Meet This Blog In Facebook !

Friday, April 26, 2013

.my youngest brother.


dah tiga minggu aku tak balik rumah .
last pun aku balik masa kenduri bande .
busy betei student bernama innz ni .
banyak project nak kene submit , semua pun last minute .
HAHA !

adik aku yang bongsu rajin plak IM aku sekarang ni .
macam tak boleh tanya dekat abang abang dia yang lain je .
HAHA !


 tetibe je cakap ceni . aku dah "pahal pendek ni ?" - aku panggil dia pendek even sekarang dia dah sama tinggi dengan aku . HAHA !


sepatutnya masa aku mid break ritu ibu suh aku ajar dia naik motor . tapi aku busy asyik keluar je . dia pulak pepetang pergi main futsal . so , takde lahh ngajar nye . patutnya minggu ni dia suh aku balik ajar dia naik motor . 

ini malam tadi rasanya . tergelak aku baca ugutan dia tu . kedengki betei dia dengan katil aku .
HAHA ! apa lah salah katil tu kat dia . padahal aku tahu , aku takde , dia yang conquer katil tu . heh .


ego tanak ngaku dia kecewa . HAHA !


saje sakat dia .
HAHA !




happy weekend .
aku banyak keje ni nak settle .











kbai <3

Sunday, April 21, 2013

.perosak baju baru.


semalam aku pergi berjalan dengan yana .
kitorang pergi Jalan TAR .
malam before tu , aku call ibu .
sebab dah 2 minggu tak balik rumah sampai ibu cakap "dah tak balik rumah . dah kaya kat sana" lepas tu gelak gelak .

Me : esok akak nak pergi jalan TAR
Ibu : memang lahh semua jalan ada tar . hahaha .
Me : alaa , kelakar lah ibu ni .

lepas tu gelak lagi sampai batuk batuk .
HAHA !

sape pernah pergi jalan TAR naik kereta ?
aku yang drive tapi yana yang nak nangis sebab kitorang stuck lama sangat , bape kali pusing sebab cari parking .
last last parking kat Semua House pastu kene caj mahal babeng .
baik lagi parking kat TS =.='

sebab dah lapar sangat , terus pergi lunch kat Semua House .


*muka budak lapar*

ko jangan tanya berapa RM aku habis shopping kat sini
nangis T___T
dah patut aku start puasa ni .
sem tak habis lagi , duit dah habis .
makan tumbuh tumbuhan lahh aku kat uia ni sampai bulan 6 .

aku beli baju dress .
plain gilaa warna peach .
RM 75 .
mahal sebab chiffon .
kalau lycra murah nak mam tapi tak best pakai .
lekat kat badan .

balik tu aku try pakai .
okay lahh tapi sakit mata tengok line kedut dekat pinggang .
aku box mainan aku , tengok ada kain warna hitam , coklat dengan gold .
maka , setelah berhempas pulas , aku berjaya merosakkan baju tersebut .


*ini lah hasilnya . baju ni warna peach ye bukan pink*

kata yana "untung lah dapat bini pandai masak , pandai buat kek , pandai jahit"
terus fefeeling wanita melayu terakhir bila yana cakap camtu .
HAHA !





kbai <3


Sunday, April 14, 2013

.Makan Cara Student : Sedap dan Murah.


dari ritu lagi yana ajak gi makan western kat setiawangsa .
semalam baru dapat tunaikan permintaan dia .
ai kan busy dengan mid sem exam minggu lepas .

aku tak taw alamat tempat ni tapi dia dekat belakang jusco AU2 keramat .
nama kedai pun aku tak ingat sangat .
either AMIRA WESTERN FOOD or ANIRA WESTERN FOOD .
ni kali kedua aku pergi .
makanan dia memang sedap dan berbaloi dengan harga .


*crispy chicken*

pinggan dia besar bapak okay .
coleslaw sedap bapak .
*tapi kene request tukar sayur ke coleslaw*
sos yang putih tu pun sedap bapak jugak .
haaaa semua bapak lahh .
HAHA !

HARGA : RM 10.00 tak termasuk air .

rini ahad , aku memang sengaja bangun lambat even aku tido awal .
eh , kemon lahh , orang gila je bangun awal di hari ahad okay .
HAHA !

aku bangun , tengok ada BBM dari yana .

"jom g makan kat ciken rice shop"

dah siap semua , laju laju drive g KL Festival City .
yang seronok makan kat CRS ni sebab :

1) 1 set yang ada pelbagai makanan .
2) boleh pakai kad diskaun siswa .

kau bayangkan , 1 set makanan yang harga RM 15.90 , kitorang boleh dapat dengan harga RM 9.90 je sebab guna kad diskaun .
tak heaven namanya tu ?
siapa suka makan kat CRS mesti taw set ayam hainan tu .
ada nasi , ayam , pai tee (my fav) , taugeh , soft drink , dessert .
penuh meja kalau makan berdua .


*aku memang dah lama mengidam rojak buah sebenarnya . selak selak menu , tengok ada rojak buah ni , memang terus order tanpa memikirkan hidangan yang bakal aku dapat . nasib baik rojak sampai dulu . memang terus makan , sedap sangat . memang tak sia sia amik*


*saje aku snap gambar kad diskaun tu . kau ado ? hehe*


kedua dua makanan di atas buat aku kenyang sampai sengkak perut .
sampaikan nak minum air pun tak mampu .
super kenyang .
lagi happy sebab murah .
hehe ;D






untuk students yang ada kad diskaun tu , pergi lahh try .
tapi kat kedai western tu taleh lahh guna kad diskaun eh .
kat CRS je .






kbai <3



Saturday, April 13, 2013

.dah dapat penyu !.


ingat tak entry yang aku mintak penyu kat Mr Engineer ?
kalau tak ingek , poie baco kek sanun .

semalam singgah petronas jap , aku nak withdraw duit , dia nak drive thru McD .
so , aku pergi withdraw , dia g drive thru .
aku masuk kereta dia pastu , aku nampak ada plastik atas seat .
aku ingat free gift dari McD ke ape ke .
dia pun diam je .

aku tanya , pastu belek belek menatang dalam plastik tu .
rupanya penyu yang aku mintak ritu .
aku dah lupa sebenarnya sebab dah lama .



omey je penyu ni sebab cengkerangnya boleh keluar dari badan .
lagi satu tu fridge magnet .
heran gak aku , ada pulak penyu dekat tioman ek .
hehe ;D

me aceh ye awak .
nanti g memana , gtaw lahh .
boleh saya mintak sebenier lagi .
HAHA !

masa kawan aku belum grad , dia selalu holiday kat oversea .
aku salu dapat sebenier dari dia .
banyak jugak lahh kalau collect dari zaman matrix kot .
dekat 5 tahun jugak lahh .

aku ni kan jarang pergi jalan jalan .
cene nak bagi sebenier kat orang .
sob sob .




kbai <3

.borak borak #2.


semalam setelah berdrama di BBM , menangis sampai basah garfield akhirnya Mr Engineer datang jugak .
HAHA !

ritu aku baca novel , dia cakap "kalau jari kelingking lelaki sama saiz dengan jari manis perempuan , maknanya ada jodoh" . in terms of saiz cincin .
time teringat tu , terus aku tarik tangan dia pastu acu cincin aku .
muat uols .
aku dah happy dah .
tapi dia ?

Him : kalau macam tu , dah beribu lah perempuan yang cincin dia match dengan jari saya . *aku tak ingat sangat ayat dia tapi lebih kurang lah maksud dia*

aku haruslah tarik muka .
boleh dia cakap beribu perempuan ?
FINE awak !

time dia hantar balik , aku tanya something .

Me : kat rumah awak boleh buat kek tak ?
Him : rumah yg mana ?
Me : rumah Klang .
Him : oven takde . ada microwave je . kalau setakat nak sediakan bahan bahan boleh lah
Me : habis tu , nak bakar kat mana ? kat mulut awak ?
Him : bakar kat bawah cahaya matahari . lepas tu letak kanta pembesar banyak banyak .

kelakar kan Mr Engineer saya . kemain hebat lagi suggestion . rasa nak tetumbuk lesung pipit dia . "Trust Me , I'm an Engineer" katanya .





kbai <3

Friday, April 12, 2013

.nak nangis ke tak ?.


semalam dia call lepas aku call dia tak jawab .
aku tanya balik sini bila sebab dia kat johor .
dia cakap malam ni .
aku tanya pasal wiken ni sebab memang kitorang nak jumpa .
haruslah aku esaited tahap gaban .
hari hari dok tunggu bila sabtu nak mai .

sampai takde mood nak study .
esaited nak dating sebab last aku jumpa dia bulan februari .
sekarang dah april .
dah 2 bulan tak jumpa okayyy .
kalau dah kahwin , bulan depan dah boleh tuntut fasakh .
*yeke ?*

tetibe dia cakap ceni :

Him : tapi .. ahad saya ada tournament badminton , kene balik hari sabtu . sebab tournament tu kat johor .

nasib baik sekarang aku dah pandai kawal nangis sikit .
takde lahh terus je air mata berlinang .
aku diam kejap pastu aku cakap "so , the badminton is more important than me lah ?"

kau paham tak perasaan esaited nak dating tetiba dia cakap dia ada hal ?
dah plan dua minggu lepas kot .
rasa nak nangis pulak sekarang ni .





dah tade mood .



kbai .

Wednesday, April 10, 2013

.my first wedding cake.


last weekend aku busy gila .
dari aku bangun tido hari sabtu sampai ke maghrib , keje aku dok ngadap wedding cake untuk abang sedara .
gigih gila buat sampai 2 3 kali kua pergi kedai sebab salah beli whipping cream la , butter tak cukup , gula kastor habis .
tapi takpe , aku suka buat even rasa nak patah pinggang sebab berdiri je buat keje .

tambah pulak , aku bukan buat kek je tapi buat semua kerja rumah .
basuh baju , sidai baju , kemas rumah , mop lantai , masak lunch , lipat kain yang stok seminggu tak berlipat .
ada adik 3 orang pun , sorang tak boleh pakai .
dah nama pun lelaki , memang pemalas kan nak tolong kakak buat kerja rumah .
nasib baik kakak diorang ni superkak .
kalau tak , buat kerja sambil nangis .
HAHA !

kek pertama siap , perasa strawberry .
aku bagi adik aku rasa , dia cakap "sedap gila weh , aku nak lagi !"
bila aku cakap takde , terus tacing dengan aku .
siap cakap "kek untuk bande kau buat , tapi bila adik adik mintak , kau taknak buat pun"
merajuk dengan aku .
tak sangka . tanjat gegirl dengar .
tapi memang dah lama aku tak buat kek untuk dia .
sebab i is malas .
cakap je nak buat tapi tak buat buat .
tu yang dia hanginn je dengan kakak dia yang cakap tak serupa bikin .
HAHA !

bila dia dah cakap macam tu , aku rasa kesian pulak .
aku bukan boleh adik adik tacing dengan aku .
padahal aku bukan tak boleh tunaikan permintaan diorang .
kebetulan pulak aku tengah membazir letrik , apa salahnya aku buat sebijik tuk diorang jugak kan .

so , aku decide nak buat rainbow cake tapi dapat 3 kaler je sebab ada 3 emulco je kat rumah aku .
jadi , rainbow cake aku berperisa strawberry , pandan dan blueberry .

lagipun , selama ni aku dok usha je kat gugel gambar gambar rainbow cake .
nak buat nya tah bila .
lepas tu gaduh carving la ape lahh padahal bukan susah pun buat .
HAHA !


ini lah rupa rainbow cake aku .
ini lah kek paling sedap pernah aku buat *gila tak malu cakap kek sendiri sedap*
sebab ada perisa .
selama ni buat kek coklat dengan vanilla je .

malam tu , aku bbm abang angkat aku tanya dia kat mana .
aku nak bagi kek .
tapi bukan rezeki dia .
sebab dia kat kelantan .

lepas tu , aku bbm afiq , tanya dia ada kat umah ke tak .
dia ada , kebetulan aku nak kua pergi beli tudung , terus singgah rumah dia kejap anta kek .
tak lama tu dia bbm cakap "kek awak sedap , kenapa bagi sikit sangat ?"
aku dah senyum lebar dahh .
satu kepuasan taw bila orang cakap masakan kita sedap .
HAHA !

esoknya dia mintak aku buat kek lagi .
sebab katanya sedap sangat .
gedix sangat kan ?
HAHA !

aku bawak balik uia sikit , nak bagi kekawan rasa tapi apakan daya , aku sangat lapar dan telah memakan kek itu sampai tinggal 2 potong je untuk kekawan =.='
sempat bagi anum dengan yana je rasa .
nasib baik diorang pun cakap sedap .
hehe ;D

sekarang ni , hari hari aku dok tgk gambar kek sendiri .
rasa nak balik rumah pastu bake cake ni lagi .

eh lupa plak , ni kek kawen abang sedara aku .
3 tingkat sebenarnya tapi yang ada dalam hp ni je .
gambar yang lain dalam camera .
dan camera tu kat rumah .


masa aku datang hantar kek ni , mak ngah aku cakap cantik .
dia cakap aku pergi kelas buat kek sebab kek nya cantik .
sepanjang hari lahh dok cakap pasal ni .
dan aku haruslah menafikannya .
sebab aku memang tak pergi apa apa kelas pun .
selain kelas kat uia ni .

dan haruslah mak ngah aku paling tak sabar nak rasa kek tu .




alhamdulillah , semua kek tu sedap dan semua yang makan amat menyukainya .
terima kasih resepi !







panjang pulak entry .
hehe .



kbai <3 data-blogger-escaped-br="">

Tuesday, April 9, 2013

.examinations.

Me : esok sampai jumaat ada exam :'(
Him : lamanya ?
Me : 3 paper . 3 hari .
Him : ohh .
Me : sabtu pun ada paper jugak .
Him : okey .
Me : tanak tanya paper ape ?
Him : paper ape ?
Me : paper dating .

Aku ingat dia paham lawak aku . Tapi hampa .
Dia reply ..?
Tanda dia tak paham .
Kesian aku buat lawak tapi orang tak paham .


Ke korang pun tak paham gak ?



Such a pathetic me :'(






Kbai <3



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.