Meet This Blog In Facebook !

Wednesday, January 30, 2013

.alhamdulillah.

malam tadi pukul 12 result release .
aku check dalam pukul 130 .
sebab before tu aku on phone dengan dia .
lagipun , adik aku tengah main game kat pc .
acane nak guna nye pun kan ?

Alhamdulillah , result begitu memberangsangkan .
lepas bagitahu ibu , aku terus cari phone , call dia .

Me : awakkkkk , result dah keluar , kite lulus semua . happy ni .
Him : congrats .
Me : tak sangka dapat result macam ni . sem lepas asyik dating je kejenye .
Him : haaa tengok la dating dengan sape . hehe .





err . sem ni kire kene dating selalu lah dengan awak eh ?
baru dapat result best ?
ke macam mana ?
HAHA !




kbai <3

Monday, January 28, 2013

.dia makan daim saya !.

dia sudah pulang ke rumah .
sekarang cuma tunggu aku pula pulang ke KL untuk menuntut daim daim ku ;D

TAPI ..

Him : saya dah makan daim sepaket malam tadi .
Me : alaaa , kenapa makan daim saya ?
Him : lapar sangat , takkan nak makan stereng pulak .
Me : aaaa makan je lahh stereng tu . nape makan daim saya ?
Him : lapar .
Me : jangan jumpa saya lagi .
Him : oi ! oooo dah pandai ugut macam tu eh .
Me : hahahahhaaaa .




sape suruh makan daim saya ?
*gelak jahat*







mesti dia tipu je tu .
hik hik hik





kbai <3

Friday, January 25, 2013

.kenapa tanya macam tu ?.

aku guna nama Cik Pipi dekat bbm aku .
nama ni Amin yang bagi .
tapi dia panggil aku Cik Pi je ;D

Me : awak , Cik Pipi baik tak ?
Him : baik
Me : Cik Pipi garang sangat ke ?
Him : takde lah
Me : Cik Pipi gedik tak ?
Him : tak jugak la . nape tanya macam tu ?

first time aku jumpa dia , dia cakap ceni "tengok gambar kat fb , comel lahh jugak dia ni . tapi bila jumpa , nampak garang sikit"
aku macam okayyy .
bukan dia je cakap cenggitu , ramai lagi .
jadi aku memang dah biasa .
HAHA !


well , aku kan memang susah nak senyum kat orang .
muka manjang ketat je T____T






kbai <3





Thursday, January 24, 2013

.instinct ?.

malam tadi before tido , aku teringat teringat kat Langkawi .
best nyee .
nak pergi lagi T____T

lepas tu aku main game .
tetibe lampu bb aku kua kaler merah , pastu baru muncul nama dia kat skrin .
aku tengok jam "dah pukul 1 pagi kot . takkan tak tido lagi ?"
selalu dia uh pukul 12 dah offline .

Me : kat mana tu ?
Him : dalam kereta .
Me : Dari mana ?
Him : Klang .
Me : nak ke mana ?
Him : Langkawi
Me : ARGHHHH !! NAK IKUTTTTTTTT .
Him : aaaa cene nak ikut ? dah sampai perak dah ni .
Me : nak ikuttttttt , nak ikuttttt *cakap kekuat macam orang nak nangis* patut lahh org teringat kat langkawi , upenye awak nak gi langkawi . nak ikutttt

bla bla bla , dia bagi banyak gila alasan .
HAHA !
aku dah diam diam je .
merajuk kekonon ;D
padahal tengah fikir coklat apa nak suh dia belanja sebagai denda .

Me : nak daim ! 2 paket .
Him : banyak nye .
Me : tak kira , nak 2 jugak . pastu nak kisses almond tu .

bla bla dia cakap pasal cukai la apa laaa .
merepek je .
tumbok kang .

sape suruh pergi langkawi tak ajak .
tahu tahu dah sampai perak .
grr .
mencik !


tak beli coklat , siap lahh .



comel kan ugutan aku ?
hehe ;D








blerghhh .





kbai <3





Wednesday, January 23, 2013

.rosak.

hari pertama balik bercuti , aku timbang berat aku dah below than 60 kg dah .
kemain suka lagi sampai sume orang aku bagitahu .
terima kasih kepada minggu exam yang berjaya membuatkan aku makan sehari sekali je .
itu pun makan lewat petang dan menu nya tak berapa berat .
aku dah tak order nasi goreng dekat cafe .
its either aku makan bubur or chicken chop .

cuma bila kua dating dengan dia je aku makan McD dalam kuantiti banyak .
HAHA !

tapi sekarang aku rasa berat dah cecah 60 kg balik .
dah dekat 2 minggu cuti , tak pernah lagi aku skip makan nasi setiap kali waktu makan .
breakfast nasi lemak (menu ini sumpah tak boleh nak elak. favorite) , lunch makan nasi berlauk , dinner nasi goreng , supper lagi .
nak nangis pun ada tapi makanan tetap ku sumbat ke mulut .

mak cik aku pun cakap badan ni sekejap kurus sekejap gemok T____T
setiap kali bangun pagi , aku memang berazam tanak sentuh nasi .
tapi bila lalu kat meja makan , ada nasi lemak , terus aku mandi dan hadap makanan itu .
niat sudah karam di dasar lautan .

lagi satu hal , aku perhati sabun muka tu macam dah tak lut kat aku .
mungkin salah aku sebab berhenti pakai ritu .
sebab jerawat hari hari plak naik .
tak nak comel pulak yang naik .
semua nyaa besar , naik sekali kembar .
perghhh .

kawan aku tegur asal teruk sangat muka aku .
T____T
tapi nak buat macam mana . 
redha je lahh .



aku bosan dok rumah sekarang .
hurmm ..




kbai <3




.hantaran.

Me : awak rasa , duit hantaran RM 15 000 tu melampau ke ?
Him : nak jual anak ke ape tu ? RM 5 000 cukup la .
Me : hek ? RM 5 000 ? make it RM 10 000 . reasonable .
Him : hurm , cube kalau duit hantaran tu RM 1 111.11 tapi dulang hantaran pertama letak iPad , kedua iPhone , ketiga iMac . haaa barang hantaran lagi banyak dari nilai duit hantaran .
Me : 3 dulang je ? hurmm .. i apa lagi ek ? haaa dulang keempat letak I LOVE YOU ?
Him : haaa I LOVE YOU tu malam sikit . hahaha .



kbai <3




.patut tak aku stress ?.

last weekend aku balik jelai jap .
saje nak kekah durian dusun yang maha banyak tu .
sumpah banyak sangat sampai aku tak lalu nak makan .
tapi sekarang ni durian kat rumah dah habis and aku rasa nak lagi T____T

aku ada sepupu yang rapat masa aku kekecik .
dia tua setahun dari aku tapi kitorang habis sekolah sesame .
kite kitorang ni satu batch lahh kan .

masa tengah masak lunch , dia tanya aku .

Her : kau pergi tak rumah makteh ?
Me : ada ape ?
Her : kan syafiqah kawin 9/2 ni
Me : tak taw lagi .
Her : kau pergi lah , nanti aku ada kawan . ke malass ahh nak pergi ?
Me : haha . aku faham maksud kau tu . mana lahh taw kan kot kot aku pergi buat tambah sress je . hahaha .

sebelum balik , dia remind aku lagi satu hal .

Her : nanti 23 haribulan , kau jangan tak datang taw .
Me : eh , kene datang ke ? *sengih*
Her : datang lahh dowh , aku tunang .
Me : Insya Allah .

aku macam hurmmmmm sambil drive .
masa otw balik seremban lagi satu hal .

Aunty : 9 haribulan umah kak teh , 23 umah uda , 31 rumah aku . lepas tu habis .
Me : rumah kite bila pulak bu ?
Ibu : rumah kita tunggu kau lahh . kau habis bulan 4 nanti , nak tunang , tunang lahh .
Aunty : aah In , ain sekali dengan iti nak ?
Me : heeeee *senyum*

my aunty and my mom continues talking bout my wedding yang entah bila akan berlaku .
cerita pasal kat mana nak buat , masak lauk kenduri kat mana .
magadddd aku nak nangis je rasa .

lelaki selalu marah bila perempuan keep talking about wedding .
sebab dia rasa macam perempuan bagi pressure kat dia .
mungkin dia tak tahu yang perempuan yang pressure bila setahun 1000 kali soalan sama yang ditanya .
nak nak bila umur dah capai 21 tahun lepas tu ada pulak sedara mara yang sebaya dah kawen .
pressure dia lagi sakit dari pressure tanya bila nak habis belajar .
sebab soalan bila habis belajar tu insya allah ada jawapan pasti .
tapi bila disoal pasal kawen , aku hanya mampu lari .

bila aku cakap aku belum ada calon , diorang cakap aku memilih .
ye , memang aku memilih .
sebab aku perfectionist .
sekian jawapan aku .

ikutkan hati memang aku tanak pergi majlis majlis sepupu ni sebab aku fed up dengan soalan "ain bila lagi ?"
tapi tak logik dek akal pulak kan kalau sebab tu je , aku tanak pergi .
nanti sedara mara tak kenal aku plak .
HAHA !





okay , penat menaip .



kbai <3

Tuesday, January 22, 2013

.jeles erk ?.


Me : kat mana tu ?
Him : dalam kete , otw balik . g makan tadi .
Me : lambatnye makan .
Him : tido tadi . dengan member LELAKI
Me : eh , tak cakap pape pun .
Him : elehh , macam lahh kite tak taw dia punye jeles tu cene .
Me : DIAMMMM ... haha .

dia kann suke je cite pasal neelofa .
suke betei dia dengan neelofa tu .
cantik lahh apa lahh .

aku dah lahh paling tak suke neelofa .
ce suke diana amir ke , wawa zainal ke .
okay ler jugak .





sejak bila tah aku pandai jeles ni .
urghh .



kbai <3

Sunday, January 20, 2013

.Piknik #2.


janji nak sambung , aku sambung la jugakk .
even lambat ;p

ni antara aktiviti sepanjang kitorang piknik kat pd ritu .
kat area Tanjung Gemuk aku rasa .
hurm , entah laa sebab aku pun bukannya hafal nama tempat ni .
HAHA !


*ni dah petang da . "orang orang laut" naik ke darat membawa pulang hasil tangkapan , thee *


*ni masa tak berapa nak pagi tapi before zuhur la . awe tengah siang ikan sambil diperhatikan oleh cucunya , Qistina . kemain khusyuk tengok awe dia siang ikan*


*sementara tunggu "orang orang laut" naik ke darat , ayah aku sempat pergi kedai beli tepung dengan minyak sebab ada orang rikues nak cekodok. tu yang mak tam aku tengah goreng tu. time aku nak amik gambar ni , mak tam aku cakap "kejap ye ain , atam paling cekodok ni"*


*ketam . weee . kakak aku siap cakap "tangkap gambar akak taw" . k foine .*



*amer dengam ketam nya*


*hasil dari "orang orang laut" . time ni aku dengan Qistina dengan main main dengan ketam . bhahaha . bapak jakun . Qistina pulak asyik dok tanya orang lain ni ikan apa , ni ikan apa . tanya aku ? mana lahh aku tahu*






itu je aktiviti kitorang .
eh ada lagi satu .
pepagi tu kitorang yang gegirl ni sebok dok gali tanah cari remis .
aku tak taw pun menatang tu nama remis .

kebetulan , masa aku tengah sebok on phone dengan Nasrul , tangan tak reti dok diam gegali tanah kat pesisir pantai tu .
terjumpa la macam kepah kepah kecik .
tu yang diorang dok cari tu .
banyak laa jugak tapi aku tak makan pungg .




kbai <3

Saturday, January 19, 2013

.tak terurus.

sekarang aku tengah cuti sem .
sepatutnya orang tengah cuti sem , hipp hipp hooray la kann .
tapi aku ?
serabut .

arghhh , rasa nak jumpa saiketeris (aku tak tahu eja) .
banyak sangat benda aku sumbat dalam pale hotak ni .
rasa stress dalaman .
walau hakikatnya , secara luaran aku okay .
tapi sebenarnya aku mengalami masalah dalaman yang kronik .

buat masa sekarang , aku macam tak boleh nak terima pape .
sebab otak dah tepu sangat .
buat itu tak kene , separuh jalan .
buat ini tak kena , separuh jalan .
last last give up .

aku tak tahu apa aku nak sebenarnya .
*sigh*

Tuesday, January 15, 2013

.teruja jumpe laut.


entry kali ni nak tunjuk gambar muka aku je .
yang tak bape nak cun .
sebab risau korang lupa muka tak cun aku ituwww .
HAHA !

ada cerita tapi internet ni lembab hamjad .
nak upload gambar pun sehari .
ni je yang lepas ;'(

aku buat part lahh .
tade lahh kosong je kan blog ni .



*muka awal pagi . baru je gerak dari rumah nak ke Port Dickson*


*muka teruja nampak laut depan mata . aku suke laut okayy even aku tak pandai langsung berenang ;'( adik adik aku semua dah tanak mandi laut . aku je yang setia mandi laut walaupun dah umur 23 tahun . ehh like I care . HAHA !*


*itu ibu dah ayah saya yang sedang tengok air laut pasang *


*gambar ni yang aku post kat twitter . punye nak nampak background laut tuu .HAHA !*



cerita lain , tunggu next entry .



kbai <3


Friday, January 11, 2013

.tahun baru 2013.

hye semuaa !!
kite baru nak tulis entry full ni .
selama ni post pakai bb je .
so entry nya tak panjang .
selingan sebab ada orang tuuu siap sms suh update blog .
rindu kata nyaa .
*awak tahu lahh siapa awak ;D*

sekarang ni aku tengah tunggu last paper untuk sem ni .
hari sabtu kul 9 pagi .
lepas tu aku terus balik seremban .
ayah amik .
biasalah , aku kan anak manja .
tak boleh nak balik rumah sendrikk .
HAHA !

kalau korang baca previous entry , korang boleh agak itu siri aku bercakap dengan boyfriend .
aaaa actually not really boyfriend sebab tade declare as boyfriend pun tapi kitorang macam teman tapi mesra bukan kekasih gelap .
bak kata dia kitorang ni lebih kurang macam bercinta .
haaaa gituwww .

aku ada banyak sangat nak cerita sebab dah lama sangat blog tak update .
tak taw nak mula yang mana .
jajap , aku pilih ;)







okay la , aku mula dengan family vacation .

vacation ni ibu ayah dah plan lama cuma masa tu tak confirm sebab tengah cari tarikh sesuai .
since aku dengan adik aku cuti tak sama dengan budak sekolah .
last last kitorang decide pergi LANGKAWI on 13th December 2012 .
maaf okay , gambar memang tade .
sebab , nanti aku cerita ;D

bulan 12 memang bulan aku busy babeng .
aku missed 1 presentation because of this vacation .
tapi aku dah siapkan kerja kerja aku and keep update dengan groupmate before aku gerak g langkawi .
aku balik petang khamis and malam tu jugak kitorang gerak by cars .
2 kereta .
first time kitorang jalan berjam jam tanpa tidur .
seronok sangat ;D
sebab ada kenangan manis .

since aku pakai bb , aku sign up foursquare .
so , masa otw langkawi ritu , aku asyik lah check in each time kitorang benti memana .
pada aku , itu kenangan .
at least , aku ada bukti aku pernah sampai situ .

setengah jam lepas aku check in kat R&R Tapah , ada orang add foursquare aku .
aku ingat kekawan aku ke tapi malangnya aku tak kenal dia ni .
aku tengok la profile dia , upenye dia check in kat R&R yang sama jugak .
so sebab tu dia add .
sepanjang perjalanan ke jetty, kitorang komen komen kat foursquare .
dan itu lah detik perkenalan aku dengan dia .
*segan plak haa*

sambung cite langkawi.
kitorang stay sana sampai hari ahad .
pagi ahad tu gerak balik dalam pukul 10 macam tu .

best jugak langkawi ni .
kitorang pergi island hopping, makam mahsuri , seven well , beras terbakar , shopping coklat , mandi pantai hari hari .
best !

ahad tu ayah terus hantar aku ke uia .
sampai uia nearly 12 AM .
nasib baik sempat lagi .
until today , aku tak balik rumah lagi .
maka sebab itu lahh tiada gambar dalam entri ini sebab camera kat rumah ;D

okay next, cite pasal dia .
nak jugak selit kann .

setakat hari ni dah banyak kali gak ah kitorang kua bersama dan setiap kali tu jugak lahh kitorang naik genting .
kau tahu je lahh uia dengan puncak tu bape minit je kan .
tak sampai sejam .
in fact , kalau kau tidur pun tak kan puas , tup tup dah sampai atas .
dia ni memang suke genting aku rasa .
aku tanya lah ritu asal suka sangat naik genting ?
dia jawab sebab sejuk pastu view dia serius cantik .
aku macam hokayyy .
saya ikut jeee ;D

next story .
eh dah next story ? tu jek cite pasal dia ?

eh eh cukup lettew .
malas nak cite lelebih .
kang tak jadi , aku gak yang malu .
HAHAHA !

okay , dah tade next .
itu je cerita aku .




so , selamat tahun baru .
aku bakal 23 tahun .
eh jap , ada cite lagi .
sambung okay ;D

ritu aku tanya ibu bila tarikh dia kawen .
dia cakap 8 july 1989 .
yang aku tahu masa ibu kawen , umur dia 23 tahun dan ayah 25 tahun .
motif aku tanya anniversary ?
sebab aku pun nak kawen masa ibu umur 23 tahun .
HAHA !

so thats mean by this year , suppose aku kawen la kann .
TAPI .....
ada orang tak nak kawen .
dia baru je cite kat aku cita cita dia nak sambung study sampai ke UK .
and aku dah =.=" nak nangis .

nampak sangat cita cita aku nak kawen tahun ni tak dapat .
bhahahaaha !
motif gelak ? sedapkan hati ;D



okay itu aje .
happy new year ;D




kbai <3




Wednesday, January 9, 2013

.no comment.

Him: nak makan ape ?
Me: not McD. Sebab semalam dah makan .


(After few minutes)

Him: dah kul 1030 ni . Kang nak g McD lagi . Cepat cepat .

(Seminit kemudian)

Him: nak makan ape ?
Me: nak ayam goreng spicy one set dengan aiskrim oreo
Him: okay


Ke McD drive thru je akhirnya . Macam jilaka je perangai aku . Bajet tanak McD sebab dah makan semalam tapi beli banyak jugak . Siap mintak McFlurry lagi . Sabar je lahh dia uh . HAHA !



Kbai <3



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, January 7, 2013

.typo.

I'm not exactly remember apa yang dia typo tapi aku cakap ceni la "baby jangan pelat , nanti anak ikut pelat" .

And today dia balas balik kat aku sebab aku typo "okay" jadi "okat" . Dia cakap ceni "jangan pelat . Nanti baby dlm perut terikut ikut" . Ciss .

Dia cakap perut aku macam pregnant 2 bulan sbb gemok kan . Haha . So kitorang assume macam ada baby dlm perut aku .

Haha .


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone