Meet This Blog In Facebook !

Thursday, May 31, 2012

.dah pandai sekarang ye.

*lagu I like it like that kedengaran*

Ahmad calling

Aku : haluuuu
Amad : hello , kat mana ?
Aku : uia . kenapa ?
Amad : alaaa , ingat kat seremban .
Aku : kenapa ? nak ajak tengok Men In Black ke ? Hahaha ..
Amad : amboi , dah pandai sekarang ye , dulu aku ajak , manjang tolak , sekarang , dia yang offer diri eh .
Aku : hahaha . kann , aku dah pandai sekarang ni bang .
Amad : ye laa ye laa .


amad ni memang suka tengok wayang .
sejak sejak dah kerja ni , boleh kata every month ajak aku tengok wayang .
memula aku follow je sebab dia yang bayo .
tapi lelama aku naik malas sebab aku bukan kaki wayang pun .
HAHA !

tu yang dia kata aku asyik tolak je .
tapi memang iye pun .

masa bulan 1 beria cakap dengan dia , "nanti bulan 4 belanja tengok Titanic 3D eh"
last last aku pergi tengok dengan shara .
HAHA !
kesian kau bang ;D


rasa macam dah bertahun plak tak tengok wayang dengan dia .
nanti cuti , aku nak ajak dia tengok wayang laaa .
lagipun dah lama duit dia saving dari belanja aku .
kah kah kah .











kbai <3






.SE vs NF #1.

Handphone .

NF : belikan i hp baru .
SE : hp ? tunggu i banyak duit .
NF : ;'(
SE : kenapa ?
NF : tadi hp i jatuh , button button jadi keras, sakit jari i tekan tekan ;'(

Makan

SE : dah makan ayam penyet da .
NF : sedap ?
SE : boleh la , dah lapar , makan je .
NF : u tu semua pun u telan .
SE : senang lah u nanti , masak je pape , i mesti makan .
NF : i goreng katak lah nanti .
SE : eee agak agak lahh sayang ni , goreng katak pulak .
NF : kata semua makan . hahaha .
SE : takde laaa sampai i nak makan katak goreng .








kbai <3

Wednesday, May 30, 2012

.cerita exam saya.

ada lagi 2 paper sebelum semester 2 2011/2012 ni berakhir .
tinggal Komunikasi Perniagaan dan Money and Banking .

lepas tu cuti 10 hari , terus practical .
mak ai .
nangis lahhh kau Nur Farahin tak cukup cuti .

tapi tak pe , practical dekat seremban je .
dekat dengan orang orang yang saya sayang .








kbai <3

Friday, May 25, 2012

.trauma , fear , split personality, mangsa buli.


aku rasa aku macam alami split personality lahh .
hurm .

setelah aku renung dan kaji balik sejarah silam , aku dapati masalah aku tak berkawan dengan orang ni bermula selepas insiden buli masa form 4 .
demyu !

effect sampai sekarang .

I is sangat peramah suatu ketika dahulu .
aku ramai lagi kawan dekat PZ compared to Redza .
yes .

masa menengah rendah , yakni masa sekolah kat PZ , aku kawan dengan semua orang .
yang dari kelas lain pun aku kawan jugak .
sampaikan masa form 3 dah berani usha abang form 5 .
boyfriend orang pun aku bantai tegur masa join diorang dating .
heibat tak aku ?
seyes , dulu aku memang takde hal nak berkawan .
tapi sekarang memang tak lahh aku nak tegur/usha orang .
HAHA !

orang selalu kata muka aku masam je .
aah , itu memang aku akui .
hehehe ;D

sejak dari kene buli , aku hidup dalam ketakutan .
setiap hari aku pergi sekolah dalam ketakutan .
kalau boleh , tak nak pergi sekolah langsung .
setiap kali aku nampak budak yang buli aku dulu , aku rasa trauma sangat .
takut teramat sebab aku tahu masa tu dia masih benci kan .


*flashback*

lepas rehat , masa sesi orientasi form 4.
kerusi tempat aku nak duduk di tarik orang , akibatnya aku terjatuh ke bawah .
aku mula bersuara lantang "what's wrong with you, girl ?"
budak perempuan tu ajuk cakap aku .
dan start dari situ dia mula tak puas hati dengan aku .
sebab aku budak baru lepas tu dah berani nak sound dia .

sejak kejadian tu , aku memang tak berani nak tegur orang sesuke hati .
aku mula berkawan dengan blog , facebook , dengan orang orang yang aku tak payah jumpa dulu .
HAHA !
sound veryyyy pathethic .

kadang kadang kalau aku ikut member pergi lepak dengan kekawan dia , aku akan diam jeeee .
memang jarangggg sangat sangat aku nak masuk campur .
sebab aku tak kenal dan topik yang di bincang takde hal dengan aku .
aku malas nak amik port.
kang salah cakap , naya je .

memang lahh orang cakap "kitorang cool je lahhh , boleh masuk dengan kau"
tapi tak bagi aku .
aku tak pernah jumpa kau , aku tak kenal kau , aku tak pernah tahu pasal kau , and its a big NO for me to join u guys .
i'm sorry .

jadi , tak yah hairan lahh kalau aku selalu shopping sorang sorang , makan sorang sorang , pergi kelas sorang sorang , buat itu ini sensorang .
aku selesa macam tu .
tak libatkan orang lain sebab aku TAKUT NAK BERKAWAN sekarang .


style aku cari kawan sekarang senang .
borak borak kat facebook , meet up , dan kau akan tahu the other side of me yang kau takkan expect itu aku .
hehehehehh ;D
misteri kann aku ?







HAHA !


k nak tido . bye ;)




Thursday, May 24, 2012

.sedap ?.


semalam tengah aku jalan turun tangga sambil beria bercerita , tak semena mena aku jatuh .
jatuh kat tangga okayy .
terus peluk tiang .

esh , tak pepasal je jatuh .

aku memang macam ni .
kaki ni tak kuat .
tu yang aku cakap pakai flat pun boleh jatuh , ini kan pulak pakai heels .
aku selalu je jatuh time tak de orang .
spot feveret mesti lah tangga .

hari tu , aku bangun pagi , ingat nak g cuci muka , langkah je keluar pintu , pap ! jatuh lagi .
sister yang kebetulan lalu muka dah cuak .
tetibe je aku jatuh .
HAHA !

dan sekarang kaki adalah sakit sebab luka sikit sebab semalam jatuh kene sisi anak tangga .


macam budak baru belajar bertatih lahh kau jalan jatuh bagai .
HAHA !




Tuesday, May 22, 2012

.selasa yang hujan.

semalam aku cakap kat dena , pagi ni mintak tolong dia temankan aku pergi check mata .
alih alih kul 1130 pagi baru celik .
HAHA !
pagi lahh sangat kann .

result dia , rabun jauh 50 , silau 25 .
okay tak teruk sangat pun tapi rasa nak buat spec jugak ,
hehehe ;D

balik uia pergi jumpa sir .
ingat nak amik test pastu tengok CAM .
tapi CAM belum kua , jadi kami berborak borak ajee .

satu yang menarik perhatian aku .

"batch awak yang amik spm berapa ramai ? ratus ratus ribu tau . tapi berapa orang yang dapat masuk matrix ? only top 25 je . yang lain ? pergi ke alternatif lain , diploma , swasta , teknikal . kemahiran "

aku dah kembang kembang da .
bangga menyelubungi diri .
acane aku boleh sesat dalam golongan top 25 ni pun aku heran gak .
tapi aku percaya lahh , ini memang rezeki Allah untuk aku .
Alhamdulillah ;)

lepas tu sir cakap pasal budak kelas lain , dapat full mark mid term dia .

"awak kenal zaim ?"
"dia tu pandai sir"
"abih , awak tak pandai ke ? kalau tak pandai , awak takde kat sini"

amik kau , kene sebijik .
HAHAHA !

tadi aku baru check CAM multimedia .
ni badan aku tengah terkejut ni .
sebab assignment aku 0/20 .
pehhhhhhhhhhhhhhhh~ how come .
aku hantar kot .
tak pernah lagi aku tak hantar esaimen .

tak down tapi terkejut .
tapi aku memang dah expect sebenarnya .
ternyata kerisauan aku tu betul .
hurm .
ada miscommunication sikit .
esok nak kene pergi jumpa madam lahh nampaknyaaaa .
















kbai <3



Friday, May 18, 2012

.sejarah mungkin berulang ?.

malam tadi , aku pergi McD naik motor .
okay , pemegang lesen agung ni keluar pergi McD .
masa aku keluar dari main gate uia , aku dah nampak kereta peronda polis dari arah international school .
cuak dia tak yah cakap .
aku act cool je macam tak bersalah .
sampaikan traffic light yang selalu aku langgar lampu merah tu pun aku berhenti .
takut sebab takde lesen punya pasal .
HAHA !

ni kalau ibu ayah tahu , mahu kene luku kepala aku balik nanti .

lately ni aku rasa bila aku keluar malam , pandangan aku macam samar samar je .
bercahaya silau .

okay , untuk pengetahuan , aku memang ada rabun silau masa sekolah rendah .
ni semua gara gara cikgu math aku yang sajes kat ibu suh check mata aku sebab markah math aku teruk gila .
suppose tak patut langsung markah math aku jatuh sebab aku budak lompat .
and budak lompat suppose to be excellent in maths .

tapi rabun silau aku masa tu sikit sangat tapi buat jugak spek .
aku pakai sampai form 2 ke form 3 tah tak ingat tapi yang pasti lepas tu spek hilang dan aku tak pakai spek dah .
it was like a punishment for me sebab hilangkan spek tu .
no replacement .
kata ibu T_____T

since tu aku tak pakai spek dah .
hehe .
silau kenkadang tu ada especially drive malam lahh kan .

tapi kebelakangan ni aku rasa macam dah teruk plak .
mungkin sebab aku hari hari ngadap lappy je .
leka main fb even nothing interesting .
lepas tu baca blog orang lelama .
heeeeee ^___^

tadi aku tengah baca blog .
lama gak lahh , aku rasa my sight sangat sangat terganggu .
my screen nampak sangat bercahaya even dah reduce brightness .
okay , i know this is bad .

habiskan final exam dulu , balik seremban nanti aku check balik .
last year aku pergi , orang tu cakap ada silau tapi sikit jadi dia cakap tak yah buat spek .









adakah sejarah lama akan berulang ?
*selongkar purse tengok kot kot ada gambar lama time pakai spek*
















kbai <3



Thursday, May 17, 2012

.sok sek sok sek cik innz.

kalau di tanya , siapa idola aku ?
dalam diam , aku sangat mengagumi ayah aku , Encik Mohamad Jamil .

Pendidikan 
ayah aku sekolah sampai darjah 6 je .
kau bayangkan pendidikan apa yang ayah aku ada setakat darjah 6 pada tahun 1976 ?
dulu ayah aku tak pandai langsung english .
suprisingly , ayah aku kekadang kene attend workshop , aku ada lah jugak skodeng skodeng notes dia , dia tulis dalam english .
aku senyum je ;)

percaya tak , masa aku duduk kat paroi , rumah yang kitorang tinggal , ayah yang bina .
electricity , air , semua dia buat sendiri .
tak pernah aku tengok ayah aku tak tahu nak fixed something .
except for major things like kereta hancur ke .

adik aku , aliff , sebiji macam ayah aku .
baideway , ayah aku technician .
keje dia maintain/fixed machine kat kilang .

Agama
ayah aku asal dari kedah .
tok wan aku orang alim gak laa .
family belah ayah aku semua baik baik .
yang perempuan semua pakai tudung .
alhamdulillah .

masa aku kecik , aku belajar baca muqaddam dengan ayah .
setiap malam , lepas maghrib , ayah ajar aku ngaji .
tapi seyes garang gilaaa .
aku mengaji sambil air mata tik tik tik atas muqaddam .
punya scary kalau mengaji dengan ayah .

habis muqaddam , naik quran , aku ngaji dengan ustazah dekat kampung aku .
aku pun dah tak sanggup nak mengaji dengan ayah lagi .
HAHA !

Rupa Paras 
orang kata muka aku ikut ayah .
kulit aku hitam manis macam ayah .
aku tengok muka ayah aku tak pernah berubah .
maintain je gitu .

masa aku form 4 , kawan aku datang rumah , kebetulan masa kitorang nak keluar , ayah aku balik keje .
kawan aku tolong bukak kan pagar sebab aku tengah nak keluarkan motor .

Kawan : abang kau eh tu ?
Aku : hah ? aku mana ada abang weh , ayah aku lah .
Kawan : muka macam abang kau je .

either ko nak cakap muka aku iras ayah aku or kau nak kata ayah aku nampak muda .

HAHA !




kalau boleh , aku nak suami macam ayah aku .
serba boleh .
ayah aku boleh masak dan dia suka mencuba masakan .
kadang kadang dia masak dinner untuk kitorang .
kitorang telan je , dah lapo .
HAHA !






apasal air mata aku menitik ni ?
ayah marah ke aku tulis pasal dia kat blog ?
HAHA !



kbai <3


.boleh berlagak tapi ....

last week adik aku up cerita beberapa tahun yang lepas .
cerita pasal anak jiran aku bergaduh dengan budak mana tah sebab budak mana tah tu tak puas hati dengan anak jiran aku sebab budak mana tah tu kata anak jiran aku ni berlagak gila .
kalau tengok biasa biasa pun tak de lah berlagak sangat .
sebab kitorang pun tak bertegur sapa sebab dah besar besar kan .
segan .
HAHA !

jiran aku ni kaya .
anak dia 3 orang je , semua lelaki dan dah habis sekolah .
setiap sorang anak dia dapat kereta sorang sebuah .
rezeki dia kan .

rentetan dari kejadian gaduh tak puas hati tu , ibu aku cakap ceni ;

"yang budak mana tah tu pun satu hal , nak gaduh dengan _______ pasal dia berlagak kenapa tah . budak tu berlagak at least dia ada something , mak bapak dia kaya , kau ada apa ? memang pada lah kalau dia nak berlagak sebab dia bukan berlagak kosong . buat nya mak bapak dia saman kau sebab ganggu ketenteraman keluarga dia , tak ke naya ?"

kan ?
boleh nak berlagak tapi berpada pada dan kau mesti ada SOMETHING untuk di berlagak kan .
HAHA ! ayat apakah ini ?

jangan nak over sangat berlagak tu eh , nanti orang baling kasut kat muka kau .
HAHA !

berlagak dengan manusia , ada ampun nya lagi .
tapi berlagak dengan Allah ?
tiada maaf bagimu .
hehehe ;D





berlagak dengan sombong is two different things yah .












kbai <3

Tuesday, May 15, 2012

.sana sini situ there.

last week , aku balik rumah , aku balik tengah hari khamis .
sampai seremban lepas zuhur macam tu .
syok gile ahh dok rumah lelama .

dapat jumpa qayyum , budak handsome .
hari jumaat tu aku ajak ibu pergi rumah atam .
aku nak tengok qayyum .
rasa macam dah bertahun tak jumpa budak handsome tu .
rinduuuu haaa walaupun dia belum kenal aku siapa .

biasa lahh , baby , mana nak cam orang sangat .
lagi lagi muka yang 3 bulan sekali baru nampak muka .
qayyum dah pandai jalan dah .
comel ;)
sebijik muka ayah nya .

walaupun dia beza 4 tahun dengan kakak dia , tapi muka sama macam kembar ouh .
kuat betul gen ayah dia .
kikiki ;D

dia bakal setahun pada 31 may ni .
masa aku sampai , tengok muka qistina monyok je .
rupanya dia jeles sebab orang asyik layan adik dia je , orang tak nak kawan dia dah .
ibu aku tegur dia , dia boleh perangai pulak .
marah ibu balik .
HAHA !
agak agak aku kekecik macam tu ke eh ? ;p

sebenarnya aku mengidam nak makan kek batik .
HAHA !
lepas balik dari rumah atam , malam tu , aku pergi Family Store beli bahan bahan nak buat kek batik .
ibu balik je tengok dalam peti ada kek batik .
"siapa pulak buat kuih ni ?"
boleh kata 80 % of the cake , aku yang makan .
macam tak boleh nak berhenti mengunyah kek batik .
pehhh , mengidam punya pasal .
HAHA !

hari sabtu , time aku tengah layan fb , ibu bagi aku roadtax motor , otomatik teringat yang lesen aku expired 13 May .
ohmaii ~ sabtu tu dah 12 May , ahad pos office tutup .
al kisahnya sekarang lesen tu takde kat aku .
ibu suh tinggalkan kat rumah .
dan sekarang aku tengah berkira kira sama ada nak balik rumah atau tak minggu ni .
sebab hari isnin aku ada 2 final exam iaitu Tilawah dengan Marketing .
kalau aku tak balik , bermakna , aku akan jadi penunggang motorsikal tanpa lesen sampai 8 Jun .
kalau balik , aku takkan study .
bukan kah adik adik lebih menyeronokkan daripada buku ?
HAHAA !




51 % - mungkin aku tak balik .
jadi ?














lesen agung lahhh saya .
HAHA !











my final exam starts on 21/5/2012 until 7/6/2012
wish me luck !










kbai <3

Wednesday, May 9, 2012

.presentation.

selasa , rabu aku ada presentation .
pehh , penat discussion , tido lambat , hafal skrip , tak yah cakap .
semua orang pun penat tapi aku yang manja ni super penat .
HAHA !

emosi sumpah tak stabil .
sharul dah pandai mengadu ; "you ni hari hari nak marah i ni kenapa ?"
padahal dia tak buat salah pun tapi sebab aku tension , dia jadi mangsa .
nasib baik dia sabar je .

aku tak pernah amik subject banyak banyak macam ni .
sebelum ni aku amik 3 4 subject core je , itu pun dah meroyan level 10 .
ini amik 6 subject core courses , memang asyik pengsan-bangun-pengsan-bangun .

somehow , aku tak suka subject marketing .
buat otak aku jadi lembab sebab membaca dan hafal .
pastu mid sem cukup cukup makan .
tah berapa lahh carry mark aku
=.='

sem ni aku suka subject managerial economics .
sebab tak pernah fail lagi any tests/mid term . hiks .
and it plays with maths .
aku baru tahu yang aku ni suka algebra .
masa aku form 3 , cikgu tusyen aku cakap , algebra ni topic paling susah nak score but well , i did it well .
okay , berapa banyak well kau ?
HAHA !
overall , managerial economics banyak algebra , fuctions , graphs .
aku tak suka part graph je sebab kene hafal .
heh .

next week last class , lepas tu start revision period .
and my final starts on 21/5 , which is marketing .
madam decentralized exam sebab dia nak pergi Mekah end of may , takut tak sempat nak mark paper .










esok khamis kan ?
okay , aku nak balik seremban .
HAHAHAH !



*muka orang cuak sebelum presentation Komunikasi Perniagaan*


*muka orang tak cukup preparation untuk presentation Money Banking*


*reward untuk diri sendiri , ye lahhh , kita tak de boyfriend kat uia yang nak bawak kita pergi makan sesedap*







baideway , ce teke aku jumpa siapa semalam kat uia kat tepi jalan yang buat aku rasa nak langgar dia ?
klue : budak uia gombak .






kbai <3




Sunday, May 6, 2012

.hari yang bosan.

kenapa tah aku tak rasa nak balik this week .
padahal bukan ada pape pun .
aduhhh ~ bosan sial seharian terperap dekat bilik tak buat apa .
asyik tido makan je .
grrr

nasib baik internet ada hari ni .
boleh lahh aku layan laman sesawang yang bersawang sawang .
tu yang update entry banyak rini .
HAHA !

tapi as usual , kat fb harini tak meriah macam weekdays .
sume pun cuti fb jugak .
aku je yang ngadap fb dari pagi sampai malam .

BOSAN weyhh .
haih ~

rasa SANGAT MENYESAL tak balik rumah .
kalau tak , dah boleh attend banyak kenduri harini ;'(
kalau tak , boleh gelak geguling dengan adik adik .
takde lahh bosan macam hamjad je hari ni ;'(













bosan
bosan
bosan
bosan
bosan
bosan
bosan
bosan
bosan




kbai <3

Saturday, May 5, 2012

.terpengaruh.

semalam aku ternampak rantai kawan aku ada ukiran nama dia .
aku tenung je , macam cool je pakai rantai berbuahkan ukiran nama kita sendiri .
rasa nak mintak ibu tempahkan satu ler .
with the name of AIN .

pernah jugak aku tanya ibu kenapa rantai akak takde buah rantai ?
ibu kata , masa kekecik dulu , aku suka gigit buah rantai sampai habis .
ma makna ?
aku bukan sekadar gigit malah aku makan buah rantai emas itu .
wuwuwuwuw ~
sebab tu lah sampai sekarang aku takde buah rantai .
ibu serik nak belikan ataupun beliau takut aku masih mempunyai habit makan buah rantai bersalut emas lagi .
HAHA !

hey come on lahh , aku dah 21 tahun 11 bulan okay .
takkan lahh aku gila sangat kan nak makan buah rantai plak .
baik aku makan mcd , lagi berbaloi .
murah lagi dari emas .
HAHA !

masa aku kecik dulu , ayah ada belikan aku rantai tangan yang berbentuk bulat .
betul betul ikut shape .
lepas tu , dah habit aku gila emas kan , aku tak dapat makan tapi aku patah patah kan emas tu .
bajet tenaga dah kuat la kann .
bebengkok gelang tu aku kerjakan .


bila dah besar , keje aku patahkan cangkuk gelang dan rantai pulak .
HAHA !
sebab asek bukak je , mana tak patah cangkuk tu ;D
















baideway , my 22nd birthday is on 17th june 2012 , which is next month .
nak mintak plat nama tu boleh tak ibu ?

weee ~











bak kata aliff , orang bijak je beli emas bebanyak , bukan beli handphone bebanyak .






okay , nak emas lagi , nak emas lagi .











kbai <3

.without pictures.

well , cable handphone telah berjaya dijumpai oleh Aliff , adik aku .
dia bersembunyi di rumah rupanya .

banyak gambar aku nak share , tapi INTERNET NI SUPER L .
macam biasa , entry kali ni takde gambar .
okay , boleh nangis sekarang .
eh , kenapa nak nangis ?
HAHA !

sebelum tu , entry kat bawah ni aku nak test sama ada bullet aku cantik ke tak jee .
tapi ternyata ia masih default bullet .
heheheeee ;D

suppose hari jumaat adalah hari di mana aku bangun lewat tengah hari .
tapi semalam , aku bangun awal pagi sebab ada discussion .
discussion habis pukul 12 sebab computer lab dah nak tutup sebab dah lunch hour .

lepas lunch , aku bantai sambung tido sampai pukul 5 petang .
HAHA !
heaven betul tido petang ni ;D

aku bangun cuci muka , gosok gigi , siap siap untuk kelas cooking .
last class okayyy .
niceeee ;D
lepas ni boleh balik rumah after kelas pada hari khamis .
yippi ~

hari ni tak masak .
kitorang buat makan makan je .
makan nasi hujan panas .
tapi kari daging dia kurang kick .
tak rasa kari .
gua rasa manis =.='

dah rezeki , makan je lahh , banyak bunyik plakk .
kitorang makan dalam pukul 6 petang macam tu .
awal gilaaa dinner aku .

lepas maghrib , ada discussion lagi .
practice untuk presentation BM pulokkk .
habis discussion , perut rasa lapar .
nak makan , cafe dah tutup .
aku dok fikir fikir nak makan apa .

aku tengok maggi kat atas rak ada banyak lagi .
milo pun banyak lagi .
tapi aku nak sumthing yang kenyang .
macam ayam goreng ke .
err , ayam goreng kenyang ke ? ;p

last last aku beli roti kelapa je kat kiosk .
tambah dengan aiskrim tropicana sebatang .
yum yum ;D

pada pukul 135 pagi , aku baru habis makan maggi kari , secawan milo dan sebiji roti kelapa .
okay , kenyang .


erkkkkkk *bau maggi kari*







nak sambung baca blog orang .




kbai <3