Meet This Blog In Facebook !

Saturday, December 31, 2011

.last entry for 2011.


first core paper dah start pagi tadi .
aku tengok kertas soalan , 3 jam .
aku set pukul 1130 aku nak blahh .
HAHA !

aku memang cenggini .
tak suka sangat tunggu lama sampai habis exam .
sebab aku tak suka keluar ramai ramai .
kalau keluar awal , aku keluar sensorang .
takde lah berasak asak dekat pintu .
bijak tak aku ?
tapi sampai ke pukul 12 , aku masih menulis .
bila madam cakap time is up , aku belum jawab soalan no 10 .
amek kauu , terus tak cukup masa .
*nampak tak aku sedang bagi kau hint bahawa aku adalah seorang pelajar cmerlang yang jawab soalan sampai tak cukup masa ?*

lepas habis exam , aku jalan kaki pergi kat bus stop depan KAED tunggu bas .
balik rumah time .
next paper aku hari sabtu minggu depan , lagi nak suruh aku stay kat uia ?
uii ~ memang idok ler .

time dalam bas balik seremban , aku TERpandang sorang chinese ni tengah gigit betik .
tak lama pastu , betik dia habis .
dia makan jambu air + asam pulak .
okayy , ini buat aku terliur .
aku pandang jeee .
*air liur meleleh*

bila sampai rumah , aku nampak ayah tengah krup krap krup krap kunyah jambu air .
okay , this is super heaven .
macam tetau je aku mengidam jambu air + asam .



so , nahh , here it is .
sedap tahuu .
nyum nyum .

ramai blogger aku tengok buat wrap up untuk 2011 .
complete dari bulan 1 sampai 12 .
aku malas nak recap .
kau rajin , kau pergi lahh baca 452 entry itu yeww .



yang pasti , tahun ni aku dah pandai malas nak blogging .
almost half compared to last year entries .
theeee ^____^













HAPPY NEW YEAR 2012 !

Friday, December 30, 2011

.si tembam yang comel.

kalau baby tembam , mesti geram kan ?
nak nak pulak kalau pipi dia macam shin chan .
pipi labuh cenggitu haaa , mahu lebam kene cubit .

tapi ..

orang besar yang mempunyai pipi tembam pun comel ape .
kalau tak caya pergi tanya kawan kau ke , boyfriend kau ke , girlfriend kau ke .
memang lah tak secomel baby tapi at least , orang geram gak lahh tengok pipi tetembam ni .
HAHA !

*gila positif aku pujuk diri sendiri yang juga tembam*

dari pemerhatian aku , lelaki suka tengok gadis tembam . i mean pipi yang tembam . macam budak dekat DP aku ni . kbai 

buktinya , ramai yang like status ini .
hik hik hik .

tak cukup dengan itu , aku mesej cumi ciki , tanya pasal ini jugak .
dia pun iya kan .
haaa ~
see , jangan lah sedih kalau pipi kau tembam , itu tanda anda digerami oleh orang ramai .
ek , digerami ?
HAHA ! apakah ayat itu wahai innz ?



bila aku tukar DP , letak yang pipi tembam instead of pipi yang kurus ituuu , ramai pulak yang puji *pitam*
gambar photoshop uolsss .
tapi tang tembam tu , tak edit eh , memang ori .
i hilangkan cela di muka sahaja .
bagi nampak flawless sikit .
HAHAHA !






tak pepasal je adik aku chat , cakap cikgu bola dia kirim salam dekat aku .
kirim salam i tak terima okay , sila kirim ayam penyet AP .
itu tanpa reragu i terima .
HAHAHA !





kbai . esok exam lepas tu balik seremban .
cepat lahh jeles .



Thursday, December 29, 2011

.rezeki Allah.

di kala ini , aku memang mintak sangat handphone tu di jauhkan dari capaian aku .
bulan ni je , aku rasa dah lebih RM100 aku topup .
ketagih SMS punya pasal .
penyakit ni datang sekali sekala , tapi azabnya ya allah !
memang tak makan aku sebab topup je manjang .
heh .

okay dah stop pasal topup .
aku nak cerita pasal malam tadi .

ada orang belanja aku ayam penyet AP yang super sedap tuu .
okay , sedap sedap .
terbayang bayang kesedapan ayam dia tuu .


okay , itu je nak cerita .
kbai .












HAHAHA ! gila tak bermanfaat punya entry !

Wednesday, December 28, 2011

.berehat.

aku adalah bersenang lenang di uia .
exam start 31/12/2011 .
lepas tu lagi 3 paper adalah pada TAHUN HADAPAN .



okay , nice , exam tahun depan .
jom layan movie ~

Monday, December 26, 2011

.good luck , IIUM's mates !.




ALL THE BEST !


.majlis perkahwinan.

school break nearly end .
ramai yang dah bertukar status dari single ke married .
kawan aku pun ada lah dua tiga empat lima orang .
tahniah untuk mereka .

dan di sebabkan keterujaan aku terhadap perkahwinan , aku merasakan yang aku nak pasang lagu dekat blog .
jangan risau .
tak lama ni der .
kang dah bosan , aku remove lahh yeeee ;)

selama masih ada , enjoy lahh .
mana tahu , tahun depan ada pulak yang kahwin kann .
hehe ^____^



*26th December 2011 - Happy 22nd Birthday Muhammad Noor Hafiz . We miss you here . Do back home safely yahh ;)*


Sunday, December 25, 2011

.sakit gigi.

gigi aku memang berlubang .
last aku pergi dentist , around this year jugak lahh .
itu pun selepas bertahun tahan sakit gigi .
takut nak jumpa dentist punya pasal .

dentist cakap , gigi aku ada 4 lubang .
kesemuanya geraham .
geraham kiri kanan atas bawah .
azab okayy .

tapi hari tu pergi , dah tampal 2 lubang .
lagi 2 lubang , dia suruh datang next week , tapi until tak pepegi .
HAHA !
scary kot .

aku nak pergi , nak nak lagi bila tengah sakit gila babi sampai kua air mata bagai .
seyes , gigi aku tengah sakit macam hape .
tapi setiap kali aku pergi , aku mesti kena marah dengan doktor dan nurses .
HAHA !
sebab aku ni manja .
asyik rasa nak muntah jee .
lepas tu tolak tolak tangan doktor .
mahu dia tak mengamuk kann ?

dah besar gajah tapi mengada macam budak tadika .
HAHA !


sekarang , aku tahan je .
meleleh lahh air mata ku , nama nak pergi memang tak lahh .
tunggu lahh bila ada kekuatan nanti .








cabut sakit okayy .
sebab geraham kann lepas tu bukannya longgar .
huuuu T_____T

Friday, December 23, 2011

.nak update jugak walaupun takde mende nak cerita.

kelas dah habis .
exam aku mula selasa depan , yakni 27 Disember 2011 .
exam tilawah al quran .
hurmm .

lepas tu gap lamaaaaaa , 3 Januari 2010 baru start paper core course .
last paper on 13 Januari 2012 .
lepas tu , cuti semester , dalam 3 minggu lebih sikit gituu .

belum ada plan nak buat apa cuti ni .
biar lahh masa yang menentukan .
cewaaahhh ~ ayat nak standard BM SPM je kann .
HAHA !

eeeeehhh , malam tadi aku jumpa MA .
omjayy ~ suka gilaa okay .
tapi sayang dia tak banyak cakap macam biasa .
sebab dia baru bangun tidur .
sebab aku sampai lambat .
cakap pukul 10 , tapi aku sampai 1030 ++ .
risau dia mengamuk je ouhh .
heeee .

MA dengan hairstyle baru .
mohawk yaww .
macam budak nakal je nampak .
adehhh ~












ada orang cakap aku dah couple .
keh keh keh .
belum maaa , single mingle lagi ni haa .
saje je propa tukar status kat FB .


kbai .
kan dah cakap takde mende nak cerita
=.='

Wednesday, December 21, 2011

.muka ouh muka.


aku tak cukup tido ni .
bukan sebab study tapi sebab gila fikir masalah kulit muka yang entah bila nak kembali licin sperti dahulu kala .
haih ~

dah macam macam benda aku pakai kat muka ni .
semua tak jalan .
bertambah lagi ada lahh .

orang kata sebab aku pakai mekap .
kalau aku tak pakai mekap , muka aku pale gila serupa sundal bolong ehh sundal bolong cantik , aaaa serupa ikan batu .
tahu ikan batu ?
haaa cenggitu lahh .
HAHA !
tapi aku pakai bedak compact jeee kot ;p

jerawat kat muka aku super teruk .
sebab tu aku jarang tayang gambar sebab aku malas nak edit .
tahu kann gambar semua aku edit bagi nampak super flawless . HAHA !
tapi yang penting gambar semua real bukan gambar internet okayyyy .

siapa suruh ajar aku cara nak hilangkan jerawat pakai photoshop .
terus flawless muka aku yang jahanam aku ni haa .
HAHA !

shera ada syor guna tepung ubi kayu + asam jawa .
okay , aku dah 3 minggu gak lahh pakai .
jerawat lama surut tapi jerawat baru plak timbul .
lepas tu bega tak nak sesurut .

malam malam muka aku macam mak lampir dah haa .
kalau aku dah kahwin , tapi still tak hilang jerawat , nasib kau lahh bang oi .
kau hadap lahh muka bermasker tepung ubi kayu tetiap malam yep .
HAHA !

malam tadi lagi lahh , lepas pakai masker tu , aku bantai pakai putih telur pulakk .
sebab nak hilangkan white head pulak .
white head kat muka aku super banyak okayy .
rimas aku tengok putih putih ni .
eeee ~
dah macam hantu bungkus dahh aku tengok muka aku .
tido pukul 2 pagi .
pukul 430 pagi bangun sebab nak bukak mask putih telur tuhh .
cuci muka pe sume , pukul 500 pagi tido balik .
pukul 730 pagi dah kene bangun sebab ada kelas dan tak boleh miss .

until now aku masih celik .
nasib baik kelas petang karang dah habis , kalau tak , sampai ke malam , aku celik .
dah serupa panda pulak mata aku .
HAHA !








kau ada cara tak nak hilangkan jerawat dan bekas jerawat ?
aku tak nak pakai menatang menatang moden ni .
semua tuh tak ori .
ibu ajar tak yah pakai menatang tuh sume .
bukan kita sure sangat halal ke tak .
penjual memang lahh cakap halal , sebab itu bisnes maaaa .



















aku tak heran kalau orang jumpa aku kat luar , dia cakap gambar dengan real tak sama .
eh , memang tak sama pun .
a big thanks to PHOTOSHOP .



haaa , nak suruh aku buat tutorial hilangkan jerawat guna photoshop lettew .
HAHAHAAH !


Tuesday, December 20, 2011

.NAPBAS 2011 - The Foods.

simple je lahh .
aku pun takde masa sangat ni .
lets the pictures do the talking okayy ;)

gambar makanan je kot ;D


*table no 31 ;)*


*air yang asyik di refill . asyik nak ke toilet je keje*


*first food . entah apa nama tah . pelik , aku tak reti nak makan tapi habis jugak *


*pea soup . err , tak habis pun *


*grape ice blended . sikit jeee ;( tak puas *


*ini main dishes . ayam dengan cheese lasagna  . sedap tapi tak habis sebab aku dah kenyanggg . rugi jee *


*tiramisu sedappp !*












okay habis . kbai .
busy ni busy .


Sunday, December 18, 2011

.NAPBAS 2011 - Meet The Bloggers.


lepas register , adalah masa untuk bergambar dan pre cocktail .
adalah beberapa orang waiters bawak dulang air nenas tapi tak rasa nenas langsung .
lepas tu aku nampak kek dan kek !
sedap !

Nuffnang siap sediakan tempat untuk ambik gambar lagi .
sebijik macam Grammy Awards kau tahu .
pehh ~


*ini lahh tempat bergambar ituu , cuma takde orang interview kita jee . (kau ingat kau retis eh innz ?)*

lepas tu , ada orang tukang snap pictures , and pictures tu sume kita boleh amek .
eh silap , orang Nuffnang akan hantar ke rumah .
pehh lagi .

aku dengan Adie macam tak caye jee .
berkali kali tanya "eh betul ke dia hantar kat rumah ?"
just wait and see je kayy .
nanti aku tayang kat blog .
aku kan dah ade scanner .
HAHA !

aku kan pemalas orangnyaa .
jadi takde lahh aku tegur sesiapa .
semua aku mintak Adie yang tegur , hehe .
"Adie , gi lah cakap dengan Hanis , nak tangkap gambar dengan dia "
kesian Adie kena dera tapi respect ahh , dia berani ;D

few bloggers I met yesterday during the event .
ada lagi tapi kat camera diorang lahh .




*cari lahh signature aku*


*Ayie , first time jumpa*


*dia buat aku rasa excited gilaaaa , si cantik , Hanis Zalikha . friendly and sweet . *

kitorang tangkap gambar dengan dia dua kali tahu .
sekali dalam camera , sekali dalam phone sebab nak post terus kat FB sebab sengaja nak bagi korang jeles . HAHA !
masa second time nak tangkap gambar dalam phone tu dia tanya "kenapa nak tangkap lagi ? tadi I tak cantik ke ?"
kitorang super teruja sebab dia ingat tadi kitorang dah snap pic dengan dia .
keh keh keh .


*Kak Kathy , first time jumpa*

dia cantik sangat , baik , friendly . aku cakap lahh dia macam barbie doll , tapi dia cakap , dalam gambar je tu .


*Kak Alyza, first time jumpa . tak pernah sampai lagi kat blog dia before . hehe ;)*



gambar dalam camera aku tak banyak sebab aku pakai camera lama , so gambar tak berapa cantik .
7.1 MP jeee .
camera pink tuu , lupa nak charge battery ,
wuwuwuwu T____T

dalam camera ada few pics of me .
tunggu dia bagi .
nanti aku upload kat FB yeee ;)








meja yang aku duduk , which is NO 31 , bloggers sangat friendly .
masa aku duduk , meja still kosong .
aku jadi orang pertama .
few minutes after that , tetiba ada orang datang hulur tangan perkenalkan diri .
terkejut aku .
HAHA !

sambil makan , sambil borak , gosip gosip sikit , gelak , tangkap gambar .
okay , bloggers at my table is super duper best !


nice meeting uolz ;)

Saturday, December 17, 2011

.NAPBAS 2011 - The Journey.

NAPBAS 2011 is officially over last night tapi macam biasa , the bloggers baru nak update hari ni .
HAHA !




semalam , aku pergi dengan Adie .
dia pick up aku kat rumah .
tapi , before tu adie sesat sampai econsave .
aku pulak dah tak tahu nak bagi direction , jadi aku pergi pick up dia kat econsave .
dalam 530 petang , kitorang gerak .

berpandukan GPS , kitorang memulakan perjalanan .
dekat GPS tu , ade lahh tulis ceni ; MARRIOT HOTEL  (5*) KL
aku tengok aku diam je , dalam hati ; '5* maknanya 5 branch kot'
tapi lepas tu aku fikir balik , cakap dengan Adie "okayy , 5* maknanyaa 5 star hotel . hahaha. bintang nya kecik"
kitorang gelak gila sebab memasing pun lambat pikap .
HAHAHA !

masuk exit putrajaya , masih jalan ikut GPS .
rasa lama sangat .
kitorang kene register pukul 630 tau .
dalam 630 , tetiba kitorang sampai KL , nampak TS , KLCC .
ahh sudahh , mana marriot nyee ?

we are lost .

tanya guard , call orang , rupanya tempat yang kitorang nak pergi tu kat putrajaya jeee .
kitorang risau gila tak boleh register ke ape ke sebab dah lambat .
patah balik lahhh .
nasib tak jauh .
setengah jam dah sampai .
dalam pukul 730 macam tu , kitorang sampai .

fuhh ~ lega .
memang bersyukur sangat sebab dah sampai .
hilang risau tadi .

masuk je hall , terus register .
pakai I/C .
nama Adie not in the list !
aku rasa , jantung Adie dah gugur dah tuu .
macam macam difficulties dia tempuh dalam sehari .

aku nampak nama HIZAMI RAHIM .
terus aku cari nama DANIEL ADIE .
"adie , ni nama adie"
baru nampak muka Adie hilang risau .
hehe ;)


*look very the tembam even i wear black dress . maybe its because of the silver shawl . haihh ~*


*gigil tangan nak sign sampai salah eja nama T___T*


overall , seronok even kitorang berdua jee dan tak dikenali dan mengenali sesiapa . keh keh keh ;D



*us , finally arrived . HAHA !*



p/s : dulu , aku memang tak berani nak approach Adie ,sebab aku tengok blog dia famous sangat . masa raya ritu pun , mana nak cakap sangat , pemalu kata kauu , tapi kali ni , memang kecoh habis . gelak tak ingat kuat bila sesat pe sume . thanks Adie for the ride . ehh , syaz , akak dah naik MCC Adie . jeles tak ? ;p

Friday, December 16, 2011

.see you there.


Nuffnang Asia Pacific Blogs Awards 2011 .
excited nak pergi ni sebab first time join event besar cenggini ;)
daaa ~ nak siap , adie otw nak ambil sayaaaa ;)


Wednesday, December 14, 2011

.yes , I do.


pagi tadi lepas mandi , aku call MA .
dia jawab !
okay , teruja , teruja , teruja .
HAHA !
macam ape jee ;D

ada lahh dalam 15 minit cakap dengan dia .
dia demam dari semalam .
dah 2 hari tak pergi kerja aku rasa .

tadi dia cerita , pagi pagi masak maggi lepas tu tangan kene air panas .
okayy , kesian .
dah lahh demam , lepas tu kene air panas .
kalau aku , dah nangis dah tuu , siap pakej menjerit biar satu rumah pay attention apa yang berlaku dekat aku .
HAHA !
dasar anak cengeng ;p

dia siap warning lagi , jangan call dia banyak kali .
aku dah sentap dahh .
suara dah macam nak nangis .
kene marah kann T____T
sebab dalam sehari , boleh kata 5 6 kali jugak lahh aku call dia .
sebab ? gedik .
tu yang dia selalu tak angkat call aku .
HAHA !

sampai lahh pukul 330 tadi , habis kelas , baru aku berani nak text .
tu pun aku cakap , aku teringat kat dia sebab lecturer aku suka cakap okay macam dia .
dia pun suka jee cakap okay .
lepas tu , dia reply , cakap aku angau .

hello dear MA , i memang angau kat u okayy .
dah setahun dahhh .
sila faham .

















okay , esok khamis kann ?
time to go back home .
hari jumaat , ada event yang memerlukan kehadiran aku .
retis lahh katakan , bak kata Kaizen .
ngok , retis jadahh . HAHA !
Nuffnang Asia Pacific Blog Awards 2011 , wait for me .
aku pergi dengan Daniel Adie .



jeles takk ? (matikk lahh kene marah dengan fans adie ;p)

suppose kitorang pergi bertiga , sekali dengan Hizami tapi tapi Zami ada hal yang sangat sangat tak dapat dielakkan .
sobs T_____T





okay , chow !



Tuesday, December 13, 2011

.berjaya !.

aku ada satu je kasut .
kasut tu , aku salu letak kat rak kasut tingkat 3 , belah kiri sekali .
sebab itu je space yang ada .
sebab rumate aku yang foreigner tu dah amik space selebihnya .
dia banyak kasut .
keempat empat row , dia letak kasut dia .

dah lama aku perati , tapi aku diam jee .
sebab kasut aku sepasang je , and tak pakai space banyak .
so , aku diam je lahh .

tapi semalam , aku sampai bilik , aku nak simpan lah kasut aku tu kat tempat biasa .
tetiba aku nampak dia (foreigner) dah parking kasut dia kat tempat aku .
waaaahhh ~ ini dah melampau .
dia beli kasut baru , pastu dah takde space , dia amik space orang plakk .
rasa nak tembak je kepala dia .

tapi aku tak berani lahh kan .
anak orang weyhh .
HAHA !


aku amik inisiatif lain .
aku tampal notis dekat dinding atas rak kasut tu .

DEAR SISTERS ,THIS SHOES RACK HAS 4 ROW . THAT'S MEAN 1 ROW PER PERSON . PLEASE CONSIDER OTHERS . YOU ARE NOT LIVING ALONE IN THIS ROOM . THANK YOU .












pagi tadi aku dengar foreigner tu sibok kemas kasut dia .
clearkan rak kasut .
bagus !
aku ingat dia nak buat buat tak faham notis aku .


first time aku sebilik dengan foreigner .
dulu aku tak suka sebab karang nak kene cakap english je dengan dia .
tapi sekarang baru aku tahu hal sebenar .
diorang ni pengotor .

ada sekali tu , aku balik bilik , sampah atas lantai .
plastik balut pad , lepas tuh kertas yang lekat kat gam pad .
ahhh ~ geli shial !
bukan reti nak kutip , aku jugak yang kutip buang .
baghal kann ?

entah esok lusa , dia sepahkan pad plak atas lantai .
ahhh !


Monday, December 12, 2011

.i tak faham u ni cene sebenarnya.

kronology perkenalan kita .

kita kenal kat facebook .
kita jumpa kat pulai .
u usha i , u suka i , u sayang i , tapi i tak layan .

i usha u , i suka u , i sayang u , u layan i tapi u dah tak suka , sayang i .
i try usha u sampai dapat .
sebab i sayang gila kat u .
tapi usaha i sia sia .

okay , i give up dan u mintak i jangan contact u lagi .
i did what u ask .
i tak contact u .
even susah tapi i try and i made it .

entah kenapa , u come back to me with a question "kenapa dah lama tak contact i ?"
u make me puzzled .
and u make me fall in love with you back .
u give me new hope .
sebab bila i tanya "u rindu i ke ?"
u akan jawab "i rindu u"
sekali tu , i text u , "sume salah you sebab buat i jatuh cinta balik dengan u dan buat i kacau u hari hari . tak menyesal ke ?"
and u jawab "tak pon"
u give me a smile .

tapi sekarang , u seem avoiding me again .
my text , my call jarang u answered .
kalau u answer my call , just nak cakap "i kat luar , i dengan member , i nak fetch member , i dengan family" dan seribu alasan lagi .
i tak faham dengan u .


i rasa tertipu untuk kali kedua .
fine , I'M STUPID and BLIND .
and thanks for making me that .






yang pelik nya, i masih sayang kan u .
i masih terhegeh hegeh dekat u .
jenis tak makan saman .





entah lahh . confuse dengan diri sendiri .

Sunday, December 11, 2011

.rumahku , kedai makanku.





khamis , jumaat , sabtu , ahad , isnin .
5 hari kat rumah , memang tak kenal erti diet .
sebab kat rumah , kalau lapar , masak ajee .
adehh ~ naik balik lahh pipi aku ni .

esok nak buat tiramisu plakk .
hope jadi ;)

kawan kawan kat KL asyik tanya je "bila nak bagi aku rasa kek kau buat ni ? buat banyak kali tapi tak pernah bagi aku rasa"



okay , tak janji tapi kalau esok RAJIN , aku bawak balik bagi kat hang yeeee ;D

Friday, December 9, 2011

.ResepiBujang : Maggi Kung Fu.

Aku : lapar ahhhhhh .
Ibu : masak lah nasi . telur ada , nugget ada .
Aku : masak nasi lamaa . adik , gugel resepi .
Adik : resepi apa ?
Aku : ntah , tak tahu .
Adik : okay , resepi tak tahu .
Aku : bongok .

aku pergi dapur , tengok apa yang ada .
nama nak masak nasi tu , memang tak lahh .

okay , maggi banyak .
terus aku jerit suh adik gugel resepi mee kungfu .
dan kemudian aku salin bulat bulat .
tapi macam biasa , aku memang suka modified resepi .
HAHAHAHA !




Bahan Bahan ;

Maggi (amik mi dia ajaa)
2 biji telur
Sayur sayuran , aku guna kobis dengan brokoli
Mix Seafood , aku guna udang dengan fishball
Bawang Putih
Cili Api
Air
Tepung Jagung (bancuh dengan air)
Lada Hitam
Garam
Serbuk Cukup Rasa (optiona;)
Sos Tiram , aku lupa nak bubuh

Cara Cara


  1. Pukul telur guna garfu , lepas tu , celup maggi dalam telur .
  2. Goreng kejap , agak agak telur dah masak . Maggi aku crunchy sebab tak celur dulu .
  3. Ketepikan .
  4. Tumis bawang putih + cili api . Mereka ini telah aku tumbuk . Korang nak blend ke hiris je ke , up tp uolz .
  5. Masukkan air , ikut lah banyak mana korang nak .
  6. Masukkan sayur sayuran , biar kejap sampai didih .
  7. Masukkan mix seafood , sampai masak .
  8. Masukkan bancuhan tepung jagung , agak agak nak pekat mana .
  9. Masukkan lada hitam , garam , serbuk cukup rasa , sos tiram , rasa kuah anda .
  10. Biar masak kejap , lepas tu , curah atas maggi tadi .
  11. Siap dimakan ;)













kenyang malam ni .
rosak diet aku .
adik aku bawak balik mushroom soup pizza hut pulak .
heaven dok umah ;)

.first impression.

semalam , masa dalam bas , on the way ke puduraya , lalu dekat dataran merdeka .
ada pengantin tengah buat outdoor photo shoot .

kes #1 :
pengantin lelaki berbadan besar , pengantin perempuan kurus kecik .
jalan pegang tangan .

dalam hati aku ; comelnye diorang (senyum sendiri)

dah sampai puduraya , dah naik bas nak ke seremban .
nampak couple dekat platform sebelah .

kes #2 :
pakwe berdiri bersandar dekat palang , makwe bertudung peluk tangan pakwe sambil lentok kepala dekat bahu pakwe sambil pejam mata . konon konon tido sementara tunggu bas .

dalam hati aku ; untung lahh ada boyfriend , boleh pinjam bahu untuk tido kejap (takde senyuman)



normal kah perasaan ini ?

sesungguhnya yang halal itu lebih baik ;)



.satin shawl.

gua rasa nak jual satin shawl lahh .
paling murah lu jumpa satin shawl berapa harga dia ?

Thursday, December 8, 2011

.bukan senang nak kurus.

Mak cik : eh , dah tak tembam macam hari tu lah pipi dia , dia tak makan ka ?
Ibu : entah lahh dia .
Aku : makan jee . kuat lagi .


kenyataan nya , aku memang dah kurang makan .
aku still lunch tapi kuantiti sikit .
nasi 1/3 polistrin , still makan ayam goreng , dan sayur .
TAPI malam , aku memang tak makan nasi .
minum susu .
itupun satu kotak sehari .
banyak minum air kosong .
elakkan amek minuman manis .
so far , rasanya dah berminggu tak minum air manis .

perit perut ?
MEMANG !
tapi kene disiplin , nak kurus sangat kann ?
plus , aku memang tak de masa nak joging pe sume .
harap jalan kaki pergi kelas je .
sebab tu aku hantar Nabil balik rumah .
nak nak pulak aku tengok bie dah kurus macam hape .
siot , perut flat !
bengang lak aku .
HAHA !





*beberapa bulan yang lalu - comel pulak aku rasa muka tembam macam ni . HAHA !*


*hari ni , err actually , gambar hari isnin (5/12/2011). tapi hari ni still macam ni*

ada beza kann ?



paling seronok , aku dah tak nampak pipi tembam aku lagi .
paham tak ?
kadang kadang bila pipi tu tembam , kau boleh nampak pipi tu , even tak tengok cermin .










insya allah , will keep this until my tummy flat macam bie .
heh . jeles ni jeles .

.muka cantik tapi perangai hodoh !.

mood : marah .

serious aku tak faham dengan orang yang tak senonoh ni .
perempuan to be exact .
muka tebal mekap , blusher , eyeliner macam gothic , foundation tebal 3 inci tapi bab kebersihan FAILED !
nak cakap umur 4 tahun , tak !
22 tahun kann ?
kau ingat kitorang ni balaci korang ke hape ?
lepas buat sampah , kitorang bersihkan ?

mentang mentang bf dah sampai , jadi dengan itu ,segala sampah kau , kau boleh biar macam tu je ?
F !
aku simbah minyak panas kat muka mekap tebal kau tu , baru tahu !
grr ~

tadi aku masuk toilet .
ada bau kurang menyenangkan .
aku tinjau toilet sebelah .
toilet tu flush dia dah rosak .
aku tengok , ada sisa kumbahan terapung .

eh sial lahh !
siapa berak tak reti nak clean up ni ?
PEREMPUAN kot .

PENGOTOR LAHH SIAL kau ni .
kalau flush rosak , makna nya kau boleh biar sisa sisa kau tu dalam toilet bowl dan berharap mak cik cleaner yang bersihkan ?

EH ! bertanggungjawab lah sikit .
kau bukan dekat public toilet yang takde baldi , gayung ke hape ke .
itu aku boleh consider lagi .
ini kau kat hostel lahh gilaaa ..


aku PASTI 300 % kau ada baldi besar kann .
apa salahnya kau tadah air , lepas tu simbah je dalam toilet bowl tu .
itu pun aku nak ajar ke ?
dah sesuai jadi mak budak, tapi itu pun gua nak ajar ?
kalau aku dapat tahu siapa punya keje , memang aku simbah air kat dia .
F !


aku takkan buat sudahkan kerja kerja kau okay !
belajar tanggungjawab .

















selalu sangat aku perati , PEREMPUAN MUKA CANTIK , PERANGAI MACAM CILAKA .
kasar ?
memang itu yang layak tuk kau !


eh , gua hangin ni .

Wednesday, December 7, 2011

.jangan nak good good sangat lahh kann.

good good .
aku belajar perkataan ni kat facebook .
sape tah ajar , tak ingat .

nak gelak je tengok gelagat sorang budak ni .
budak facebook aku lah kann .
dulu dia add aku sebab dia tengok aku budak uia kot .
lepas tu , dia add kawan kawan aku pulak yang jugak budak uia .
dahhh , satu hal aku nak menjawab "siapa Q ni farah ?"
aku pun tak kenal budak ni , yang dia pun satu hal , asal budak uia , semua lah nak add .
rimas aku budak cenggini .

nak delete , kang dia meroyan pulak .
HAHA !

sejak mula aku approve dia , dia memang jenis tutup wall taw .
friend list dia beribu .
sebab dia kan rajin add budak uia .
budak uia bukan seratus dua , ye dak .

hari tu , masa birthday dia , aku macam terkejut taw .
kan kalau kat fb , kalau ada birthday orang tu , ada notification kat right side , kalau klik , boleh post wall kat orang tu tanpa perlu jengah page dia .
aku klik , boleh post wall taw .
aku heran gilaa .

lepas tu , aku pergi kat page dia .
memang sah dia open wall .
only for 24 hours for friends to wish him (alamak kantoi budak tu lelaki) happy bithday .
aku dah gelak geguling .
apa motif dia buat macam tu ?

aku ingat dia sengaja off wall sebab tak nak semakkan wall dia dengan post orang lain , tapi bila dia buat macam tu , aku rasa dia ni something wrong .
tak tahu nak cakap macam mana tapi serious , dia macam ____________ .

lagi satu , dia kalau post status semua bajet good good je .
haa , ni good good yang dimaksudkan .
semua salah orang dia nak betulkan .
macam dia takde salah .
pada aku , dia sangat annoying .

tadi aku berpeluang kenakan dia .
HAHA ! nice one !

dia post status cakap kuliyyah dia paling banyak credit hours taken in the world .
dia tak cakap pulak its only among engineering .
lepas tu aku comment , cakap , pasti ke sebab accounting pun nearly 150 credit hours .
148 kalau tak silap aku .
lepas tu , baru dia bagi statistics cakap among engineering faculty , IIUM has the highest credit hours taken .
aku reply , lain kali cakap biar habis .
geram pulak aku .
lepas tu , dia tak reply dah .
malu lettew .

bajet good good lagi .
kalau tak tahu info sebenar , jangan nak memandai buat cerita .


eh , marah ke innz ?
HAHA !












semester dah nak habis , tapi aku down gilaa T______T
dah cakap dah ! jangan over confident .
ini kali kedua dalam hidup , over confident time exam happen .
ee ~ scary =.="







Tuesday, December 6, 2011

.cinta manusia.

hati saya sedang berbunga bunga cinta .
eh , geli kann ?
HAHA !




Monday, December 5, 2011

.eh, yeke?.

Dia : ada u nampak i online .
Aku : cene i nak tengok u online ke tak kalau u dah block i ?
Dia : eh , yeke ? i block u ke ? bukan i delete u je ke ? (reaksi terkejut macam tak tahu pape)Aku : iye lahh gilaa , u block i .
Dia : eh , i gila ? okay , i gila .
Aku : u yang cakap u orang gila tadi , i iye kan aje .
Dia : okayy .

Dia : ee tumbuk perut kang , kurus .
Aku : eh , nak nak , nak kurus .
Dia : (gelak)

rindu dia .
eh , mereng eh innz ?
HAHA !







Sunday, December 4, 2011

.malam yang seronok.

8:00 malam 

Aku : watpe ?
Dia : takde wat pe . baru bangun tido .

9:00 malam 

Aku : nak jumpe tak ?
Dia : nak jumpe , datang lahh .


sumpah aku bosan malam tadi .
adik adik aku semua takde kat rumah .
internet pun dah suruh aku keluar jugak .
tu yang text dia tu .

dalam 9:15 , aku sampai depan rumah .
dup dap dup dap .
sebab dah lama tak jumpa .

dia masuk kereta , bau perfume lelaki .
ouh man ~ suka .
okay , jangan gedik innz .

Aku : u sihat ?
Dia : sihat .

bla bla , borak macam macam .
sebab dah lama tak jumpa .

dia sekarang dah duduk KL .
aku ingat dia suka taw dok KL tu tapi tak .
HAHA !
macam aku jugak .

Dia : boring lah duduk sana .
Aku : yeke ? bukan u suka KL ke ?
Dia : takde mende nak buat kat sana  .


bla bla bla , borak lagi .
amende aku asyik taip bla bla bla je ni =.="

aku rindu dia sebenarnyaaa .
jadi , malam yang bosan jadi happening sebab dapat spend time dengan dia .







spend time dengan orang yang kita suka , memang menyenangkan .



nak tahu DIA tu siapa ?




DIA ialah BIE .
iya , bie aku yang dulu .
yang buat aku kecewa .
yang buat aku frust .
tapi sekarang kitorang kawan jeee .
tapi still , dia adalah yang paling aku senang nak talk and hang out with ;)







love you . eh ?









kdaaa ~


Friday, December 2, 2011

.nak try jahit baju sendiri.

aku nak try jahit dress sendiri .
tapi aku bodoh sikit guna mesin jahit .
bukan tak reti , bodoh sikit je .
selalu sangat jahitan tak kemas / center .
manjang ke simpang .
adeyyy ~

tapi kali ni nekad nak jahit baju sendiri .
tapi kann , satu disadvantage aku , aku tak reti melukis .
sumpah buruk !

design ada tapi nak lukis tak reti .
T____T

dress code untuk majlis ni formal .
aku bab dress code ni , lagi bodoh .
aku tahu dress code uia jek .
baju kurung !
HAHA !

dia tulis dress code untuk majlis ni , formal .
aku dah gugel and mostly dress hitam lahh .
susah nak cari dress hitam labuh and long sleeves .
kalau ada pun , mesti simplee jee .
dull T___T

apa kata , korang yang mana amek fashion design tu , tolong aku .
kain apa sesuai untuk dress labuh ?
yang tak jarang sebab aku malas nak pakai inner .
heheh ;D
satin okay ?

ouhh , design aku ?

aku nak bahagian bawah dress tu kembang , ada susun susun .
lepas tu , bahagian leher , V-neck .
tak yah letak apa apa , sebab pakai tudung , bukan orang nampak pun kann ;D
kat pinggang , ingat nak ikat reben je kat belakang .
nanti maybe boleh letak beads ke hape lahh kat pinggang tu .
lepas tu , tangan nak yang style longgar sikit je , lepas tu , nak letak reben kat pergelangan tangan .

okay , simple kann ?

dapat bayang tak ?
wuuu ~ nak lukis , den tak ghoti .

tulun tulun .





Thursday, December 1, 2011

.jemputan ke malam penganugerahan.




alhamdulillah . tak sangka dapat invitation .
sebab entry pun bodoh bodoh je .
HAHA !

kali ni aku mesti pergi .
tak nak miss lagi macam party astro hari tu .
menyesal tak sudah .

siapa lagi dapat ?
jom lah pergi sama sama ;)


*terus call zami bagitahu dapat , kalau dia dapat jugak , boleh pergi sesame . wee ~*









semalam dugaan , hari ini rezeki .
mulakan dengan sabar , di sudahi dengan kegembiraan .