa .

aku tengok maggi kat atas rak ada banyak lagi .
milo pun banyak lagi .
tapi aku nak sumthing yang kenyang .
macam ayam goreng ke .
err , ayam goreng kenyang ke ? ;p

last last aku beli roti kelapa je kat kiosk .
tambah dengan aiskrim tropicana sebatang .
yum yum ;D

pada pukul 135 pagi , aku baru habis makan maggi kari , secawan milo dan sebiji roti kelapa .
okay , kenyang .


erkkkkkk *bau maggi kari*







nak sambung baca blog orang .




kbai <3